"Korang order dulu makanan korang. Aku nak pergi tandas sekejap."ujar Ashraff seraya pergi meninggalkan mereka berdua.Keadaan agak janggal kepada mereka berdua.Dania menggarukan kepalanya manakala Hash hanya mendiamkan diri.
5 minit kemudian...
Pesanan mereka berdua sudah tiba .Namun Ashraff masih tidak kelihatan.Hash berdehem unuk memulakan perbualan.
"Nama?"Ceh!Sudah tahu pura-pura bertanya! Sengaja nak tutup kegusaran di hati.
"Dania. Boleh panggil Nia. Nama awak pula?"Dania sedaya-upaya cuba untuk beramah mesra.
"Oh. Shah."Keadaan memanglah tersangat janggal.
"Bukan Hash ke?"tanya Dania. Berkerut-kerut dahinya apabila teringatkan Ashraff tadi yang memanggil lelaki itu dengan nama 'Hash'.
"Yang tu cuma dalam misi."Dania hanya meng'o'kan sahaja.
30 minit kemudian....
'Mana si Zick ni?Dia memang sengaja ke nak tinggalkan aku dengan adik dia ni?'telefon pintarnya sengaja disorokkan di bawah meja.Nama Ashraff dicari.Setelah jumpa,dia mengetik ikon mesej.
Zickry Bangang Abadi??
Kau kat mana Zick?
Adalah.
Kau ke sini sekarang.Berapa lama kau nak biar aku duduk kat sini dengan adik sedara kau haa?
Relax la Hash.Untuk kebaikan kau juga.Aku taulah kau tu suka kat adik sedara aku tu dari dulu lagi.Kalau tak mana kau sanggup tunggu dia bertahun-tahun.Aku cuma bagi chance dekat kau untuk dekat dengan adik aku je.Sepatutnya kau ambil peluang tu elok-elok.Manfaatkanlah peluang tu bukannya sia-siakan dia.Bak kata pepatah,rezeki jangan ditolak,musuh jangan dicari.Haa,pergilah kau luangkan masa dengan dia.
Kau datang sini sekarang!??
Tak mo!??
Zick,aku tak main-mainlah!Kau ke sini sekarang!????
Tak nakk!!??
Jangan jadi macam budak-budak boleh tak!??
Werrkk!!??
Lagi sekali aku kata kau ke sini sekarang!Dalam lima minit kau tak terpacak depan aku,aku bagitau Jessica yang kau pasang skandal belakang dia.????
Fine!????
Hash menarik senyuman.Tahu takut!
Wajahnya diangkat untuk melihat Dania.Kelihatan Dania sedang menghabiskan makanan yang bersisa. Hash menggelengkan kepalanya.Seriuslah,cepat bebenor dia makan.
Kelihatan dari jauh Ashraff sedang melambai.Hash memandangnya tajam.
'Suka hati kau je kan,tinggal aku sensorang kat sini!'Shah cuba bertelepati.
Dari jauh,Ashraff hanya tersengih menerima pesanan komunikasi tersebut.Hash hanya menjeling tajam.Pandangannya diaarahkan pada Dania yang dari tadi asyik merenungnya.Keningnya diangkat sebelah.
"Is that a telepathy ?"
" How do yo-- ?" belum sempat Hash menyoal Dania lantas memintas .
"Entahla. Saya macam tahu-tahu je awak bertelepati. Saya pun tak tahu macam mana saya boleh tahu awak bertelepati."Dania menggaru kepalanya.Dia sendiri tak pasti bagaimana dia tahu caranya.
'Sebab kau memang tahu.'desis hati Hash.
"Yow! Sorry lambat!" Kata Ashraff sambil tersengih. Hash menjelingnya setajam-tajam pedang yang baru diasah.
"It's okay."
Share this novel