B A B 15

Romance Series 3421

" Kita mulakan mesyuarat kita . "ujar Hash serius . Yang lain hanya mengangguk . Ahli Silent Killers kumpulan mereka mempunyai lapan orang sahaja . Kehandalan mereka menguruskan misi telahpun berjaya menaikkan 'jawatan' mereka pada ahli Silent Killers . Kini , di markas itu dipenuhi 12 orang mafia sahaja termasuklah Alex . Ya ,dia adalah salah seorang ahli Silent Killers .Siapa sangka ? Eleh, muka dia cool , memang layak doe ! Ahli Silent Killers terbahagi kepada empat orang perempuan dan enam orang lelaki .

" Seperti yang Fandy beritahu tadi , Devil & Dragon akan bergabung . "

"Bergabung ?" serentak lima orang ahli Silent Killers yang dahulunya 'kepunyaan' kumpulan Devil .Serentak dengan itu juga Ashraff dan Hash mengangguk .

"Jadi kena gabung tenaga dalam setiap misi lah ni ?" tanya salah seorang dari mereka . Sekali lagi , Ashraff dan Hash mengangguk .Jodoh tu . Tetapi itulah . Jodoh dalam keperitan kerana cinta terlarang . Aha , just kidding .

"Disebabkan ini juga kita kena gabung nama kumpulan ?" tanya seorang lagi .

"Ya , kena gabungkan ." sekali lagi , diorang dua serentak berkata .

" Dan nama apa yang sesuai ?"

"Entah , aku fikir nak gabungkan aje jadi THE DRAGON OF DEVIL . "kata Ashraff serentak dengan itu bunyi guruh bergema . Rupa - rupanya salah seorang dari ahli Silent Killers sengaja membuka soundtracks dengan volume yang agak kuat sehingga bergema di markas itu .Ashraff hanya tersengih melihat ahlinya yang dahulu (diorang dah bergabung,jadi kena tukar.) Aih , siapa punya ahli silent Killer lah ni.

" Kepala otak engko !Tak payah panjang - panjang .Lambang/logo kumpulan kau tema hitam kan ? Jadi gabungkan aje jadi Black Dragon .Susah sangat kita tukar aje jadi Dragon Devil dengan simbol double 'D' bertindih berlatar belakangkan naga yang dipenuhi kegelapan macam setan . Amacam ?" ujar Hash panjang lebar .Walaupun bahasa macam harey tapi tetap mendapat anggukan dari semua orang .

"Okey , jadi mesyuarat dah habis lah ni ?" tanya Alex . Hash memandang Ashraff .

"Aku tak rasa dah habis , takkan ah sebab ni nak buat mesyuarat mengejut ? Aku rehat pun tak lagi au ! Aku pun nak jumpa gak bini aku .Kacau daun ah !" ujar seorang ahli .

" Sebenarnya ,aku nak cakap pasal Dania . Dia dalam bahaya ."ucap Ashraff serius .

"Dania ? DD ke maksud kau ?" tanya salah seorang ahli . Mereka yang berada di situ-ahli Silent Killers semuanya berpakaian kemas namun tiada seorang pun yang memakai mask . Biasalah , dalam markas itu cuma ada diorang aje .

"Ya . DD dalam bahaya . DD yang kini amnesia dalam bahaya . Pihak musuh sedang mengejar dia tanpa diketahui olehnya ." ujar Ashraff kemudiannya mengeluh .

"Kenapa kau cakap macam tu ? Belum genap 10 tahun lagi ,kan ?" soal seorang gadis .

° ° ° ° °

Dania memilih dress labuh dihadapannya . Baru sebentar tadi dia sudah membeli dress ,kini dia mahu membeli lagi .Alamaklumlah rambang mata .

Di tangannya kini , penuh dengan barang yang di borongnya .Macam - macam barang ada ,jam tangan , kasut , tudung , barang kemas , pakaian , beg malah novel juga turut diborongnya .

Dania melangkah menuju ke pintu keluar Shopping Complex tersebut .Terasa berat kakinya ingin melangkah . Bukan apa , dia belum habis memborong .Nafas berat dihela .Namun begitu , kaki tetap mengatur langkah keluar dari bangunan itu .

° ° ° ° °

" Tadi masa sebelum Alex selamatkan Dania ,aku nampak ada seorang manusia perhati dia .Sama ada itu ahli kumpulannya atau pihak musuh , aku tak pasti .Yang pasti kini dia dalam bahaya. Mereka dah kesan jejak dia ."cerita Ashraff panjang lebar . Mereka mula mendengar dengan teliti .Ada yang mengangguk - angguk .

"Kau rasa siapa dia ? "

"Entah , aku tak pasti , tapi dia macam perempuan ."

"Kenapa kau kata dia perempuan ?"tanya seorang lagi gadis .

" Mata dan keningnya menunjukkan dia perempuan ."ujarnya penuh yakin .

° ° ° ° °

Dania membuka bonet keretanya .Setelah memasukkan segala barangnya , dia menutup semula .

Pandangan dialihkan pada jalan atanya mula membesar apabila melihat seekor anak kucing berwarna putih yang patah kakinya akibat dilanggar .

"Ya Allah ! Kenapa boleh jadi macam ni ?"

Dania lantas berlari ke arah kucing tersebut .Kucing itu seperti takut - takut dengannya .Tiba - tiba ...

Streett ..

"AWAK !" jerit seorang gadis sebelum menolaknya ke tepi .Dania kelihatan agak terkejut . Apakah yang sudah berlaku ?

"WOI ! LAIN KALI TENGOKLAH SAMA KAU DUDUK KAT MANA!"maki seorang pemandu kemudian pergi begitu sahaja .

"Awak okey ? Apa yang awak buat dekat tengah - tengah jalan ni ?" soal gadis yang menyelamatkannya . Dania masih lagi terkejut akan hal tadi .

"Kucing tu...Dia ..Kaki pat-ah.." ujar Dania tersekat - sekat . Mungkin akibat kejadian tadi .

"Kucing ni tak apa - apa .Awak tu tak okey .Mari ikut saya pergi ke klinik berhampiran ."

° ° ° ° °

"Jadi , apa yang perlu kita buat ?" tanya salah seorang dari mereka .

"Cuma perlu perhatikan dia .Dia dalam bahaya ." ujar Hash serius . Yang lain hanya mengangguk mematuhi .

"Hantar seorang dua anak buah kita dulu untuk perhati dia .SK (Silent Killers) ,cuba siasat siapa yang memerhati Dania .

" Baik !"

" Serius , aku pasti yang perhati Dania tu perempuan ."

° ° ° ° °

"No. You should save the cat first ." ujar Dania simpati .

"Its okay . I am a veterinarian . Let's go to my clinic . I'll take care of it  ."

"Awak ada klinik ?" soal Dania .

"Ya , klinik saya sendiri .Saya usahakan seorang diri aje .Nama awak apa?"

"Dania . Dania Dahlia ." kata Dania sambil menghulurkan tangannya . Gadis itu menyambut bersama semyuman .

"Nurin . Nurin Izzatul . Selamat berkenalan "ujar gadis itu bersama senyuman lebar .Tanpa disedari ada yang memerhati .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience