B A B 22

Romance Series 3421

"Aku suka kau dah lama . Dari sekolah rendah lagi ." ujar Ashraff sambil merenung anak mata Nurin .Mata Nurin membulat mendengar kenyataan itu .

"Be ---Betul ke ?"soal Nurin mahu kepastian .Ashraff hanya mengangguk sambil memberi satu senyuman lebar .Nurin kelihatan terkesima .

"Aku tak minta banyak .Cukuplah kau terima aku dalam hidup kau sebagai orang yang terpenting . Aku tahu aku tak mampu jadi seorang lelaki yang baik . Aku cuma cintakan kau . Hanya kau yang ada di dalam hati aku .Sampai bila-bila ."ujar Ashraff lagi . Nurin hanya menunduk . Dalam hati , tercuit rasa gembira mendengar luahan Ashraff .

Siapa sangka  jejaka yang diimpinya kini meluahkan rasa ? Dan itu pun kepadanya ? Dulu , dia hanya memandang Ashraff dari jauh .Memang benar dia menyukai Ashraff . Dari pertama kali dia menjejak kaki di sekolah menengah itu lagi . Namun tidak pun dia sangka Ashraff memendam rasa dari dia di sekolah rendah . Adakah ini hanyalah sekadar mimpi ?

'Ya Tuhan , andai ini hanyalah sekadar mimpi , jangan bangkitkan aku dari mimpi yang indah ini  .Biarkan aku bermimpi dengan angan-angan yang tak mungkin jadi kenyataan ini . Biarkan aku tenggelam dengan suasana yang indah ini .'monolog hatinya .

"Jadi ... " kata Ashraff meleret . Matanya merenung anak mata Nurin . Penuh berharap .

"Jadi ?"soal Nurin polos . Ashraff hanya mengeluh sebelum melutut . Nurin kelihatan terpinga-pinga . Beberapa orang pelajar memandang pelik ke arah mereka .

"Will you be my girlfriend ?"kata-kata Ashraff mendapat sorakan dari pelajar yang berhampiran .Nurin agak terkesima dengan keadaan itu .

••••••

Sudah genap tiga bulan sejak kejadian itu . Kata-kata manis dari Ashraff sentiasa mengundang senyumannya .Namun itu hanyalah dulu , iaitu sebulan yang lalu .Semenjak satu peristiwa , Ashraff makin menjauhi dirinya . Ada yang berkata Ashraff bercinta dengan gadis lain di belakangnya .

Dulu , dia tidak percaya dengan kata-kata orang . Kini , di hadapannya sendiri , dia menyaksikan Ashraff sedang bermesra dengan seorang gadis diva .

••••••

"Hanya kau yang ada di dalam hati aku . "

Suara itu bagaikan bisikan yang menghantui dirinya .Nurin makin menyakiyi dirinya sendiri . Dinding ditumbuknya bertubi-tubi .Melepaskan rasa geram dan marah yang terbuku di hati . Giginya dikertap kuat .

"Sampai bila-bila ."kata-kata itu bagai bergema di dalam kepalanya . Kepalanya dihentak kuat di dinding itu . Air matanya menitis lagi .

"PERGI MAMPUS LA DENGAN JANJI KAU !"jerit Nurin lantang . Dia masih mencederakan diri .Matanya meliar untuk mencari senjata yang tajam . Pisau yang berada di atas meja di dalam bilik senjata iyu dicapainya . Baru sahaja dia mahu menikam dirinya , kedengatan satu syara lantang .

"NURIN ! LETAKKAN PISAU TU ,"jerit Elly sambil cuba merebut pisau itu .

"Lepaslah !!"ujar Nurin sambil cuba meleraikan genggaman Elly pada pisau itu .Mereka bergelut seketika .

Pang !!

Elly menghadiahkan tamparan kuat pada Nurin .Nurin yang seakan-akan sedar itu mula melepaskan pisau itu .

"Kau dah gila ke ? Kau nak sangat ke mati haa ? "Herdik Elly buat pertama kalinya . Nurin hanya menunduk manakala Elly hanya mengeluh .

"Dah , kau pergi rest sekarang."arah Elly .Nurin hanya berlalu pergi .Elly hanya mengeluh berat .

• • • • •

Eizra menapak ke sebuah rumah banglo yang tersorok di sebuah hutan . Kelihatan seorang gadis menunggu kehadirannya di pintu banglo itu .

" Kata pukul 4:30 , sekarang dah pukul 4 :45 baru kau sampai ? "Ujarnya sinis .Eizra hanya mengeluh .

" Masuklah dulu , ada benda aku nak bincang ."ujar Eizra .Pintu rumah banglo itu dibuka dengan segugus kunci yang dibawanya . Langkah diatur pada dapur rumah banglo itu . Dua cawan mug dicapai .Air mula dipanaskan . Manakala gadis itu hanya melepak di ruang tamu banglo tersebut .

"Haa , apa yang kau nak cakap tu ? Ni mesti pasal abang tiri kau tu kan ?" teka gadis itu .Eizra tidak mengangguk , tidak menggeleng , malah menyuakan mug yang berisi air milo itu pada gadis di hadapannya kini ...

"Aih , terus-terang ajela Eizra .Aku tahu muka kau tu memang muka macam nak cerita pasal abang tiri kau , si Farhan tu ."ujar gadis itu selamba .Eizra hanya mengeluh .

" Ya , aku --Tak tahu kenapa dengan dia tu ,Azie .Makin lama , makin teruk perangai dia . Dia bukan berubah pada benda yang lebih baik , tapi berubah pada benda yang makin teruk . "kata Eizra .Sekali lagi dia mengeluh . Gadis yang digelar Azie itu hanya mengerutkan dahi .

" Kenapa kau cakap macam tu ?"soalnya .Air milo yang dibuat Eizra tadi dihirup perlahan .

"Kau tahu tak pasal DD ?"

"Haa ? Didi and friends ke ?"soal Azie blur .Eizra hanya menepuk dahi .

" Elok-elok la Azie .Aku tanya betul -betul .DD yang ada kembar tu .Yang dia kena bunuh tu ."Kata Eizra geram .Air yang dibancuhnya tadi dihirup manakala Azie meletakkan mug di meja di hadapan sofa itu .

"Ooo . Dania Dahlia ? Siapa aje tak kenal dia doe ?Keluarga dia berpengaruh sia . Arwah dah meninggal beberapa tahun yang lepas .Innalillah .Haa , kenapa dengan dia ?"tanya Azie . Sekali lagi Eizra mengeluh .

" Dia masih hidup .Dan Han sekarang buru dia ."

"HAA ? Seriuslah ? Macam mana dia boleh hidup sia ? Kenapa pula si Han tu nak buru dia ?"

"Aku tak tahu . Aku tak ada jawapan untuk dua-dua soalan kau tu .Yang aku tahu cuma Han kini terlalu obses dengan DD . Kau tahu , bilik dia penuh dengan gambar DD . Segala aktiviti DD dia detect . Dia kini makin kejam .Lansung tak ada belas kasihan .Yang tak bersalah pun dia bunuh ." ujar Eizra panjang lebar .

"Okey ini memang dah parah .Apa yang kau nak buat ?"

"Aku nak ubah dia .Tapi ni mustahil doe .Dia terlalu obses dengan DD ." ujar Eizra sambil menunduk .Azie hanya menggelengkan kepala .

"Kau jangan lupa kau kekasih Rayqal , abang kembar tak seiras aku . Jangan memain dengan aku Eizra ." ujar Azie serius .Dia dapat menghidu perasaan suka Eizra pada Farhan namun dia cuba mengabaikannya .

"Sebab tu juga aku nak jumpa kau Azie ..."ujarnya meleret .Azie hanya menanti kata-kata Eizra yang seterusnya

" Aku nak minta tolong kau , tangguhkan hari pertunangan kami ."ujar Eizra sambil menelan air liur .Azie menghentak meja .Sifat barannya mula keluar .

"Kau kalau nak minta tolong aku unruk tangguhkan hari pertunangan korang , maaf aku tak nak dan tak akan tolong walaupun kau kawan aku ! Kau tak fikir ke macam mana perasaan kembar aku bila dia tahu pasal ni ? Fikir elok-elok Eizra ! Kau nak kejar orang yang tak akan toleh kat kau then kau nak tinggalkan orang yang sanggup buat apa sahaja demi kau ? Dah ah aku nak blah ! Chaw !" ujar Azie seraya berlalu pergi tanpa sempat Eizra meneruskan kata-katanya .

"Kejap Azie aku tak maksudkan-"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience