Langkah diatur pada lima orang lelaki yang sudah terjaga dari pengsan . Kesan gas itu hanyalah selama 15 , jadi tak hiraulah andai terlalu pantas mereka sedar .
"Lepaskan kamilah !" pekik Ashraff sambil cuba meloloskan diri dari ikatan itu namun tidak berjaya . Nurin menapak di hadapan Ashraff sebelum menghadiahkan sebuah tumbukan padu di wajahnya . Teringat masa lalunya yang terbazir kerana Ashraff . Andai dapat diundur ,sungguh dia tidak mahu mengenali seorang insan bernama Tengku Zickry Ashraff .
"Tak guna .Aku tahu kau perempuan . Kalau tak , takkan kau nak ikat kitorang sebab nak seksa belasah kitorang . Dahlah bodoh , pengecut pula tu .Apehal tutup muka ? Macamlah kitorang ni bodoh sangat macam korang sampai tak cam korang ni siapa?Huh !"kutuk Alex selamba . Terukir senyuman sinis di bibirnya .Elly yang bengang mendengar kata-kata Alex mula menendang perutnya .Darah tersembur keluar dari mulut Alex .
Namun begitu , Alex masih dengan ketawa sinisnya . Darah yang bersisa di bibirnya membuatkan dia mengemam bibir sebelum meludah darah itu . Tak cukup dengan itu ,Elly menumbuk perutnya lagi .
"Huh .Siot je belasah orang kena ikat .Pengecut .Ops , lupa .Perempuan ,kan ? Memang dah semula jadi lemah dan tak boleh lawan dengan kudrat lelaki .Eh , terkutuk pula ! Bukan apalah , ini fakta .Kejap , fakta ke fuckta ? Ah , apa-apa ajela .Samalah tu . " ujar Ashraff sengaja menaikkan kemarah gadis itu .Makin kuat tumbukan yang dihadiahkan oleh Nurin pada Ashraff namun dia selamba tersenyum sinis .
"Fucktanya , perempuan sukar untuk melawan lelaki dari segi fizikal .Lainlah dari segi mental , kan ? Aih , aku tak tahu dan aku tak nak tahu pun apa motif korang nak buat sebenarnya .Yang aku nak tahu sekarang ni , siapa yang nak lawan kitorang sebenarnya ? Korang dua atau adik Carl tu ? Hey girls , masih nak sorokkan muka ke ? Sekali aku terlepas dari tali ni memang muka kau berdua tu siap pecah terus . " ujar Hash selamba .Lansung tak takut dengan mereka berdua . Elly mengambil sebatang kayu yang bersepah di tepi tangli air .Kemudian , dia memukul Hash bertubi-tubi di kepalanya . Hash hanya mampu berpaling dan redha sahaja .
Nurin juga turut mengambil sebatang kayu kemudian memukul mereka secara berselang -seli .Darah mula keluar membuak-buak di kepala mereka .Namun ,itu bukanlah penamatnya . Gadis cina , yang tadinya mengarahkan anak buahnya untuk mengikat mereka berlima muncul semula bersama sebuah tong yang berisi cecair berwarna kuning -- minyak petrol .
Dia kemudiannya membuka penutup itu sebelum mencurahkan cecair tersebut mengelilingi mereka berlima .Kemudian , cecair tersebut dituang sedikit demi sedikit membentuk satu laluan panjang sehingga ke pintu markas . Elly mengeluarkan sekotak di sebalik hoodienya sebelum menghulurkannya pada gadis cina itu . Gadis cina itu mengeluarkan sebatang anak mancis .Anak mancis itu digeser pada tepi permukaan kotak mancis itu dan membentuk api sebelum ...
Dania dengan beraninya menggenggam anak mancis yang bernyala itu dengan mata yang menahan marah . Gadis cina itu terkejut sebelum menghadiahkan sebuah sepakan pada Dania namun sempat dielaknya . Baru sahaja gadis cina itu ingin memberi satu tumbukan padu , lengannya digenggam Lisa sebelum dipulas sehingga dia mengerang kesakitan . Mai mula memberi satu tumbukan padu pada Elly yang kelihatan terpinga-pinga dengan kejadian itu .Manakala Dania , berdepan dengan Nurin , yang lansung tidak dikenalinya di sebalik mask itu . Mereka berenam saling bertumbukan dan beraksi tanpa mengenali wajah antara satu sama lain yang ditutupi mask kecuali Mai yang mengenali ketiga-tiga orang itu dan Nurin , yang hanya mengenali Dania .
Mata Dania mula berubah memerah . Dia menyaksikan kejadian itu .Dia menyaksikan bagaimana Ashraff dibelasah dan dipukul dengan kayu . Ashraff yang melihat perubahan anak mata Dania mula menggelengkan kepala .Tanda tidak percaya dengan apa yang dilihatnya . Matanya ditutup seketika , mengingati masa silam Dania . Dia ingin berehat . Sejujurnya dia benar-benar tidak mampu untuk menahan mata , dengan tenaganya yang berkurang .
Nurin mula menyelit kaki Dania , Dania yang terjatuh lansung tidak menyerah kalah . Digagahkan dirinya untuk bangkit menewaskan Nurin . Ditendangnya perut Nurin sehingga Nurin tertunduk .Situasi itu menyenangkannya untuk menghadiahkan Nurin tumbukan bertubi-tubi .Namun begitu , Nurin tidak mengaku kalah .Dia sempat menangkap tangan Dania sebelum memulasnya ke belakang . Dihempapnya kepala Dania di dinding sebelum tanpa sengaja dia terlepaskan Dania .
Lisa yang sedang melawan Elly tidak mengaku kalah apabila Elly mula menggunakan kayu sebagai senjata untuk memukulnya . Elly menghadiahkan pukulan di kepala Lisa namun sempat dihalangnya menggunakan lengan .Lengannya terasa kebas dek penangan kayu itu . Tangannya pula sibuk mencari peluang untuk menumbuk Elly. Lisa menendang tangan Elly sehingga kayu di tangannya terpelanting .Masing - masing memandang tajam antara satu sama lain sebelum kedua-duanya mula mara untuk beraksi .
Mai kini saling bertumbukan dengan gadis cina itu . Seketika dia mendapat peluang , Mai menghadiahkan Flying Kick pada gadis cina itu .Hasilnya , gadis cina itu terhempap ke dinding . Nurin yang masih bertumbukan dengan Dania sempat mengisyaratkan gadis cina itu pada penjuru markas -- di mana kotak mancis yang tadi terpelanting entah ke mana berada . Dengan pantas , dia berlari ke arah penjuri markas itu lalu mencapai kotak mancis itu .Anak mancis dikeluarkan lalu digeser dan di campak tanpa sempat Mai menghalang .Keadaan mulai panas apabila api mula menyala mengikut 'laluan' cecair kuning yang dituang/curahkan oleh gadis cina itu tadi . Akibat bengang , Mai mencapai kayu sebelum menghentak gadis cina itu sehingga gadis itu tidak sedarkan diri .
Api makin marak . Mai ,Lisa dan Dania lantas cuba meleraikan tali yang masih terikat pada Ashraff ,Hash , Alex , Long dan Fandy .Manakala Nurin membantu Elly berdiri sebelum menggesa untuk meninggalkan markas tersebut .
"Cepat Elly . Blah dari sini ." ujar Nurin dengan nada yang perlahan .Dengan segala kudrat yang ada ,mereka berdua keluar dari markas tersebut dengan segera .
"Dania , panggil sesiapa untuk keluarkan diorang dari sini .Cepat !! Api makin marak !!" gesa Lisa .Dania mula kalut .
"Jangan risau .Orang aku akan sampai kejap lagi ." ujar Mai dengan nada yang terkawal .Kelihatan beberapa orang lelaki , yang mungkin anak buah Mai berlari anak ke arah mereka sebelum menolong mereka memapah Ashraff dan lain-lain yang tidak sedarkan diri .
"Cepatt keluar dari sini !!" ujar Dania lantang .
BOOM !!
Selangkah mereka menapak keluar dari markas itu , markas tersebut telahpun meletup dan marak dijilat api . Mereka hanya memandang sepi .
Share this novel