" Hm "
Keluh Anizira dengan perlahan sambil melihat Felisha.
" Okay-okay nanti aku belanja kau aiskrim okay ? Jangan marah aku please ! "
Sekali lagi Felisha mencuba untuk meredakan api kemarahan Anizira terhadapnya.
" Okay , aku nak aiskrim oreo ! "
Jawab Anizira dengan riang.
Raidhatul yang melihat gelagat Anizira dan Felisha lantas tertawa besar dan berkata.
" Lah , kejapnya merajuk ! HAHAHAHAH "
Anizira yang mendengarkan kata-kata Raidhatul itu lantas membalas.
" Rezeki ..! tak baik tolak tau ! "
Balas Anizira sambil tersenyum tersipu malu.
" Ish kau ni jangan la jadi batu api ! Sat lagi aku kena jeling lagi tauu takkk ! hahahah "
Jawab Felisha kepada Raidhatul.
" ha yelahh. Ni , macam mana exam BM tadi ? Okay tak ? "
Soal Raidhatul kepada Anizira dan Felisha yang cuba menukarkan topik perbualan antara mereka bertiga.
" Ouh. Alhamdulillah. Okay je "
Jawab Anizira dengan ringkas lalu Anizira kembali fokus pada makanannya.
" Nasib study peribahasa semalam ! Ape yang kita baca masuk tho ! aku bersyukur gila. Hahaha "
Jawab Felisha sambil tertawa kecil.
" Kannn "
Balas Raidhatul sebagai tanda bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Felisha tadi.
" Aku pun bersyukur gila peribahasa yang kita baca tu masukkkk "
Tambah Raidhatul.
" Kejap lagi pukul 11.40 paper math pulakk "
Ujar Anizira yang mencelah antara perbualan Felisha dan Raidhatul.
" aaaa aku takuttt "
Balas Felisha yang meluahkan perasaan takutnya terhadap ujian Matematik yang akan diambil sebentar lagi.
Hal ini kerana Felisha telah babyak ketinggalan pelajaran oleh kerana sibuk dengan aktiviti kawad kaki selama beberapa bulan. Markah peperiksaan akhir tahun lepas Felisha juga amatlah merosot.
" Alah , kau boleh. Kita dah buat latihan kan semalam. Relax.. Kau boleh jawab punya. "
Kata Raidhatul yang cuba untk mempositifkan fikiran Felisha.
" tulah. Kau boleh punya.. "
Tambah Anizira yang turut menyumbangkan keyakinan kepada Felisha berkenaan kertas peperiksaan Matematik.
" inshaa Allah... "
" aku cuba buat yang terbaik. Thanks korang."
Jawab Felisha dengan ringkas sambil tersenyum nipis kepada Anizira dan Raidhatul kerana telah menyumbangkan keyakinan kepada dirinya.
( RingRing )
Tepat jam 12.55 p.m. loceng sekolah dibunyikan menandakan telah tibanya waktu balik bagi para pelajar sesi pagi iaitu pelajar ditingkatan 3 , 4 dan 5.
Dihadapan kelas 5 Angkasa berdirinya Felisba menanti kehadiran Raidhatul untuk pulang bersama.
Setelah beberapa minit menunggu , akhirnya kelibat Raidhatul muncul juga. Tangan disalam lalu Raidhatul dan Felisha berjalan bersama-sama menuju ke pintu pagar utama sekolah untuk pulang.
Sepanjang perjalanan dari tingkat 3 itu hinggalah ke pintu pagar utama sekolah mereka , Raidhatul sempat bertanya mengenai ujian Matematik sebentar tadi kepada Felisha.
" so how ? okay tak ? "
Dengan wajah yang tersenyum nipis Felisha memandang Raidhatul yang sedang mengerutkan dahinya itu.
Lalu Felisha pun menjawab.
" Alhamdulillah , boleh jawab. "
Wajah Raidhatul yang tadinya berkerut turut mengukir senyuman setelah mendengarkan jawapan yang keluar dari bibi Felisha itu.
" Haaa ...! kan aku dah cakap , kau bolehh "
Balas Raidhatul bernada riang.
Tiba saja dihadapan koperasi , kelibat Anizira dan Qhadif jelas kelihatan dihadapan Raidhatul dan Felisha.
" Oiii ! "
Sergah Felisha dan Raidhatul menegur Anizira dan Qhadif.
" Mak kau "
Latah Anizira akibat terkejut akan sergahan Felisha dan Raidhatul.
Sedang Anizira melatah akan terkejut , Qhadif hanya tertawa kecil melihat buah hatinya itu melatah.
" Macam mana paper Math tadiii ? "
Soal Felisha sambil tersengih panjang melihat Anizira dan Qhadif.
Anizira yang sudah hampir meletus akibat kemarahan hanya mampu melihat wajah Felisha yang tersengih itu sambil menarik nafas panjang.
" Haih. Sabor je la dengan korang ni "
Ujar Anizira dengan tenang kepada Felisha dan Raidhatul.
Raidhatul yang mendengarkan kata-kata Anizira itu lantas merangkul lengan Anizira dan berkata dengan manja.
" Alaaa sorry laa kitorang ternampak kau dengan Dif tadii.. "
Usai mengatakan itu Raidhatul tersengih kepada Anizira.
" Haih yelahh "
Jawab Anizira yang sudah biasa disergah oleh Felisha dan Raidhatul itu.
" Haa exam cemana tadi ?? "
Soal Felisha sekali lagi yang bertanya mengenai ujian tadi.
" Easyyy "
Dengan pantas Qhadif menjawab bernada angkuh lalu tertawa kecil.
" Senang la jugakk "
Jawab Anizira secara ringkas.
Begitulah hari-hari yang dilalui oleh Anizira , Qhadif , Felisha dan Raidhatul sepanjang minggu peperiksaan.
Belajar bersama-sama disetiap malam hingga ke awal pagi semata-mata untuk memberikan yang terbaik untuk Ujian Bulanan 1.
Hari Jumaat , akhirnya tiba. Hari terakhir sekolah sebelum cuti penggal juga ujian terakhir untuk Ujian Bulanan 1.
" Yeayyyy ! "
Jerit Felisha dari belakang Anizira dan Raidhatul secara riang.
Lalu dipeluknya dua sahabat baiknya itu dengan wajah yang tersenyum lebar.
" Holidayssss Uyeayyy ! "
Jerit Felisha dengan gembira sekali lagi.
" hahaha yeayyyy ! "
Sambut Raidhatul yang juga nerasa gembira akan cuti penggal 1 yang tiba.
" yeayy cuti semingguuu ! "
Tambah Anizira dengan riang.
Buat para pelajar sekolah , cuti penggal adalah antara cuti panjang yang sangat ditunggu-tunggu. Biasalah , siapa saja yang tak sukakan cuti sekolah kan ?
Sedang Felisha bergembira dengan cuti penggal 1 , Qashaf yang juga baru pulang dari sekolah , mindanya sedang ligat memikirkan soal mereka berdua.
Dalam perjalanan pulang ke asrama untuk mengemas pakaian dan pulang ke rumah , kotak fikiran Qashaf satu persatu memikirkan jawapan yang tepat untuk setiap persoalan yang timbul.
" The time has come. "
" Aku balik ni.. Agak-agak.. Apa yang Felisha nak cakapkan sangat tu eh ? "
" Pasal kitorang ? Kenapa dengan kitorang ?"
" Patut ke aku chat dia dulu nanti ? "
" Kenapa dia kata bila aku dekat asrama , aku jadi heartless ? "
" Ish apa laaa yang nak dicakapkan sangat tuu "
Bisik hati Qashaf yang mempersoalkan segala persoalan yang ada.
Tiba saja di dorm , pakaian lantas dikemas. Buku-buku diletakkan didalam beg secara rapi.
Usai itu , dengan pantas Qashaf membersihkan diri dan bersiap untuk pulang ke rumah. Seawal jam 1.30 petang , masuk sahaja waktu solat Zuhur , dengan segera solat Zuhur didirikan oleh Qashaf.
Tepat jam 3 petang , ibu kepada Qashaf iaitu Puan Zaireena tiba diperkarangan sekolah Qashaf untuk menjemput Qashaf pulang.
Setelah selesai memasukkan beg pakaian dan buku-buku yang ingin dibawa pulang , Qashaf dan ibunya memulakan perjalanan pulang.
Tiba sahaja dirumah , biliknya menjadi tempat pertama yang dicari dan dituju oleh Qashaf. Ditepi almari diletaknya beg pakaian dan buku-bukunya.
Lalu diatas katil bersaiz King itu dihamparkan tubuh dan fikirannya yang masih ligat memikirkan soal Felisha.
Pandangannya kini tertumpu pada siling putih yang kosong itu. Meski sudah terlalu penat , akal fikiran Qashaf tetap saja memikirkan soal Felisha dan dirinya.
" Apa yang dia nak cakap nanti ? "
" Dia.. nak end kan semua benda dengan aku ke ? "
Tanpa sedar , air mata Qashaf perlahan-lahan jatuh dari mata kirinya.
Lalu bibirnya melafazkan kata dengan nada yang teramat perlahan dan lesu.
" Ya Allah. Aku sayang dia. Tapi aku takut. "
" Tolong aku , Ya Allah. "
" Tolong aku.. "
Usai itu , kedua-dua mata Qashaf dipejamkan. Lalu terlenalah Qashaf buat sementara waktu akibat terlalu penat.
Share this novel