"Aku kata pergi buat check up! " kata Lisa sambil memandang kembarnya tajam .
'Budak ni degil betul.'
"Alalalalala ,aku mana ada sakit apa-apa .Sihat aje lagi ni .Buat apa nak check up ?" ujar Nisa sambil mencebik .Lisa menggelengkan kepala .
"Sihat kepala hotak engkau ! Sihat apanya muntah-muntah .Dah tiga kali tau kau suruh aku berhenti tepi jalan sebab nak muntah .Baik kau pergi sebelum aku sula kau kejap lagi ." ugut Lisa dengan nada yang agak tegas .
"Alaaaa , tapi aku nak jumpa--"
"Tak . Boleh ! Adwin ,kau bawa bini kau ni pergi check sebelum kau ,aku belasah .SE. KA .RANG !!" Ujar Lisa bersama mata yang dijegilkan .Terus kecut perut adik iparnya itu .
"Ayang ,jom ajela .Tak mati pun kalau pergi check ." ujar Adwin selamba .Mata merenung isterinya yang mencebik tanda tidak suka .Mereka berdua pantas berlalu pergi .Nisa masih lagi dengan muka masamnya .Matanya sedikit berair kerana suami dan kakaknya yang memaksa .Lisa hanya meggelengkan kepala .
"Sah budak tu dah ada isi .Alamatnya ,aku bakal dapat anak buah lah .Aih ." ujar Lisa sambil mengeluh .Dia sendiri tidak pasti mengapa dia mengeluh .
"Woi !Terpacak apa lagi depan tu ?" sergah suara seorang lelaki yang cukup dikenalinya .Lisa yang terkejut mengawal riak wajah .Wajah lelaki itu dipandang tajam .
"Kau nak mati awal eh ?" kata Lisa separa mengugut .Lelaki itu hanya tersenyum sinis sebelum berjalan mara mendekatinya .
"Hoi Malaun ! Apa datang dekat-dekat ni ?Kaki nak ,kaki ?Lupa ke makwe kau yang baru aje sedar tu ?" ujar Lisa sebelum kakinya ditunjuk .Ashraff itu hanya menggulingkan mata .Ya ,lelaki itu adalah Ashraff .
"Aku tak hengen la dekat kau .Tak ada taste okey !.Muka pun macam orang utan ,ada hati kata aku nak goda dia ? Heh ." ujar Ashraff sedikit sinis .Lisa yang mendengarnya menjungkitkan bibir .
"Aku tak ada kata pun kau nak goda aku ke apa . Ada dengar ke aku kata ? Tak ,kan ? Lelaki macam kau ni selalu perasan kan ? "kata Lisa semakin sinis .Ashraff dijelingnya dari tepi .
" Mana ada ! Tapi realitinya memang betul pun ,kau maksudkan yang aku ni nak goda kau .Heh ."
"Hey ,anda .. Boleh pergi mati dengan sikap 'perasan' anda itu ."ujar Lisa sebelum mula meninggalkan Ashraff .Namun ,Ashraff masih mengikutinya .
"Tak mengaku pulak dia ni .Malulah tu .Tahulah aku ni sem ."
"Gimati duh ."
"Tak mengaku pulak dia ni .Sekali aku kenyit mata ,cair kau nanti ! Hahaha ." ujar Ashraff sambil ketawa .Sengaja mengusik .
"Sila Mampus ."ujar Lisa sinis sebelum menjungkitkan bibir .
" Kau ni memang selalu cakap sinis en ? Dah tu ,serius aje memanjang .Cuba kau senyum .Biar nampak happy sikit . Aku teringin nak tengok muka kau yang selalu senyum masa kau dengan Ad--"Ashraff menggigit bibir .Mulutnya yang lancang berkata-kata itu membuatkan Lisa berhenti statik sebelum memandang Ashraff tajam dan kemudian berlalu pergi .Ashraff menampar bibirnya sendiri .
"Bodoh ah kau mulut .Apehal lancang sangat ? Tup-tup dah terlepas nama jantan tu eyy !"omel Ashraff sendirian .Dia menggaru kepala .
? ? ?
Dania termenung sendirian . Memikirkan masa depan dan dendamnya sendiri .Dia mula mengingati kisah silam .Di mana dia sendiri yang menyaksikan pembunuhan kembarnya .Dania meraup wajah .Entah mengapa hatinya terasa bagaikan dekat bersama kembarnya .Dia benar-benar yakin kembarnya masih hidup .Namun ,tiada siapa mampu mengatakan bahawa firasatnya itu benar .Lagipun ,kembarnya itu mati ditembak di hadapannya .Mana mungkin dia masih hidup ?
Dania menghela nafas kasar .Sungguh ,dia penat dengan dunia yang direka musuhnya sendiri .Dania buntu .Buntu untuk membalas dendam .
Telefon pintarnya yang sedari tadi asyik berbunyi dipandang sepi sebelum tangannya mula mencapai objek serba canggih itu.Dia mendail semula nombor tersebut . Selang beberapa minit ,panggilannya terjawab .
" Hm ?"soalnya malas .Kejap ,soalan ke tu ?
"Aku dah maklumkan dekat Clown yang kau nak jumpa dia .Dia kata jumpa dia dekat tempat biasa .Petang nanti pukul 5 ." ujar Ashraff di hujung talian .Dania menjeling jam di tangannya .
"Okay .By the way ,mana yang la---" tuttt tutt .Talian telahpun terputus .Dania memandang telefon pintarnya tajam . Cis ! Cepat betul kau tamatkan panggilan .
"Yoe ! Long time no see !" sergah satu suara yang amat dikenalinya .Kelihatan ,Lisa mengangkat tangannya sebelum menyapa aku .Dia melabuhkan punggung di sofa berdekatan . Dania hanya tersenyum sinis .
"Jangan kata kau ,aku pun lama tak jumpa diri aku sendiri ." ujar Dania tenang .Lisa hanya mengangguk .
"Mana kembar kau ?"soal Dania apabila kedua-duanya mendiamkan diri .
" Oh ,dia pergi ---"
"LISAAAA !!! Aaaaaa aku tak sangka !" dari jauh kedengaran suara Nisa yang memanggil nama kembarnya .Lisa menepuk dahi .Kepala otak dia lah buat riuh dekat wad VVIP .Pintu dibuka dari luar .Muncullah dua orang yang dinanti-nantikan walaupun lansung tidak diundang mahupun dihampar karpet merah .
"Apa kau ? Bising ah !" kata Lisa menyampah .
"Aku hiks ... Tak sangka .. Hiks .. Yang aku mengandung !! Aaaaa. " ujar Nisa sambil meraung .Lisa menjungkitkan kening .
"So ?"kata Lisa ringkas .Pelik dengan perangai adiknya .Mengandung pun nak riau(menangis) ke ? Anak sendiri kut .
" Kau ni ! Eyy ,faham-fahamlah ! Aku hiks dah berbadan dua !! Aku .. Aku em tak sedia lagi nak jadi mak mak !!!! Huwaaaa biyyy !!"Nisa makin meraung .Lisa menepuk dahi .Adwin pula gigih memujuk isterinya itu .Manakala Dania hanya memerhati .
"Lek ah .Wat lek wat peace lu ." ujar Dania selamba setelah beberapa minit menjadi pemerhati .Nisa mengelap hingus di hidungnya pada bahu Adwin .Adwin hanya ternganga .
"Yoe Daisy !! Lama tak jumpa kau ! Uyyo uyyo uyyo dah bertudung siaaakk !" ujar Nisa teruja .Lisa ternganga .Cepatnya mood dia berubah ! Sah emo terlebih .Dania hanya menggulingkan anak mata .
"Dah berapa bulan doe ?" soal Dania sambil mata mengisyaratkan pada perut Nisa yang masih lagi kempis .
"Baru 5 minggu ehehe ." jawab Nisa sambil membuat gaya peace .Dania hanya mengangguk .Mereka berbual sebentar . Sekali-sekala Adwin menyampuk .Manakala Lisa hanya memerhati Nisa yang ceria berbual dengan Dania .
'Bahagianya Nisa dengan suami dia .'ujar Lisa di dalam hati sambil tersenyum nipis .
Share this novel