Bab 25

Drama Completed 10189

Pipi yang merah padam lantas diusap lembut oleh kedua-dua tangan Felisha.

Tidak cukup dengan itu , Firash dengan sengajanya duduk disebelah Felisha dan memandang Felisha dengan lama.

" Kau nak makan ape Sha ? Aku belanja. Kau cakap je okay ? "

Ujar Firash dengan nada suara yang lembut.
Anizira yang sedar akan keadaan pipi Felisha yang sudah merah itu lantas berbisik kepada Raidhatul.

" Weyh pipi Felisha dah merah tho. hahaha "

" Sha malu tu. Takkan dia cair dengan suara soft Firash kot. Hahahah "

Lalu meletuslah ketawa kecil antara Anizira dan Raidhatul.

" Sha ? Aku tanya ni. Pandang la aku "

Sekali lagi Firash bersuara. Walaubagaimanapun mata Firash tetap saja tertumpu kepada Felisha bersama segaris senyuman lebar.

" ha ? aaa... em a-aku okay je memana.. "

Jawab Felisha dengan tergagap-gagap sambil menghalakan wajahnya memandang wajah Firash.

Sejurus melihat pipi Felisha yang sudah kemerahan seperti memakai blusher itu , lantas meletuskan ketawa Firash.

" Sha , pipi kau "

" Asal merah-merah ni ? "

" Nak cendol keee ? "

" Hahahaha "

Dengan sengaja Firash mengusik Felisha menggunakan dialog video seorang gadis bermanja dengan buah hatinya yang pernah tular di media social itu.

" m-mane ade .. "

" eee kau ni "

Jawab Felisha dengan nada suara yang agak perlahan. Entah mengapa , Felisha sendiri tidak tahu mengapa pipinya terasa panas dan lisannya jadi tergagap secara tiba-tiba.

Mungkin , kerana Felisha malu apabila diusik oleh Anizira dan Raidhatul sebentar tadi. Atau mungkin , Felisha malu kepada Firash ? Tapi mengapa ?

Soalan demi persoalan ligat berlari-lari didalam akal fikiran Felisha.

" Okaylah aku balik dulu. Kau fikir la nak hadiah ape , nanti aku belikan okay ? "

Ujar Firash kepada Felisha dengan nada lembut sedang bibir mengukirkan segaris senyuman indah kepada Felisha yang sedang menunduk malu.

" aaa.. ok-okay.. "

Jawab Felisha secara perlahan dan tergagap-gagap sambil kepalanya diangguk perlahan.

Usai mendengarkan kata-kata Felisha , dengan pantas Firash nengatur langkahnya untuk pulang.

" Ha ! Mama tengok ape tuuu ! "

Sergah Firash sejurus memasuki sebuah kereta Avanza biru itu kepada ibunya , Puan Kalsum yang sedang ralit bermain telefon pintar.

" Mommy tak terkejut punn "

Jawab Puan Kalsum sambil mengalihkan pandangannya kepada Firash.

" Hahahah yela tuuu ! "

Sindir Firash sambil tertawa yang sengaja ingin bermesra dengan ibu kesayangannya itu.

Tanpa membuang masa , Puan Kalsum pun menghidupkan enjin keretanya dan menuju pulang ke rumah.

Sementara di kantin sekolah , Felisha yang sedang mengulangkaji bersama Anizira dan Raidhatul masih lagi diusik berkenaan pipinya yang memerah tadi.

" Sha , aku pelik lahhh "

Kata Raidhatul yang menyuarakan perasaannya secara tiba-tiba.

Felisha yang sedang tekun membaca buku sambil menyumbatkan roti kedalam mulutnya lantas mengalihkan padangannya kepada Raidhatul dengan dahi yang berkerut.

Lalu kening kanan Felisha diangkat sebagai tanda " kenapa ? "

Raidhatul yang menerima tanda persoalan Felisha itu pun menjawab.

" Takde la. pehal kau blushing tadi ? "

Soalan itu dilontarkan oleh Raidhatul dengan nada yang mendatar.

" Takkan kau suka dia kot ehehehe "

Anizira mencelah menyuarakan apa yang terlintas diakal fikirnya sambil tersengih panjang memandang Felisha.

" Em. Entahlah. Aku pun taktau. "

Jawab Felisha dengan ringkas dan nada suara yang mendatar. Dengan selambanya , Felisha kembali menyumbatkan roti kedalam mulutnya dan menumpukan perhatian kepada buku dihadapannya.

Sejujurnya , Felisha sendiri tidak tahu mengapa lidahnya tiba-tiba sahaja menjadi kelu dan pipinya tiba-tiba sahaja terasa panas.

Walaubagaimanapun , Felisha tetap sahaja memilih untuk mengabaikan perkara tersebut kerana buat Felisha , hatinya itu tetap saja untuk Qashaf Alfian.

Raidhatul dan Anizira yang mendengarkan jawapan Felisha yang seolah-olah tiada perasaan dan tidak terkesan dengan kata-kata mereka berdua sebentar tadi lantas berdiam diri.

Kedua-dua sahabat Felisha itu , seakan tahu sendiri jawapannya bahawa dihati Felisha itu , tetap sahaja tertulis nama Qashaf meski Qashaf sudah melukakan hatinya berulang kali.

Tiba sahaja dirumah , bilik dicari dahulu oleh Firash. Dengan pantas anak-anak tangga itu dinaiki dan tombol pintu biliknya dibuka perlahan.

Setelah memasuki ruang biliknya dengan perlahan beg galasnya diletakkan bersandar pada almari.

Diatas katil Firash duduk dan mencapai telefon pintarnya. Paparan telefon itu ditenung lama oleh Firash. Secara tiba-tiba , pipi Firash diherotkan hingga mengukirkan senyuman.

" ish cute pulak dia blushing tadi. "

" dah la tembam. eee aku cubit baru tau hahaha "

Bisik hati Firash sambil menatap paparan telefon pintarnya yang kosong itu.

" eh , wait. Apehal dengan aku ni ? "

Lantas Firash tersedar akan dirinya yang semakin aneh apabila teringat akan Felisha.

" Ah , lantaklah. Yang penting dia cute tadi ! ehehehe "

Bisik hati Firash yang dengan sengaja membiarkan perasaannya yang terasa agak aneh dengan dirinya itu sambil memeluk bantal busuknya dan tersengih seperti kerang busuk.

" Haih Felisha .. , Felisha.. "

" Kan best kalau aku adalah lelaki yang selalu kau sebutkan dalam puisi-puisi kau ..? hm. "

Keluh Firash secara tiba-tiba apabila teringat akan kenyataan bahawa sudah adanya seseorang yang bertakhta dihati Felisha itu.

" Ah , takpe. One day , dia mesti penat tunggu crush dia. Takpe Firash. Usaha tangga kejayaan ! HAHAHA "

Ujar Firash secara perlahan sambil tangan kirinya menepuk lembut dadanya sambil tetawa sendirian.

Tepat jam 3 petang , Qhadif pun tiba dikantin dan terus menuju ke arah meja yang diduduki oleh Anizira , Raidhatul dan Felisha setelah selesai mesyuarat antara biro pengawas.

Tiba sahaja dimeja itu disebelah Anizira dengan pantas dilabuhkan tubuh Qhadif.

" Hai korang study ape ni ? "

Soal Qadhif dengan nada mesra kepada tiga orang sahabatnya itu.

" Aaa , tengah study Bahasa Melayu ni ha. "

Jawab Felisha kepada pertanyaan Qhadif dengan ringkas.

Qhadif yang mendengarkan itu lantas mengangguk perlahan.

Lalu Anizira yang masih tekun merenung ke arah buku lantas ditolak perlahan sikunya oleh siku Qhadif. Setelah beberapa kali Anizira mengabaikan Qhadif , akhirnya wajah Anizira diangkat melihat Qhadif.

Wajah Anizira yang berkerut seribu itu bagaimanapun berjaya mengukir senyuman diwajah Qhadif.

" You dah makan ke ? "

Soal Qhadif kepada buah hatinya itu dengan nada lembut.

" Dah. You belum makan en ? Pergi la beli makanan dulu..."

Balas Anizira dengan nada perlahan.

" Jom teman I makan. "

Pujuk Qhadif yang ingin Anizira makan bersamanya.

" Tak nak la. I dah makan. You makan la. "

Jawab Anizira yang menolak pelawaan Qhadif dengan baik.

" Alaa jom la. I belanja. Nak ? "

Pujuk Qhadif sekali lagi dengan wajah yang tersenyum lebar.

Anizira yang mendengarkan itu lantas tersengih melihat wajah Qhadif yang bersungguh-sungguh memujuk dirinya untuk makan bersama.

" Ha tu sengih-sengih tu... nak la tuu "

" Hahahaha "

Usik Qhadif kepada Anizira yang masih tersengih tersipu malu itu.

" Alah , ambik jela Zira. Dif nak belanja tu. "

Celah Raidhatul yang juga mengusik Anizira.

" Rezeki..  tak baik ditolak Zira. "

Ujar Felisha yang turut menambah perasa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience