Bab 12

Drama Completed 10189

" Huh "

Keluh Felisha. Nafas sekali lagi ditarik lalu dihela perlahan. Felisha kembali sambung ceritanya sambil tersenyum.

" Tiba-tiba cikgu suruh duduk ikut kumpulan dalam bulatan. Felisha okay je la. Lepastu sekaliii .. ! Felisha satu kumpulan dengan dia tok ! Dia duduk betul-betul menghadap Felisha ! Felisha terkejut gila tok ! Hahahaha"

Ujar Felisha sambil ketawa. Kali ini , Felisha benar-benar tidak mampu menahan dirinya dari ketawa. Encik Malik yang mendengarkan cerita cucunya itu juga tertawa sekali bersama cucunya.

" Wahh kalah drama pukul 7 ni hahaha "

Usik Encik Malik kepada cucunya.

" Lepastu atok tau takkk boleh pulak Felisha dengan dia dengan roommate kitorang lagi dua orang dapat tugas yang sama. Kena tunjuk senam robik esok pagi tuu "

" Kebetulan teruk tok ! Felisha pun tak tau macam mana boleh jadi macam tu tok ! "

Kata Felisha yang meluahkan rasa bingungnya bagaimana diantara dia dan Qashaf berlakunya banyak kebetulan.

" Atok tak percaya pada kebetulan. "

Sedang Felisha tertawa kecil , Encik Malik mencelah dan berkata begitu dengan bersahaja. Felisha yang tertawa sebentar tadi lantas terdiam.

" Habis tu ? Atok tak percaya la cerita Sha ? "

Soal Felisha pada datuknya.

" Bukan macam tu. Atok tak percaya pada kebetulan. Tapi.. Atok percaya pada takdir Allah. "

Jawab Encik Malik secara spontan.

" Wah. "

Felisha terpegun dengan apa yang dikatakan oleh datuknya sebentar tadi.

" Ha sambunglah. "

Kata Encik Malik yang menyuruh cucunya untuk sambung hercerita.

" Ha lepastu malam tu pukul 12 malam baru kitorang bergerak ke bilik dorm masing-masing. Atok tau takkkk jalan nak pergi bilik Sha tu gelap. Sha dengan roommate Sha takut. Seram gila ! "

" Lepastu Sha dengan dengan rommate Sha jalan cepat-cepat. Sampai kitorang jumpa dua orang budak lelaki yang tengah jalan depan kitorang. Kitorang ikut budak lelaki tu sebab kitorang takut. Bilik Sha dah la dekat belakang. "

" Atok tau siapa budak lelaki tu ? "

Dengan tiba-tiba Felisha mengajukan persoalan kepada datuknya.

" Eh tanya atok pulak. Mane lah atok tau...! "

Jawab Encik Malik tanpa berfikir panjang.

Lalu Encik Malik melihat Felisha yang tersengih melihatnya.

" Jangan cakap budak lelaku tu... Hahaha "

Sekali lagi Encik Malik menyuarakan jawapannya dan tertawa.

" Ya ! Qashaf tok. Hahaha "

Balas Felisha sambil tertawa.

" Ha lepastu habis la cerita hari pertama. "

Ujar Felisha yang sudah penat bercerita.

" Laa cepatnya. Cerita la lagi Sha.. "

Pujuk Encik Malik kepada Felisha. Encik Malik memang seorang lelaki yang tidak suka mendengar cerita tanpa sampai kepenghujungnya.

Lalu dengan wajah yang berhias senyuman Felisha memandang datuknya itu dan berkata

" Esok pagi Sha sambung okay ? Dah pukul 10 malam ni tok. Felisha penat. Esok eh ? "

Encik yang Malik yang mendengarkan itu lantas mengangguk perlahan dan berkata.

" Yelah. Jangan lupa. Atok tunggu ! "

Balas Encik Malik kepada Felisha. Felisha yang mendengarkan itu lantas tersengih panjang dan berkata.

" Okay tok ! Sha janji ! "

Lalu bergegaslah mereka berdua menuju ke kamar masing-masing untuk tidur.

Dalam keheningan  malam , Qashaf yang baru sahaja selesai mengalunkan ayat-ayat Al-Quran lantas berdiri dan duduk di meja belajarnya.

Sebuah buku berwarna hitam ditenung lama. Buku itu , adalah buku yang dibeli oleh Felisha buat mereka berdua menjadikan diari luahan hati.

" Qash ..., Qash cakap nanti Qash boleh balik sebulan sekali je kan ? "

" So... Ta-Da ! "

Bernada riang Felisha mengatakan itu sambil tangannya mengangkat dua buah buku berwarna hitam bersama quotes yang berbeza. Buku itu sengaja dibeli dengan warna yang sama oleh Felisha.

Qashaf yang masih tidak faham apa yang hendak disampaikan oleh Felisha lantas mengangkat kedua-dua belah keningnya dan berkata

" Untuk ape ni ? "

Felisha yang tadinya tersenyum lebar kini mencebik. Segera nafas ditarik sedalam-dalamnya dan Felisha cuba bertenang.

" okay. Macam ni. Qash tak boleh balik selalu. And , kita tak boleh chat , apatah lagi call nanti. So , this is one of the way yang kita boleh buat untuk keep update how was our days been. "

Ujar Felisha yang menerangkan secara panjang lebar.

" But.. how ? Kita kan tak text. Ini buku sayang. Macam mana Qash nak tahu apa yang awak tulis dalam buku tu. "

" Ke... AWAK DAH JAMPI BUKU NI ! HAHAHAH "

Kata Qashaf secara spontan yang berusaha untuk melawak.

" Ye. Sha jampi buku ni tadi. "

Jawab Felisha dengan nada yang mendatar.

" ish. Sha tengah serious ni. Qash ni ! "

Tambah Felisha yang merungut apabila dia sedang serious namun dibalas dengan kata-kata spontan Qashaf sebentar tadi.

" okay sorry. Qash janji.. "

" Buat lagi ! wekkkk ! "

Sekali lagi Qashaf sengaja menyakitkan hati Felisha.

Felisha yang mendengarkan kata-kata itu hanya terdiam dan cuba untuk bersabar.

" Its okay , kalau Qash tak nak dengar idea Sha. Takpelah. "

Ujar Felisha bernada sedih.

Lalu perlahan-lahan kedua-dua buah buku yang berada ditangannya diletakkan semula ke dalam beg plastik berwarna putih itu.

" Aloo. I'm sorry. "

" Okay.. Qash dengar.. Sambunglah.. "

Dengan pantas Qashaf cuba untuk memujuk Felisha yang sudah merajuk.

Felisha yang mendengarkan itu hanya menunduk dan tersenyum pahit.

" Sha.. Felisha Aireena binti Samad.. Qashaf minta maaf "

Kata Qashaf dengan perasaan yang penuh serba salah.

Perlahan-lahan Felisha mengangkat wajahnya dan memandang tepat ke arah wajah Qashaf yang berada disampingnya itu.

" Maafkan Qash pleaseeee "

Sekali lagi Qashaf berusaha dalam memujuk hati Felisha.

" Hm okay. "

Jawab Felisha secara ringkas.

Dengan pantas beg plastik berwarna putih yang berisi dua buah buku nota hitam tadi dicapai oleh Qashaf.

Penuh berhati-hati dikeluarkan buku-buku itu dan diberikan pada Felisha.

" Nah. "

Lafaz Qashaf bernada lembut sambil menghulurkan kedua-dua buku itu kepada Felisha.

Dengan wajah yang tersenyum nipis , Felisha mengambil buku-buku itu dari tangan Qashaf dan berkata

" nanti , setiap hari make sure kita akan tulis apa yang kita lalui untuk hari tu. Sikit pun cukuplah. "

" So bila Qash balik , kita call la then kita baca balik apa yang kita tulis dalam buku tu. So that nanti , Sha tau apa yang Qash lalui. Qash pun tahu apa yang Sha lalui. "

Terang Felisha dengan tenang sambil tersenyum manis.

Qashaf yang mendengarkan cadangan dari Felisha itu tersenyum lebar.

" I see. Good idea. "

Ujar Qashaf sedang matanya merenung ke arah wajah Felisha.

" so , this is yours , and this is mine. "

Kata Felisha sambil menghulurkan buku hitam ditangan kirinya kepada Qashaf.

" Eh salah tu. "

Jawab Qashaf dengan ringkas. Felisha yang mendengarkan itu lantas terkejut dan memandang Qashaf tepat ke dalam matanya.

" Ape yang salah ? "

Kata-kata Qashaf sebentar tadi benar-benar telah berjaya menimbulkan tanda soal dan perasaan suspen kepada Felisha.

" I'm yours , and you're mine. "

Bernada lembut Qashaf mengatakan itu kepada Felisha sambil tersenyum lebar. Lalu dikenyitkan mata kirinya kepada Felisha.

Felisha yang mendengarkan kata-kata yang terzahir dari bibir Qashaf itu lantas tersenyum tersipu malu. Pipi Felisha merah sendirinya.

" ish. Nakal betul la Qash ni ! "

Kata Felisha sambil tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience