B A B 25

Romance Series 3421

Hash mula tidak senang duduk di ruang hospital itu . Memikirkan nyawa mereka , membuatkan dia tidak senang duduk . Tambahan pula baru sebentar tadi dia menerima panggilan bahawa Dania telah kemalangan ditambah pula dengan Nurin yang cedera ditembak .Manakala Lisa hanya termenung panjang , memikirkan hal tadi .Elly pula masih menanti Nurin .

Flashback . .

Pistol milik lelaki itu dihala pada Ashraff yang melindungi Nurin .

Bang !

Bang !

Tembakan pertama dilepaskan pada Ashraff namun Nurin bertindak pantas .Dia lantas menolak Ashraff ke tepi .Tembakan yang tidak mengenai Ashraff itu terkena pada bahunya .Manakala tembakan kedua , telah dilepaskan oleh Lisa kepada lelaki itu .Atau lebih tepat pada Han .Entah sejak bila dia 'munculnya' pistol itu , tiada siapa yang tahu .Namun , semua pasti mengetahui , setiap anggota mafia pasti bersedia dalam apa-apa jua pun situasi .

End Flashback .

Begitulah kisah ringkasnya .Setelah mendapat panggilan dari seorang gadis , marahnya mula membuak-buak .Gadis yang setelah sekian lama menghilangkan diri telah muncul semula .

Mai.

Farahin Ilya Maisara .

Sejak kejadian itu , Mai mula menghilangkan diri .Kini ,dia memunculkan diri semula .Hash menghembus nafas kasar .Benci .Kenapa gadis yang disayanginya juga yang dicari-cari mereka selama ini ?

" Macam mana dengan Nurin ? Dah boleh keluarkan peluru ? "Soal Elly terburu-buru apabila melihat kelibat Ashraff.Matanya kelihatan sembab akibat menangis tadi .Mana mungkin dia hanya mendiamkan diri ? Nurin sudah dianggapnya sebagai siara terdekat .

" Izzatul cedera parah .Nasib cuma kena kat bahu .Tapi , ianya tetap berbahaya .Antibodi dia lemah .Doktor tengah cuba untuk keluarkan peluru tu .Agak dalam juga ."kata Asraff sambil meraup wajahnya .

"Boleh jadi nyawanya terancam .Harap dia tak apa-apalah ." sambungnya lagi .Elly yang mendengarnya mula teresak-esak .Dia tak nak kehilangan Nurin .Lisa cuba memujuknya . Hash hanya mengangguk mendengar kata-kata Ashraff itu .Matanya mengecil apabila terlihat satu susuk tubuh dari jauh . Dia yang tadi baru sahaja melabuhkan punggung serta-merta berdiri .Begitu juga dengan Ashraff .Fokus mereka pada susuk tubuh yang kian mendekati .

Mai .

"Apa kau nak lagi ,haa ?!" tengking Hash sambil cuba untuk menerpa ke arah Mai namun sempat dihalang oleh Ashraff .Mai hanya mengeluh .

"Maafkan aku ." Dua patah perkataan itu sahaja yang mampu dikatakannya tika ini .Tiada perkataan yang sesuai untuk menggambarkan kekesalannya. Kalau tidak dipaksanya Dania supaya mengingati masa lalu , hal ini tidak akan terjadi sama sekali . Sungguh dia menyesal dengan perbuatannya itu .Disebabkan dirinya , Dania telah koma .Entah bila pula Dania akan sedar .

° ° ° ° °

P.O.V : DANIA

Aku tidak mampu untuk membuka mata .Mataku benar-benar berat untuk dibuka .Aku terasa penat untuk melihat dunia .Aku mengantuk .Aku hanya mahu tidur .

Tiba-tiba , satu cahaya menerembes di ruang mataku .Pandangan yang tadinya gelap mulai cerah . Ada 'sesuatu' yang menarikku memasuki ruang ini .

Di tempat aku berdiri ini , adalah di satu kawasan yang lapang .Tiada apa-apa di sini melainkan sebuah pokok yang rendangbdan rumput-rumput kecil yang 'menghiasi' kawasan itu .Tempat ini , bagaikan terselit seribu memori yang pernah aku alami .Aku mula memegang kepala yang kian mencucuk .Tiba-tiba muncul satu bayangan seorang gadus berambut perang .Langkah diatur sopan ke arahku .Dia hanya memakai T-shirt berwarna putih bersama jaket hitam .Aku memandangnya pelik .Wajahnya seperti pernah aku lihat sebelum ini .Aku cuba mengingati wajahnya semula .Namun , tiada satu pun memori tentangnya dapat aku ingati .

"Ikut aku  .Aku nak kembalikan dunia kau yang dah lama hilang ." Ujar gadis yang tidak aku ketahui namanya itu .Aku hanya menurut sahaja .

Seketika , dua susuk tubuh muncuk bagaikan sebuah lukisan .Seorang gadis , dan seorang lagi lelaki .Sedang duduk di bawah pokok yang redang itu .

"Jangan dekatkan diri kau dengan dia ." ujar lelaki itu .Seketika aku terpana melihat wajahnya .

Hash .Terdetik satu nama di hatiku apabila melihat wajahnya itu .

"Tapi kenapa ? Aku tak ada apa-apa hubungan pun dengan dia !" ujar gadis itu tegas .Tubuhnya agak membelakangi aku membuatkan aku tidak dapat melihat wajahnya .Rambutnya yang berwarna perang diikat gaya pony tail .

"Dia berbahaya ! Dia ada motif tersendiri . Dia berkawan dengan kau sebab nakkan jawatan-"

"Aryan ! Cukuplah bersangka buruk tentang dia !" herdik gadis itu sebelum berura-ura berlalu pergi .Aku agak terkejut mendengar nama itu .

"Daisy ! Aku bukan bersangka buruk ! Aku nampak dengan mata aku sendiri apa yang dia buat belakang kau .Aku cintakan kau Dahlia .Jauhkan diri dari dia ." herdik lelaki itu kembali sambil menarik tangan gadis itu.Sekali lagi, aku terkesima melihat wajahnya .Wajahnya saling tak tumpah dengan gadis yang membawaku ke sini .Mirip sekali .

Dan suasana telah berubah .Bagaikan sebuah kotak , 'dunia' yang aku berpijak kini telah 'dilipat' dan ditukar menjadi dunia yang lain .Dan kini , aku berada di sebuah bilik yang agak gelap , bersama gadis yang mirip dengan gadis yang membawaku ke sini tadi .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience