Seperti Felisha , Qashaf juga yakin bahawa suara yang didengarinya tadi adalah suara Felisha. Tapi , entah bagaimana gadis yang dilihatnya itu bukan Felisha.
" Ya Allah. Sesungguhnya.. "
Nafas ditarik sedalam-dalamnya oleh Qashaf sedang matanya merenung tepat kearah corak diatas sejadah itu. Dengsn perlahan nafasnya dihembuskan.
" sesungguhnya aku akur akan setiap ketentuan-Mu Ya Allah.. "
Kata Qashaf yang menyambung ayatnya sebentar tadi. Hatinya yang terasa resah , keliru dan rindu yang membuak-membuak itu diusap lembut dengan riak wajah yang berkerut.
Perlahan-lahan Qashaf membacakan surah Al-Fatihah sedang tangan kanannya mengusap lembut bahagian dadanya. Usai membacakan surah Al-Fatihah itu , nama penuh Felisha disebut.
" Felisha Aireena binti Samad "
" Ya Allah. Aku rindukan dia. Tapi , adakah dia juga merindukan aku ? "
" kurangkanlah kerinduan dan cinta ini andai ia melampaui batas-Mu Ya Allah. "
Ucap Qashaf dengan suara yang perlahan.
Sedang Felisha masih merenung jauh ke siling yang serba putih itu , telefon pintarnya tiba-tiba sahaja berdering menandakan masuknya pesanan ringkas.
Tanpa berfikir panjang , telefon pintar yang berada diatas kabinet itu diambil dan dilihan paparan itu. Nama Firash jelas tertera dipaparan itu.
" Assalamualaikum Sha. Congrates ! "
Sejurus mesej itu dibuka , Felisha membaca pesanan tekas yang dihantarkan oleh Firash itu. Firash mengucapkan tahniah atas kejayaan yang telah dicapai oleh Felisha.
" Waalaikumsalam. Thank you Firash. Congrates too kau pun dapat keputusan cemerlang right ? "
Dengan pantas jari Felisha menaip pesanan teks itu lalu dihantarkan kepada Firash.
" huhu thanks too. em aku sebenarnya nak ajak kau keluar dengan aku esok. Kau nak ? "
Balas Firash yang cuba mengajak Felisha untuk keluar bersamanya pada esok hari.
" Siapa lagi yang ada ? "
" Kemana ? "
" Untuk ape ? "
Satu persatu persoalan dilontarkan oleh Felisha secara bertubi-tubi.
" Kita dua je la. Kita pergi Aeon nak ? Aku nak tengok movie. Don't worry. Aku dah ade lesen aku drive nanti. "
" Jom la Shaa teman akuu pleaseee "
Terang Firash sekali gus memujuk Felisha agar keluar bersamanya pada keesokan harinya itu.
" Tak nak lah. Nanti orang ingat aku keluar date dengan kau. Tak nak tak nak. Lagipun esok aku , Rai , Zira dengan Dif nak keluar esok. "
Jawab Felisha yang menolak pelawaan Firash yang mahu untuk keluar bersamanya pada keesokan harinya itu.
" Hm yelah. "
Balas Firash dengan ringkas. Firash yang kecewa lantas menutup telefon pintarnya itu dan merenung keluar jendela dengan wajah yang kecewa.
" Huh. "
Keluh Firash dengan kuat sambil bertungkat dagu.
" Susah sangat ke kau nak bagi aku peluang untuk bahagiakan kau Sha ? "
" Aku cuma nak satu peluang je Sha. "
" Satu je... "
Desis hati Firash yang sedang kecewa akibat pelawaannya ditolak setelah beberapa kali mencuba. Ya , ini bukanlah kali peetama Felisha menolak pelawaan Firash untuk keluar bersamanya.
Tetap Firash yang benar-benar sudah jatuh hati pada Felisha itu tidak pernah berputus asa dalam mengejar cinta Felisha. Kerana buat Firash , Felisha adalah gadis pertama yang berjaya membuat hatinya tidak keruan.
Matahari berganti bulan , malam kini menjelma. Sedang Felisha melihat paparan mesejnya di aplikasi WhatsApp , mesej diantara dirinya dan Firash jelas kelihatan diruangan " archived "
Entah bagaimana , dihari itu Felisha membuat keputusan untuk membuka semula ruangan mesej itu pada jam 12 pagi.
Sejak diawal permulaan mesej itu , satu persatu pesanan mesej itu dibaca dengan teliti. Satu persatu juga pesanan suara yang dihantar oleh Qashaf itu didengarkan Felisha.
Gambar-gambar yang pernah dikongsi , gambar pertama mereka berdua yang diambil ketika mereka berdua menghadiri sebuah kem perkemahan dan menjadi rakan sekumpulan.
Lalu , gambar-gambar ketika " first date " mereka juga jelas kelihatan cantik tersusun. Gambar dan video-video yang telah dagabungkan hingga menjadi sebuah video panjang dan diletakkan lagi kegemaran Qashaf itu lantas ditekan oleh Felisha.
Melihat video tersebut , telah berjaya membuatkan air mata Felisha bertakung dan mengalir dengan deras.
Setelah selesai melihat video tersebut , mata Felisha lantas dipejamkan serapat rapatnya hingga yang telihat hanyalah kegelapan. Air mata Felisha , tetap sahaja mengalir membasahi pipinya.
" hari ini , aku kalah dengan rindu. "
" i miss you so much. "
" and .., i miss us. "
Dengan suara yang sengau dan serak Felisha mengucapkan kata-kata itu bernada perlahan.
Selepas hampir sepuluh minit menangisi rindu , Felisha yang sudah teresak-esak itu lantas duduk dan mengusap lembut air matanya yang masih mengalir perlahan.
Dengan tegak Felisha berdiru dan mengatur langkahnya mendekati meja belajar yang sudah kosong itu. Buku diari biru dicapai lalu dibuka satu persatu helaian tersebut.
Gambar polaroid antara Felisha dan Qashaf yang tertampal diusap lembut oleh tangan kanan Felisha.
Resit yang tertampal dibuka dan dilihat. Iya , resit buku yang Felisha hadiahkan untuk dirinya dan Qashaf. Satu set buku yang sama.
Selepas menyelak helaian demi helaian buku itu , Felisha akhirnya tiba dimuka surat yang kosong.
Dengan pantas sebatang pen berwarna hitam digenggam erat Felisha. Lalu menarilah sang pena itu menulis surat luahan hati Felisha untuk Qashaf , yang jauh dari jarak pandangnya.
" Assalamualaikum , Qashaf Alfian bin Murad yang saya sayangi. Apa khabar awak disana ? Sihat tak ? Rindu Sha ? Cause.. I missed you. A lot... "
Begitulah permulaan disetiap surat yang dituliskan oleh Felisha didalam diari berwarna biru itu.
Satu persatu peristiwa yang berlaku diceritakan oleh Felisha ke atas helaian kertas bersih itu.
Cara Felisha menulis diatas kertas itu , sama seperti Felisha sedang bercerita kepada Qashaf bagaimana tentang harinya.
Air mata yang masih mengalir diseka oleh tangan kanan Felisha agar tidak setitik pun air matanya terkena pada permukaan buku itu.
Riak wajah Felisha disaat menulis itu , tidak ubah seperti sedang berbicara dihadapan Qashaf. Senyumnya lebar , hingga menampakkan lesung pipitnya yang dalam itu.
Buat Felisha , setiap bait kata yang dituliskan diatas helaian buku tersebut adalah kata-kata yang ingin dikatakan kepada Qashaf.
Menulis , adalah salah satu cara yang mampu membantu Felisha mengurangkan rindunya terhadap Qashaf yang membuak-buak itu.
" Hari ini , aku. Felisha Aireena , sekali lagi kalah dengan rindu terhadap kamu. Satu-satunya lelaki yang berjaya membuatkan aku menanti hingga ke saat ini. Dan mungkin hingga ke nafas terakhir ku. "
" semoga , awak baik-baik saja. Love , and miss you so much. Take care my love. Sweet dreams. Semoga juga , kita berjumpa lagi dialam mimpi. Agar , rindu yang menggunung mampu menjadi tanah yang rata. "
" Selamat malam , duhai pemilik hati ini "
Itulah , coretan yang Felisha tuliskan setelah ouas bercerita bagaimana harinya berlalu pada hari itu. Dengan wajah yang berukir senyum dan berhias lesung pipit , Felisha mengusap lembut air mata yang bersisa.
Pen diletakkan dan buku diari biru itu ditutup dengan penuh berhati-hati. Lalu diciumnya kulit buku itu sebelum diletakkan dengan rapi diatas meja itu.
Selesai meluahkan isi hati , Felisha kini telab bersedia untuk mengembara ke alam mimpi dan mencari putera yang bertakhta dihatinya itu dialam mimpi. Kerana , buat Felisha hanya mimpi dan kenangan yang mampu menemukan mereka berdua.
Share this novel