" and... yeah aku duduk la dekat kerusi panjang depan Mr.Dakgalbi tu. Sebab serius kepala aku sakit sampai tak boleh bukak mata. Aku duduk kejap. "
" then.. aku ingatkan aku mimpi.. aku dengar suara Qash. Dia tanya aku okay ke tak. Suara dia.. sama macam suara dia yang dulu. The soft one.. "
" Then dia pun tinggal aku kejap and drive kereta dia sampai dekat pintu masuk utama. Dia pun papah aku masuk kereta dia. Dia cakap la nak hantar aku balik. Aku separuh sedar dah masa tu.. "
" Serius aku ingat tu semua mimpi... Aku minta maaf sangat sebab dah susahkan korang.. buat korang risau lagi.. I'm sorry. "
Dengan panjang lebar Felisha menceritakan apa yang dia rasakan.Â
" I see. It's okay Sha. Tak perlu minta maaf. "
Suara Raidhatul jelas kedengaran dicorong panggilan tersebut.
" Betul tu. Yang penting. Kau selamat balik semalam. "
Sokong Qhadif yang bersetuju dengan Raidhatul.
" Yeah , tak perlu minta maaf.. kau pun separuh sedar kan masa tu. It's okay Sha. "
Ujar Anizira yang juga merasakan bahawa Felisha tidak perlu untuk meminta maaf kepada mereka kerana dimata mereka , ianya bukanlah salah Felisha.
" Aaaa thank you korang..! "
Balas Felisha dengan nada manja dan riang.
" Not a big deal. "
Jawab Qhadif dengan ringkas.
" Nah , no need to be thanks for "
Jawab Raidhatul dengan santai.
" Your welcome Sha ! "
Jawab Anizira yang membalas ucapan terima kasih Felisha itu.
" Hm by the way.. aku tak tau macam mana nak react depan Qashaf tho. "
" Yes aku rindu sangat dekat dia. But.. "
" hati aku sakit bila ingat balik dia ignore aku semua tu .. "
" Aku sayang dia. Aku rindu sangat dekat dia. Tapii haih aku tak tahu la. "
Dengan panjang lebar Felisha meluahkan perasaannya kepada Raidhatul , Anizira dan Qhadif mengenai dirinya yang keliru dengan apa yang dirasa.
" Kau nak kitorang datang ke ? "
Pelawa Anizira secara spontan.
" Boleh kee ? Nakkkkk korang datanglah cepatttt ! Teman akuuuu. Aku rasa awkward gila niii "
Jawab Felisha dengan lantang yang meminta tiga sahabatnya itu datang bertandang dirumahnya kerana dia berasa tidak selesa dengan kehadiran Qashaf.
" Aku on je "
Ujar Raidhatul yang bersetuju untuk menemani Felisha.
" You on tak ? "
Soal Anizira kepada Qhadif dengan nada lembut.
" I okay je "
Balas Qhadif yang turut bersetuju.
" Yeayyyy ! "
Jerit Felisha dengan riang apabila ketiga-tiga sahabatnya itu bersetuju untuk datang bertandang ke rumahnya.
" Ha , kalau macam tu you siap-siap la. Nanti I datang ambik. Kau sekali Rai. Jap lagi aku datang ambik "
Arah Qhadif kepada Anizira dan Raidhatul sekali gus mempelawa dirinya untuk mengambil buah hatinya , Anizira dan sahabatnya itu.
" ha , okay "
Jawab Anizira dan Raidhatul secara serentak.
( TokTOK )
Pintu bilik Felisha jelas kedengaran diketuk dengan sopan.
" Sha , buat apa berkurung dalam bilik tu ? Meh turun. Kita breakfast sekali. "
Ujar Puan Siti Zubaidah dengan nada lembut.
" Okay , aku end call dulu. Mak aku dah panggil. Bye "
Bisik Felisha kepada tiga sahabatnya yang masih berada diatas talian itu. Lalu dengan pantas Felisha mengatur langkahnya membuka pintu bilik itu.
" Ha , jom breakfast sekali."
Pelawa Puan Siti Zubaidah kepada Felisha dengan nada suara yang lembut dan wajah yang tersenyum.
" Em.. Sha tak lapar la maa.. "
Kata Felisha yang cuba untuk menolak pelawaan ibunya itu dengan sopan.
" Muka tu jangan monyok sangat. Qashaf ada dekat bawah tu. Mama dengan papa tak ajar tau layan tetamu macam tu. Lagipun Qashaf tu kan kawan Sha. "
" tak baiklah buat macam tu. Turun okay sayang ? "
Tegur Puan Siti Zubaidah terhadap sikap Felisha itu.
" Hm yelah. Kejap lagi Sha turun. Em. By the way Zira , Rai dengan Dif on the way datang sini tau ma.. Hehe "
Ujar Felisha yang akur dengan arahan ibunya itu sekali gus memberitahu bahawa tiga orang sahabatnya itu dalam perjalanan ke rumah mereka.
" Ouh.. Okay. Makanan banyak tu. Cakap dekat dorang jangan sarapan lagi. Sarapan dekat sini okay ? Dah , Sha pakai tudung cantik-cantik. Lepastu turun. Mama turun dulu. Jangan lama sangat..! "
Pesan Puan Siti Zubaidah kepada anak gadisnya itu dengan wajah yang tersenyum lebar.
Lalu Puan Siti Zubaidah pun mengatur langkahnya kembali ke dapur. Manakala Felisha dengan pantas menukarkan bajunya yang berlengan pendek itu kepada baju yang berlengan panjang dan menutup aurat.
Usai itu , Felisha pun menyarungkan tudung bawal berwarna hitam yang dipakai olehnya tempoh hari. Setelah siap , Felisha lantas mengorak langkahnya menuju ke dapur seperti yang diarahkan oleh ibunya sebentar tadi.
Tiba saja di meja makan , dihadapan Qashaf , Felisha melabuhkan dirinya. Lalu , Felisha menunjukkan wajahnya yang ketat kepada Qashaf. Qashaf yang melihat wajah Felisha itu hanya mampu tersenyum nipis meski hatinya sudah penuh dengan kata-kata.
" Sha.. dah bencikan aku ke ? "
" Sha.. tak suka ke aku datang balik dekat dia ? "
Bersama riak wajah yang jelas kekekcawaan itu , Qashaf merenung ke arah Felisha.
" Ouh .. jadi lepas ni Qashaf nak belajar dekat Malaysia ke sambung luar negara ?
Soal Encik Samad kepada Qashaf dengan perasaan ingin tahu.
Dengan pantas , Qashaf mengalihkan pandangannya kepada Encik Samad yang berada disamping Felisha itu.
"Â Qashaf.. Kalau boleh nak belajar dekat Malaysia je. Dekat Universiti Malaya. "
" Tapi , kalau dapat tawaran sambung dekat Jordan.. Maybe Qashaf akan pergi belajar dekat sana. "
Terang Qashaf mengenai hala tujunya untuk sambung belajar itu.
" Ouh.. Betul jugak tu. Sebab bukan senang kan nak dapat tawaran belajar luar negara. "
Celah Ziyad yang bersetuju dengan rancangan Qashaf dalam melanjutkan pelajarannya itu.
" Sha pulak ? Nak sambung belajar dekat mana ? "
Secara tiba-tiba , Qashaf mengajukan soalan itu kepada Felisha yang sedang menunduk dan makan dengan sopan dihadapannya.
Pandangan Qashaf kini tertumpu kepada Felisha. Dengan perlahan Felisha mengangkat wajahnya dan berkata dengan nada suara yang mendatar.
" Tengok la macam mana. Tak plan lagi. "
Usai itu Felisha pun kembali menundukkan wajahnya dan sambung makan seakan tiada apa-apa.
Encik Samad yang melihat perilaku anak gadisnya yang tiba-tiba menjadi sangat dingin terhadap Qashaf itu lantas mencuit lengan kanan anaknya dengan lembut.
" Sha.. Apa cakap dengan Qashaf macam tu ? Haih jawab la elok-elok Sha. "
Nasihat Encik Samad kepada Felisha dengan nada suara yang perlahan.
Felisha pun dengan pantas memandang semula wajah Qashaf dan berkata dengan nada perlahan serta wajah yang berhias senyuman.
" Qashaf , Sha tak plan lagi nak sambung belajar dekat mana. "
Qashaf yang melihat gelagat Felisha itu langas tertawa kecil. Lalu , Qashaf pun bertanya lagi.
" Sha nak ambik course apa nanti ? "
Sekali lagi dengan wajah yang tersenyum lebar Felisha berkata.
" Ouh. Sha nak ambik course penulisan kreatif. "
Qashaf yang masih memandang ke arah Felisha itu mengeherotkan pipinya hingga mengukirnya segaris senyuman nipis setelah mendengarkan jawapan Felisha itu.
" Sha.. nak jadi penulis novel kan ? "
Tanya Qashaf yang meneka pekerjaan yang hendak Felisha ceburi itu. Kerana Qashaf sendiri tahu bahawa Felisha sangatlah berbakat dalam bidang penulisan. Lebih-lebih lagi dalam menulis puisi.
Share this novel