B A B 3

Romance Series 3421

"Siapa yang buat korang jadi macam ni?"marah Ashraff pada dua orang anak buahnya yang cedera parah akibat dibelasah.

"Tak tahu. Ada seorang perempuan yang belasah kami. Dia pakai mask dengan hoodie warna hitam. Lambang kumpulan dia tak ada."jawab Fandy sambil menundukkan wajahnya.Doktor peribadi Ashraff yang sedang merawat lukanya lansung tidak dihiraukan. Ashraff teringatkan sesuatu.

"Perempuan tu takkan apa-apakan kita kalau kita tak buat salah. Tadi perempuan tu tolong aku dengan Hash. Tak mungkin dia belasah kau tanpa sebab. Mesti ada sebab tertentu. Baik korang bagitau aku apa salah korang!"tengking Ashraff.

Terhinjut bahu Long dan Fandy. Ya,sikap Ashraff akan berubah 360° apabila di hadapan anak buahnya. Hash hanya membiarkan sahaja Ashraff menengking mereka sambil menyambung mencuci darahnya yang keluar dari lengannya. Dia lansung tidak meminta bantuan dari doktor peribadi wanita Ashraff yang sedang merawat Long dan Fandy. Almaklumlah,dia tersangatlah anti akan wanita kecuali pada seorang gadis yang dia suka.

"Jatuh standard Devil disebabkan korang yang kalah kena belasah dengan seorang perempuan. Apa sebenarnya salah korang kat dia sampai dia belasah korang haa?"Kata Ashraff lagi. Hash hanya tersenyum sinis.

"Sebenarnya kitorang ng~hmm "Fandy menekup mulut Long yang lurus bendul itu .Takut terlepas kata,mengamuk pula leader mereka itu. Ashraff memandang pelik manakala Hash memandangnya tajam. Fandy hanya tersengih.

"Kitorang cuma tanya dia kenapa dia ada kat situ je. Pastu tetiba dia belasah kitorang. Bukan salah kitorang pun. Kan Long?"Kata Fandy sambil mengalihkan pandangannya ke arah Long. Dia memandang tajam Long bagi mempersetujui apa yang dikatanya.Long hanya mengangguk berkali-kali.

"Be-..betul."

Tut..tut tut...tut..tut tut

Terdengar penggera yang telah terpasang di markas bawah tanah Devil berbunyi menandakan seseorang telah menekan button yang tersembunyi di bawah sebuah pokok yang menempatkan markas bawah tanah tersebut di bina.

Ashraff mengarahkan anak buahnya untuk mengaktifkan kamera litar tertutup yang berada tersorok di dahan pokok tersebut.

Kelihatan seorang perempuan yang memakai selendang berwarna hitam sedang berdiri di bawah pokok tersebut.Sesekali dia menekan lagi button penggera tadi.Wajahnya tidak kelihatan kerana dilindungi selendangnya.Berkerut-kerut dahi Ashraff serta anak buahnya melihat gadis itu.

"Shima,siapa tu??Anak buah kita juga ke?"tanya Ashraff hairan.

"Entahla boss. Saya pun tak tahu. Rasanya dia bukan anak buah kumpulan ni sebab dia tak tunjuk identity card dari kumpulan Devil pun."kata Shima teragak-agak.

"Perangkap je tu."kata Hash serius. Ashraff hanya mengangguk.

"Ash,bagi saya masuk sekarang.Saya tahu korang semua ada kat dalam.So,tolonglah.
Show me the stairs that head towards your secret base right now.I want to go in."kedengaran suara gadis itu dari corong interkom markas tersebut.Bertambah lagi kerutan di dahi mereka.

"Shima,cuba tanya dia password Devil."arah Ashraff.

Lantas,gadis yang digelarnya Shima tadi menulis sesuatu di gajet berteknologi tinggi.'DEVIL'S PASSWORD'.Pesanan tersebut diterima baik oleh gadis itu dari sebuah gajet yang berada di dalam lubang yang sengaja disembunyikan di pokok itu.

"Emm..Devil,Excellent,Versatile,Insulation and Leading.DEVIL!So,show me now!!"

Ashraff agak terkejut kerana password tersebut adalah benar. Dia makin mengerutkan dahinya.Dia benar-benar tidak mengenali gadis itu.Yalah,gadis itu masih lagi menyembunyikan wajahnya di sebalik selendang yang dipakainya. Dia masih lagi tidak mempercayai gadis itu. Isyarat mata diberikan kepada anak buahnya Shima.Shima hanya menggangguk.

Ditaipnya 'WRONG PASSWORD' di gadjetnya tadi.Walaupun wajah gadis itu tidak nampak,namun dia pasti muka gadis itu cemberut.

"Tengku Zickry Ashraff!! Jangan main-mainlah! Buka tangga tu sekarang!"

"Oh my god!!That's Dania!Open and show the stairs now!!"Ashraff sudahpun menggelabah tidak tentu pasal. Hash hanya meggelengkan kepalanya.

Tangga untuk menuju ke markas bawah tanah tersebut di buka.Kelihatan Dania menuju ke arah Ashraff dengan segera.

"Angah okey tak?Ada cedera kat mana-mana?Ada orang apa-apakan angah ke?"Soal gadis itu.

Ingatkan meluru sahaja masuk mahu membebel dahulu. Rupa-rupanya ingin mengambil berat tentang dirinya.Ashraff hanya menggeleng.Hash teringatkan sesuatu. Dia nemberi isyarat kepada Ashraff. Ashraff juga sepertinya. Agak terkejut apabila Dania bertanya tentang dirinya sama ada cedera atau tidak. Seolah-olah Dania itu...

"Macam mana Nia tahu yang angah?Jap,jangan-jangan Nia ada kat-"belum sempat Ashraff menghabiskan ayatnya,Dania sudah memintas.

"Memang Nia ada dekat kelab tu. Sebenarnya Nia ada misi berkaitan dengan kumpulan angah. Sebelum orang lain dapat tahu pasal angah, baik Nia bertindak pergi ke situ dulu."

"Bahayalah Nia!!"

"Memanglah bahaya ,tapi lebih bahaya kalau diorang dapat tahu semua pasal angah. Apa hubungan kita berdua? Siapa dalang pembunuhan Dato' Zamri, ahli politik tu? Siapa yang bunuh anak Dato' Khair? Semua tu akan terbongkar kalau Nia takĀ  segera bertindak. Penat Nia tutup kes pasal semua tu dengan semua bukti palsu yang kononnya memang ada dekat tempat kejadian. Tak ke sia-sia semua itu?"kata Dania panjang lebar. Ashraff hanya menggarukan kepalanya.

"Haishh. Kalau betullah Nia ada dekat situ tadi, kenapa angah tak nampak Nia pun?"soal Ashraff.Itulah yang menjadi persoalan diantara Hash dan Ashraff sedari Dania bercerita hal yang sebenar tentang tadi.

Ashraff mengerutkan dahinya.

"Jangan kata yang Nia adalah-"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience