Bab 63

Drama Completed 10189

Hari demi hari pun berlalu , kini tinggal dua hari sahaja lagi sebelum hari pernikahan Anizira dan Qhadif berlangsung.

" Bye korang , aku sayang korang tauu "

" Jumpa esok ! Jangan lambat ! "

Ujar Anizira yang mengucapkan selamat tinggal kepada Raidhatul dan Felisha sebelum memulakan perjalanannya dan Qhadif untuk pulang ke rumah ibu bapa mereka.

" iyeee petang esok kitorang sampaiii "

Jawab Felisha dengan mesra.

" Kau tuu hati-hati. "

" Bawak kereta elok-elok Diff. "

Pesan Felisha kepada Anizira dan Qhadif.

" Malam esok kita jumpa k "

Kata Raidhatul bernada lembut.

" Okay okay , aku dengan Qhadif gerak duluuu. "

" sayang korang mwah ! "

Ujar Anizira kepada Raidhatul dan Felisha. Sebelum mengundurkan diri , tiga sahabat baik itu berpelukan dihadapan pintu pagar mereka.

" gerak luu "

" jumpa esok geng "

Kata Qhadif kepada Raidhatul dan Felisha sambil tersenyum nakal.

" Take care ! byee "

Laung Raidhatul dan Felisha kepada Anizira dan Qhadif.

Usai itu , Qhadif dan Anizira pun memulakan perjalanan mereka untuk pulang ke rumah ibu bapa masing-masing untuk bersedia akan majlis perkahwinan mereka yang bakal berlangsung dua hari lagi.

Akibat hal-hal penting ditempat kerja yang tidak dapat dielakkan , Felisha dan Raidhatul tidak dapat untuk menemani Anizira dan Qhadif pulang ke rumah ibu bapa mereka bersama-sama.

" Rai ..! Cepatlahhh ! Dah lambat tho "

Laung Felisha dari pintu utama rumah sewa mereka memanggil Raidhatul yang masih terkial kial di tingkat atas.

" Yeeee coming cominggg "

Jerit Raidhatul sebagai respon kepada laungan Felisha sebentar tadi.

Dengan pantas Raidhatul berlari anak menuruni tangga dan menuju ke pintu utama bersama beg tangan.

Setelah semua barang keperluan dimasukkan kedalam kereta , Raidhatul dan Felisha pun mengunci rumah mereka.

Tepat jam 5 petang , Felisha dan Raidhatul memulakan perjalanan mereka menuju ke rumah ibu bapa Anizira.

Setelah memakan selama lebih kurang dua jam perjalanan , Felisha dan Raidhatul akhirnya tiba dikawasan perumahan mereka.

Oleh kerana jam sudah menunjukkan pukul 7 malam , Felisha dan Raidhatul membuat keputusan untuk pulang ke rumah masing-masing dan menunaikan solat maghrib dan isyak dirumah terlebih dahulu.

" Jangan lambat pulak Rai. Pukul 8 siap tau. 8 sharp aku sampai. "

Kata Felisha kepada Raidhatul sebelum Raidhatul menuruni keretanya dan melangkah masuk ke rumah ibu bapanya.

" Yeee pukul 8 aku tunggu kauu "

" Kau pun jangan melayu ehhh "

Balas Raidhatul kepada Felisha sambil tersengih.

" hahaha yeee okay okayy jumpa nantii "

Jawab Felisha sambil tersenyum.

Lalu Felisha pun memandu menuju ke rumah ibu bapanya.

( TokTok )

" Sha .., dah siap ke belum tuu ? "

Tanya Puan Siti Zubaidah bernada lembut sambil mengetuk pintu bilik Felisha dengan perlahan.

" yaaa nak siap dah... "

Jawab Felisha dengan lembut sedang tangannya sibuk menyumbat wayar usb , powerbank dan dompet ke dalam beg tangannya.

" cepat sikittt Qash dah sampai tuu "

Kata Puan Siti Zubaidah kelada Felisha yang memberitahu akan kehadiran Qashaf dirumah mereka.

" Okayy "

Jawab Felisha secara automatik kerana dirinya sedang sibuk menyumbatkan barang kedalam beg tangan.

" Eh wait ? Qash ? Dah sampai ? Dia buat apa dekat sini ? Tak cakap apa-apa pun dekat akuuu ? "

Bebel Felisha sendirian sedang kedua-dua kelopak mata menatap cermin dihadapannya itu.

" Haihh "

Keluh Felisha dengan lembut. Setelah selesai mendapatkan barang keperluan , Felisha pun mula mengatur langkahnya menuruni anak-anak tangga dan menuju ke ruang tamu.

Sejurus tiba diruang tamu , jasad Qashaf jelas kelihatan sedang duduk berlabuh diatas sofa berhadapan bapanya.

" Ha , tu dah siap dah "

Tegur Encik Samad setelah melihat anak gadisnya berbaju kurung sedang berdiri dihadapan tangga.

" Eh , Qash. Buat apa dekat sini ? Bukan Qash cakap tak boleh datang ke ? "

Soal Felisha dengan dahi berkerut memandang Qashaf.

" hai , cik tunang ! "

Sapa Qashaf dengan riang dan wajah tersengih yang sengaja menepis persoalan Felisha.

" Hmmm "

Keluh Felisha memandang Qashaf.

" Dah , kamu berdua pergi la cepat. Nanti lambat pula "

Arah Puan Siti Zubaidah kepada Felisha dan Qashaf setelah melihat jam didinding yang menunjukkan tepat pukul 7.55 malam.

" Kalau macam tu , Qash dengan Sha gerak dulu la.. Pa , Ma. Assalamualaikum. "

Ucap Qashaf kepada Encik Samad dan Puan Siti Zubaidah sambil tersenyum. Kedua-dua belah tangan Qashaf segera dihulurkan kepada Encik Samad Samad untuk bersalaman.

Bersama wajah yang tersenyum , Encik Samad menyambut huluran  tangan Qashaf dan bersalaman. Usai bersalaman , Qashaf pun berdiri dan mengatur langkahnya menuju ke pintu utama rumah Felisha.

" Pa , Ma. Sha pergi dulu ehh "

Kata Felisha sambil menyalam tangan kedua ibu bapanya bersama wajah tersenyum.

" Iyalah. Hati-hati bawak kereta tu Qash. Jangan balik lewat sangat "

Pesan Encik Samad kepada Felisha dan Qashaf. Setelah itu Felisha dan Qashaf pun memasuki perut kereta Audi berwarna hitam milik Qashaf.

Sejurus memasuki perut kereta , telefon pintar lantas dicari oleh Felisha didalam beg tangannya.

Beberapa pesanan  dari Raidhatul jelas terpapar. Dengan pantas Felisha membuka pesanan tersebut dan membaca.

" Sha , tadi Harith call aku. Dia cakap dia nak ambik akuu "

" Lagipun Qashaf cakap dia nak ambik kau jugak. Kita jumpa sana lah nantii "

" Okay tu jee. Byee sayang kau mwah "

Jelas Raidhatul diruang pesanan ringkas yang memberitahu Felisha bahawa dirinya akan pergi ke rumah Anizira bersama Harith.

" Qash. "

Panggil Felisha sedang matanya menatap wajah Qashaf yang kini disampingnya itu.

" Hm ? Kenapa cik tunang ? "

Kata Qashaf sambil memalingkan wajahnya memandang wajah Felisha.

" Macam mana Rai tau Qash nak datang ambik Sha ? "

Soal Felisha dengan dahi yang berkerut.

Qashaf yang mendengarkan itu lantas membulat matanya akibat terkejut.

" Ada laaaaa "

Jawab Qashaf yang memilih jalan selamat agar tidak menceritakan perjanjian antara dirinya , Raidhatul , Anizira dan Qhadif lima tahun yang lalu.

" Ish bagitau laaaaa "

Rungut Felisha sambil mencebik memandang Qashaf.

" Nak tau ? "

Tanya Qashaf sambil tersenyum kepada Felisha.

Tanpa sebarang kata , Felisha hanya mengangguk sebagai jawapan.

" Tunggu kita dah kahwinn "

" Hahahahaha "

Balas Qashaf sambil tersenyum nakal memandang Felisha. Setelah itu Qashaf kembali memalingkan wajahnya menghadap hadapan dan mula menghidupkan enjin kereta.

" alaaaaa sikit pun tak boleh keeee "

Rungut Felisha sekali lagi yang masih berusaha untuk meminta Qashaf menjelaskan apa yang sedang berlaku.

" tak boleh , sayang. "

Balas Qashaf dengan lembut sambil tersenyum menjeling ke arah Felisha kerana sedang memandu.

" Hah ? Apa dia ? Ulang balik please ...! Tak berapa dengar la Qash ...! "

Kata Felisha dengan sengaja cuba mengusik Qashaf. Kini , perhatian Felisha sudah beralik kepada panggilan " sayang " yang terbit dari bibir Qashaf sebentar tadi.

" Tak boleh , cik tunang "

Ujar Qashaf kepada Felisha dengan lembut.

" eh tadi " sayang " tu panggil siapa haaaa ? "

Tanya Felisha yang tidak berpuas hati kerana Qashaf telah menukarkan ayatnya.

" sayang tu , panggilan untuk wife Qash nanti laaa  "

Jawab Qashaf sambil tersenyum nakal.

" one more time pleaseeee ! "

" sekali jeeee "

Pujuk Felisha yang mahu mendengarkan Qashaf untuk memanggil dirinya " sayang " Jujur , panggilan yang terbit dari bibir Qashaf itu benar-benar dirindu oleh Felisha.

" saaaaa... "

Kata Felisha yang mahu Qashaf untuk menyambung perkataan itu.

"  cik tunang , nanti kalau cik tunang dah jadi isteri .., "

" hari-haaari saya panggil sayang okay "

Ujar Qashaf dengan lembut sambil tersenyum lebar.

" ish. yelaaaaa "

Rajuk Felisha sambil memoncongkan bibirnya.

Qashaf yang melihat gelagat tunangnya yang masih tidak berubah seperti keanak-anakkan itu hanya mampu tertawa kecil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience