B A B 6

Romance Series 3421

"Macam mana dengan maklumat yang angah nak tu?Dah dapat ke belum?"soal Ashraff pada Dania dengan nada yang serius.

"Oh come on, angah ! Pernah ke Nia tak dapat apa - apa info ? Bukan namanya hacker kalau maklumat sekecil zarah tu pun Nia tak dapat!"ujar Dania dengan penuh riak. Bangga dengan kejayaannya.

"Hash, maklumat dah dapat,bilanya kita nak serang?"soal Ashraff.

"Malam ni juga kita serang markas tu. Malam ni tak silap aku diorang buat party.Kononnya nak  celebrate kejayaan tak seberapa tu. Senangla sikit kerja kita nanti."kata Hash pula.

"Baguslah kalau macam tu. Nia nak join angah tak?"tanya Ashraff pada sepupunya. Dania yang mengelamun tidak  mendengari kata-kata Ashraff.

Ashraff mula mengerutkan dahi. Pelik dengan sikap Dania. Ashraff memetik jari di hadapan wajah Dania. Dania yang terkejut itu agak terpinga-pinga.

"Apa? Apa? Angah cakap apa tadi?"menggelabah Dania bertanya.

"Angah tanya. Nia nak join tak 'misi' kami malam ni? "Diulangnya kembali soalannya tadi.

"Nia on je! Cuma Nia tengok jela angah tembak orang. Nak tembak orang,Nia bukannya handal sangat pun. Lainlah angah. Belasah tu bolehla. Angah kan ada ajar Nia dulu."ujar Dania.Ashraff hanya mengangguk.

"Nia nak tanya apa-apa ke?"

"Tanya angah apa? Nia mana ada nak tanya apa-apa."

"Tak perlu nak tipu angahla. Tanya aje. Kalau soalan tu senang,angah jawablah. Kalau soalan jenis KBAT tu, jangan tanya angah. Tanya dekat Hash. Dia kalau bab soalan KBAT memang bagus dari duduk dekat bangku sekolah lagi. Nak kata,semua soalan dia boleh jawab. Contohnya,'Pernah couple dengan budak perempuan nerd tak? 'Jawapan dia pula.'Maaf,tak pernah.Aku ni gay.' Tanyalah soalan apa-apa pun,jawapan dia tak pernah hambar,malah lebih deep and power!"kata Ashraff.Hash hanya menjeling. Manakala Dania hanya ketawa.

"Okey,okey. Nia nak tanya benda ni lama dah. Sejak kebelakangan ni,Nia selalu sangat mimpi yang Nia ni adalah seorang mafia. Dalam mimpi tu, Nia pandai tembak orang. Ya,Nia tahu memang pandai tembak tapi dalam mimpi ni, tembakan yang Nia lepaskan tu 100% tepat mengenai sasaran. " Ashraff yang mendengarnya terdiam .

Sebenarnya Nia tak pastilah orang yang Nia mimpi tu adalah Nia atau bukan. Tapi 'klu' yang Nia dapat dalam mimpi tu seakan-akan perempuan yang kena bunuh tu Nia." ujarnya sambil cuba membayangi semula mimpinya tadi.Direnungnya Ashraff yang kaku tadi sebelum menyambung semula kata-katanya.

"Senang nak cerita, setiap hari Nia dapat mimpi yang sama.Sampai Nia dah boleh hafal dialog dalam mimpi tu. Contohnya macam dialog ni
'This 'game' has not ended as long you and I are still alive.Beleive me I said you will die in a cruel way as you killed my family .It's time to live long and I just want to play the 'game' you've 'built' for me.' .Yang peliknya,Wajah Nia dengan perempuan dalam mimpi tu lansung tak sama."ceritanya panjang lebar. Ashraff dan Hash saling berpandangan. Sesekali mereka menelan air liur.

"Bertambah pelik lagi dalam mimpi tu Nia ni sebenarnya ada kembar. Kembar Nia tu mati sebab kena rogol sebelum dia kena tembak. Sekali imbas mimpi tu balik, kejam sangat pembunuh tu! Bila Nia teliti balik pasal mimpi tu. Nia baru tahu kononnya pembunuhan yang ditunjukkan dalam mimpi Nia tu disebabkan lelaki yang mungkin telah bunuh 'kembar' Nia tu tamakkan jawatan dalam organisasi mafia. Muka lelaki tu, Nia ingat-ingat lupa. Nia rasa,Nia pernah tengok orang tu. Tak silap Nia,lelaki tu dari kumpulan WHITE EAGLE. Entahla betul ke tak,sebab muka dia dalam mimpi tu memang kabur sikit. Lepastu,dalam mimpi tu,Nia kononnya melantik King baru  dalam organisasi mafia."katanya lagi .

"Dalam mimpi yang sama,Nia kena tolak masuk dalam gaung yang tingginya berkaki-kaki.Bila Nia fikir-fikir balik,tu tersangat-sangatlah mustahil untuk Nia hidup lagi atas muka bumi ni. Jadi Nia nak tahu sama ada mimpi tu betul ataupun tidak. Betulke Nia ni mafia?Betul ke Nia ni amnesia sebab accident atau sememangnya Nia ditolak dari tingkat atas banglo usang yang dijadikan markas tu?" kali ini,Dania menyoalnya. Ashraff mengeluh.Bagi Ashraff dan Hash, soalan itu benar-benar KBAT. Lebih KBAT dari kisah gay tadi. Lidah Ashraff kelu untuk berkata-kata. Dalam kepalanya,cuba untuk disusun ayat untuk menjawab persoalan Dania itu.

"Nia, mimpi tu tak membawa maksud apa-apa. Nia yang berada di depan angah ni adalah Nia seorang detektif,bukan mafia. Dalam family kita,hanya angah sorang je mafia."berhati-hati Ashraff menyusun kata.

"Trust me. Semua tu tak ada kaitan dengan realiti hidup Nia." sambungnya lagi.Hanya kata-kata itu sahaja yang mampu diungkapkan Ashraff buat masa sekarang.Dania mengeluh hampa.

"Ya, Nia tahu soalan Nia tu tak masuk akal. Tengoklah,angah sendiri pun dah pening kepala fikirkannya. Itulah yang Nia malas nak tanya tu. Kekadang Nia pernah juga berdoa supaya Allah pulihkan ingatan Nia. Nia teringin sangat nak tahu kenangan memori silam Nia. Mana tahu dulu hidup Nia indah belaka."kata Dania penuh mengharap. Ashraff dan Hash hanya mengeluh.Tahukah Dania hidupmya suatu tika dahulu,penuh dengan kekejaman?

"Nia, kenangan silam tak semestinya indah belaka. Bayangkan,kalau kenangan silam Nia dulu teramatlah perit, dan Nia dah pulihkan ingatan Nia, mungkin Nia inginkan semula saat Nia amnesia. Nia nak sangat lupakan masa silam Nia. Nia mungkin tak sanggup nak hadapi realiti hidup Nia. Angah bukan maksudkan masa silam Nia, angah cuma terangkan yang kenangan silam tak semestinya indah."terang Ashraff satu-persatu. Dia cuba untuk meyakinkan Dania bahawa apa yang sering dimimpinya hanyalah mainan tidur semata-mata.

"Yalah!"cebik Dania tanda mengalah. Malah mahu berbalah tentang fakta kisah silamnya.

"Oh ya, tadi Nia ada cakap yang kononnya dalam mimpi tu Nia 'lantik' King mafia kan? Nia kenal tak siapa orangnya? Nama dia ke?Muka dia ke?"Ashraff mula bertanya.Lebih kepada menukar topik sebenarnya. Dikerlingnya Hash disebelah yang tidak senang duduk mendengar soalannya. Tahu pun gelabah!

"Muka dia Nia tak ingatlah. Nama dia pun Nia tak ingat. Nia cuma ingat yang kononnya Nia panggil dia apa entah? Ayyan? Aoran?Ayran?Iron?Ahh!!. Iron kot. Ish! Entahla. Nia nak keluar. Bosanlah duduk sini.Serabut pun ada asyik fikir pasal mimpi tu aje!"kata Dania sambil berlalu pergi. Hash menghela nafas lega.

"Bro,kesian kau dowh. Boleh pula dia meng'iron' kan kau.Haish,tula..Lain kali waktu kau keluar dari perut mak kau tu,terus kau kata kat mak kau,jangan letak nama Aryan.Kan tak lasal-pasal dah terkena iron dengan si Dania tu.Padan muka!"kata Ashraff sambil ketawa.Hash hanya menjeling.

"LOL la kau ni!Yang letak nama aku ni bukannya mak bapak aku,tapi atuk mafia aku tu.Kang keluar dari perut mak aku tu takkan nak terus pergi larang atuk aku tu kata jangan letak nama aku Aryan?Tak pasal-pasal makan penampar tangan berkedut dia tu.Eee..Aku lebih rela di'iron'kan si Dania dari makan penampar yang tak pernah nak iron tu."ujar Hash pula panjang lebar.

" Sepatutnya kau kata camni do kat atuk kau 'Grandpapa , you shouldn't 'iron iron' me because my future girlfriend won't like it ' .HAHAHA "

Ketawa mereka bergabung di setiap inci rumah itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience