B A B 10

Romance Series 3421

"Get ready to fight."

Seluruh pasukan Devil telahpun bersiap-sedia untuk menghadapi misi kali ini.Kelihatan beberapa orang sedang membelek-belek senjata api sebelum memasukkannya di dalam sebuah beg yang disandang oleh mereka.Ada juga yang meletakkan sebilah pedang disebalik baju yang dipakai.Kelihatan,Ashraff dan Hash rancak bersembang.Mungkin mengenai misi pada hari ini.Penampilan Dania berubah serta-merta.Dari atas hingga bawah lengkap dengan senjata api.

Hoodie yang berwarna hitam disarungkan pada tubuh.Mask turut dipakainya.Dania hanya melihat sahaja sepupunya yang rancak berbual bersama Hash.

"Guys,misi kita bermula dari sekarang.Ingat pesan aku semalam.Jangan bagi terkantoi.Nia,hati-hati.Yang lain pun sama.Sekarang berpecah pergi ke lokasi masing-masing!Apa-apa roger!"arah Hash kemudiannya berlalu pergi.Yang lain hanya mengangguk.

Dania memasuki sebuah kereta(Bugatti Veyron 16.4 Super Sport)

?

Dipecutnya kereta tersebut menuju ke satu tempat dimana dia akan menjalankan misinya bersama yang lain.

Manakala Ashraff dan Hash masing-masing menunggang sebuah motorsikal berkuasa tinggi.Yang lain hanya mengikuti mereka bertiga dari arah belakang.Kini,lapan buah kereta jenis Bugatti Veyron memecut laju dalam satu baris lurus diiringi dengan dua buah motorsikal berkuasa tinggi di hadapan.Mereka memecut dengan kelajuan yang agak laju dari biasa sehingga tiba di sebuah simpang,masing-masing belok ke arah lokasi yang ditetapkan mengikut perancangan.Dania bersama beberapa anak buah Devil and Dragon masing-masing memecut kearah yang sama.Alat bluetooth dihidupkan.Dania mengarahkan dua buah kereta yang mengikutnya pergi ke perlabuhan.

Masing-masing meneruskan perjalanan mereka mengikut perancangan.

?????

Bang!!

"Shit!Diorang dah tahu kehadiran kita!"kata Hash bengang.Ashraff mengurut pelipis.

"Kita cuma ada dua pilihan je sekarang.Lari,atau tukar perancangan."ujar Ashraff.

"Tukar perancangan!"

??????????

"Bos,Devil dan Dragon dah larikan diri. Mungkin sebab kita dah tahu perancangan diorang."lapor seorang lelaki yang menjadi kepercayaan kumpulan White Eagle. Farhan hanya mengangguk sebelum tertawa.

"Bagus Alex,kau memang terbaik!Tak sangka kau boleh 'tikam' belakang diorang.Tak sia-sia aku ambil kau jadi assistant aku selama ni!"ujarnya bangga.Lelaki yang digelar Alex tu hanya tersenyum penuh makna.

' let's see who's good and who's bad , dude.  '

Sementara itu....

Peluh yang merinik di dahi lansung tidak dihiraukan.Bilik kebal dihadapannya kini cuba dibukannya dengan pelbagai cara.Namun seinci pun tiada tindak balas untuk menunjukkan tanda-tanda pintu itu akan terbuka.Ashraff mula bengang.

"Arghh!!Sial punya pintu!!"Hash menyumpah seranah pintu bilik kebal itu.Satu tembok bawah tanah yang ada di hadapannya disepaknya sekuat mungkin untuk melepaskan bengangnya.Tiba-tiba....

Krikk....

Nah!Pintu kebal itu terbuka sendiri.Hash dan Ashraff saling berpandangan sebelum masing-masing menepuk dahi.Hailah,kalau tahulah memang kena terajang tembok tu dulu baru pintu bilik kebal di hadapan mereka ini akan terbuka,dari awal lagi kedua-duanya akan menyepaknya.

Hash memasuki kedalam bilik kebal itu sementara Ashraff mengawal diluar.Yalah,mana tahu itu hanya muslihat dan sebaik sahaja mereka masuk,pintu itu akan tertutup semula.Tak ke haru jadinya?

Hash keluar semula dari bilik kebal itu bersama senyuman sinis.Ashraff memandang pelik.

"Panggil anak buah yang lain suruh diorang angkut senjata api dengan duit dalam tu letak dalam lori yang kita dah tempah.Pastikan letak berasingan."arah Hash pada Ashraff.Ashraff mengerutkan dahi.

"Kau gila ke apa nak bawa masuk lori kat sini??Sini bawah tanah sahabatku!!BAWAH TANAH!! Underground ! Kau ni kena sampuk dengan hantu apa masa sampai sini tadi??"Kini giliran Hash pula mengerutkan dahi.

"Kau ni dah bahlul ke apa???Kau lupa ke sebelum ni tempat ni pernah jadi markas aku?Lagipun budak-budak kita yang menyamar jadi budak White Eagle semua dah bagitahu kat kita,kan?Bawah tanah ni ada satu laluan yang memisahkan antara jalan lama dengan bawah tanah!Kau ni nyanyuk dah ke??"ujar Hash sambil meluku kepala Ashraff.Ashraff mengerang kesakitan.

"Mana aku nak ingat!!Aku lupalah!Dah ah,jap aku nak roger suruh diorang datang sini."kata Ashraff sebelum mengenakan alat bluetoothnya ditelinga.

?????

Dania memarking keretanya jauh dari lokasi misi.Takut pula ada yang mengesyakinya.Dengan pantas,dia berlari ke arah lokasi markas tersebut dengan segera.Dari semak samun tempat dia bersembunyi,dia terlihat sekumpulan anak buah White Eagle berkeliaran di markas itu bersama sniper yang setia di tangan.Dania mengeluh.Kalau begini,sehingga esok pun dia tak boleh nak masuk.

Tiba-tiba matanya tertancap pada satu laluan menuju ke belakang markas.Langkah diatur secara perlahan sebagai langkah berhati-hati memasuki laluan itu.Almaklumlah,laluan itupun penuh dengan semak-samun.Rumput juga sudah naik meninggi.Sudahlah pada waktu malam.Kang apa-apa terjadi,payah pula nanti.

Langkahnya dihentikan pada satu tempat.Matanya asyik sekali merenung sesuatu.Sesuatu yang benar-benar menarik perhatiannya.Adakah apa yang dilihatnya kini ialah benar??

Langkahnya kini diatur pula pada sebuah pokok yang benar-benar menarik perhatiannya.Ukiran dipokok itu menunjukkan lambang kumpulan White Eagle dengan logo burung helang berwarna putih berkepala tiga.Pelik,tapi itu memang benar lambang kumpulan White Eagle.Setapak demi setapak dia mendekati pokok itu.

Prakk!!

Kakinya 'terjunam' di sebuah lubang yang ditutupi dengan papan.Dania merintih kesakitan.Rupa-rupanya memang ada sebuah lubang atau mungkin satu laluan atau mungkin satu terowong yang berkemungkinan memang dibina khas oleh kumpulan White Eagle.Kakinya dikeluarkan perlahan-lahan.Papan yang menutupi lubang itu dikeluarkan perlahan-lahan.

Gelap.

Itulah apa yang Dania nampak.Tak ada apa pun yang menarik rasanya.Dania berura-ura mahu berlalu pergi.Baru sahaja Dania ingin mengatur langkah semula,rantai tangan miliknya terjatuh didalam lubang tersebut.Dania mengeluh.Sudahla rantai tangan itu adalah satu-satunya barang yang dia sayangi.Nasib dia perasan rantai tangannya itu terjatuh.

Lampu suluh yang disimpan disebalik hoodie diambil lalu dinyalakan.Kemudian dia menyuluh ke dalam lubang tersebut.Matanya yang tadinya mengecil mula membesar apabila melihat 'sesuatu' yang bersinar.

"WOW!! "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience