Eizra tegesa -gesa ke ruang hospital . Dia baru sahaja mendapat panggilan dari beberapa anak buah abang tirinya tentang keadaan dirinya tika itu .
"Macam mana keadaan abang saya ?" soalnya apabila terlihat seorang doktor yang baru sahaja keluar dari bilik pembedahan .
"Dia selamat .Lukanya tak berapa dalam sangat .Dia belum sedar . Cik tak boleh jumpa dia lagi ."ujar doktor itu sebelum berlalu pergi .Eizra mengeluh lemah . Sungguh dia risau dengan keadaan abang tirinya ketika itu .Dia mengelamun jauh .Sedang dia asyik mengelamun , Tiba-tiba datang seorang gadis menarik lengannya .Dia lantas merentap lengannya sebelum wajah gadis itu dipandang tajam .Seketika , dia terkejut melihat gadis itu .
" Azie .. Kau buat apa kat sini ?"soalnya sambil mengemam bibir . Azie hanya memandangnya tajam .
"Kau tanya aku kenapa aku ada dekat sini ? Aku yang patut tanya kau apa kau buat kat sini !? Kau tahu tak orang semua dah tunggu kau !"ujarnya dengan nada yang tertahan-tahan .Eizra hanya menunduk .
"Aku -- Aku tak nak teruskan ." katanya sedikit tergagap-gagap .Azie mula naik angin .
"Aku tak kisah kau nak ke tidak , yang aku tahu , kau kena ada dekat majlis itu sekarang !! Kau tak kesian kat aku ke ? Tak kesian dekat Rayqal ? Kau tahu tak kalau kau batalkan pertunangan ni , kau dah menconteng arang dekat muka aku ? Muka abang aku ? Muka keluarga aku ? " herdiknya dengan nada yang terkawal .
"Tapi Azie .Aku tak cintakan Rayqal .Kau kena faham aku . Aku cuma cintakan Farhan ." katanya sambil menunduk . Azie mula naik bengang .
"Kau nak kira kau cintakan Rayqal atau tak ke ?! Kau tak nampak ke pengorbanan dia selama ni ?! Kau faham tak yang abang tiri kau , Si Farhan tu takkan berubah .Aku ulang sekali lagi dia TAK AKAN berubah !Sekarang ikut aku balik , Eizra Farhana Raisya ! Kalau kau masih anggap aku sahabat sehidup semati kau , balik dengan aku sekarang ! Aku tunggu kau dekat kereta ." kata Azie kemudian berlalu pergi meninggalkan Eizra di situ seorang diri . Eizra menyeka air matanya yang bersisa .Kenapa ? Kenapa dia perlu bertunang dengan orang yang tidak dicintainya ? Eizra mengeluh sebelum langkah diatur keluar dari bangunan itu .
° ° ° ° °
Dania perlahan-lahan cuba bangun dari baringnya .Dia kemudian duduk berjuntai kaki di birai katilnya . Dia mengelamun jauh .Seketika kemudian ,muncul beberapa orang yang dikenalinya .Hash , Ashraff , Lisa dan juga ...
Mai .
Dania tersenyum sinis .Dia melihat satu-persatu yang menanti bicaranya .
"Dania -" belum sempat Hash menghabiskan kata-katanya , Dania telahpun memintas .
"Bawa aku jumpa Clown ." empat patah perkataan itu mampu membuatkan mereka yang berada di situ terkelu tanpa sebarang kata .
Dia sudah kembali ..
Dia sudah menguasai ..
Dia bukan lagi seperti dulu ..
"Daisy ." serentak mereka menyeru namanya yang setelah sekian lama bagaikan telah pupus dari dunia , pupus dari ingatan .
"Berapa hari dah aku tidur ?" soalnya tanpa nada .
"Kau koma .Sepatutnya mungkin melebihi enam bulan .Tapi ,termasuk hari ini kau baru sahaja 'tidur' enam hari .Sama macam Nurin ." kata Lisa yang sedari tadi hanya memerhati .Dania tersenyum sinis .Dia sendiri tidak tahu bagaimana mahu memberi reaksi .Dia kemudiannya mengarahkan mereka berlalu pergi dari situ meninggalkan dirinya seorang diri .
° ° ° ° °
Tubuhnya di pantulan cermin diteliti dari hujung rambut sehingga hujung kaki . Susuk tubuh dirinya ditenung lama .
"Aku dah berubah ." gumamnya perlahan .
"Tapi itu tak bermakna aku berubah menjadi yang lebih lemah ." gumamnya lagi .
"Aku tak mampu jadi yang selemah dahulu lagi , atau mungkin yang sekejam dahulu ..'
" Tetapi aku mampu jadi lebih kuat dari dulu , dan mungkin juga lebih kejam dari dulu ."ujarnya sinis .
"Aku mampu buat apa sahaja untuk memiliki apa yang aku nak .Ini dunia aku .Dunia ni aku yang punya .Tiada siapa yang mampu rampas dunia ni dari aku ."
"Aku akan balas dendam atas apa yang dia dah lakukan terhadap aku ,terhadap keluarga aku .Aku akan tuntut bela atas kematian kembar aku ,dan juga keluarga aku .Aku tak akan lepaskan semua pembunuh keluarga aku." katanya seolah-olah berjanji dengan dirinya sendiri .
"Masa sudah banyak berlalu pergi .Yang tinggal hanyalah memori .Dan memori itu sendiri , akan aku musnahkannya sekali lagi .Itu hak aku ." ujarnya sambil merenung tajam di pantulan cermin .
Share this novel