Bab 52

Drama Completed 10189

Mata Puan Hanisah Sudin yang kian membulat menanti jawapan dari Felisha itu jelas kelihatan.

Berukir senyuman manis Felisha kembali menyambung kata-katanya menerangkan bagaimana novel " Takdir " itu tercipta.

" Sebenarnya novel " Takdir " adalah cerita saya sendiri. Novel ni adalah kisah cinta saya semasa saya masih dibangku sekolah. "

Kata Felisha dengan tenang.

" jadi , cerita ni adalah cerita benar ? "

Soal Puan Hanisah Sudin dengan rasa ingin tahu yang kian membuak-buak.

Bersama senyuman manis Felisha mengangguk perlahan sebagai jawapan.

" Wah , menarik. Kalau Felisha sudi , boleh beritahu siapakah gerangan lelaki dalam novel itu ? Dan adakah dia tahu bahawa Felisha menerbitkan novel berkisarkan cerita Felisha dan dia ? "

Soalan Puan Hanisah Sudin kali ini agak sensitif kepada Felisha. Namun Felisha tetap kekal tersenyum dan bertenang.

" Saya dah minta izin terlebih dahulu. Dia setuju saya terbitkan cerita ni.. "

" Em.. biarlah lelaki dalam novel ini kekal sebagai misteri. Cukup saya dan dia sahaja yang tahu. "

Ujar Felisha yang menolak untuk memberitahu siapakah gerangan watak lelaki utama dalam novel terbitannya itu dengan sopan.

" Baiklah saya faham. Sebelum menamatkan rancangan , Felisha ada sepatah dua kata untuk dikatakan pada peminat novel "Takdir" ini ? "

Kata Puan Hanisah Sudin yang memberikan ruang dan peluang kepada Felisha untuk mempromosikan buku terbitannya itu.

" Pertama sekali , saya nak ucapkan terima kasih kepada semua yang sudi membaca karya tulisan saya yang tak seberapa ni.. sudi sokong penulis muda seperti saya. Terima kasih. Saya sangat-sangat hargai. "

" Dan untuk yang masih tercari-cari novel ini , sekarang novel ni boleh didapatkan secara online iaitu di website yang tertera dikaca tv anda atau boleh didapatkan di Popular. Terima kasih. "

Kata Felisha sambil tersenyum lebar.

Setelah selesai merakam rancangan " Selamat Pagi Malaysia " secara langsung itu Felisha mula mengatur langkahnya ke parkir kereta.

Tiba sahaja dihadapan kereta miliknya seorang lelaki berkemeja hitam dan berlipat dibahagian lengan jelas kelihatan sedang bersandar pada kereta Felisha itu.

" Ehem Ehem "

" Encik , minta maaf. Ini kereta saya dan saya nak cepat. Tolong ke tepi. "

Ujar Felisha kepada lelaki tersebut tanpa memandang wajahnya.

" Kalau saya tak nak ? "

Tanya lelaki tersebut dengan spontan.

" Jap. Macam kenal suara ni.. "

Desis hati Felisha yang seakan kenal akan pemilik suara itu.

Dengan perasaan ingin tahu yang melangit , Felisha dengan pantas mengangkat wajahnya memandang wajah lelaki itu.

" Firashhhhh ! "

Jerit Felisha dengan nada teruja. senyuman nakal Firash dibalas dengan senyuman manis Felisha.

" Nah "

Kata Firash selaras tangannya menghulurkan jambangan bunga mawar merah itu kepada Felisha.

" Wow ! Thank youu ! "

Jerit Felisha dengan teruja sambil menyambut huluran Firash itu.

Jambangan bunga itu diambil lalu dicium oleh Felisha. Firash yang berdiri dihadapan Felisha itu hanya merenung ke arah wajah Felisha dan tersenyum.

" It suits you. "

Ujar Firash dengan nada suara yang perlahan.

" Hm ? "

Felisha yang leka melihat mawar mereah itu tadi lantas bersuara sambil mengangkat semula wajahnya memandang Firash dengan dahi yang berkerut.

" Bunga mawar tu. Sesuai dengan orang cantik macam kau. "

Jawab Firash berhias senyuman nipis.

Felisha yang mendengarkan kata-kata Firash itu lantas melebar senyumannya. Manakala pipi Felisha mula memerah.

" Ada ada je la kau ni. "

Balas Felisha sambil tertawa kecil. Lalu Felisha pun menunduk memandang jambangan bunga itu.

" By the way , congratulations Miss Felisha Aireena. "

Ucap Firash atas pencapaian Felisha itu berserta senyuman manis terukir diwajah.

" hehe thanks Firash. "

Balas Felisha dengan nada manja sedang jambangan bunga mawar itu semakin dipeluk erat olehnya.

" Jom , coffee-coffee ? It's on me. "

Pelawa Firash kepada Felisha yang cuba untuk mengajak Felisha keluar berdua bersamanya.

" Ouh , sure. But.. "

Kata-kata Felisha dibiar tergantung seketika. Lalu jam ditangan kirinya diangkat dan dilihat. Jarum sudah pun menunjukkan jam 9.30 pagi.

" ..sekejap je la. Cause aku nak ambik someone dekat airport pukul 12 nanti."

Sambung Felisha sambil tersengih panjang melihat Firash.

" I see. Alright , jom. "

Kata Firash sambil tersenyum nipis.Tanpa befikir panjang Firash bersetuju untuk keluar dengan Felisha walaupun cuma sebentar.

" Hari ni .., mesti kau nak pergi jemput dia kan Sha ? "

" Lepas ni mesti kau akan jauh dari aku .. "

Bisik hati Firash sedang matanya tertumpu pada wajah Felisha yang juga memandangnya dengan dahi berkerut.

" Firash ? Hey ? "

" Firash ? Kau menung apa ? "

Panggil Felisha yang cuba untuk menyedarkan Firash dari lamunan panjangnya itu.

" N-nothing. Jomlah. "

Firash yang baru tersedar dari lamunannya itu secara automatik mengatakan itu dengan segaris senyuman nipis.

Tanpa membuang masa Felisha lantas memasuki perut kereta Subaru XV berwarna hitam miliknya itu.

Manakala Firash mengatur langkahnya ke keretanya dan memasuki perut kereta Toyota Camry berwarna Silver itu. Lalu mereka berdua pun memulakan perjalanan ke Chemistry Lab Cafe.

Tiba di Chemistry Lab Cafe , disebuah meja Felisha duduk berhadapan Firash. Segelas Hot Americano dipesan oleh Felisha. Manakala segelas Caramel Macciato dipesan oleh Firash.

" Sha , aku bangga tau dengan kau. "

Lafaz Firash meluahkan perasaanya terhadap pencapaiaan Felisha sambil tersenyum lebar melihat wajah Felisha.

" thanks Firash. Kau , Rai , Zira dengan Qhadif selalu sokong aku. Aku appreciate sangat. "

" kalau korang takde , mungkin aku tak sampai ke tahap ni. "

Balas Felisha yang turut meluahkan perasaan syukurnya kepada Firash sambil tersenyum manis.

" Eh , dah la cakap pasal aku. Kau tu ? "

" Macam mana kerja dekat syarikat ayah kau ? "

Kata Felisha yang cuba untuk mengubah topik perbualan mengenai dirinya kepada Firash.

" Hm. Macam tu lah. Biasa je. "

Jawab Firash dengan nada mendatar sambil mencebik.

" Tak semangatnya jawab hahaha "

Tegur Felisha sambil tertawa kecil melihat gelagat Firash itu.

" Penat tho. Tapi tu la kerja kan. Hahaha "

Balas Firash sambil tertawa kecil.

" Kesian Encik CEO kita. Mohon tabah ya. "

Kata Felisha sambil tersenyum nipis meliht Firash.

Lalu perbualan antara mereka berdua pun berlanjutan dari hal diri masing-masing kepada dunia pekerjaan dan kehidupan mereka sepanjang 5 tahun berlalu.

Setelah hampir sejam berbual , Felisha mula melihat pada jam ditangannya itu. Jarum sudah pun menunjukkan jam 10.45 pagi.

" Firash. Aku gerak dulu la. Dah nak pukul 11 ni. Nanti lambat sampai airport. "

Kata Felisha dengan sopan sebelum mengundurkan diri.

" Ah , okay. Elok-elok drive. Apa-apa call aku."

Jawab Firash kepada Felisha sambil tersenyum nipis.

" Alright. Thanks for the coffee. Byee "

Ucap Felisha kepada Firash. Usai itu dengan pantas Felisha mengorak langkahnya menjuju ke kereta Subaru Xv miliknya dan memulakan pemanduan ke Florist Boutique untuk membeli sejambang bunga.

Selesai membeli sejambang bunga Carnation berwarna merah jambu yang membawa maksud ketabahan cinta.

Lalu Felisha kembali menyambung perjalanan menuju ke lapangan kapal terbang untuk seseorang yang istimewa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience