Dua buah lori yang ditempah mereka kini telahpun tiba di laluan bawah tanah yang hanya Devil sahaja yang tahu.Barang yang ditemukan segera dipindahkan.
"Lepas ni,apa yang dia akan buat??"soal Hash sinis.Lelaki dihadapannya kini turut tersenyum sinis.Lelaki yang berada di hadapannya kini turut tersenyum sinis.
" 'Sesuatu' yang kononnya di luar kotak fikiran kau."kata lelaki itu bersama tawa sinis.Zickry hanya tersenyum senget mendengar kata-kata lelaki itu.
Siapa sangka di mata kumpulan White Eagle,lelaki itu juga turut menjadi kepercayaan mereka??Hanya dirinya sahaja yang tahu di pihak mana akan dia menyebelahi.Just wait,and see!
?????
"Senjata api dah sampai dengan selamat dekat perlabuhan.Cuma projek 'one million' sahaja sampai sekarang tak sampai lagi."lapor seorang lelaki kepada Zickry di hujung talian.Zickry mulai gelisah.Manakala Hash sudah menyumpah seranah.
"Minta tolong Dania untuk pantau pergerakan lori tu.Cuma Dania je harapan kita sebab dia tak ada dekat sini.Call dia sekarang!"arah Hash.Penumbuknya dikepal sehingga menimbulkan segala urat di tangannya.Zickry hanya mengangguk.Telefonnya yang baru beberapa saat disimpan telah dikeluarkan semula.Nombor Dania didail.Talian bersambung.
"Hello Nia.Angah nak minta tolong ni."
"Ya,angah nak minta tolong apa?"
"Tolong perhati..."belum sempat dia menghabiskan kata-kata kedengaran 'sesuatu' bagaikan sebuah pukulan.
PAKK!!
Hash jatuh tidak sedarkan diri apabila seseorang telahpun mengetuk kepalanya.Melihat si pelaku membuatkan Zickry menyumpah seranah.
"Shit!!"carutnya pada si pelaku.Mereka bergelut seketika sebelum kepalanya turut diketuk dengan besi.Pandangannya berbalam-balam.Zickry tidak sedarkan diri tanpa sempat dia menamatkan panggilannya dengan Dania.
"Hello!!Hello!Angah!Zickry!!Ashraff!"Dania yang berada di talian sudah melolong panik.Si pelaku hanya terdiam mendengar kata-kata Dania yang bernada panik.
"She's still alive..."bisiknya perlahan.
"Aku..."kakinya memijak telefon Zickry sebelum menendangnya hingga pecah berderai.
"..takkan lepaskan kau,untuk kali ini."ujarnya melirih.
"You'll be mine ,DD."katanya sebelum melangkah pergi meninggalkan Hash dan Zickry yang tidak sedarkan diri.
?????
Dania mula rasa tidak sedap hati.Bukan dia tidak mendengari Zickry mencarut tadi.Agak terkejut juga apabila taliannya terputus secara tiba-tiba.Dania mengurut pelipisnya.Stress!
Dania memecut laju dengan tujuan untuk pergi ke tempat di mana sepupunya itu berada.Matanya tiba-tiba tertancap pada sebuah kereta.Sedari tadi kereta itu asyik mengekorinya.Dia ke kanan,kereta itu ke kanan.Dia ke kiri,kereta itu ke kiri.Dania mulai gelisah.Dania memecut keretanya selaju yang boleh.Sempat lagi dikerlingnya jam di dashboard.
11:48 p.m
Walaupun sudah memecut laju,kereta tadi masih mengekorinya walaupun jarak diantara mereka agak berjauhan.Satu tembakan di lepaskan di tayar keretanya namun sempat dielak.Holyver yang kini menjadi pistol rasmi miliknya diambil dari bawah seat driver sebagai persediaan awal apabila dia ternampak beberapa buah motorsikal yang turut mengekorinya.
Sebuah motorsikal menyaingi kereta Dania.Saat itu juga tingkap di bahagian pemandu diturunkan sebelum dia melepaskan tembakan.
Bang!!
Tingkap di bahagian pemandu di naikkan semula manakala tingkap di bahagian penumpang diturunkan pula.Sekali lagi dia melepaskan tembakan.
Bang!!
Lelaki yang menunggang motorsikal itu kini telahpun tumbang kerana tembakan yang dilepaskan tepat mengenai dadanya.
Sementara itu...
"Damn it!!Diorang ekori aku!!!"kata seorang lelaki.Giginya dikertap geram.Dipecutnya lori yang dibawanya kini selaju yang boleh.
Bang!!
Tayar lorinya di tembak oleh mereka.Lorinya hilang kawalan sebelum...
Streeett...
?????
P.O.V : DANIA
Tembakan demi tembakan dilepaskan pada keretaku namun aku lebih pantas mengelak.Stereng kereta aku kawal mengGunakan tangan sebelah kanan manakala tangan sebelah lagi erat memegang pistol berwarna silver itu.
Holyver.
Bang!!
Tembakan yang entah buat kali ke berapa aku lepaskan pada mereka.Namun tiada satu pun yang mengenai mereka tepat pada sasaran.Aku merenung pistol itu lama bersilih ganti dengan selok-belok jalan raya.Apa mungkin aku tidak pandai menggunakan pistol?
Ah!Itu mustahil sekali.Aku seorang detektif yang telah di ajar cara untuk menggunakan pistol.Lesen juga sudah ku miliki mana mungkin lagi aku tak pandai untuk menggunakannya.Lantas,mengapa pistol berwarna silver ini seakan-akan tidak membenarkan aku untuk menggunakannya??Aduh,aku dah gila ke??Fikir pistol ni dah disumpah?
Holyver..
Perkataan itu bagaikan tersemat di fikiranku.Tiba-tiba satu memori menjengah fikiranku.Aku tak tahu ini pernah terjadi atau bukan,tapi dapat aku rasakan ini adalah memori.Memori kisah silamku.
"I love you.."
"This is different.Very different."
Kepala aku berdenyut secara tiba-tiba.Ya Allah,memori apa yang aku alami ini?
Aku hilang kawalan.Kereta yang di bawa oleh ku lelong ke kiri kanan.Suara-suara yang tak pernah ku dengari seakan-akan menghantui fikiranku.Berkali-kali perkataan sama diulang seakan-akan bergema di dalam fikiranku.Stereng aku pegang dengan kuat sekali.Sungguh sakit kepalaku di saat ini.
"You always in my heart."
"Aku dah lama cintakan kau."
"Please,jauhkan diri kau dari dia."
"Dia berbahaya."
"Kau sayang aku,kan??Kalau kau sayang aku,please,jangan berkawan mahupun bersua muka pun dengan dia!"
"ARGHH!!"kepala yang makin berdenyut-denyut aku hentak di stereng.Kerana keretaku hilang kawalan,aku hampir bertembung dengan sebuah lori di persimpangan.
Streett...
BAM!!!
Sempat aku menahan brek.Namun beberapa motorsikal yang berkuasa tinggi itu sudah 'selamat' berbaring di atas jalan.
Lori itu terbalik menghadang jalan raya.Nasib ku baik kerana yang bertembung adalah lori sama lori.Minyak dari lori yang hampir ku bertembung tadi menitik-nitik di jalan tar tersebut.Aku memerhatikan lori itu.Sepertinya aku kenal dengan kenderaan itu.
Itu bukankah....
"Goshh!!!Damn it!!!"
Itu lori yang ditempah Zickry!!!!Seorang lelaki tidak dikenali yang turut memakai mask hitam seperti aku keluar dari kereta yang mengekoriku tadi.Satu alat yang tak dapat aku kenal pasti di keluarkan dari poket seluarnya.Mataku mengecil melihat 'sesuatu' yang dipegangnya sebelum mata aku mula membesar melihat 'sesuatu' itu dicampak pada minyak yang menitik.
BOOM!!!!
Lori tadi meletup sebelum 'selamat' dijilat api.Ya Allah!!
Lelaki itu perlahan-lahan melangkah ke arahku.Berderau darahku apabila dia memandang tepat ke dalam mataku.Aku harap lelaki itu tidak mengenali ku yang memakai mask ini walaupun aku lansung tidak pernah bersua muka dengannya.
Pintu bahagian driver dibukanya kasar sebelum dia menarik lenganku untuk mengikut dia.
"Lepaslah!!!"kataku sambil cuba untuk melepaskan diri.Makin lama aku cuba untuk lepaskan diri,makin kuat pula pegangannya.
"Bro,lepaskan dia!"kata seorang lelaki yang tiba-tiba muncul entah dari mana.
End of Dania's P.O.V
?????
Someone's P.O.V
Streeett...
Lori yang hampir bertembung dengan kereta tadi semakin hilang kawalan.Aku lantas melompat keluar dari kenderaan tersebut sebelum dia bertembung dengan sebuah lori kontena.
BAM!!
Nah!!Lori yang kupandu tadi terbalik dia atas jalan tar sebelum seorang lelaki membaling lighter.
BOOM!!
Lori itu dijilat api.Aku hanya memandang simpati atas pemergian projek 'one million' palsu itu.Lelaki tadi kulihat mengaturkan langkah ke arah kereta yang dinaiki oleh Dania,sepupu leader kumpulan Devil.Pintu driver dibuka sebelum dia menarik Dania kasar.
Aih!Kasar nampak!!Kaki ku aturkan ke arah mereka.Tangannya yang masih cuba menarik Dania aku pegang.Ok fine!!Aku bukan gay!Lengannya yang masih menarik Dania,aku genggam kuat bagi melepaskan genggamannya pada Dania.Matanya beralih ke arah wajahku.Aku tersenyum sinis.
"Bro,lepaskan dia!"
"Alex!!"tak pelik kenapa dia mengetahui namaku kerana sememangnya kami saling mengenali as satu pasukan yang bagiku hanya penyamaran.
Aku tersenyum sinis.
Share this novel