" HOI ! "
Dengan kuat bahu Qashaf ditepuk oleh Luqmanul Iman atau dikenali sebagai Luq.
Qashaf yang tadinya sedang ralit termenung lantas mengalihkan padangannya pada Luq akibat terkejut.
Sejurus memandang Luq yang sedang tertawa melihat reaksi Qashaf yang terkejut itu , padangan tajam diberikan oleh Qashaf pada Luq.
Arif Amri atau dikenali sebagai Am yang melihat kedua sahabat baiknya itu hanya diam dan kembali menyambung kerja sekolahnya.
Selesai ketawa , nafas yang panjang ditarik oleh Luq mencuba untuk bertenang sedang Qashaf masih merenung tajam kedalam mata Luq.
" okay , sorry. "
Ujar Luq yang meminta maaf kepada Qashaf atas kelakuannya sebentar tadi. Qashaf yang mendengarkan itu segera mengeluh dan mengalihkan pandangannya kepada buku yang berada dihadapannya.
" Kau okay tak Qash ? Jauh betul kau termenung tadi. "
Tambah Luq yang mula bertanya pada sahabt baiknya itu berdasarkan pemerhatiannya terhadap sikap sahabatnya itu tadi.
" Takde apelah. Aku okay je. "
Jawab Qashaf dengan tenang sambil menunduk memandang ke arah buku dihadapannya itu.
" Tak payah nak menipu. Kitorang kenal kau bukan harini Qash. Cerita la. Kau asal tho ? "
Celah Am yang memujuk Qashaf untuk ceritakan masalahnya kepada mereka berdua.
" Tu ah tu. Share la dengan kitorang. Kita member kot. Jangan pendam sorang. Nanti makan diri. "
Tambah Luq yang juga memujuk Qash untuk bercerita masalahnya pada mereka.
" Huh "
Keluhan Qashaf jelas kedengaran.
Wajah Qashaf diangkat menghadap Luq dan Am. Kedua-dua mata Luq dan Am tertumpu pada Qashaf.
Dengan tenang , Qashaf bersuara.
" Okay. Aku cerita. Sebenarnya , aku dah terlanjur. "
Luq dan Am yang mendengarkan itu tercengang buat seketika.
" A-apa maksud kau ? "
Soal Luq dilontarkan pada Qashaf secara ringkas.
" Aku dah terlanjur... dalam mencintai seorang gadis. "
Mendengarkan kenyataan yang terzahir dari bibir Qashaf itu , lantas membuatkan Luq dan Am menghembuskan nafas lega.
" Alhamdulillah. "
" Baguslah. "
Ujar Luq dan Am yang menandakan tanda syukur kerana sahabat baik mereka itu tidak tersasar terlalu jauh dari landasan.
" Aku dan dia.. couple. Tapi.. kitorang dah break. So.. don't worry. "
Sekali lagi Qashaf bersuara menceritakan perkara tersebut.
" Ouh.. Baguslah tu. "
Celah Luq yang menyokong tindakan yang telah diambil oleh Qashaf itu.
" Tapi.. benda tu tak mudah weyh. Aku sayang dia. Dan aku tahu. Dia pun sayangkan aku. "
" Benda tu.. sakit weyh. "
Sambung Qashaf.
" If , kau sayang dia. Dia sayang kau. Macam mana boleh break ? "
Soal Am yang menunjukkan keinginan untuk tahu cerita lanjut mengenai kisah cinta Qashaf.
Belum sempat Qashaf menjawab Luq segera memotong percakapan Qashaf dan berkata
" Ish kau ni. Kau nak ke kawan kita jauh mendekati zina ? "
Qashaf yang mendengarkan itu kembali bersuara.
" Aku dengan dia okay. Kitorang happy. Happy sangat. "
Qashaf kembali tertunduk selepas mengatakan itu. Air mata mulai bertakung dikantung mata Qashaf.
" Tapi aku sedar. Benda tu salah. Aku tahu. Kitorang dah jauh sangat tersasar. "
Air mata Qashaf mulai terbit dihujung mata kirinya. Lantas jari jemari Qashaf mengusap lembut air mata itu.
" Video call setiap malam.. Call setiap hari.. Chat.. Keluar date.. Aku sedar. Aku tahu benda tu salah. "
" Sebab tu , aku cakap dengan dia. Aku just bagi hint. Sebab aku tak sampai hati nak cakap terus terang. "
" Alhamdulillah. Dia faham. Dia pun rasa apa aku rasa. Rasa berdosa..."
" Cukup 2 minggu je aku dengan dia weyh. Tapi , aku sayang dia. Sampai sekarang . "
Ujar Qashaf bersama suara yang agak sengau. Wajahnya diangkat memandang Luq dan Am.
Dengan mata yang berkaca itu Qashaf memandang tepat kearah Luq dan Am. Lalu diukirnya segaris senyuman nipis.
Mata Qashaf yang berkaca itu direnung oleh Luq dan Am. Dengan kadar segera , Luq yang berada disamping Qashaf membelai belakang bahu Qashaf mencuba untuk menenangkannya.
" It's okay Qash. Perasaan suka , sayang itu fitrah manusia. Tak apa Qash. "
Ujar Luq bernada perlahan cuba untuk menenangkan Qashaf sambil mengusap bahu Qashaf.
Am yang tadinya berada dihadapan Qashaf lantas mengorak langkahnya dan berlabuh disamping Qashaf.
" Takpe Qash. You'll be fine. Kitorang bangga dengan kau Qash. Kau berjaya pulang ke pangkal jalan. "
Ujar Am pada Qashaf.
" Em. Habis tu sekarang kau dengan dia macam mana ? "
Soal Luq secara tiba-tiba.
" Aku dengan dia okay je. Sekadar kawan biasa. Dia macam crush aku lah.. Cuma keadaan kitorang , of course la berubah. Berbeza sangat. "
Jawab Qashaf secara panjang lebar menerangkan keadaanya dan Felisha pada Luq.
" Ouh.. Takpe Qash. If dia untuk kau , korang takkan ke mana pun. "
Kata Am pada Qashaf.
" Yeah. Dia pun ada cakap macam tu haritu. Aku redha weyh. Tapi itulah. Terkadang tu aku tertanya-tanya jugak apa khabar dia.. "
" Tapi , aku tak boleh chat dia selalu. "
Jawab Qashaf dengan panjang lebar.
" Minta Allah jaga dia. Okay ? "
Celah Luq yang memberikan jalan penyelesaian pada Qashaf.
Qashaf yang mendengarkan itu lantas tersenyum nipis dan mengangguk perlahan.
" Yea. Aku tahu. Itu je aku mampu buat. "
Bernada perlahan Qashaf mengatakan itu.
" Wait. Asal pula kau tak boleh chat dia ? "
Soal Am yang masih tidak faham mengenai apa yang Qashaf katakan sebentar tadi.
" Sebab.. aku takut nanti kitorang berdua tak mampu kawal perasaan masing-masing.. "
" Dan kitorang akan ulang dosa yang sama. "
Jawab Qashaf pada persoalan Am.
" Dah , jangan fikir sangat. "
" Dah masuk waktu Asar ni. Jom kita pergi solat. "
Dengan pantas Luq cuba untuk menghentikan perbualan tersebut sekali gus mengajak kedua-dua sahabat baiknya itu bersama-sama menunaikan solat fadhu Asar.
Dengan kadar segera , buku-buku yang berselerak dihadapannya mereka disusun rapi. Alat tulis yang bersepah diambil satu persatu dan disimpan.
Lalu mereka bertiga berjalan menuju ke surau sekolah untuk menunaikan solat Asar bersama.
Selesai solat Asar , mereka berdua kembali ke dorm mereka dan menyiapkan kerja sekolah yang melangit tingginya itu.
Sebagaimana Felisha tertanya-tanya akan keadaan Qashaf , begitu jugalah apa yang dirasakan Qashaf. Bersama-sama mereka berdua menahan diri dari mengulangi kesilapan yang sama.
( TokTok)
Sedang Felisha gigih menyiapkan kerja rumahnya , tepat jam 8 malam pintu biliknya diketuk perlahan oleh ibunya.
" Felisha ...! "
Suara Puan Siti Zubaidah yang lembut memanggil anaknya itu jelas kedengaran.
" Ya.. ! Sekejap.. !"
Jawab Felisha dengsn nada separuh jerit.
Dengan pantas kerusi ditolak dan Felisha berdiri menuju ke arah pintu. Sejurus pintu dibuka , wajah ibunya terpampang dihadapan pintu.
" Jom , dinner. Papa dah tunggu tu. "
Pelawa ibunya sambil tersenyum. Lalu ditariknya lembut tangan Felisha.
" Okay , okay. Sekejap Sha tutup suis lampu dengan kipas. "
Kata Felisha kepada ibunya dengan sopan.
Suis kipas dan lampu ditutup , tangan Felisha kembali digenggam oleh ibunya. Berpegangan tangan , ibu dan anak itu menuruni anak-anak tangga dan mengorak langkah menuju ke meja makan.
Share this novel