"Nia tak apa - apa ke ? " tanya Ashraff apabila matanya tertancap pada adik saudaranya itu .
" Nia okey aje . Tak cedera kat mana - mana pun . " kata Dania sambil tersenyum manis . Hash hanya mendiamkan diri sahaja .
"Baguslah kalau macam tu ." kata Ashraff sambil mengehela nafas lega .
" Projek One Million dah dihancurkan . Kita cuma ada senjata api yang kita sabotaj sahaja . Senjata api keluaran terbaru akan di simpab dan di agihkan ke beberapa markas milik Devil & Dragon ."Hash tiba - tiba bersuara .
"Manakala senjata api model lama akan dijual di black market dengan harga yang berpatutan yang boleh mengait keuntungan pada kita . Dengan hasil keuntungan tersebut , kita akan memperbesarkan lagi kawasan dan pengaruh kumpulan Devil & Dragon .Aku , selaku ketua Dragon dan Zickry , selaku ketua Devil telah bersepakat untuk bergabung dan berkerjasama dalam setiap misi . " terangnya lagi .
"Jadi ini bermakna kami berdua akan bergabung tenaga dan anak buah . Tiada lagi 'anak buah Devil' dan tiada lagi 'anak buah Dragon' .Dua kumpulan ini telah bergabung menjadi satu . Maka ,sama - sama yang menguruskan kumpulan ini . " terang Ashraff pula . Dania hanya mengangguk tanda faham dan setuju .
"By the way ,silent killers semua dah tiba ke Malaysia . Beberapa orang ahli silent killers yang menguruskan senjata di perlabuhan tu juga dah sampai ke Malaysia .Cuma menunggu masa mereka menjejak kaki di markas ini aje ." ujar Hash . Dania mengerutkan dahi . Tidak sangka pula kumpulan Ashraff dan Zickry mempunyai Ahli Silent Killers .Selama ini lansung dia tidak tahu .
"Nanti buat perjumpaan mengejut bagi semua anak buah kita . Adakan juga mesyuarat tergempar untuk ahli silent killers.Aku ada benda penting nak beritahu ." kata Ashraff serius . Hash yang seakan-akan memahami hanya mengangguk . Fandy yang berada di sebelahnya di arah untuk memberitahu tentang hal itu pada semua anak buah dan ahli Silent Killers . Dania bertambah pelik .
"Berbalik pada cerita tadi .Tiba - tiba rasa macam rugi projek tu dimusnahkan . Tapi dalam masa yang sama aku betul - betul bersyukur sesangat sebab projek tu tak sampai ke tangan diorang . Sekurang - kurangnya tak adalah memusnahkan kumpulan kita nanti . Bukannya kita tak tahu , pengaruh kumpulan Eagle tu semakin meluas . Ini memang bahaya ." ujar Ashraff lagi sekadar ingin menular topik .
"Tak kesampaianlah niat aku nakperbesarkan kawasan serta pengaruh kumpulan kita . Bukan nak tamak ,tapi pengaruh kumpulan Eagle hampir 50% dekat Malaysia . Belum dekat luar negara sana lagi ." kata Hash seolah - olah kecewa . Dia mengeluh perlahan .Dania mula mengoyakkan senyum . Dia tertawa perlahan .Andai dia memberitahu sesuatu yang dijumpainya itu , pasti tertunai hajat Hash . Hash dan Ashraff memandangnya pelik .
"Dah kenapa ,Nia ? Kena sampuk ?" ujar Ashraff celupar .Dania hanya mencebik .
"Haa!Long ,bawa masuk kereta aku kejap! " arah Dania selamba .Long mengangguk sebelum berlalu pergi .Dania hanya ketawa kecil .Mentang-mentang lah dia adik kepada leader , senang-senang aje dia nak mengarah orang .Oh ya , lupa nak ingin memberitahu pada semua ! Mereka kini berada di sebuah bangsal lama yang dijadikan markas entah yang ke berapa punya .
Kereta yang dipandu Dania tadi diparking tepat di hadapannya .Dania lantas membuka bonet sebelum menggamit Ashraff dan Hash ke mari. Mereka berdua saling berpandangan .Pelik dengan sikap Dania namun kedua -duanya mematuhi . Mereka berdiri statik dengan mata memandang tepat pada 'sesuatu' yang ditunjukkan dengan pandangan yang tidak percaya .
"Nia memang penuh dengan kejutanlah ! Chaiyokk!" kata Ashraff gembira barangkali . Dia meletakkan kedua kepalanya di atas tangan. Okey. salah ayat -- Dia meletakkan kedua - dua tangannya di atas kepalanya gaya oppa mamat jambu ! Ini kalau tengok dekat perempuan yang gedik - gedik tu comfirm cair !
Dania hanya tergelak mengekek. Manakala Hash menepuk tangannya tanda bangga akan Dania . Dari dahulu sehingga kini , Dania penuh kejutan .Emas yang berbentuk bar di hadapannya kini dipandang penuh teruja .Ya , siapa sangka 'sesuatu' yang bersinar itu adalah emas ???
"Jadi , bolehlah angah dan Hash nak memperluaskan kawasan dan pengaruh kumpulan korang !Tapi sebagai balasan ,korang kenalah bagi Nia sikit eh !! Nia nak pergi shopping .Gaji titew satu hari bulan nanti baru dapat..." ujar Dania meleret .Ashraff dan HAsh mengangguk serentak .
"Jadiii...Macam mana boleh dapat benda ni ?" tanya Ashraff .Dania tersenyum lagi sebelum menceritakn dari A hingga Z.
" The end . "
"Ahli silent killerS dah tiba ." lapor Fandy .Ashraff mengangguk sambil memandang Dania .Dania yang seakan -akan memahami hanya mengangguk sebelum keluar dengan senyuman yang melebar .
Di berjalan sambil bersiul - siul kegirangan .
MASA UNTUK SHOPPING !
Share this novel