B A B 18

Romance Series 3421

"Baru aku tahu markas ni ada tembok ." ujar Ashraff sambil mendonggakkan kepala memandang tembok yang tinggi cem langit tu . Hash hanya mengangguk .

"Kau rasa belakang tembok ni ada orang jaga tak ?" soal Hash pula .

"Aku rasa ada . Mustahil kalau tak ada orang jaga ." kata Alex pula .Masing-masing mendongak memandang tembok .Satu geng la katakan .

"Aih , macam mana ni bos ? " ujar Fandy . Long hanya menggaru kepala .

"Otak kat mana ? Ada otak tu gunalah ."ujar Hash serius .

" Otak kat kepalalah .Nak guna ? Nak buat apa ?"ujar Long lurus .Polos orangnya .Yang lain memandangnya tajam .

"Aih susah ada anak buah macam korang ni .Apa guna pokok tu ? Alex kau panjat pokok then tengok ada orang tak . Kalau tak ada pastu terjun belah sana .Jangan lupa bawa tali .Pastu roger kitorang line clear atau tak .Bagi tali kat kitorang nak panjat .Pandai-pandailah kau nak ikat tali tu kat mana .Kat badan ke , kat pokok ke janji kau ikat .Okey cepat !"arah Hash selamba .Alex mengeluh sebelum dengan tangkasnya memanjat pokok . Sebelah tangan dipeluknya pokok itu sebelum mata dilontarkan ke 'seberang' tembok .

" Aku tak nampak manusia pun ."kata Alex selamba .

"Dahtu tunggu apa lagi ? Terjun la ! Masa berjalan woi !" ujar Ashraff geram .Alex hanya tersenyum sinis .Masih lagi dengan lagak coolnya  .Lantas Alex terjun ke sebarng tembok .Sekelip mata , tali dilontarkan pada seberang--iaitu pada Hash , Ashraff dan anak buah yang lain . Masing-masing memanjat secara berhati-hati melepasi tembok itu .Seketika masing-masing terpana melihat Alex yang ....

"Kau ikat tali tu kat anjing ? Weyh matilah makhluk Allah tu ." ujar Ashraff simpati .Entah mengapa masing-masing bengap malam ni .Mungkin masih tak bersedia untuk berlawan dengan musuh .

"Kau buta ke apa ? Aku ikat dekat rantai dia lah .Tak matinya dia ni .Dah jom blah .Tata baby!"lambai Alex sebelum pergi dari situ .Yang lain hanya mengikuti .Oh ya ! Alex seorang mualaf . Dan dia lansung tak kisah kalau terpegang binatang haram sekalipun .Harap maklum .

• • • • •

Keadaan di segenap ruang markas kelihatan agak menyeramkan .Kesunyian yang mengisi di situ menambahkan lagi kehairanan di hati mereka .

" Mana diorang ? "Soal Long perlahan .Di dalam markas itu hanya ada Ashraff , Hash , Alex , Fandy dan Long manakaLa yang lain hanya berkawal di luar .Hash mengisyaratkan Long supaya senyap sebelum ....

" TUNDUK !"jeritnya lantang sekadar memberi arahan . Yang lain hanya patuh .

Bang !

"Tak guna betul !" ujar Ashraff sambil menghalakan pistol ke arahnya sebelum menembak tepat pada dadanya . Kelihatan beberapa orang lelaki berbadan sado keluar dari tempat persembunyian .

Mereka kini dikelilingi oleh 10 orang lelaki berbadan sado .Ada yang bersenjata dan ada yang tidak .

Adil ke 5 orang lelaki muka suci lawan dengan 10 orang lelaki berbadan sado dan muka pecah ?Alex hanya tersenyum sinis .Dalam mafia , tak akan ada sebarang pengadilan .

Maka , bermulalah sesi tumbuk-menumbuk ,sepak-menyepak , aksi smackdown , tembak-menembak dan sebagainya .

• • • • •

Dania tak senang duduk .Kejap berdiri , kejap duduk .Kejap ke hilir , kejap ke hulur .Risau memikirkan Ashraff dan lain-lain . Nurin yang melihatnya begitu pun mula pening .

" Eh Dania .Sudah-sudahlah tu .Pening aku tengok .Kejap ke hulur , kejap ke hilir .Cuba duduk senyap-senyap sikit ."bebel Nurin sambil mendengus .Panggilan aku-kau memang disarankan olehnya kerana umur mereka hanya berbeza setahun sahaja .

"Eee , kau tak faham Yuyin .Angah dalam bahaya .Pengaruh kumpulan Carl tu bukan beshe - beshe .Kita kena buat sesuatu !" ujar Dania serius . Nurin hanya meraup wajah .

"Masalahnya angah kau dah amanahkan aku suruh jaga kau .Mana boleh biar kau pergi kat diorang ! Tak selamat tahu tak ! Bahaya !" kata Nurin pula .

"Tapi ni penting doe .Tolonglah beb ! Kau tak kesian kat aku ke ? Aku mana ada sesiapa dalam dunia ni .Aku cuma ada angah aje . Please , kali ni aje ." rayu Dania .Nurin hanya mengeluh .

"Kau ingat kau boleh saja-saja ke pergi sana tanpa persediaan ? Kau kena bersedia dari segi fizikal dan mental .Mana boleh pergi gini aje .Lagi satu , kau pandai lawan ke ?Kau tu cuma detektif ."

"Pandai tak pandai lawan tu lain cerita .Aku tak kisah , aku nak pergi sana juga !Eh jap , mana kau tahu aku ni detektif ? Aku tak pernah bagi tahu pun ." soal Dania .Matanya menikam anak mata Nurin .Nurin mengemam bibir .

"Err , angah kaulah yang bagi tahu !Dah jom ! Tadi kau nak sangat pergi dekat angah kau , " ujar Nurin sengaja menukar topik ..

"Betul ni ?" tanya Dania .Matanya mula bersinar-sinar  .Nurin hanya mengangguk lemah .

"Iye betul ! Dah cepatlah ambil apa yang patut !" ujar Nurin dengan nada yang lemah .Sepantas kilat Dania mengambil barangnya .

• • • • •

" Nah , kau nak sangat kan datang sini .Sekarang ni acer bagi tahu aku macam mana nak panjat tembok ni ?"ujar Nurin bersama cebikan .Manakala Dania hanya tersenyum penuh misteri .

"Senang aje ! Meh sini aku ajar . Nampak pokok yang tinggi tu ? Panjat tu kemudian terjun belah sana ." ujar Dania selamba .Nurin hanya ternganga .

"Kau ni .. Gila ke apa ? Pokok tu dahlah tinggi nak mampoih . Kau nak suruh aku panjat ? " ujar Nurin bengang .

"Aih lupa kau pendek lagi dari aku HAHAHAHA ok memain .Dah sekarang tengok aksi aku ni ." kata Dania penuh riak . Dia mengundurkan setapak ke belakang sebelum berlari ke arah pokok itu .Dahan pokok yang sedikit tinggi itu di capai sebelum dengan mudahnya dia memanjat .

"Okey sekarang , kau buat macam aku tadi .Bezanya kau capai tangan aku bukan dahan tu ." arah Dania .Nurin hanya menelan air liur .Perlahan-lahan dia membuat juga apa yang dilakukan Dania tadi dan dicapainya tangan Dania .

"Okey now , aku bilang sampai tiga .Kemudian , lompat sesama .Satu , dua ,"

"Jap aku tak sedia woi !"

"TIGA !" hasilnya mereka bukan melompat bersama-sama , tetapi Dania yang menolak Nurin sehingga dia tersembam sebelum gilirannya pula melompat .

"Err ,Kau okey Yuyin ?" soal Dania teragak-agak .Nurin hanya memandangnya tajam .

"Okey kepala tengkorak kau ! Dah jom blah ." ujar Nurin seraya berlalu pergi .

"Weyh sabar kejap .Tak nampak ke ada 'drama aksi' kat situ ?" kata Dania .

"So ?Kesah apa ? Kau nak tolong angah kau kan ?"

"Aih memanglah nak tolong .Tapi yang tengah lawan tu anak buah angah .Aku tak boleh lalu kat situ kalau tak ,terkantoilah ! "

"Apa lagi kau nak buat Dania ?"

"Cari tempat nak masuk selain dari pintu yang terkangkang luas tu ."

"Suka hati kaulah .Aku nak lalu kat situ juga  Pandai-pandaila aku tak bagi diorang terkantoi ." ujar Nurin seraua berlalu pergi meninggalkan Dania .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience