2018,7:30 pagi.
"ARGGHHH!!!"
Buk!
Aduh,Dania jatuh tergolek dari katil.Belakangnya digosok-gosok berulang kali.
"Ish!! Mimpi tu lagi. Macam tak ada mimpi lain je . "rengusnya perlahan.
"Kenapa kerap sangat aku dapat mimpi yang sama? Pernah berlaku ke dalam hidup aku sebelum ini? Mungkin sewaktu aku belum hilang ingatan lagi."omelnya pula seorang diri. Dahinya berkerut cuba mengingati masa lalu sambil tangannya tak henti-henti menggosok belakang badan.
"Takkanlah! Aku mana ada kembar. Angah tak pernah cerita pun!Huh! "cebiknya pula.
"Tapi aku kan hilang ingatan. Aku tak ingat siapa diri aku. Boleh jadi benda ni pernah berlaku."omelnya lagi sendirian.Kepalanya terangguk-angguk mengiyakan kata-katanya.
"Tapi.. Aku bukan mafia! Aku detektif!Hacker kumpulan gelap angah lagi!" Kini,kepalanya tergeleng-geleng pula.
"Tapi,tapi,tapi.. Angah kan mafia. Dia tu kan cousin aku. Keturunan dia, keturunan aku juga. Kalau keluarga dia mafia, jadi aku pun samalah? Aduh stresss ! "Kini dia menepuk dahinya pula.
"Kalau betul DD mafia yang selalu muncul dalam mimpi aku tu adalah aku,memang mustahillah aku boleh hidup!Gaung tu kan tinggi!"Sekali lagi dia menggelengkan kepala.
"Serabutnya!Kalau betullah DD tu adalah aku, iaitu Dania Dahlia, si hacker ni, kenapa aku tak nampak muka dia ? Dorang kembar seiras kan, maksudnya muka aku sama nacam Lily tu . Lagipun, perempuan tu bukannya berhijab macam aku."
"Atau mungkin sebenarnya angah buat pembedahan plastik dekat muka aku ni? Jadi kiranya muka aku ni lawa sebab pembedahan plastik laa?Bukan original hasil dalam rahim mak aku ?"
"Stressnya! Baik aku tanya angah . "Baru sahaja ingin dicapainya telefon miliknya,telefonnya itu berdering. Melihat sahaja nombor yang tertera terus dia membetulkan suara. Suaranya menjadi serius.
"Hello! Detektif Dania di dalam talian. Ada apa-apa yang perlu saya bantu?"
"........"
"Oh, Tuan akan dapat maklumat tu 12 atau 6 jam dari sekarang. Apa-apa masalah sila hubungi saya."
"........."
"Baik!"
Tamat sahaja panggilan itu pantas sahaja dia berlalu ke bilik air. Dia ada misi yang harus dilakukan. Misi yang berkaitan dengan jenayah kumpulan abang sepupunya. Sebelum maklumat tersebut tiba di tangan orang lain, lebih baik dia bertindak cepat.
°°°°°
"Shoot!!"Ashraff menjerit lantang. Keadaan di kelab itu huru hara apabila mendengar jeritan lantang itu.
Bang!Bang!Bang!
Beberapa tembakan dilepaskan tepat mengenai kepala.Di sebalik mask yang dipakainya, Ashraff tersenyum sinis melihat musuh mereka yang tumpas.
"Zick, kau lengahkan masa diorang. Aku akan selesaikan mamat cina tu." kata seorang lelaki bersikap dingin yang turut nemakai mask. Bezanya hanya lambang kumpulan masing-masing dan warnanya sahaja .Lelaki itu hanya membiarkan sahaja lelaki cina itu melarikan diri. Dia tersenyum sinis. Ashraff hanya mengangguk.
"Hash, kejar dia sampai dapat!"Lelaki yang digelar Hash itu mengangguk lalu mengejar lelaki cina yang melarikan diri tadi. Manakala Ashraff serta gengnya Black Wolves menewaskan anak buah lelaki itu .
"Huh ! Lembik!"sinis Ashraff atau lebih dikenali sebagai Zick berkata.
Sementara itu...
"Nak lari mana bro??"kata Hash selamba sambil menghalang laluan lelaki cina itu. Lelaki cina itu cuba untuk menumbuk Hash namun sempat dielaknya. Hash menangkap tangan lelaki cina itu lantas memulaskannya ke belakang sehingga lelaki itu mengerang kesakitan.
"Carl, Carl.. Tempat ni dah kena kepung. Ada hati lagi ke nak larikan diri hmm ?"dengan suara dan wajah yang bajet cool Hash berkata.
"Hash, lu lepaskan wa la.Wa boleh kasi lu wang maa. Lu mau apa! Lu kasi tau saja sama wa.Lu mau amoi a? Wa boleh kasi lorhh!"
"Duit aku dah berlambak 'terkurung' dalam bank tu. Amoi?Aku tak minatlah amoi amoi ni. Buat aku sakit hati je ."
"Haiya! Lu apa susah? Lu ambil sajala wang wa. Semua pun tak pa. Asalkan lu lepaskan wa. Lu mau apa? wa boleh kasi sama lu la Hash! " Hash tergelak sinis.
" Wa mau lu punya nyawa! Boleh kasi aa?" kata Hash sepertinya berjenaka.Entah bagaimana silapnya,dia terlepaskan lengan lelaki cina yang digelar Carl itu. Carl mengambil kesempatan itu untuk melarikan diri. Namun nasibnya malang kerana dia terlanggar seorang gadis dari belakang yang turut memakai mask bersama hoodie hitam . Selendang hitam turut dipakai gadis itu . Lambang atau logo kumpulannya lansung tidak kelihatan . Mungkin gadis itu bukanlah mafia.
Gadis itu menoleh lantas menampar Carl . Berkerut-kerut dahi Hash seolah-olah dia yang merasai tamparan gadis itu .
Tulaa..Sepatutnya tengah hari ni lunch makan nasi,Carl pula makan penampar. Free pula tu.. Tak berbayar. Ada sesiapa nak merasa makanan percuma ? Meh sini beratur minta kat gadis yang murah hati itu. Baik sangat lagaknya.
Gadis itu turut menumbuk dan membelasah Carl sehingga lunyai. Ashraff yang baru sahaja tiba di situ terkejut melihat tindakan gadis itu. Yang menjadi persoalan buat mereka,siapakah gadis itu? Dari mana asalnya kumpulan dia? Soalan-soalan itu hanya dibiarkan menyepi.
Gadis itu kemudiannya menyepak kepala Carl. Terteleng kepalanya ke sebelah kanan. Ashraff lantas menerpa ke arah Carl. Di halanya pistol kemudian dilepaskan dua das tembakan.
Bang!Bang!
Tembakan itu tepat mengenai kepala Carl. Ashraff tersenyum sinis.Manakala gadis itu memejamkan matanya.
Bang!Bang!
Baru sahaja gadis itu ingin meninggalkan tempat itu ,dua das tembakan dari seorang gadis cina di sebalik dinding bar dilepaskan. Satu das tembakan hampir terkena di bahu Ashraff namun sempat dielaknya manakala satu das lagi hampir mengenai gadis itu. Gadis itu sempat menunduk. Tembakan yang tidak mengenai gadis itu akhirnya mengenai bahu Hash yang berada di belakang gadis itu.
Hash hanya menahan kesakitan tanpa menunjukkan apa-apa reaksi. Still lagi bajet cool. Dasar poyo!
Gadis itu terkejut. Ashraff ingin mengejar gadis cina yang melepaskan tembakan tadi terbantut apabila gadis yang memakai mask itu menghalangnya. Gadis itu hanya menggelengkan kepalanya. Dia memberi isyarat mata pada Ashraff dengan menghalakan pandangannya ke arah Hash . Ashraff mengerti pandangan gadis tu.
Ashraff dengan segera meluru ke arah Hash.
"Shah,jom blah. Biar amoi tu settlekan semuanya."
"Jangan sebut realname aku kat sini boleh tak?".Hash atau nama sebenarnya Shah mencepuk kepala Ashraff menggunakan tangan kirinya. Ashraff hanya mengusapkan kepalanya. Silap dia juga memanggil Hash dengan nama sebenarnya. Ashraff hanya tersengih.
"Kau kenal ke siapa perempuan tu?Boleh percaya ke siapa dia?"luah Hash curiga.
"Tak kenal. Tapi dari gerak-geri dia macam seorang detektif. Lek ah!Aku tau dia tu pun tergolong dalam dunia mafia juga. Kalau tak,dah lama dia call polis. Tapi dia tak,siap cover kita lagi."Ashraff menepuk bahu Hash yang terkena tembakan tadi. Ternaik bahu Hash dengan tindakan yang akan mengundang sepakannya. Hash hanya menjeling tajam .
"Nak mati awal ke? Adik sepupu kau kat rumah siapa nak jaga ? Aku ?"sinis Hash berkata.
"Tak suruh kau jaga pun. Aku masih lagi boleh jaga dia . Jomla pergi markas aku kat hutan tu. Kita rawat luka kau kat sana . Aku bawa doktor peribadi aku . Sebelum tu, mana dua orang anak buah aku yang Long dengan Fandy tu ,eh? "tanya Ashraff. Hash hanya menjongketkan bahu.
"Boleh tak pergi markas kau tu cepat sikit ? Baju aku dah basah dengan darah ni . Bahu aku pula kebas semacam. Sakit kau tahu tak ?"
"Tak gentle la bro!"Ashraff berkata lantang lantas menumbuk bahu Hash yang terkena tembakan itu.Kerana bengang dengan tindakan Ashraff itu,Hash menendang Ashraff.
"SAKIT AH SIAL!!"
Ashraff hanya menggosok punggungnya yang ditendang tadi bersama sengihan.
Share this novel