Bab 14

Drama Completed 10189

" Felisha ! "

" Felisha ! "

Jerit Firash dengan kuat memanggil Felisha yang sedang berjalan dihadapannya.

Namun begitu , disebabkan kawasan kantin yang sedang bising dan dipenuhi para pelajar yang ramai , dan Felisha yang juga sedang berbual dan berjalan bersama dua rakan baiknya iaitu Raidhatul dan Anizira masih tidak mendengarkannya.

" Ish dia ni tak dengar ke ? "

Bisik hati Firash yang semakin hilang sabar setelah beberapa kali memanggil Felisha.

Dengan pantas Firash berlari anak mendekati Felisha lalu memotong Felisha dan berdiri benar-benar dihadapan Felisha.

Firash yang tercungap-cungap berdiri dihadapan Felisha lantas menarik perhatiannya. Melihat Firash dalam keadaan begitu telah berjaya membuatkan tiga gadis itu terdiam.

" Uhm. Firash. Kau kenapa ni ? "

Soal Felisha bernada khuatir. Lalu Firash memandang kedalam anak mata Felisha dan mengukir segaris senyuman.

Felisha yang melihatkan itu mengerutkan dahinya. Buat Felisha , Firash benar-benar bersikap aneh terhadapnya.

" Aku tanya ni. Kau senyum ape ? "

Soal Felisha kepada Firash. Namun kali ini , suara Felisha agak bernada tegas berbanding tadi.

" Ni , Puan Kalsum nak jumpa kau. Cikgu ade meeting esok. So , cikgu nak jumpa kau untuk pass latihan esok. Cikgu ade dekat bilik guru sampai pukul 11. "

Terang Firash dengan jelas kepada Felisha. Dengan pantas Felisha mengangguk dan berkata

" Ouh. Okay. Nanti lepas rehat aku pergi. Thanks. "

" Ha , sama-sama. Nanti kalau nak aku teman bagitau. "

Ujar Firsah sambil tertawa kecil. Felisha yang wajahnya berkerut lantas tersenyum dan berkata

" Eee tak kuasa aku. "

Kata Felisha sambil tertawa kecil.

Mendengarkan kata-kata dari bibir Felisha itu berjaya meletuskan ketawa antara Felisha dan dua orang rakan baiknya. Dengan pantas , Felisha , Anizira dan Raidhatul berlalu pergi untuk membeli makanan.

10.30 pagi , loceng dibunyikan menandakan tamatnya sesi rehat bagi pelajar ditingkatan 4 dan 5.

Tiba saja dikelas 5 Angkasa , Felisha segera duduk ke tempatnya dan mengemas buku untuk bersedia bagi pembelajaran subjek Matematik.

Sesi pembelajaran berjalan seperti biasa. Tepat jam 10.40 minit pagi , Felisha bergegas menuju ke bilik guru untuk berjumpa Puan Kalsum.

Firash yang melihat Felisha keluar lantas mengejar Felisha dari belakang.

" Felisha ! Tunggu ! "

Jerit Firash mengarahkan Felisha untuk menunggunya dan pergi ke bilik guru bersama-sama.

Felisha yang terdengar namanya dipanggil lantas berpaling dan mencari pemilik suara yang memanggil namanya tadi. Sejurus Felisha berpaling , wajah Firash jelas terpampang dihadapannya.

" Lah. Kau rupanya. Ha , asal ikut aku ni ? "

Soal Felisha dengan selamba bersama wajah yang ketat.

Firash yang melihat wajah Felisha lantas tersenyum dan berkata.

" Kan aku cakap aku nak teman kau. Kau ni. muka tu takyah la garang sangat "

Ujar Firash sambil tersengih panjang melihat Felisha.

" Aku tak nak pun kau teman aku. "

Balas Felisha sambil memalingkan wajahnya dari Firash. Perlahan-lahan langkah menuju ke bilik guru kembali diatur oleh Felisha.

Lalu Firash mengikut rentak kaki Felisha dan berjalan bersebelahan Felisha.

" alah , takpelah aku teman. "

Kata Firash bernada manja secara tiba-tiba. Felisha yang terasa aneh akan ton suara Firash yang tiba-tiba berubah itu hanya berdiam dan mengerutkan dahinya.

Meski bibir Felisha hanya berdiam , hati Felisha dipenuhi dengan kebisingan kata hati.

" Ish , mamat ni dah kenapa ? "

" lain macam je "

" apesal tiba-tiba je dia ni nak teman aku bagai "

" eeee annoying betul "

Tiba saja dibilik guru , susuk tubuh Puan Kalsum lantas dicari oleh Felisha. Sejurus melihat kelibat Puan Kalsum , langkah menuju kearah gurunya itu diambil dengan pantas oleh Felisha dan Firash.

" Assalamualaikum cikgu. "

Dengan penuh sopan dan rasa hormat Felisha memberi salam kepada Puan Kalsum sebelum memulakan bicara.

" Waalaikumsalam Ah , ya. Felisha. Datang pun. "

Jawab Puan Kalsum sambil tersenyum lebar melihat Felisha.

" Maaf cikgu. Saya lewat sikit.. "

Ujar Felisha yang memohin maaf atas kelewatannya.

" hai cikgu. "

Firash yang menyapa Puan Kalsum dengan selamba itu direnung oleh Felisha dengan riak wajah yang terkedu.

" Mamat ni selamba je tegur cikgu Kalsum macam ni ? "

Desis hati Felisha melihat sikap Firash yang sangat santai dan selamba badak itu.

" Hai. Ha , Firash. Kamu pun ada ? "

Jawab Puan Kalsum sekali gus bertanya kepada Firash.

" Haah. Saya teman dia cikgu. "

Jawab Firash sekali lagi secara spontan.

Puan Kalsum yang mendengarkan jawapan yang terbit dari bibir Firash itu hanya tersenyum.

Lalu dengan pantas tangan Puan Kalsum mencapai sebuah buku rujukan dan menghulurkan kepada Felisha sambil menerangkan kerja yang hendak ditinggalkan untuk para pelajar kelas 5 Angkasa pada esok hari.

" Okay Felisha. Esok saya ada meeting diluar. Jadi , saya nak awak fotostatkan muka surat 58 hingga 60 ini dan agihkan pada pelajar kelas awak. Awak boleh terus fotostatlah sekejap lagi ya. "

" Lepastu , kerja rumah buku aktiviti muka surat 15 hingga 20 ye. Saya nak kerja ni siap. Minggu depan saya nak check. "

Terang Puan Kalsum kepada Felisha secara terperinci. 

Felisha yang menerima setiap info itu lantas tersenyum dan mengangguk memandang Puan Kalsum.

" okay ni pass keluar. Awak pergi fotostate. Lepastu pulangkan pass ni dekat saya ye ? Saya sampai pukul 11 ni. "

Tanpa berlengah Felisha lantas mengangguk dan bergegas ke koperasi sekolah untuk fotostat kerja untuk pelajar 5 Angkasa pada esok hari.

Tiba di koperasi sekolah , sedang menunggu kerja-kerja tersebut dicetak Felisha sempat termenung sejenak mengimbas memori bersama Qashaf ketika kem intergrasi yang melibatkan sekolah-sekolah di sekitar Kuala Lumpur.

" Ish , Qashaf ! Ape ni ! "

Jerit Felisha yang geram akan sikap Qashaf yang sengaja mencari pasal dengannya. Begitulah Qashaf dan Felisha ketika diawal perkenalan. Bergaduh itu adalah rutin harian mereka sepanjang menjadi rakan sekunpulan.

" Wekkk ! Padan muka Felisha ! Hahahaha "

Kata Qashaf yang masih mengusik Felisha. Lalu meletuslah ketawa Qashaf. Qashaf dan Felisha bergurau bagaikan sudah kenal begitu lama sedangkan kenyataannya , mereka baru sahaja berjumpa tidak lebih dari sehari.

" Kau padam sekarang ! "

Jerit Felisha dengan tegas yang menyuruh Qashaf untuk memadam semula contengan diatas kertas Felisha tadi.

" Tak nak ! "

Balas Qashaf yang masih tidak puas mengusik Felisha.

" Qashaf ! Padam ! "

Jerit Felisha sekali lagi dengan tegas. Namun nada suaranya ditinggikan sedikit berbanding sebelumnya.

" Tak nak ! "

Jelas Qashaf sekali lagi yang masih berkeras dan tidak mahu mengalah.

Felisha yang mendengarkan itu semakin masam wajahnya. Felisha akhirnya penat untuk bergaduh. Hanya renugan tajam diberikan oleh Felisha. Matanya hanya tertumpu pada Qashaf dengan hati yang panas membara.

Qashaf yang melihat Felisha bagaikan sudah ingin meletus lantas meminta maaf dan berkata

" Haih. Yelah... Sorry.. "

Lalu dicapainya Qashaf kertas Felisha itu dan dipadamnya contengan tadi. Felisha yang masih mencebik hanya merenung Qashaf dengan perasaan yang masih marah.

" Nah. Aku dah padam. "

Ujar Qashaf sambil menghulurlan kertas lukisan milik Felisha. Namun begitu , Felisha masih merenung tajam ke arah Qashaf dan mencebik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience