"Wei Lisa kau nak pergi mana ?" soal Ashraff apabila melihat kelibat Lisa yang berura-ura pergi dari ruang hospital itu .
"Oh , aku lupa nak bagitahu .Hari ni adik aku Nisa dengan suami dia balik Malaysia .Aku nak ambil diorang kat airport ni .Kenapa ?" ujar Lisa sambil mengerutkan dahi .Aik ,nak ambil kembar sendiri kat airport pun kena bersoal jawab ke ?
"Ooo , aku fikir kau nak ke mana tadi .Kang Dania cari kau tak jumpa , aku juga yang kena jadi mangsa .Aih ." kata Ashraff sambil mengeluh .Lisa tersenyum senget .
"Kau takut eh ?" soal Lisa sinis .Ashraff hanya menggulingkan anak matanya .
"Takutlah ! Dia dah tak macam dulu .Maksud aku ,dia bukan 'Dania' aku yang selama ni boleh berkerjasama dengan aku .Dia tu Daisy ." ujar Ashraff sambil mengetap gigi apabila melihat Lisa yang mentertawakannya .
"Buduh takut dengan adik sedara sendiri ." kata Lisa kemudian berlalu pergi meninggalkan Ashraff yang mula berasap .
"KAU CAKAP SENANG LA MAKCIK !" ujar Ashraff dengan nada yang agak lantang .Dia mendapat beberapa jelingan dari beberapa orabg jururawat .Salah seorang dari jururawat tersebut meletakkan jari telunjuk di bibir mengisyaratkan supaya Ashraff diam .Ashraff hanya menjeling manakala Lisa hanya tersenyum sinis .
° ° ° ° °
"Yoe Nisa ! Lama tak jumpa ! Kau sihat ke ni ?" soal Lisa sengaja berbasa-basi apabila melihat kembarnya berpegang tangan dengan suaminya , Adwin Darwisy .Lisa hanya menjeling tanda menyampah .Untuk maklumat ,Adwin adalah 'bekas' musuhnya di sekolah menengah dahulu .Tiada siapa yang sangka musuhnya telahpun menjadi adik iparnya kini .
"Yoe Lisa ! Aku sihat aje .Kau pula macam mana ?!" soal Nisa juga sekadar berbasa-basi kemudian memeluk Lisa .Lisa hanya tersenyum sinis .
"Aku okey aje .Hidup lagi ni haa .Ehem ehem .Kalau ya pun nak peluk aku perlu ke 'bawa' tangan suami kau sekali ?" soal Lisa sedikit jijik apabila Nisa tidak melepaskan tangan suaminya malahan terus memeluknya .Adwin hanya menjeling Lisa .
"Kau jealous cakap ajela ! Kau mana boleh sweet macam kami .Almaklumlah ,kau tu alone .Aku suruh kahwin dengan sepupu aku , tak nak .Jual mahal ! Sekarang ni baru nak menyesal .Padan muka !" ujar Adwin pada Lisa .Lisa memandangnya tajam .
"Itulah pasal .Arash tu handsome apa ! Kau tu aje iyang jual mahal,kak ! " kata Nisa menyokong kata-kata suaminya .
"Kau orang diamlah ! Dengan mamat tu , sampai aku jadi andartu pun aku tak akan kahwin dengan dia ! Minta simpang 44 ajela engkorang nak tengok aku duduk satu pelamin dengan dia ." ujar Lisa sedikit menyampah kemudian berlalu pergi dari situ .Makin dilayan , makin merapu pula jadinya mereka berdua itu .
° ° ° ° °
"Ooo .. Jadinya DD dah tahulah siapa diri dia ?" soal Nisa apabila mendengar cerita daripada Lisa .Nisa hanya mengangguk menjgiyakan kata-kata kembarnya itu .
"Sedar aje dia dari koma ,terus berubah perwatakan dia . Semua terkejut masa tu .Muka dia tak de riak lansung ." kata Lisa .Nisa hanya mengangguk .
"Dia dah berubahla kan ?"
"Haah .Dia sekarang ni -" belum sempat Lisa menghabisan kata-katanya , Adwin awal-awal lagi sudah memintas .
"Woi -woi ! Korang berdua ni berbual macam aku yang dekat tengah-tengah ni tak wujud tau !" sampuk Adwin dari tempat duduk belakang .Lisa membuat muka tanpa riak .
"Hehehe .Sorrylah Biy ! Ayang terlupalah !" kata Nisa sambil tersengih .Lisa membuat muka loya mendengar panggilan terlebih 'sweet' mereka berdua .
"Korang berdua berbual pasal apa ni ?" soal Adwin .
"Berbual pasal DD laa~" kata Nisa dengan nada yang manja apabila melihat kakak kembarnya tidak menjawab soalan Adwin .Lisa membuat muka menyampah mendengar suara manja yang dibuat-buat adik kembarnya .Euw , adik dia ke tu ?
"Siapa pula DD tu ? DD and friends ?"soal Adwin lagi .Nisa hanya tergelak .
"Bukanlah .Dania Dahlia yang anak King Mafia tu .Ada dulu riuh dekat semua organisasi gelap yang dia tu mati kena bunuh ." kata Nisa cuba menerangkan satu-persatu .Adwin yang mendengarnya agak terkejut .
"Seriuslah !! Dia ke yang ada adik kembar tu ?!!" soal Adwin dengan nada yang terkejut .Lisa yang sedang memandu kereta hanya menggulingkan anak matanya .
'Over terlebih suami kau tu Nisa .'desis Lisa di dalam hati .
"Haah , dia la yang ada kembar tu .Tapi kembar dia pun mati juga . Biy tahu tak ,dia sebenarnya hidup lagi !!"
"Hah ?! Seriuslah !!!" nada Adwin sedikit meninggi kerana tidak mempercayai kata-kata isterinya .
"Haah Biy.Dan yang palinggg~ menarik , sepupu DD tu adalah sepupu kitorang ! Masa sebelum kita kahwin lagi ,DD koma .Sepupu pada DD minta Lisa jagakan DD sepanjang dia koma . Kiranya ,Lisa lebih kurang rapatlah juga dengan DD tu ." ujar Nisa panjang lebar .Adwin membuat muka terkejut .
"Apa ?!!! SERIUSLAH !!" nada Adwin yang sedikit meninggi itu membuatkan Lisa membrek keretanya dengan sedikit mengejut . Lisa memandang Adwin tajam .Manakala Adwin hanya tersengih .
"Baik kau control nada suara kau sebelum muka kau pecah kena dengan aku !!" ugut Lisa kemudian menghalakan penumbuk ke arah Adwin .Adwin hanya memandangnya takut-takut .
"Eh , sabar Lisa .Mati suami aku nanti .Aku sayang dia tau !" kata Nisa seolah-olah menenangkan Lisa .Lisa hanya menjeling menyampah .
" Habistu aku yang kakak kembar kau ni , yang bersama dengan kau 9 bulan 10 hari ni kau tak sayang pulak ? " ujar Lisa geram .
Pin ! Pin !
"Woi jalanlah ! Yang berhenti dekat tengah-tengah ni buat apa !!" kata seorang lelaki yang datang secara tiba-tiba di kereta Lisa .Lisa menurunkan tingkap kereta sebelum jari tengah ditunjuk dan kemudian 'meneruskan perjalanan' mereka .Selang beberapa minit ,kedengaran suara halus di tempat duduk belakang .
"Ayang ni sayang juga dekat Biy ..."
"Mestilahh~"
"Ayang~"
"Biy~"
Lisa memberhentikan keretanya di tepi jalan secara mengejut sekali lagi membuatkan Nisa dan Adwin tertanya-tanya .
"Eh kau buat apa berhenti sini ?" soal Nisa pada kakaknya .
"Aku nak muntah ." ujar Lisa selamba .Baru sahaja dia berura-ura ingin membuka pintu ,Nisa lebih pantas darinya membuka pintu kemudian memuntahkan segala isi perutnya .
"Uwerkkk !!"
"Pulak dah ! Aku baru acah nak muntah ,budak ni yang muntah betul-betul .Dah ada isi ke budak ni ?" gumam Lisa seorang diri .Dia masih tercegat di pintu kereta sebelah pemandu sambil memerhatikan Nisa yang masih memuntahkan isi perutnya dan Adwin yang mengurut-urut belakang Lisa .Tiba-tiba poketnya bergetar menandakan ada pesanan sms yang masuk . Dia lantas membuka pesanan tersebut .
From : Ashraff Kazen Paling Vavi .
Weyh Lisa . Izzatul dah sedar .
"Oh baguslah minah tu dah sedar .Tak payah aku nak ulang -alik keluar hospital beli makanan kat Elly tu ." ujar Lisa sedikit sinis kemudian menyimpan telefonnya semula ke dalam poket .Pandangan dihala pada Nisa yang masih memuntahkan isi perutnya itu .
Share this novel