Bab 18

Drama Completed 10189

Hari demi hari berlalu. Bulan bersilih ganti. Sudah hampir 2 bulan Qashaf dan Felisha sepi tanpa khabar berita.

Rindu ? Sayang ? Masih saja menetap diruang hati kedua-dua jiwa remaja itu. Namun tidak lagi sesedih diawal waktu dahulu.

Qashaf dan Felisha kini lebih bertenang dan berjaya mengawal perasaan mereka. Meski begitu , ada masanya tumpah juga genang air mata mereka yang nenangisi rindu yang tak terubat itu.

Berbekalkan memori dan secebis bukti. Pesanan mesej dan beberapa keping gambar berdua ditatap dengan mata yang berkaca.

Telinga yang terpasang disumbatnya earphone. Lagu-lagu kegemaran mereka dibuka dan didengarkan berulang kali. Lalu , pesanan suara yang lama dibuka dan dihayati setiap bait kata.

" Helo sayanggg "

Suara Qashaf yang manja dan lembut itu diulang berkali-kali oleh Felisha. Pesanan suara yang masih tersimpan itu adalah kegemaran Felisha.

Rindu. Tapi tak mampu untuk bertegur. Yang mampu hanyalah diam. Dan terus membisu agar keadaan yang menghimpit ini tidak lagi membuatkan Qashaf dan Felisha tersepit dan terluka.

" Assalamualaikum , Kesayangan saya. Felisha Aireena Binti Samad. Hm. How are you today ? Sihat ? Buat ape tu ? Dah makan ? Is everything okay ? I hope you're just fine. Em.. Harini kann. Qashaf penat sangat. Jadual packed ! Dengan handle programs lagi.. Homework pun tak nak kalah. Latihat debat lagi.. Felisha pulak macam mana ? Okay ke tu ? Sha ..., jaga diri tau ? Qashaf sayang Felisha. Banyak-banyak ! ehehehe "

Tulis Qashaf sambil tersenyum tersipu malu apabila menulis diarinya. Meski Qashaf sudah terlalu penat dengan tugasan hariannya , tetap saja dia akan mencari masa untuk menuliskan setiap peristiwa yang dilaluinya dan sedikit luahan hatinya terhadap Felisha yang tak tercapai dengan aksara.

Buat Qashaf , Felisha bukanlah sekadar gadis yang telah berjaya mencuri hatinya. Malah , Felisha telah membuka matanya untuk melihat setiap sudut dalam kehidupannya sebagai sesuatu yang indah.

Felisha adalah gadis pertama yang berjaya membuatkan Qashaf berasa benar-benar selesa ketika berada disampingnya.

Felisha jugalah seorang gadis yang telah menunjukkan Qashaf bahawa dia juga layak dilayan seperti yang lainnya. Dia juga tidak perlu terlalu memalsukan personalitinya untuk memenuhi expectations orang disekelilingnya.

Bersama Felisha , Qashaf adalah diri Qashaf yang sebenar. Dimana gurauannya adalah spontan. Jika hendak menangis meski hanya perkara kecil , maka dia akan menangis. Apabila terasa ingin tertawa sekuat hati , Qashaf tidak perlu bimbang dan hanya tertawa.

Dunia yang telah Felisha tunjukkan kepada Qashaf disaat mereka berdua bersama adalah sebuah dunia yang sangat indah buat Qashaf. Kerna itu , Felisha tetap saja menetap dihati Qashaf.

" Felisha. Kau tulis ape tu ? "

Soal Aufia kepada Felisha sambil menjenguk helaian kertas yang dipegang oleh Felisha itu.

" Uh ha ? "

Soalan Aufia dibalas dengan soalan. Walaubagaimanapun , Aufia telah berjaya menyedarkan Felisha dari lamunan panjang.

" Aku tanya , kau tulis ape ? "

Jelas Aufia kepada Felisha sambil tangannya menarik perlahan kertas yang dipegang oleh Felisha tadi.

" Ouh. uhm. Aku tulis puisi. "

Jawab Felisha bernada perlahan sambil melihat Aufia yang sedang ralit membaca puisinya itu.

Wajah Aufia yang begitu tekun membaca puisi Felisha itu lantas membuatkan Felisha tersenyum nipis.

" Sha ! Kenapa sweet sangat ni ?! "

" Kau tulis untuk siapaaaa ?! "

Soal Aufia dengan wajah yang tersenyum lebar.

" Sweet eh ? heheheh "

" em.. Aku tulis... untuk... crush aku. hahaha "

Jawab Felisha sambil tertawa kecil.

"      Bila berjauhan terasa rindu
       Bila berjumpa terasa malu
       Sebuah kisah yang tidak terancang
       Namun dengan izin Tuhan
       Terciptalah " Kita ".                                      "

Ujar Aufia yang membacakan puisi Felisha dengan kuat.

" Aaaa sweet laaa "

" aku tak boleh move onnn ! "

Kata Aufia kepada Felisha dengan penuh semangat.

Felisha yang melihat gelagat rakannya itu hanya tersenyum nipis.

Sedang Felisha tersenyum sendiri melihat Aufia , tiba-tiba Firash datang dari belakang dan duduk disebelahnya.

" Rancak borak ? Nak join boleh "

Tegur Firash yang ingin tahu akan apa yang sedang dibualkan oleh Felisha dan Aufia hingga Aufia tersenyum lebar begitu.

" Ni haaa Felisha punya puisi ni ! "

Jelas Aufia sambil menunjukkan helaian kertas yang bertulis puisi Felisha itu.

Lalu Aufia menghulurkan kertas tersebut kepada Firash dan berkata.

" Sweet giler tho Firash ! Cuba kau baca "

Tanpa berfikir panjang pelawaan Aufia untuk membaca puisi yang ditulis oleh Felisha itu diambil oleh Firash.

Dengan pantas puisi itu dibaca oleh Firash. Lalu segaris senyuman nipis terukir diwajah Firash.

"         Kerna pandangan ku pada kamu
          Telah dikaburi dengan rasa
          Hingga yang tinggal pada kamu
         Cuma kesempurnaan
         Tanpa sebarang cela.

         Semoga saja kamu
        Tetap menjadi putera
        Dalam hidup ku.                                           "

Puisi Felisha sekali lagi dibacakan dengan kuat. Tapi kali ini , ia dibacakan oleh Firash. Berukir senyuman Firash memandang Felisha.

Lalu Firash bersuara dan berkata.

" Kerna cinta itu buta. Kamu kini adalah manusia paling sempurna. "

Kata-kata Firash telah berjaya membuatkan Felisha terkedu.

" wow , Firash ! hahaha "

Kata Felisha sambil tertawa kecil.

" Untunglah Putera yang dah berjaya tawan hati kau tu ! "

" sudah lah dapat hati , dituliskan puisi lagi. Haih nak cemburu boleh tak ? "

Kata Firash kepada Felisha dengan senyuman lebar.

" Hahaha melebih la kau ni "

Jawab Felisha sambil tertawa.

" kan best , kalau Putera yang kau maksudkan tu adalah aku ? "

Desis hati Firash sambil merenung Felisha yang tertawa riang dihadapannya itu.

" Felisha ! Tengok ni ! "

Jerit Amar dari luar kelas memanggil Felisha dengan penuh riang itu telah menghentikan renungan Firash terhadap Felisha.

Dengan pantas langkah mendekati meja Felisha diambil oleh Amar.

" Felishaaaa ! "

Jerit Amar sekali lagi dengan teruja.

" Tengok ni ! Puisi kau ! Dah 100 views ! Congrates Felisha ! "

Terang Amar sambil menunjukkan paparan telefonnya itu.

Memandangkan hari itu adalah sekadar kelas tambahan Sabtu yang khusus untuk pelajar tingkatan 5 sebagai persediaan awal menghadapi SPM , penggunaan telefon diwaktu rehat adalah dibenarkan.

Felisha yang melihat video puisinya yang baru sahaja dimuat naik beberapa jam yang lalu lantas tersenyum dengan mata yang berkaca.

Perasaan yang dirasakan oleh Felisha disaat ini , tidak dapat digambarkan dengan kata. Bahagia , syukur , juga terharu. Segalanya telah bercampur aduk.

Suara Amar yang kuat tadi , telah berjaya menarik rakan sekelas Felisha yang lain dan dengan pantas mereka berkerumun disisi Felisha.

Ucapan tahniah terus diterima oleh Felisha. Akibat perasaan yang terlalu terharu , genangan air mata Felisha akhirnya pecah membasahi pipinya.

Siapa sangka puisi yang sekadar ditulis bagi meluahkan segala perasaan dihati itu disukai ,  ditonton oleh puluhan orang dan menerima komen-komen positif.

Meski sudah 2 video puisinya dimuat naik tidak mendapat sambutan , Felisha tetap sahaja meneruskan minatnya itu setelah menerima sokongan dari 3 orang sahabat baiknya iaitu Raidhatul , Anizira dan Qhadif.

Tidak lupa juga , Qashaf Alfian. Yang telah berjaya membuka mata Felisha untuk mengejar minatnya itu. Meski Felisha agak terlewat dalam menerima nasihat Qashaf itu , hasilnya tetap sahaja membuatkan Felisha bahagia hingga tak terkata.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience