" Allahu akbar , Allahu Akbar "
Azan subuh dari telefon pintar mulai berkemundang disegenap ruang bilik Felisha.
Felisha yang tersedar dari tidurnya itu lantas menggosok mata kirinya yang sudah bengkak akibat menangis terlalu lama dengan kasar.
Perlahan-lahan kedua-dua bebola matanya dibuka. Telefon pintar diatas kabinet itu dicapai dan dibuka. Paparan telefon tersebut dilihat oleh Felisha. Jam sudah menunjukkan pukul 5.47 pagi.
Tidak lama selepas itu , pintu bilik Felisha pula diketuk perlahan oleh Puan Siti Zubaidah.
" Sha ..! bangun sayang. Dah subuh ni. Bangun bangun..! "
Ujar Puan Siti Zubaidah dengan lembut dan sopan nengejutkan anak gadisnya itu untuk bangun menunaikan solat subuh secara berjemaah seperti kebiasaannya.
" Sha.. ! Bangun ! "
Panggil Puan Siti Zubaidah sekali lagi kerana Felisha masih belum menyahut panggilannya tadi.
Felisha yang mendengarkan itu lantas menyahut panggilan ibunya tadi dengan sopan dan suara yang agak perlahan.
" ya.. Sha dah bangunn "
Kata Felisha dengan lembut.
" Ha cepat ya , Mama dengan Papa tunggu. "
Ucap Puan Siti Zubaidah kepada Felisha.
Dengan nada suara yang perlahan dan lembut , sekali lagi Felisha menyahut dan berkata.
" yaa.. Sekejap lagi Sha datang.. "
Tanpa membuang masa , Felisha pun lekas berdiri dan mengatur langkahnya mengambil kain tuala dan bergegas ke bilik air untuk mandi.
Setelah selesai mandi , Felisha pun mengambil wudhu'dan bersedia memakai telekung untuk menunaikan solat secara berjemaah bersama ahli keluarganya.
Dengan pantas Felisha berlari anak menuju ke ruangan solat di sebelah bilik ibu bapanya itu.
Akibat perangai Felisha yang kelam kabut itu , kaki Felisha akhirnya terlanggar pintu bilik tersebut.
" argh.. "
Jerit Felisha dengan nada yang perlahan akibat kesakitan yang dirasakan itu.
Encik Samad dan Puan Siti Zubaidah yang melihat gelagat anak gadisnya itu lantas tersenyum nipis.
" haih Sha ni , kelam kabut betul.. "
Ujar Puan Siti Zubaidah sambil menggeleng perlahan dengan wajah yang tersenyum.
Lalu Ziyad pun bersuara.
" Padan muka lambat lagii hahah "
Usik Ziyad kepada adiknya sambil tertawa kecil.
Lalu Felisha pun lantas mengambil tempatnya disambing Puan Siti Zubaidah.
Tanpa membuang masa , Encik Samad pun mula mengimamkan solat mereka sekeluarga.
" Assalamualaikum warahmatullah "
" Assalamualaikum warahmatullah "
Salam diberikan dibahagian kanan dan kiri bahu mereka. Setelah habisnya solat , tangan pula ditadahkan doa pada Yang Maha Esa.
Sejurus doa diaminkan Felisha lantas menyalam tangan ibunya , abangnya dan ayahnya.
Entah bagaimana , wajah Felisha yang lembap dan matanya yang bengkak itu berjaya menarik perhatian keluarganya itu.
" Kenapa muka tu Sha ? "
Soal Encik Samad dengan lembut kepada anaknya itu.
" Hah kenapa dengan muka kau tu ? Menangis ke ? "
Tambah Ziyad yang menyuarakan apa yang terlintas dikotak fikirnya itu.
Felisha yang hanya berdiam dan menunduk itu lantas membuatkan Puan Siti Zubaidah menarik lembut wajahnya hingga memandang Puan Siti Zubaidah.
" Sha , cakap dengan mama. Sha okay ke ? "
Tanya Puan Siti Zubaidah dengan lembut kepada anak gadisnya itu.
" Sha okay.. Semalam , Sha tengok movie.. "
" Movie tu sedih sangat.. sampai Sha tak boleh berhenti nangis.. "
Jawab Felisha dengan mata yang berkaca dan segaris senyuman nipis memandang wajah ibunya itu.
" Sha.. Kalau ada masalah bagitau Mama.. "
Pujuk Puan Siti Zubaidah kepada anak gadisnya itu agar berkongsi masalah bersamanya.
Entah mengapa , naluri keibuan Puan Siti Zubaidah begitu kuat mengatakan bahawa Felisha sedang menghadapi masalah.
Dengan lembut Felisha mengusap bahu ibunya itu dan berkata.
" Sha okay la. Takda apa-apa. "
Namun begitu , air mata Felisha yang bertakung tadi lantas mengalir.
" Sha... "
Panggil Puan Siti Zubaidah dengan lembut kepada Felisha bersama dahi yang berkerut.
" Uhmmm ! "
Felisha menggeliat dengan sengaja.
" Sha mengantuk lagi ni.. Sha masuk bilik dulu ye Ma , Pa , abang. "
Kata Felisha dengan sopan mengundur diri dari ruangan itu. Dengan pantas Felisha berdiri dan mengatur langkah menuju ke bilik tidurnya itu.
Tiba sahaja dihadapan bilik , dengan perlahan Felisha membuka pintu bilik tersebutbdan memasuki ruangan tersebut.
Diatas katil Felisha terduduk sambil merenung ke arah lantai yang kosong itu. Air matanya yang tersisa tadi diusap lembut jari jemari ditangan kanannya.
" Stop crying Felisha. "
Ujar Felisha dengan suara yang serak dan sengau memujuk dirinya agar berhenti dari terus menangis.
" Harini , semuanya akan terjawab. You should be happy Felisha. "
Kata Felisha sekali lagi memujuk dirinya agar berhenti menangis.
Meski dalam kotak fikirnya itu terdapat begitu banyak unsur negatif , namun bibirnya tetap saja melafazkan kata positif.
" Hari ini , adalah penentuan.. "
" mungkin kata putus , bagi penantian aku selama ni... "
" mungkin .., ini pengakhiran cerita aku dan Qashaf ? "
" Aku tak patut bersedih.. kan ? "
Ucap Felisha sambil mengukirkan segaris senyuman nipis sebagai penghias wajahnya yang pucat lesu itu. Sedang air matanya , mengalir lembut membasahi pipi kusamnya.
" Ya Allah , aku redha. Berikan yang terbaik buat kami.. "
" Andai.. aku bukanlah yang terbaik untuknya , jauhkanlah kami Ya Allah.. "
Kata Felisha dengan nada sebak dan suara yang sengau. Ya , kata-kata itu ikhlas dari bibir Felisha meskipun hatinya tetap mahukan Qashaf sebagai jodoh terbaiknya.
Namun , Felisha tetap yakin dengan setiap perancangan yang telah diatur Tuhan buat mereka berdua.
Jam sudah pun menunjukkan tepat pukul 10 pagi. Qashaf pun selamat tiba dihadapan rumah Felisha.
Dihadapan pagar rumah Felisha , Qashaf memberhentikan kereta yang dipandunya itu.
Nafas ditarik sedalam-dalamnya lalu dihembus dengan perlahan beberapa kali.
" Ya Allah , andai dia adalah yang terbaik buat ku.. permudahkanlah urusan kami.. "
Mata Qashaf dipejamkan beberapa ketika , lalu hatinya pun berdoa kepada Yang Maha Esa memohon petunjuk.
Setelah ketenangan berjaya dicapai oleh Qashaf , kini dia telah bersedia untuk menempuhi apa sahaja keputusan dengan hati yang redha.
Tanpa membuang masa , Qashaf membuka pintu keretanya dengan perlahan dan menyusun langkahnya menuju ke hadapam pintu rumah Felisha.
" assalamualaikum ! "
Jerit Qashaf memberikan salam kepada ahli keluarga Felisha.
Encik Samad yang mendengarkan suara Qashaf itu lantas berdiri dan menuju ke arah pintu utama rumahnya.
" Siapa pulak datang pagi-pagi ni ? "
Rungut Encik Samad yang tertanya-tanya siapakah gerangan yang datang bertandang dirumahnya diawal pagi itu.
Tombol pintu itu lalj dipulas dan ditarik , wajah Qashaf yang sedang tersenyum jelas terpapar dihadapan pintu rumahnya.
Sejurus melihat wajah Qashaf , Encik Samad lantas mengherotkan pipinya hingga mengukirlan senyuman.
" Eh , Qash ! "
Lafaz Encik Samad dengan nada mesra menandakan bahawa dirinya masih mengingati Qashaf.
" Pak cik.. "
Panggil Qashaf sambil tersenyum melihat wajah Encik Samad. Lalu huluran tangan Encik Samad pun disambut dan disalam oleh Qashaf penuh sopan.
" Siapa yang datang tu bang ? "
Jeritan manja Puan Siti Zubaidah dari dapur yang bertanya kepada Encik Samad itu jelas kedengaran.
" Qashaf datang ni yang. Buat air "
Balas Encik Samad yang menjawab persoalan isterinya itu sekali gus menyuruh isterinya untuk menghidangkan minuman kepada tetamu mereka itu.
" Eh.. tak payah susah-susah pak cik.. Saya kejap je ni.. "
Kata Qashaf yang berasa agak tidak selesa.
" Alah , tak apa. Ha , marilah masuk "
Kata Encik Samad mempelawa Qashaf untuk duduk diruang tamu itu.
Diatas sofa berhadapan Encik Samad , Qashaf melabuhkan dirinya. Dengan wajah yang tersenyum , Encik Samad sekali lagi bersuara.
" ha.. ada apa hajat kamu datang rumah pakcik awal-awal pagi ni ? "
Soal Encik Samad yang ingin tahu mengenai keberadaan Qashaf dirumahnya diawal pagi itu.
Qashaf yang mendengarkan itu lantas tersenyum manis melihat wajah Encik Samad. Lalu Qashaf pun berterus terang mengenai kehadirannya itu.
" Ouhh.. Sebenarnya ...,
Kata-kata Qashaf terhenti seketika. Nafas Qashaf ditarik dalam. Gementarnya kian dirasa oleh Qashaf. Lalu dihembus perlahan-lahan.
Share this novel