"Yoe Hash ! Long time no see !" kata Ashraff apabila melihat kelibat Hash yang entah dari mana muncul ke restoran itu . Mereka bersalaman gaya lelaki .Sep sikit !
"Long time no see kepala hotak engkau !Kau buat apa kat sini ? Dania mana ?" soal Hash .Kerusi disebelah Ashraff diduduknya sebelum memanggil pelayan meminta pesanan .
"Dania mana ada .Ada kat markas tu nak berehat katanya ."ujar Ashraff sambil menghirup jus oren yang dipesannya .
"Berehat apanya kat markas ? Rumah ada yang sengaja rehat kat situ kenapa ?"
"Dia tak selamat nak duduk sensorang kat rumah .Kau tahu dia hampir accident tadi ?"
"Haa ? Asal kau tak bagitahu aku ? Macam mana boleh jadi ? Kat mana benda tu berlaku ? Siapa yang bawa dia pergi markas ?"soal Hash bagaikann machine gun .Ashraff hanya menggeleng .
" Satu persatu la dey ! Macam mana aku nak bagitahu kalau kau pergi date dengan semua silent killers?Aih ,benda dah jadi aku pun tak tahu sebenarnya .Ada orang nak langgar si Dania tu .Nasib dia tak apa-apa .Aku rasa musuh dah hampir dekat dengan kita .24 jam diorang perati .Jadi tak selamat kalau kita biar Dania keluar pergi mana-mana sensorang .Aku dah arahkan beberapa orang jadi spy untuk laporkan pergerakan Dania ."ujarAshraff panjang lebar .Wajahnya diraup memikirkan keselamatan adik saudaranya itu .
" Aih , kita kena kawal keselamatan dia dengan lebih ketat .Ini bahaya kalau dia kena culik atau kena tangkap dengan pihak musuh .Memanglah hari masih tak genap sepuluh tahun .Diorang boleh buat apa-apa aje untuk dapatkan Dania .Ingat , pihak musuh dia semua psiko .Tambah-tambah pula si Han tu ."kata Hash pula .Ashraff hanya mengangguk .
"Ya , seorang lelaki psiko seperti Han mampu buat apa-apa sahaja untuk dapatkan Dania .Huh ." kata Ashraff sambil mendengus kasar .
"By the way , pasal plan malam ni ..." kata -kata Hash terhenti sebentar apabila seorang pelayan membawa minuman yang dipesannya tadi .
"Aku tak rasa kita patut bawa ahli silent killers .Entah kenapa aku rasa tak sedap hati .Tak ada sesiapa lagi yang tahu kumpulan kita ada ahli SK .Jadi ianya bahaya kalau diorang terlibat dengan plan malam ni ." sambung Hash semula .Baru sahaja dia ingin mencapai minuman yang dipesannya tadi , seorang gadis tiba-tiba datang duduk di hadapan Ashraff .
" Hai maaf lambat .Tandas penuh tadi . HAHAHA ."ujar gadis itu sambil ketawa . Hash memandang pelik .Dia mengisyaratkan Ashraff supaya menerangkan siapa gadis itu walaupun awal - awal lagi dia sudah mengenalj si gadks.
"Eh , awak ni siapa pula ?" soal gadis itu kepada Hash .Hash hanya selamba badak memain telefon pintarnya .Dia hanya membiarkan soalan itu berlalu pergi .Almaklumlah , dia teramat anti akan wanita kecuali Dania .
"Erk .Haa ni Nurin .Dia ni yang selamatkan Dania tadi .Nurin , ni pula Ha-"
"Shah ." ujar Hash sambil menyambung semula memain telefon pintar miliknya . Manakala si Nurin hanya mengangguk-angguk . Suasana agak janggal seketika .
"Aku nak blah ah . Lupa pula aku ada hal . Chaw luwh !" ujar Hash sambil berlalu pergi . Ashraff kelihatan terpinga-pinga .
"Woi siapa nak bayar minuman kau ? Ni air ni siapa nak minum haa ?"
"Kaulah bayarkan .Nanti aku bayar balik . Air tu aku tak minum lagi . Minumlah kalau nak ."Ashraff hanya menggeleng .Dah kenapa dia tu ? Tahulah anti dengan wanita , perlu ke sampai pergi begitu sekali ? Beberapa minit kemudian Ashraff menerima mesej dari Hash .
Hash sewel scandal ke-3 aku????
Hati-hati dengan perempuan tu .
Eh ?Kenapa pula ?
Aku cuma tak sedap hati .Jadi hati-hati ajela . Aku dapat rasakan aura jahat . Sudahlah dia macam ex kau yang dulu tu.
Dia baik lah lahanot !! Bukan cem kau ,setan .Dia macam kitalah juga .Mafia . Ha itulah weh . Aku pun perasan dia macam ex aku yang dulu . Hm terkenang pula masa silam aduh .
Suka hati kau la bahenol .Mana kau tahu dia baik ? Kau baru aje jumpa dia tadi .Kau tak percaya sudah .Jadi pape aku dah tak tanggung .
Ashraff hanya biarkan sahaja mesej itu menyepi .
• • • • •
Misi malam ni banyak melibatkan pembunuhan .Ada beberapa pihak musuh menuntut bela atas kematian Carl , lelaki cina yang pernah dibunuh oleh Hash dan Zaickry .Kes balas dendamlah katakan .
Rupa-rupanya gadis yang telah menembak Hash itu adalah adik Carl . Dia berada di situ sepanjang kejadian . Jadi , kerana ingin membalas dendam , dia telah menaruhkan perjanjian .
Perlawanan akan diadakan pada malam itu . Ianya melibatkan nyawa antara hidup dan mati . Siapa yang bernasib baik akan keluar dari markas itu dengan selamat ? Ianya akan ditentukan pada malam ini . Hash mengeluh .Dengar cerita pengaruh lelaki cina itu sangat luas di kawasannya . Anak buahnya bukannya sedikit , hampir separuh dari kawasan itu penuh dengan anak buahnya sahaja .Tak sangka pula dia , lelaki itu punya pengaruh yang agak kuat .
Pelbagai peralatan senjata api dikeluarkan . Kelihatan Ashraff yang memilih senjata yang disukainya beberapa anak buah yang lain . Ahli Silent Killers lansung tak terlibat malam ini kerana Hash telah pun menegaskan supaya tidak menyertai mereka . Hanya Alex sahaja yang terlibat memandangkan tiada siapa yang tahu dia adalah salah seorang ahli SK . Dania dari awal lagi sudah diberi amaran supaya tidak mengikut mereka .
Hasilnya , Ashraff telah mengarahkan Nurin untuk menjaganya 24/7 jam .Oh ya ! Mereka hanya membawa 15 orang anak buah tidak termasuk Hash , Ashraff dan Alex . Sedikit ? Ya , tetapi bilangan bukan satu kelemahan mereka untuk tumpas di tangan pihak musuh .
" Semua dah bersedia ."ujar Ashraff serius .
"Okey . Gerak sekarang . Hati - hati . Musuh sekarang berada dua langkah di hadapan kita ."ujar Hash memberi pesanan .Yang lain hanya mengangguk .
" Get ready to fight again ."
• • • • •
Share this novel