"Jangan kata yang Nia adalah-"sekali lagi kata-katanya dipintas Dania.
"Ya,sebenarnya Nialah perempuan yang pakai mask and black hoodie tu. Nia yang sekat geng Carl dari larikan diri. Nia tahu yang angah perlukan bantuan untuk bunuh Carl. Jadi,Nia tolonglah. Dalam masa yang sama Nia padamkan bukti untuk kaburkan mata detektif yang lain."Inilah namanya talam bermuka-muka. Sebiji macam duit syiling. Depan lain,belakang lain.
"Whatt??"serentak Ashraff,Hash,Long dan Fandy berkata. Dania hanya tersengih.Wajah Long dan Fandy berubah kelat. Mereka memandang antara satu sama lain. Sesekali mereka menelan air liur.
"Macam mana Nia boleh tahu yang angah nak bunuh si Carl tu?"
"Laa.. Itu pun nak tanya ke?Nia ni kan hacker. Segalanya mudah di hujung jari. Nia hack jadual harian angah dalam laptop tu. Jadi,Nia tahula apa yang angah buat harini. "Kata Dania bangga. Kepakarannya yang satu itu digunakan bagi menggodam jadual harian Ashraff.
"Ewah ! Nia ni talam bermuka-muka juga ye ? Kejap-kejap jadi detektif berpura-pura baik . Kejap -kejap jadi hacker tolong hack maklumat nak bagi dekat anggota unit mafia. Sedangkan Nia bukan mafia, tapi tetap berpaling ke arah kami. Haish!!Hidup penuh kepura-puraan betul!Dunia luar tunjuk baik,polos,jujur lagi! Dunia dalam sini ke,perghhh 'baik' nak matey!"sindir Ashraff. Hash hanya menggelengkan kepalanya sambil tersenyum kecil .Dania pula masih lagi tersengih. Manakala Long dan Fandy masih lagi mendiamkan diri .Sesekali mereka saling berpandangan.
"Oh ye ,asal Nia belasah anak buah angah ?"tanya Ashraff lagi.
"Anak buah angah ?Yang mana satu?"
"Tu dua orang belakang Nia tu. Asal belasah diorang? Diorang tak buat salah apa pun dekat Nia. "kata Ashraff sambil menunjuk ke arah Long dan Fandy. Dania berpaling ke arah mereka. Long dan Fandy menelan air liur. Terasa tersekat di kerongkong.Dania tersenyum sinis.
"Tak buat salah apa-apa ye ?"kata Dania sambil mencekak pinggang. Matanya memandang dua lelaki di hadapannya tajam .
°°°°°
Flashback
Dania mengendap di dalam kelab yang dipenuhi puluhan manusia itu. Dilihatnya dua orang anak buah Carl yang berbangsa India menjaga pintu masuk itu. Dania lantas mengambil sebatang pen yang berada di sebalik hoodienya. Itu bukanlah pen yang biasa. Itu adalah alat berteknologi yang dibinanya sendiri.
Pen tersebut ditekan dan dibaling ke arah dua orang lelaki itu. Salah seorang dari mereka mengambil pen tersebut. Di sebalik mask yang dipakainya, Dania tersenyum sinis. Dia mula mengira jarinya.
1...
2...
3...
4...
5...
tik tik...
Pen tersebut berbunyi sambil mengeluarkan cahaya merah seperti siren polis. Dua orang lelaki itu memandang antara satu sama lain.
PSUSHH!!
Asap yang telah dicampur racun kimia keluar dari pendrive tersebut. Dua orang lelaki itu pengsan kerana terbau asap tersebut. Dania tersenyum lebar. Makin mudah kerjanya untuk memasuki club itu.
Baru sahaja beberapa langkah dua orang lelaki yang tidak dikenali menghalang laluannya sambil bersiul-siul padanya.
"Hei.. Nak pergi mana tu??Tak nak enjoy dengan saya ke?"
Salah seorang dari mereka tersenyum miang. Atas bawah atas bawah lelaki itu memandangnya. Dania tidak selesa dengan pandangan tersebut. Dia cuba tidak menghiraukan mereka berdua dengan meneruskan langkahnya yang terhenti tadi akibat dihalang oleh mereka berdua.
Namun langkahnya terbantut apabila lelaki yang tersenyum miang tadi menariknya ke dalam dakapan. Dania cuba melepaskan diri. Nasib lelaki itu tidak memegang tangannya.
"Lepaslah!! Aku tak ada masa la nak layan korang ni! "tengking Dania. Suasana di club yang bingit itu menenggelamkan suaranya. Lelaki yang memeluknya tadi masih tidak melepaskannya.
"Shoot!!"terdengar suara Ashraff yang berada di hadapan bar sambil melepaskan tembakan. Suasana di club itu berubah riuh dengan tembakan yang dilepaskan. Dua orang lelaki itu memandang di antara satu sama lain. Dania cuba melepaskan pelukan lelaki itu bagi membantu Ashraff dan anak buahnya yang sedang berlawan di kelab itu.Namun lelaki tadi masih tidak melepaskannya.
Akibat marah bercampur geram, Dania menghentak kaki lelaki itu menggunakan kasutnya. Lelaki itu melepaskan Dania sebelum mengerang kesakitan.
Lelaki di sebelahnya cuba melawan Dania namun Dania pantas mengelak. Dania menumbuk lelaki itu bertalu-talu sehingga naik lebam. Lelaki yang dipijak kakinya tadi lantas meluru ke arah Dania. Dia menendang Dania. Dania sempat mengundur lantas menghadiahkan tumbukan padu kepada lelaki itu. Dania membuka segala seni mempertahankan diri yang dia pernah pelajari dan diketahui untuk membelasah dua orang lelaki itu sehingga kedua-duanya lunyai. Dania lantas berlalu pergi untuk membantu Ashraff.
End flashback
*****
"Hm . Diorang memang tak buat 'salah' apa-apa pun. Nasiblah diorang tak pegang Nia kalau tak memang tempah mautlah."perli Dania. Ashraff mula berang mendengar cerita Dania.
"Long!! Fandy!! Aku suruh korang jaga tempat tu taknak bagi polis serbu bukannya mengorat anak dara orang!Kalau orang lain tak apa, tapi kalau libatkan adik aku memang nak kena makan kaki lah jawabnya!!"Dania yang berada di belakang Ashraff sudah menjelir lidah. Padan muka!
Long dan Fandy masih menunduk. Ashraff meluru ke arah mereka.Dicepuknya kepala Long dan Fandy sehingga mereka menyeringai. Dania hanya ketawa.
"Ouch!"
"Adoi!"
Makin galak Dania ketawakan mereka berdua. Long dan Fandy mengusap kepala mereka. Sudahlah tadi dibelasah sekarang dicepuk pula.
"Sudahlah angah. Nia lapar la pula.Jom makan! Lagipun dah waktu tengah hari ni!"Dania bermain alat canggih di markas tersebut.Ashraff hanya membiarkan sahaja. Sememangnya Dania adalah seorang yang manja.
"Ha, inilah kerjanya. Asyik makan, makan, makan. Berat tak naik-naik pun. Manja tu je yang terlebih naik. Dah jom keluar. Hash,kau ikut sekali. Long! Fandy! Gaji korang aku potong separuh bulan ni! "
"Tidakk!!"Serentak Long dan Fandy berkata separa lantang.Manakala Dania hanya ketawa mengekek.
Share this novel