" Yoe ?"perlahan Dania berkata apabila kakinya melangkah masuk di dalam bilik tersebut .Baginya ,perkataan tersebut adalah 'beri salamnya' pada orang yang dia kenali satu tika dahulu .Sementara Ashraff yang menunggu di luar ,dan tiada sesiapa pun yang 'menjawab' salamnya ,matanya kini menelaah di segenap ruang bilik tersebut .
"Heh .Sama seperti dahulu .Macam bilik mayat ." ujar Dania sambil mencebik apabila melihat 'koleksi' organ dalaman manusia yang diletakkan di atas meja ditutupi kaca .Sebiji macam pameran .Matanya menelaah lagi .Bilik yang agak gelap itu menyukarkan pandangannya .Dia berjalan setapak demi setapak sebelum tersenyum sinis .
"Dia ni masih lagi dengan 'hobi'nya ." kata Dania perlahan .Matanya memerhati mayat yang digantung terbalik dengan dada yang terbelah luas.Organ dalamnnya telahpun diambil .Dania menyepetkan mata .Dia kemudian tergeleng-geleng apabila melihat beberapa mayat yang berkedudukan sama seperti mayat tadi .Ada yang hanya tinggal kepala ,ada yang hanya tinggal badan ,ada yang tiada mata ,dan macam-macam lagi .
"Yoe ,Daisy! Dah lama ke tunggu ?" sergah satu suara garau dari belakang agak memeranjatkan Dania .Dania mengurut dada sebelum memandangnya tajam .
"Em .Ada la dalam 15 minit kut ." jawab Dania sambil melihat jam di pergelangan tangannya sebelum memeluk tubuh .Lelaki tersebut hanya mengangguk .
"Masih dengan hobi yang sama ?" soal Dania sambil tersenyum sinis .Lelaki itu hanya ketawa .
"Ya ,masih sama dan tak akan berubah ." ujarnya sambil meraup rambut ke belakang .
"Ada 'mangsa' baru ke ni ?"soalnya lagi .
" Ada aje .Kenapa ? Nak tengok ke macam mana aku 'sembelih' mangsa tu ?"
"Sebenarnya nak ,tapi bukan sekarang ."kata Dania sambil tersenyum .Lelaki itu hanya mengangguk .
"Aku dengar dari Zickry yang kau nak jumpa aku .Memerlukan bantuan ke ?" soal lelaki itu .
"Memang .Zaff ,aku perlukan bantuan kau untuk jejak empat orang pembunuh yang bunuh Liana .Aku cuma nak tahu ,siapa lagi yang terlibat yang bakar rumah agam keluarga aku .Oh ya ! Cari tahu pasal aktiviti Han .Aku tahu dia tak akan berdiam diri kalau dia tahu yang aku sudah ingat segalanya ." ujar Dania sebelum menghela nafas .Lelaki yang Dania gelar sebagai Zaff itu hanya mengangguk .
"Tapi kalau kau rasa kau tak boleh nak handle sorang ,kau boleh minta bantuan Joker ,Slave ,Devil Rose atau lain-lain .Aku tak kisah ." kata Dania lagi .Zaff masih mengangguk .
"Nak aku bunuh diorang semua ke ?" soal Zaff .Dania hanya menggeleng .
"Tak payah .Diorang ada pengaruh yang sangat besar .Aku tahu macam mana nak buat .Aku akan bunuh diorang dengan tangan aku sendiri .Kau jangan risau ."
"Alaa ,aku baru nak bunuh orang juga ." uhar Zaff sambil mencebik .Dia memeluk tubuh bersandar di dinding bilik tersebut sambil memandang Dania .
"Heh .Bab bunuh -bunuh ni kau dan lain-lain cuma terlibat masa bunuh anak buah diorang aje .Kau nak tarik mayat diorang untuk buat eksperimen bedah mayat semua tu ,terpulang pada kau .Aku tak larang .Janji kau jangan bunuh pembunuh keluarga aku .Sebab aku sendiri yang nak bunuh diorang ." ujar Dania penuh dendam .
"Okey ,kalau kau dah bagi kebenaran untuk aku buat 'eksperimen' tu ,memang senanglah hati aku .Lama juga aku tak minum darah orang yang jahat jahat ni .Hahaha ." ketawanya sambil terbayangkan darah yang akan menjadi minumannya .Dania hanya tergeleng-geleng .
"Eh ,baru aku perasan .Mana Zickry ?" soal Zaff .Dania hanya menkungkitkan bahu .
"Yoe ! Aku di sini ." ujar Ashraff separa teruja .Dania hanya menggelengkan kepala .Zaff tersengih sebelum bersalaman .Mereka bersalaman gaya mereka tersendiri .
"Lepasni korang berdua nak ke mana ? " soal Zaff pada Ashraff .
"Tempat lama kita dulu .Dania eh salah ! Maksud aku ,Daisy nak jumpa dengan semua ahli organisasi mafia ." kata Ashraff kemudian bersiul .Dania hanya mendengari .
"Oh ! Tak nak makan dulu ke ? Aku ada masak something tadi ." ujar Zaff pada Ashraff .Ashraff menelan air liur manakala Dania sudah terbayang-bayang makanan yang dimasak oleh Zaff adalah daging manusia .Serentak Ashraff dan Dania menggelengkan kepala mereka .
"Aku kenyang lagi ."ujar Dania .
"Aku pun ."Ashraff hanya mengiyakan kata-kata Dania .
" Alaa ,tak nak minum dulu ke ?"soal Zaff dengan wajah sayu .Berkecil hati kerana Ashraff dan Dania tidak mahu minum dan makan di rumahnya .Ashraff membayangkan minuman mereka sebentar lagi .Begitu juga dengan Dania .Sekali lagi mereka menelan air liur .
"Aku sebenarnya puasa hari ni ." kata Dania pada Zaff .
"Puasa apa ? Bukan bulan Ramadhan pun ."
"Puasa taubat weyh .Aku mimpi ngeri masa koma berapa hari tu ." ujar Dania sambil menggaru kepala .Sebenarnya ,dia tidak tahu menahu tentang jenis-jenis puasa yang wujud .
"Aik ? Ada pula puasa taubat eh ?"
"Ada aje .Kau tu yang tak tahu ."
"Kau pula Zickry ? Tak nak minum ke ?"
"Err ,aku senanya puasa juga ." ujar Ashraff menggelabah .
"Puasa apa pulak ?"
"Puasa tak minum air seharian .Kalau makan pula ,aku tak boleh makan daging .Kena makan sayur ." kata Ashraff sambil menggaru kepala .
"Eh ? Ada pula macam tu ? Agama korang ni agama apa ?" soal Zaff pelik .Dan ya ,dia bukanlah manusia yang beragama Islam .Harap maklum .
"Hehehe ,sebenarnya tak wujud pun puasa tu .Tapi tu la .Terpaksa puasa sebab aku kena dare ." ujar Ashraff sambil tersengih .
"Siapa yang bagi dare dekat kau ?" soal Zaff lagi .
"Daisy .Semalam aku kalah main game Mobile Legend dengan dia .Jadi dia bagi dare kat aku macam tu .Kan Daisy kan ? " ujar Ashraff sambil merenung Dania .Dania mengerutkan dahi .Aik ? Dia lansung tidak tahu menahu pasal dare yang dimaksudkan .Mobile Legend ? Dia mana ada pernah main game alah tu .Namun begitu ,Dania hanya mengangguk .
" Yelah tu .Entah -entah korang berdua sengaja mengelak em ."
"Eh ,Zaff ! Kau tak nak ikut kitorang ke ?" soal Ashraff sengaja menukar topik .Zaff mengerutkan dahi .
"Aik ? Pergi mana ?" soal Zaff .
"Pergi tempat lama tu la .Daisy nak buat 'mesyuarat'lah kononnya ."
"Oh ,boleh juga .Korang pergi dulu .Nanti aku menyusul .Lambat sikitlah aku sampai .Aku nak makan dulu ." kata Zaff .Dania dan Ashraff hanya mengangguk .
Share this novel