" Sha , Thanks sebab belanja kitorang makan. Ni nak kena hantarkan kitorang balik lagi... Segan pulak rasa. "
Kata Qashaf dengan perlahan sedang matanya tertumpu pada wajah Felisha yang sedang tersenyum melihatnya itu.
" Itulah.. terima kasih Sha. "
" Terima kasih Sha. Sorry kalau kitorang susahkan kau "
Tambah Luq dan Am yang turut meluahkan rasa serba salah kepada Felisha.
" it's okay la. Harini Sha tolong korang. Nanti korang pulak tolong Sha. Kan ? "
Balas Felisha yang cuba untuk mengurangkan rasa serba salah dihati mereka bertiga itu.
" alright. Nanti , ada apa-apa kau mesej je kitorang. Inshaa Allah kitorang tolong. "
" Haah bagitau je kitorang kalau kau nak minta tolong apa-apa. Nanti kitorang tolong kau. "
Kata Luq dan Am yang menawarkan diri untuk membantu Felisha sekiranya Felisha memerlukan sebarang bantuan sebagai tanda membalas jasa kerana telah menghantar mereka pulang dan belanja mereka makan tengah hari.
" Betul apa-apa je ? Termasuk kalau aku nak tau pasal Qash ? Hahahaha "
Tanpa menghiraukan keberadaan Qashaf disampingnya itu , Felisha dengan spontan membicarakan itu sambil tertawa kecil.
" Boleh Sha ! Kau cakap je rahsia apa oau nak tau "
" Nanti kitorang share ! hahahah "
Jawab Am dengan pantas sambil tertawa.
" Betul tu. Kau cakap je nak tau pasal apa semua kitorang tauuu ! hahahah "
Tambah Luq yang turut bersetuju untuk membuka cerita tentang Qashaf kepada Felisha.
" Woi. Sampai hati korang eh. "
Tegur Qashaf sambil memalingkan wajahnya menghadap Luq dan Am yang berada ditempat duduk belakang.
" ahahah apa salahnya Qash ? Sha pun bukan orang lainn "
" Bakal wife kau jugak kannn ? "
Usik Luq dengan sengaja.
" Tulah. Nak malu apa Qash ? Bakal wife je... Hahahaha "
Sokong Am yang turut sengaja mengusik Qashaf.
Qashaf yang mendengarkan itu kian memerah wajahnya akibat malu.
" Weyh Qash. Okay tak ? "
" Asal muka merah-merah ni ? "
" Dah maca pakai blusher dah "
" Ahahahaha "
Begitu sakan sekali , Luq dan Am mengusik Qashaf tanpa menghiraukan kehadiran Felisha diantara mereka bertiga.
Felisha yang sedang memandu itu terus menumpukan perhatian pada pemanduannya sambil tersenyum melihat telatah tiga orang sahabat itu.
Akibat perasaan malu yang sudah menggunung , dengan pantas Qashaf kembali memalingkan wajahnya menghadap hadapan dan berdiam diri.
" Qash okay Qash ? Panas ke tuuuu ? "
Usik Luq sekali lagi yang teruja melihat sahabatnya baiknya yang seorang itu malu hingga merah wajahnya buat kali pertama.
Qashaf Alfian , bukanlah seorang lelaki yang mudah merasa malu dan menjadi tidak keruan dihadapan orang ramai. Namun kali ini dihadapan Felisha , Qashaf kalah dengan perasaannya.
Setelah mereka bertiga dihantar dengan selamat ke rumah , Felisha pun melanjutkan perjalanannya menuju ke rumah sewa yang diduduki oleh dirinya , Anizira dan juga Raidhatul.
Tiba sahaja dirumah , kunci rumah dicari oleh Felisha dalam beg tangannya itu. Lalu dengan penuh berhati-hati pintu utama rumahnya itu dibuka.
Memandangkan hari itu adalah hari Sabtu , seperti kebiasaannya dua orang sahabatnya akan keluar meluangkan masa bersama buah hati mereka.
Diatas sofa diruang tamu Felisha melabuhkan dirinya dan duduk bersandar dengan selesa. Beg tangan , kunci kereta , serta telefon pintar diletakkannya diatas meja dihadapan dengan berhati-hati.
Akibat keletihan , Felisha memejamkan matanya beberapa ketika.
" Huh penatnyaaaa "
Keluh Felisha dengan panjang meluahkan keletihan yang dirasakannya itu.
( Ring Ring )
Telefon pintar Felisha mula berdering. Dengan pantas tangan kiri Felisha mula meraba-raba diatas meja dihadapannya itu sedang matanya tertutup rapat.
" Helo ? "
Jawab Felisha dengan lesu tanpa melihat siapakah yang menelefon dirinya itu.
" Sha ? Kau okay tak tu ? "
Tanya Firash sejurus mendengar suara Felisha yang lesu akibat keletihan itu.
" Hmm. Okay je. Ada apa call ni ? "
Jawab Felisha dengan lesu kepada Firash yang menyatakan bahawa dirinya baik-baik sahaja sekali gus bertanya tujuan Firash menghubunginya.
" Takda , hari ni kan Sabtu. Kau kan sorang-sorang kat rumah tu. "
" Dah makan belum ni ? "
Kata Firash dengan lembut kepada Felisha.
" Hmm dah. A-aku.. Aku ... "
" Aku penat ni. "
Suara Felisha semakin perlahan dan lesu. Akhirnya , Felisha terlena ketika diatas sofa tersebut. Tangan kirinya yang menggenggam telefon pintar dicuping telinganya itu perlahan-lahan terjatuh diatas sofa disebelah.
" Helo ? Sha ? Shaaa ...! "
" Oii tidur ke ? Penat betul ni "
Kata Firash seteleh mendengarkan suara Felisha yang semakin perlahan dan lesu itu.
Namun Felisha tetap saja kerana tidak menyedarkan dari lenanya.
" Haih. Tidurlah.. Sleep tight , Felisha Aireena. "
Ujar Firash kepada Felisha sebelum mematikan panggilan antara dirinya dan Felisha itu
** Sebulan kemudian **
" Ya Allah , aku sayangkan dia. "
" Aku ingin memperisterikan dia Ya Allah. "
" Aku sudah bersedia Ya Allah. "
" Mudahkanlah segalanya buat kami. "
" Amin.. Amin.. Ya Rabb. "
Dengan nada perlahan Qashaf menyuarakan doanya dengan penuh keikhlasan. Dengan lembut kedua-dua tangannya yang menadahkan doa itu diraup ke wajahnya.
Kali ini , Qashaf benar-benar sudah bersedia untuk segalanya. Felisha , adalah gadis yang sempurna dimata Qashaf.
Setelah selesai berdoa , beberapa helaian Al-Quran dibaca oleh Qashaf. Jam sudah menunjukkan pukul 3.45 pagi.
Usai mengalunkan ayat-ayat Al-Quran , Qashaf pun mula melipat bentangan sejadah itu dan meletakkan diatas kabinet sebelahnya.
Dimeja belajar Qashaf melabuhkan tubuhnya. Sekeping gambar dirinya dan Felisha yang terletak diatas diari hitam pemberian Felisha ditenung lama.
Perlahan-lahan buku diari itu diambil dan dibuka. Gambar dirinnya dan Felisha dicapai. Gambar itu , adalah gambar ketika Felisha dan Qashaf keluar bertemu janji buat kali pertama.
Sedang kedua-dua bebola mata Qashaf merenung gambar itu , pintu memori diketuk perlahan.
" Sha , petang ni. Qash nak jumpa Sha dekat D'Cafe. We need to talk. "
Dengan pantas Qashaf menaip dan menghantarkan pesanan ringkas itu kepada Felisha.
" Nak cakap pasal apa tu ? Qash ? "
" Qash okay ? Kenapa tiba-tiba je ni ? "
Balas Felisha yang berasa pelik akan tindakan Qashaf yang tiba-tiba sahaja kedengaran serious.
" 5 p.m. dekat D'Cafe. I'll wait. "
" Urgent. "
Jawab balas dengan tegas. Sekelip mata , Qashaf Alfian yang gemar bergurau senda hilang.
" Ouh.. o-okay.. "
Balas Felisha yang hanya akur.
Tepat jam 5 petang , Qashaf dan Felisha tiba di D'Cafe. Disebuah meja bersebelahan tingkap Felisha dan Qashaf melabuhkan diri.
Dihadapan Qashaf , Felisha duduk. Tanpa terburu-buru air dipesan. Sementara menunggu pesanan tiba , Felisha mula mengajukan persoalan kepada Qashaf yang dari tadi menunduk. Qashaf , benar-benar berbeza.
" Qash ? Are you okay ..? "
Soal Felisha dengan perlahan.
Dengan perlahan Qashaf mengangkat wajahnya memandang Felisha. Wajah Felisha yang jelas kelihatan gusar itu derenung oleh Qashaf.
" Ya Allah.. Kuatkan aku. "
" Aku tahu dan aku yakin dengan jalan ini Ya Allah. "
" Mudahkanlah urusan kami Ya Allah.. "
Desis hati Qashaf yang meminta pertolongan dari Yang Maha Esa untuk menguatkan dirinya agar segala yang dirancang berjalan lancar.
" Hm. yeah. "
Jawab Qashaf bersertakan keluhan.
Keputusan itu , adalah sebuah keputusan yang sukar buat Qashaf. Sedang cinta memekar dihati mereka berdua , kedukaan datang berkunjung. Terus bergelumang dalam dosa atau mengejar cinta yang diredhai Allah , manakah yang harus dijadikan pilihan ?
Kerana hati yang sudah ditaruhkan sepenuhnya kepada Felisha , menyukarkan Qashaf untuk membuat keputusan.
Pelbagai situasi mula menerpa masuk ke ruang minda Qashaf.
" Aku sayangkan dia.. "
" Sha akan benci aku ke nanti ? "
" Sampai sini sajakah cerita cinta aku dan dia ? "
" Sha.. sayangkan aku macam aku sayangkan dia ke ? "
" Apa pandangan Sha pada aku nanti ..? "
Satu persatu bentuk pemikiran mula menyentak raga Qashaf.
" Ya Allah. Kuatkan aku.. "
" Aku yakin pada takdir dan jodoh yang telah kau tetapkan.. "
" aku.. redha andai dia bukan jodoh ku.. "
Desis hati Qashaf sambil memejamkan kedua-dua kelopak matanya. Sungguh , perkara ini begitu berat bagi dirinya.
" Qash... ? What's wrong ? "
Tanya Felisha dengan lembut setelah melihat keadaan Felisha itu.
Perlahan-lahan mata Qashaf kembali dibuka dan tertumpu kepada wajah Felisha. Nafas ditarik panjang olehnya dan dihembus perlahan beberapa kali.
Setelah hanpir 5 minit menunggu , air yang dipesan pun tiba. Meskipun begitu , Felisha dan Qashaf tetap tidak terasa untuk meminum air tersebut.
Dengan berhati-hati cawan berisi air itu ditolk ketepi.
" Sha.. sebenarnya.. "
Kata-kata Qashaf terhenti seketika.
Share this novel