B A B 26

Romance Series 3421

Dan suasana telah berubah .Bagaikan sebuah kotak , 'dunia' yang aku berpijak kini telah 'dilipat' dan ditukar menjadi dunia yang lain .Dan kini , aku berada di sebuah bilik yang agak gelap , bersama gadis yang mirip dengan gadis yang membawaku ke sini tadi .

Gadis yang bernama Daisy tadi mengatur langkah ke arahku bersama sebilah pisau di tangannya . Aku mulai panik .Aku bertambah terkejut apabila dia berjalan menembusiku , menuju ke satu sudut di belakangku .Aku mula menoleh .Kelihatan seorang lelaki terduduk lemah di sudut itu .

Gadis itu-Daisy , menampar wajahnya .Lelaki yang lemah itu tidak berdaya mahu melawan .

"Bagitahu aku ! Siapa yang bunuh abang aku ?! Siapa yang bunuh Zafri !! " jerkah Dahlia .Aku mengurut dada apabila mendengar nada suaranya .Manakala gadis di sebelahku , hanya tersenyum senang .

"Aku tak tahu .." lemah lelaki itu berkata sambil menggelengkan kepala . Dahlia yang mungkin bengang dengan jawapan itu mula menghentak kepalanya di dinding sehingga berdarah .

"BAGITAHU AKU SEKARANG !" jerkahnya lagi . Lelaki itu masih lagi mendiamkan diri . Mungkin kerana bengang dengan sikap lelaki itu ,dia-Dahlia menikam perutnya . Tidak cukup dengan itu , dia menoreh tangan lelaki itu .Lelaki itu menjerit lantang sehingga usus dari perutnya terkeluar . Dia sudah tidak bernyawa .

"KAU DIAM APEHAL ? AKU TANYA JAWABLAH SIA* " jerkahnya lagi .Melihatkan gadis itu 'mendiamkan diri' , dia lantas mengelar leher lelaki itu .Aku yang melihatnya mulai gerun . Dahlia mula mengambil sebilah pedang di satu sudut bilik itu .

Kemudian dia kembali di tempat lelaki itu sebelum memisahkan kepalanya . Dada lelaki itu dibelah menggunakan pedang yang tajam itu sehingga menampakkan jantung .Pedang dicucuk tepat pada jantung kemudian dipusingnya pedang itu sambil menekannya ke dalam jantung . Pedang diangkat sehingga jantung itu mula tercabut dari tangkainya .Aku mula menggeletar .Manakala gadis di sebelahku hanya ketawa sinis .

"Kau takut ?" soalnya padaku .Aku memandangnya tajam .

"Kenapa kau tarik aku masuk dalam memori kau ,haa ?!" herdikku padanya .Dia masih lagi ketawa .Dia lansung tidak menjawab soalanku malah matanya ralit meligat Dahlia , yang membuka sebuah kotak kayu . Di dalam kotak kayu itu ,terdapat beberapa ekor ular yang berwarna hitam .Ular itu mula keluar dari kotak itu sebelum menuju ke arah lelaki yang sudah tidak bernyawa tadi .Ular itu mula memakan isi lelaki yang berbaki itu sehingga tinggal tulang . Gadis di sebelahku tersenyum sinis.

"Memori aku ? Huh .Tak , ini memori kau .Memori kita ..." katanya dengan nada yang agak sinis membiatkan aku mulai keliru .

"Apa maksud kau ?Siapa kau sebenarnya ? Siapa dia ?!" aku mula menyoalnya .Namun , dia tidak memberikan apa-apa reaksi malah , dia 'menarikku' di dalam satu memori .Memori yang mirip seperti sebuah mimpi yang selalu memggangu tidurku . Jantungku mula berdegup kencang .Aku menyaksikan segala kejadian itu tanpa reaksi .Aku lansung tak faham . Apa semua ni ?

"Kau nak tahu ? Dia adalah aku .Perempuan tu adalah aku .Aku adalah kau .Kau adalah dia .Kita satu jiwa ." ujarnya bersama senyuman misteri .Kepala aku mulai pusing .Kata-katanya mulai bergema di dalam fikiran aku .

Dia adalah kau ..

Aku adalah kau ..

Kau adalah aku ..

Kita satu jiwa ..

"ARGHHH !!" Satu persatu memori lama mula berlayar di ruang mata . Kini aku faham segala-galanya . Nafasku mulai sesak .Pandanganku mula berbalam-balam .Aku mulai tidak sedarkan diri .

"DOKTOR !!"

° ° ° ° °

Kring Kring !!

Deringan telefon Mai membuatkan Ashraff terjaga dari tidurnya .Mai tersenyum nipis sebelum menjawab panggilan itu .Seketika kemudian dia kembali bersama kata-kata yang agak menyentakkan semua yang berada di situ .

"Dania dah sedar ."

Hash yang baru sahaja kembali di tempat itu mula berlari pantas menuju ke wad Dania .Begitu juga dengan Ashraff . Lisa yang baru sahaja tiba membawa makanan yang dibelinya kelihatan terpinga-pinga sebelum makanan itu diserahkan kepada Elly kemudiannya berlari mengikuti Ashraff dan Hash .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience