"Bos , Dania hampir kemalangan tadi ." lapor seorang lelaki yang ditugaskan oleh Ashraff untuk mengawasi keselamatan Dania .
" APA ?! " nada Ashraff meninggi.Terkejut barangkali .Telefonnya yang berada di dalam poket seluar dicapai sebelum mendail nombor Dania .
Let's kill this love !~
Terkejut barangkali melihat kelibat Dania yang memandang skrin telefonnya . Beberapa saat terasa kaku apabila mendengar ringtone miliknya . Aik , sejak bila dia tukar ? Dia bukannya suka lagu korea pun .
"Eh !! Dania okey tak ? Ada cedera dekat mana-mana tak ? " gelabah Ashraff bertanya . Risau bukan main lagi . Tubuh Dania dipusingnya 360° untuk melihat sebarang kecederaan . Dania cuma menggeleng rimas .
" Nia okeylah angah . Jangan risaulah . Nia tak apa-apa pun."ujar Dania selamba .
"Haa , ni macam mana boleh jadi macam ni ? Kenapa boleh jadi macam ni ? Nia nii .. Buat angah risau ajelah ."bebel Ashraff .Dania hanya mendiamkan diri .
" Aih ,Dania cuma selamatkan kucing ajela .Bukannya angah tak tahu Nia suka kucing .Nasib baik ada orang selamatkan Nia . Siap bawa Nia pergi klinik lepastu tolong kucing yang Nia jumpa tu lagi ."ujar Dania lega .Ashraff yang mendengarinya turut rasa lega .
"Siapa dia ?"
"Jap Nia panggil .Yuyinn~" panggil Dania meleret .Ashraff mengerutkan dahi .Aik ..Ada ke nama orang Yuyin ? Nama samaran adalah .
Ewah ,baru kenal dah panggil nama samaran . Ashraff hanya menggelengkan kepala . Muncul seorang gadis kecil molek di markas tersebut .Ya , markas .Seketika Ashraff tersedar .
"Nia kenapa bawa dia dekat-"
"Dia pun mafia jugalah angah ." ujar Dania tenang seraya memperkenalkan gadis itu pada Ashraff .
" Ok , ni Nurin Izzatul .Dialah yang selamatkan Nia tadi .Yuyin , ni pulak angah .Nama dia Zickry Ashraff."masing-masing menundukkan kepala .Dah kenapa diorang dua ni ? Dania hanya memandang pelik .
" Nice to meet you ."Ashraff memulakan perbicaraan . Dirinya terasa gugup menemui gadis itu .
"Nice to meet you too ." kedua-duanya saling berbalas senyum .Namun begitu Ashraff hanya membalas senyuman yang agak nipis .
"Terima kasih sebab dah selamatkan Dania .Err , kalau tak kisah .Jomlah keluar gi makan . Sebagai tanda terima kasih ." ujar Ashraff . Dania hanya memandang angahnya .Tiberrr ajak gi makan .Kes nak ngorat la tu .
" Angah pergilah dengan Yuyin berdua .Nia nak rehat lah ."ujar Dania sambil berlalu pergi meninggalkan Nurin yang kelihatan terpinga-pinga .
"Err tapi .. "
"Jangan risau , err aku tak buat apa-apa lah .Ajak makan sebagai tanda terima kasih sebab dah selamatkan Dania aje ." ujar Ashraff . Nurin hanya mengangguk .
• • • • •
"Kau masih tak boleh move on ke Han ?" soal seorang gadis sambil mengeluh .
"Move on ?Nak buat apa nak move on ?" soalan yang agak bijak keluar dari mulut Farhan .Gadis itu mengeluh .
"Huh .Hari-hari fikirkan dia ,hari-hari stalk dia ,bilik penuh dengan gambar dia , obses sangat kau dekat dia kan ? Move on la doe .Kau lupa ke apa yang kau dah buat kat dia ? Dekat keluarga dia ? Kau nak aku ingatkan kau balik ke ?" ujar gadis itu bengang .
"Eizra Farhana Raisya !!" lantang dia memanggil nama penuh gadis itu .Gadis itu sedikit terhinjut bahunya .
" Kau tak tahu apa-apa .Jadi diam ! Kau tak faham apa aku rasa masa tu !Kau tak faham betapa bermaknanya dia dalam hidup aku ! Jangan kau berani cakap pasal dialah kalau kau tak tahu lansung !"herdik dia seraya meninggalkan gadis itu bersendirian .
• • • • •
"Nak makan kat mana ?" soal Ashraff yang sedang memandu .
"Makan kat mulut la,kau makan kat hidung ke ?. " ujar Nurin perlahan .Takut juga Ashraff mendengari .
"Apa kau cakap tadi ?"
"Eh saya cakap ikut suka awaklah nak makan kat mana .Awak yang ajak bukan saya .Makan ajelah kat mana-mana pun asalkan awak yang belanja ." ujar Nurin spontan . Fuh , dia dengar ke ?
"Oh , aku fikir kau cakap apalah tadi .Lepas simpang tiga ni ada restoran .Makan kat situ ajela ."
"Haa iyela , janji makan ."ujar Nurin selamba .Ashraff hanya menjeling .
" Okey dah sampai ."ujar Ashraff sambil membuka tali pinggang .Pintu dibukanya kemudian berlalu pergi meninggalkan Nurin yang terpinga-pinga .Masih blur kerana begitu pantas tiba ke destinasi .
"Siot aje mamat tu .Dahlah tak tolong bukakan pintu .Boleh lagi tinggal aku sensorang sini .Tak gentle lansung .Bukannya aku nak suruh buka pintu lepastu bentang karpet merah .Kalau ya pun ,tolonglah bukakan untuk aku .Baru nak acah princess .Aku yang selamatkan adik dia .Huh!Menyampah ."bebel Nurin sambil keluar mengejar Ashraff yang jauh meninggalkan dirinya .
" Awak !! Kat dalam restoran tu ada tandas kan ? Haa saya nak gi kejap jangan cari eh "ujar Nurin sambil berlalu pergi meninggalkan Ashraff .Fuh ,dasyat .Nak melepas ke tu ?
" Siapa nak cari dia entahlah ."ujar Ashraff sinis .
• • • • •
"Elly ,lapor dekat dia ,malam ni diorang ada plan ."
"Plan apa ?" kedengaran seorang gadis dari dalam talian bertanya .
"Itu aku tak pasti .Cuma nak bagitahu ,ianya bahaya kalau kita ikut diorang malam ni .Biar aku sorang je .Anak buah dia ramai sangat."
"Hati-hati .Jangan bagi terkantoi .Kalau tak nahas kau kena dengan dia .Ingat ,pastikan kau korek rahsia kumpulan diorang ." kata gadis di dalam talian itu .
"Okey ,aku tahu apa aku buat .Kejap lagi aku call balik .Ada orang datang ." ujar dia menggelabah .
"Kau kat mana ?"
"Tandas .Dah bye ! Apa-apa benda aku dapat aku roger ." kata dia seraya menamatkan panggilan . Tanpa sedar ada yang mendengari .
Share this novel