Bang !
Ashraff , Hash , Alex dan Lisa terkejut dengan tembakan yang dilepaskan .Tembakan tersebut hampir mengenai Ashraff . Kelihatan dua orang gadis bersama anak buah mereka telah mengepung kawasan rumah tersebut .
"Shit ! Bitch!" carut Alex sebelum menunduk kerana satu lagi tembakan telah dilepaskan . Siapa lagi kalau bukan Nurin dan Elly ? Mereka pastinya akan datang semula apabila mendapati Ashraff dan lain-lain masih lagi hidup .
Namun kali ini , mereka bukan berdua sahaja . Mereka turut membawa anak buah mereka sekali . Dan kali ini juga , Nurin dan Elly lansung tidak memakai mask .Ini membuatkan Ashraff dan lain-lain dapat melihat wajah mereka .
"Apa ? Terkejut ? " soal Nurin dengan nada yang agak sinis . Hash mengepal penumbuk .Kalau nak diikutkan hatinya , mahu sahaja dia melepaskan tumbukan pada wajah Nurin .Namun memikirkan Nurin seorang perempuan dan Nurim adalah belas kekasih Ashraff , dia hanya membatalkan niat .
"Huh .Takkan lah masih tak dapat tangkap aku lah dalang semua ni ? Aku yang upah orang untuk 'lancarkan' pertemuan aku dengan Dania ." ujarnya sinis .Ashraff hanya mendiamkan diri . Manakala Hash ketawa sinis .
"Kau fikir kitorang ni bodoh macam otak udang kau tu ke ? Kitorang dah tahu lama dah pasal ni .Kalau aku tak fikir yang kau... " tanpa sempat Hash menghabiskan kata-kata , Ashraff telah mengarahkan dirinya supaya mendiamkan diri .Hash hanya merengus kasar .
"Aku apa ? Yang aku ni ex-fmgirlfriend dia ? Yang aku ni perempuan yang dah ditipu hidup-hidup oleh dia ? Yang aku ni sebenarnya perempuan bodoh yang 'jatuh' dalam genggaman dia ?" kata Nurin sinis .
"Izzatul ! " Ashraff mula mengherdik Nurin . Baru sahaja dia ingin menapak ke arah Nurin , dia telah dihalang oleh anak buah gadis itu .
Maka , bermulalah sesi pergaduhan antara mereka .Tembakan mula dilepaskan satu-persatu .
? ? ? ? ?
Langkah diatur semakin laju .Dania melarikan diri tanpa arah tuju .Mata mula bergenang .Kepalanya masih berdenyut-denyut .Beberapa peristiwa bagaikan 'bermain' di matanya kini .
"Dania !!Berhenti !!"jerit Mai dari belakang .Dania terus berlari .Dia tergesa-gesa ingin melintas jalan sebelum datangnya sebuah lori ...
Bam !!
Lori itu bercumbu tiang lampu isyarat . Manakala Dania terlantar di bahu jalan .Darah mula membuak-buak dari kepalanya .Kepalanya kini kian mencucuk .Kedengaran suara Mai yang memanggil-manggil namanya .Mata mula berpinar .Sekelip mata , dia lansung tidak sedarkan diri .
? ? ? ? ?
Ashraff mula melawan satu demi satu anak buah Nurin .Nasib kepalanya kini kian membaik .Salah sorang anak buah Nurin ditumbuknya sebelum ditembak pada dadanya .Dia lantas meluru ke arah Nurin yang leka berlawan dengan Fandy .
Tangan Nurin yang menunmbuk Fandy ditangkapnya sebelum dipulas ke belakang .Nurin yang terkejut dengan kemunculan dan kelakuan Ashraff hanya mampu mengerang kesakitan . Elly yang melihat kejadian itu cuba menerpa ke arah Nurin untuk membantu namun Lisa bertindak pantas dengan menyelit kakinya .Hasilnya , Elly jatuh terpelecok sebelum dia mula bergelut seketika dengan Lisa . Sekali pandang , mereka bergelut seperti di dalam 'gelanggang WWE' .
Tangan Nurin yang masih dipulas lansubg tidak dilepakannya .Mereka juga bergelut seketika .
"Lepaslah jantan tak guna !!"jerit Nurin pada Ashraff sambil mengerang kesakitan .
"Dengarlah dulu Izzatul .Apa yang kau saksikan dulu tak benar ."
"Peduli apa aku ? Aku dah nampak dengan mata aku sendiri .Tak betul lagi ke hah ?"herdik Nurin .Ashraff hanya mengetap bibir .
"Kalau ya pun kau tak percayakan aku , tak akan lah sebab benda tu kau sanggup hukum aku sampai macam ni sekali ? Sanggup bunuh aku semata-mata nak balas dendam ?Kalau ya pun nak menghukum , dengar dulu penjelasan aku ."ujar Ashraff masih berlembut .
"Ish !! Tepilah lahanat !!"herdik Nurin lagi.Masih mencuba untuk melepaskan tangannya .
"Tak , aku takkan lepaskan kau selagi kau tak dengar penjelasan aku ."kata Ashraff pula .Entah di mana silapnya , Nurin berjaya melepaskan diri .Kelihatan sekali lagi Elly cuba menerpa ke arah mereka namun kakinya ditarik oleh Lisa . Sekali lagi , Elly terjatuh .
Bang !!
Satu das tembakan dilepaskan hampir mengenai Elly . Nasibnya baik kerana Lisa yang menarik kakinya . Kelihatan seorang lelaki yang memakai mask berada di hadapan mereka dikelilingi anak buahnya .
Bang !!
"Izzatul !! " jerit Ashraff lantang sebelum menarik Nurin ke dakapannya . Nurin kelihatan terkesima .Dia cuba meleraikan dakapan itu .Namun Ashraff sebaliknya merampas pistol di pinggang Nurin sebelum melepaskan tembakan pada lelaki itu .
Bang !!
Tembakan itu tidak mengenai sasarannya kerana lelaki itu menarik salah seorang anak buahnya untuk 'berkorban' nyawa . Kini , Hash mula melepaskan tembakan demi tembakan .Begitu juga dengan Lisa .
Bang !
Bang !
Bang !
Satu persatu anak buah lelaki itu melarikan diri . Yang tinggal kini hanya lelaki itu dan beberapa anak buahnya sahaja. Lelaki itu membuka mask yang dipakainya .Elly dan Nurin terkejut dan terkesima .
"Tak perlu nak terkejut .Aku dah cakap , kalau kau berdua masih tak bunuh diorang , aku akan bunuh korang berdua . "Ujar lelaki itu sinis .Hash hanya menjungkit senyuman sinis . Manakala Ashraff cuba melindungi Nurin .Lisa awal-awal lagi sudah memberi jelingan pada Elly yang ingin menerpa ke arah Nurin .
Pistol milik lelaki itu dihala pada Ashraff yang melindungi Nurin .
Bang !
Bang !
? ? ? ? ?
Share this novel