B A B 8

Romance Series 3421

Dania memerhati segenap ruang markas itu.Sungguh dia tidak mempercayai apa yang ada di hadapannya kini.

"Ini markas ke,Istana??"satu soalan itu terpacul dari bibirnya.

Ruang dalamannya tersangatlah cantik sehingga membuatkan Dania tidak mempercayainya.Sedangkan dari luar kelihatan markas itu kecil dan tidak bersih.Benarlah kata orang Don't judge a book by its cover.Ruangannya tersangatlah mewah hingga membuatkan Dania tidak lepas memandangnya.Dengan alatan canggih yang sangat berteknologi membuatkan Dania teringin sekali menyentuhnya.

Kelihatan beberapa orang sibuk ke sana sini.Mungkin mencari anak buah kumpulannya.Dan orang-orang itupun memakai uniform yang sama seakan-akan bodyguard.Sekali lagi diulang.Memakai UNIFORM yang sama berwarna biru seakan-akan bodyguard.Memang geng mafia yang sangat mementingan penampilan sesuatu kumpulan.Tapi kumpulan ini nampaknya memiliki satu penampilan yang sangat bagus.Cemburu Dania dibuatnya.Haish,lepas ni dia dengan sukarelanya akan memujuk Ashraff untuk mementingkan satu penampilan kumpulan mafia.

Bang!

Satu das lagi tembakan dilepaskan.Dania seakan-akan sedar akan tujuannya memasuki markas tersebut..Inilah padahnya kerana ter'pukau' akan markas mewah ini.

Dania telahpun mengatur rancangan.Untuk mengeluarkan mereka dari markas ini,dia harus ke tempat yang terletaknya suis utama.Setelah beberapa minit mencari,akhirnya menjumpai.Malangnya,suis utama tersebut dikunci dengan satu alatan canggih yang memerlukan kata laluan.Di atas suis utama yang dikunci dengan alatan canggih tersebut turut ada penggera.Penggera yang mungkin akan berbunyi sekiranya kata laluan yang dimasukkan adalah salah.

'Aduh!! Aku mana ada masa nak fikir apa kata laluan alat ni..Ishh!!'

Tanpa berfikir panjang,Dania mengeluarkan salah satu peralatan canggih yang dibawanya tadi.Beberapa wayar yang entah dari mana turut dibawanya bersama.Selang beberapa minit,suis utama itu selamat buka.Dia terus mematikan suis utama tersebut.Suasana tiba-tiba sahaja bertukar gelap-gelita.Dania tersenyum sinis.Entah mengapa,suasana beginilah yang disukainya.

Dia segara mencari dimana Ashraff berada.Dia harus segera mendapatkan abang sepupunya itu untuk segera ke hospital.

    °°°°°

"Kenapa gelap tetiba ni?Angin tak ada,ribut tak ada,kena sambar petir ke?" soal Hash seorang diri.

"Bos,dah ada peluang,jomlah kita chaw." kata salah seorang anak buahnya.

"Tapi,barang yang kita nak tu,tak dapat lagi." salah seorang lagi berkata.

"Jom kita chaw dulu.Barang semua tu tak penting.Nyawa kita ni lagi berharga dari barang yang kita cari tu.Panggil Zick ajak chaw.Yang lain pon sama."arah Hash.Yang lain hanya patuh pada arahannya.

"Baik!!"

*****

"Blah dari sini semua.peluang dah ada depan mata.Keluar dari sini sebelum apa-apa terjadi."

Hash berkata dengan nada yang perlahan di walkie-talkie miliknya.Seketika kemudian,kelibat Ashraff kelihatan dipapah oleh anak buah mereka.Hash lantas membuka tingkap berhampiran pintu belakang markas itu.Mereka terpaksa keluar dari situ dengan kadar segera.

*****

Dania berhati-hati ingin keluar dari situ.Kelihatan satu benda yang menarik perhatiannya.Kayu yang berbentuk gitar kecil sebesar keychain diambilnya.Dia cuba menarik gitar itu.Dan,ia terbahagi kepada dua.

?

Dania tersenyum sinis.Tak dapat barang yang abang sepupunya ingin sabotaj pun tak apalah,asalkan dapat sesuatu yang turut berharga bagi membantu misi Ashraff.

Dia cuba mencari dimana pintu yang dimasukinya dalam keadaan yang suasananya gelap gelita itu.Dalam keadaan yang samar,dia masih mencari.Disaat dia telah menjumpai pintu utama,dia segera berlari anak ke arah pintu itu.Namun nasibnya malang apabila seorang lelaki menariknya lalu di hempaskan pada dinding.Lelaki itu juga mengunci tubuhnya di dinding.Lelaki itu!Ya,lelaki yang membuatkan perasaan benci hadir di dalam dirinya secara tiba-tiba.Lelaki itu cuba menyentuh wajahnya namun sempat ditepis.

"Who are you??" soal lelaki itu dengan nada yang serius.Lelaki itu menghempas tubuhku di dinding dengan kuat.Dania mengetap bibir.

"Siapa yang hantar kau ke sini??" soalnya lagi.Dia lantas mencekik Dania dengan kuat.Dania yang tidak tahan dilakukan sebegitu rupa menendang kelemahan lelaki itu.Lelaki itu,mengerang kesakitan.

Dania ingin melarikan diri.Namun,tiba-tiba datangnya idea membuatkan dia berpatah balik.Dalam kepalanya kini hanya memikirkan 'idea'nya tadi.Dania tersenyum sinis.

Lelaki yang sedang membongkok memegang kelemahan miliknya itu membuatkan Dania menarik senyuman yang makin lebar.Dia menghampiri lelaki itu.Dia lantas menendang dubur lelaki itu.Lelaki itu terdorong ke depan.

Dania mengundur ke belakang lagi,lagi dan lagi sebelum dia lari semula ke arah lelaki itu dan.. Dismackdownkannya leher lelaki itu sehingga pengsan.Sikunya yang menjadi senjata untuk membuat smackdown tadi diusap perlahan. Kalau boleh dicium sikunya itu,sudah lama dilakukannya. Nasib bibirnya tidak sampai ke siku sahaja,kalau tak,mungkin lebih panjang dari muncung itik.

Padan muka lelaki itu.Dania tersenyum sinis.Sebelum melarikan diri dari markas itu,sempat dia membetulkan selendangnya yang kelihatam senget akibat dicekik tadi.Biasalah,perempuan ni lebih mementingkan personaliti.Dan tudung,menjadi salah satu benda yang wajib dititikberatkan.Dania lantas berlalu untuk segera ke hospital.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience