" Aku pun mintak maaf. Aku tak patut lepaskan marah aku dekat korang. Aku sebenarnya marahkan diri aku.. Maafkan aku.. "
Ujar Qashaf kepada Am dan Luq yang turut memohon maaf dan mengakui kesilapannya. Qashaf sedar bahawa dia tidak sepatutnya memarahi dua sahabatnya itu.
Kerana apa pun yang terjadi , perkara tersebut terjadi kerana dirinya yang setuju akan cadangan dua sahabatnya itu.
" Dah.. Sekarang , semua kosong-kosong okay ? "
Kata Am yang cuba untuk menghentikan drama antara mereka bertiga itu.
" Perut aku dah bergendang ni. Korang berdua tak lapar ke ? "
Soal Am kepada Qashaf dan Luq sambil menggosok perutnya itu.
" Aku pun lapar jugak ni. Dua hari takde selera makan tau "
Jawab Luq sambil tertawa kecil.
" Eleh kau propa lebih Hahahah "
Sindir Qashaf kepada Luq sambil tertawa kecil.
" Ha baik kita pergi beli makanan , lepastu makan. Sebelum perut aku ni tukar jadi musik rock kejap lagi. "
Qashaf dan Luq yang mendengarkan kata-kata Am lantas meletuslah ketawa antara mereka bertiga.
Lalu Qashaf , Luq dan Am bergegas membeli makanan dan duduk makan bersama-sama. Dengan semudah itu , hubungan persahabatan antara mereka bertiga langsung pulih seperti sedia kala.
" Hello ? You ? Tido ke ? "
Suara Anizira jelas kedengaran dicorong talian dengan nada suara yang perlahan.
" Youu ? "
Panggil Anizira sekali lagi yang ingin memastikan jika Qhadif sudah benar-benar tidur atau belum.
Namun , setelah beberapa kali panggilannya tidak disambut oleh Qadhif , secara automatik Anizira menganggap bahawa Qhadif sudah tertidur.
Lalu Anizira pun mengucapkan ucapan selamat malam kepada teman lelakinya itu dengan nada yang lemah lembut.
" Goodnight my love. Sleep tight. Love you. "
Selepas mengatakan itu , Anizira tanpa disedari pipinya telah diherotoan hingga mengukir segaris senyuman indah sendirian.
" Ehmm , goodnight sayang. Love you more. Mmwaah "
Jawab Qhadif secara tiba-tiba dengan suara yang serak basah akibat sudah mamai itu.
Anizira yang telah menganggap Qhadif sudah tertidur itu semakin lebar senyuman yang terukir diwajahnya setelah mendengarkan ucapan selamat malam dari teman lelakinya.
Lalu , Anizira dan Qhadif pun tidur tanpa mematikan panggilan diatas talian itu. Perkara itu , merupakan perkara biasa buat mereka berdua.
Terkadangnya , mereka tersedar apabila mendengar salah seorang mengigau , atau bangun dari tidur.
Setiap pagi pula , mereka berdua pasti akan saling mengejutkan satu sama lain untuk bangun solat Subuh dan bersiap sedia untuk ke sekolah.
Buat Qhadif , Anizira adalah orang terakhir yang akan berbual dengan dirinya. Dan Anizira jugalah orang pertama yang akan mengucapkan selamat pagi kepadanya disetiap pagi. Begitu jugalah apa yang dirasakan oleh Anizira.
Manakala Raidhatul pula , tetap saja akan berbalas balas mesej bersama " crush " nya dua hari sekali.
Oleh kerana Raidhatul tidak bersedia untuk sebarang komitmen , keputusan untuk kekal sebagai " crush " merupakan keputusan yang terbaik untuk dirinya dan Harith. Memandangkan SPM semakin hampir.
Meski terkadangnya hubungan antara Raidhatul dan Harith tiba-tiba sahaja menjadi dingin dan tidak berhubung selama beberapa hari , setiap kali mereka kembali berbalas mesej , hubungan antara mereka berdua pasti akan kembali baik-baik sahaja seperti tiada apa yang berlaku.
Felisha dan Qashaf ? Tetap sahaja sunyi tanpa khabar berita. Ego , penyesalan , marah , kecewa , salah faham dan terpisahnya dua jasad ini oleh jarak membuatkan hubungan mereka semakin renggang.
Sedang hati ? Sentiasa merindu setengah mati. Buat Felisha , sudah cukup segala usaha yang telah disia-siakan oleh Qashaf untuk membaiki hubungan antara mereka berdua itu. Sudah tiba masanya untuk Felisha duduk berdiam dan hanya melihat Qashaf untuk menunjukkan usahanya pula.
Namun buat Qashaf , terlalu banyak perkara yang harus difikirkannya. Sehingga Qashaf merasakan bahawa mereka berdua masih mentah dan belum bersedia untuk semua ini.
Tidak cukup dengan itu , segala apa yang telah dilakukan olehnya terhadap Felisha itu turut memberi kesan kepada dirinya. Qashaf bimbang , andai luka dihati Felisha hanya akan bertambah dalam dengan kehadirannya disaat ini.
Kerna itu , buat dua jasad remaja ini sekarang bukanlah waktu yang tepat untuk buat mereka berdua. Mereka berdua percaya , andai sudah ditakdirkan mereka berdua sudah berjodoh , pasti sahaja tidak akan kemana-mana.
Selagi perasaan sayang masih wujud didasar hati mereka , selagi itu doa dipinta agar Tuhan , mempertemukan mereka berdua diwaktu yang tepat. Iaitu , apabila mereka berdua sudah bersedia untuk ke tahap seterusnya.
Pejam celik , waktu dengan pantasnya berlalu. SPM , kini sudah didepan mata.
Buat semua pelajar ditingkatan 5 seluruh Malaysia , peperiksaan ini adalah penentuan untuk masa depan mereka. Debaran kian terasa , satu demi satu subjek peperiksaan itu dijawab dengan tenang dari hari ke hari.
Setelah hampir sebulan bertempur di bilik peperiksaan , SPM akhirnya tiba dipenghujung.
Lalu , tamatlah cerita alam persekolahan buat para pelajar ditingkatan 5. Dan bermulalah episod mengenal dunia yang sebenar buat mereka.
" Haaa leganya weyh dah habis SPM ! "
Ujar Felisha dengan riang kepada Raidhatul , Anizira dan Qhadif.
Selang sehari setelah tamatnya peperiksaan SPM itu , Felisha , Raidhatul , Anizira dan Qhadif membuat keputusan untuk menyambut pencapaian mereka disebuah resetoran sekitar area rumah mereka.
" Ye weyh. Finally habis jugak zaman sekolah kita. Hahahaha "
Balas Raidhatul sambil tertawa melihat Felisha.
" Ha korang dua lepas ni dah boleh kahwin la dah habis SPM kan ! HAHAHAH "
Usik Felisha kepada Anizira dan Qadhif yaang sedang menikmati makanan itu.
" Aku okay je tapi tu la Zira ni ha. Tanya dia. Hahaha "
Jawab Qhadif sambil tersenyum nakal memandang kearah Anizira.
" Belajar , kerja dulu. Baru boleh kahwin. "
Balas Anizira dengan serious.
" Alah , takde chance la aku nak tengok kau buat macam yang viral tuu "
Kata Felisha dengan nada yang agak sedih.
" Yang mana ? "
Tanya Anizira dengan nada mendatar.
" Alaa yang mulut muncung pastu cakap makk nak kawennnn "
" Hahahah "
Entah bagaimana jawapan yang keluar dari bibir Felisha itu telah berjaya membuatkan ketiga-tiga sahabatnya ketawa berdekah.
" Bongok la Sha ! HAHAHAHA "
Jerit Raidhatul sambil tertawa dengan kuat.
Setelah beberapa minit tertawa mereka berempat akhirnya terasa lenguh dibahagian pipi akibat terlalu lama tertawa.
Lalu mereka bertiga pun berehat sebentar. Tidak lama selepas itu , ketika suasana diantara mereka berempat sedang sunyi , Raidhatul secara tiba-tiba bersuara.
" Nanti Zira dengan Dif dah kahwin , aku pulak kahwin "
Ujar Raidhatul dengan nada serious itu telah berjaya menarik perhatian ketiga-tiga orang sahabtnya itu.
Dengan wajah yang berkerut Felisha , Anizira dan Qhadif memandang Raidhatul yang sedang tersenyum nipis.
" Uuu kau nak kahwin dengan siapa tewww "
Soal Anizira kepada Raidhatul dengan nada mengusik.
" Dengan Harith la crush akuuu ! ahahaha "
Jawab Raidhatul dengan nada riang dan wajah yang tersengih panjang.
Share this novel