" HOI ! "
Jerit Firash sambil menepuk kaunter koperasi dihadapan Felisha itu telah berjaya menghentikan lamunan Felisha.
Dengan wajah yang ketat Felisha merenung tajam ke arah Firash yang tertawa melihat Felisha terkejut tadi.
" ish kau ni. "
Kata Felisha yang seakan-akan merungut.
" Apa ? Aku apa ? "
Soal Firash dengan wajah yang tersengih panjang.
" Ni , dah siap. Kau punya termenung tu dah sampai ke bulan ye. "
Sindir Firash sambil tertawa kepada Felisha.
" Ish bak sini. "
Ujar Felisha sambil merampas kertas-kertas kerja yang telah siap dicetak itu. Dengan pantas Felisha mengatur langkahnya kembali ke bilik guru untuk memulangkan pas keluar milik Puan Kalsum itu.
Namun malangnya , Puan Kalsum sudah tidak lagi berada di meja tersebut.
" aduh , macam mana ni. "
Rungut Felisha yang tidak tahu hendak berbuat apa dengan pas keluar yang berada ditangannya. Jika ditinggalkan diatas meja , mungkin nanti akan hilang atau diambil oleh pelajar lain.
Sedang Felisha berusaha mengerah idea yang bernas dan mencari keputusan yang tepat , Firsah lantas mencelah dan berkata
" bak sini pas tu. Nanti aku bagi cikgu. Dah jom masuk kelas. "
Kata Firash dengan selamba sambil merampas pas keluar itu dari genggaman tangan kiri Felisha.
Lalu Felisha dan Firash pun bergegas pulang ke kelas 5 Angkasa dan meneruskan sesi pembelajaran.
Beberapa minggu telah pun berlalu dengan pantasnya. Hubungan Felisha dan Qashaf yang dulunya bagai ditaburi bunga , kini yang tinggalnya hanyalah sebuah cahaya pengharapan hanya pada Allah.
Felisha dan Qashaf tidak lagi saling menghubungi dan berkongsi cerita seperti sedia kala. Felisha dan Qashaf , tersepit akan situasi dan komitmen yang menghimpit.
Meski kedua-dua hati saling merindu , namun kedua-duanya hanya diam bagai tiada apa. Diam tanpa sebarang khabar.
Kesetiaan Qashaf dan Felisha kini diuji.
" Ya Allah. Aku rindu Felisha. Tapi aku tahu rindu ini tidak sepatutnya ada. Ya Allah... Hapuskanlah rasa rindu ini andai ia melampaui batas-Mu ya Allah.. "
" Ya Allah.. Jagakanlah dia untukku. Dan jagakanlah hatinya untuk ku.. Peliharalah jodoh antara kami berdua Ya Allah.. "
" Sesungguhnya.. Hanya pada-Mu aku berserah dan aku bermohon.. Makbulkanlah doa-doa ku ini Ya Allah.. Amin.. "
Lalu Qashaf meraup kasar wajahnya bagi mengaminkan doa-doanya tadi. Perlahan-lahan air mata yang mengalir dipipi Qashaf itu diseka lembut.
Kerinduan semakin membuak sedang masalah yang kecil pada awalnya , kini semakin membesar dan mencipta luka yang agak dalam.
Apa yang lebih menyakitkan adalah apabila rindu yang berbekas semakin menggunung tingginya. Namun jasad dihalang dari menghubungi satu sama lain oleh kerana sitausi yang tidak mengizinkan.
Bersama hati yang terluka bagaikan ditoreh itu , kedua-dua jiwa remaja yang saling mencinta ini menghadapi hari-hari mereka dengan penuh tanda tanya.
Seperti Qashaf , Felisha juga meluahkan rindunya pada Sang Pencipta. Diatas sejadahlah tempat Felisha menangis merintih rindu. Dan diatas sejadah juga doa agar jodoh antara mereka dipelihara.
Meski terlalu awal untuk mereka berdua berfikir soal jodoh. Namun begitu , apa yang dirasakan oleh kedua hati ini , hanya mereka yang tahu. Dan hanya mereka yang faham bagaimana sukar rasanya untuk menghakis setiap kenangan dan rasa cinta yang semakin menggebu itu.
" Aku tak kuat weyh. Apa salah aku sampai dia bluetick aku ? Malam tu elok je chat. Mengadu dekat aku dia demam and all.. "
" Dia online je. Takkan tak ada masa langsung nak reply ? Why tho. "
" Apa salah aku ... "
Luah Felisha kepada dua rakannya iaitu Anizira dan Raidhatul menerusi WhatsApp call.
" Aku mesej dia.. aku tanya dia demam dah kebah ke belum sebab dia kat asrama. Ubat takde. Aku risau. Salah ke ? "
Tambah Felisha yang masih tertanya-tanya dimanakah salahnya terhadap Qashaf sehingga dia mesejnya dibiarkan tanpa sebarang balasan dari Qashaf.
" Sha , kau kena sabar. Maybe dia tak sihat lagi.. Dia dekat asrama kan.. ? "
Ulas Raidhatul yang cuba untuk menolak pemikiran yang negatif dari minda Felisha.
" but.. "
Belum sempat Felisha menghabiskan ayatnya , Anizira pula mencelah dan berkata.
" Dia busy tu.. kau tunggu la hari Jumaat ke ? Okay ? "
Felisha yang mendengarkan itu hanya mampu berdiam diri dan menahan kesedihan yang dirasakannya.
" Sha , its okay.. Kau tunggu Jumaat ni. Tengok macam mana okay ? Dah.. Jangan fikir sangat okay ? "
Sekali lagi Raidhatul cuba untuk mempositifkan fikiran Felisha yang sudah hampir 90% negatif itu.
" Betul tu.. its okay Felisha. Its okay.. Kitorang ada je ni untuk kau okay ? "
Sokong Anizira akan apa yang dikatakan oleh Raidhatul itu sekaligus memberitahu Felisha bahawa mereka berdua akan sentiasa ada untuknya.
Felisha yang hanya berdiam dari tadi kini menjadi satu tanda tanya kepada Raidhatul dan Anizira.
" Hello , Sha ? "
Panggil Raidhatul untuk memastikan bahawa Felisha masih berada diatas talian.
Setelah beberapa saat , Felisha kembali menyaut dengan suara yang agak sengau dan perlahan.
" Ye. Aku ada je ni.."
Jawab Felisha secara ringkas.
" okaylah.. Aku nak tido.. aku penat.. Goodnight korang. Sayang korang. mwah "
Kata Felisha yang sebelum mengundurkan diri dari panggilan atas talian tersebut.
Lalu Raidhatul dan Anizira pun akur dan menjawab
" okay.. Goodnight. Sayang kau jugak mwah ! "
Dengan pantas panggilan Felisha dimatikan. Yang tinggal kini hanyalah Anizira dan Raidhatul.
Lalu berbuallah dua orang sahabat yang berasa agak bimbang akan seorang lagi sahabatnya itu yang tidak pernah bersedih sebegitu rupa.
" Weyh. Aku risau tho tengok Felisha macam tu.. "
Ujar Anizira yang membuka topik berkenaan Felisha.
" Tau.. aku pun risau jugak. Sebab dia tak pernah broken sampai macam tu.. Ego dia tu dah la tinggi. Aku kesian dekat dia.. "
Balas Raidhatul yang turut mengemukakan perasaan bimbangnya terhadap sikap Felisha yang agak murung disaat ini.
" Dia mesti dah sayang sangat dekat Qashaf kan ? "
Ujar Anizira menerusi apa yang telah diperhatikan olehnya terhadap Felisha.
" Itu lah.. Aku tak pernah nampak dia sayang lelaki sampai macam ni sekali tau. "
Balas Raidhatul yang menyokong kenyataan Anizira sebentar tadi.
" Haih.. takpe , she'll be fine. "
" Felisha tu kuat. Dia akan okay. "
" she'll heal "
Kata Raidhatul kepada Anizira.
" Yeah. She will. But for now .., she needs time to rest from everything tho. "
Tambah Anizira yang menerangkan tentang Felisha diketika ini.
" Yeah.. "
Balas Raidhatul yang sudah tidak tahu apa lagi yang hendak dikatakan berkenaan Felisha.
10 minit pun berlalu , setelah berborak panjang Anizira dan Raidhatul pun mengambil keputusan untuk mematikan panggilan dan tidur awal kerana esoknya adalah hari persekolahan.
Jam sudah pun menunjukkan tepat pukul 12 tengah malam. Felisha yang masih lagi berjaga hanya baring termenung melihat siling dibiliknya yang putih itu.
" why does it hurt so much ? "
Kata Felisha dengan nada suara yang serak dan sengau akibat menangis.
Share this novel