" Nah , minum ni "
Arah Qashaf dengan lembut sambil menghulurkan sebotol air mineral kepada Felisha yang sudah bersandar pada seat kereta itu.
" ha ? Ah.. thanks.. "
Jawab Felisha kepada Qashaf yang sedang memandangnya itu. Lalu , tangan kanan Felisha pun mengambil air mineral yang sudah dibuka penutupnya itu dan meneguk air tersebut.
Tanpa sebarang kata , Felisha menghulurkan botol mineral yang masih berbaki air yang banyak itu kepada Qashaf.
Qashaf yang melihat itu pun lantas mengambil botol mineral itu dan menutup botol itu.
" Sha okay tak ni ? "
Soal Qashaf kepada Felisha dengan dahi yang berkerut setelah melihat Felisha yang sudah memejamkan kedua-dua matanya sambil mengurut lembut dahinya.
" Sakit kepala... "
Jawab Felisha dengan suara yang serak dan perlahan.
" Qash hantar balik okay ? "
Pelawa Qashaf yang ingin menghantarkan Felisha pulang ke rumah.
Felisha yang sudah separuh sedar itu hanya mengangguk perlahan.
Setelah menerima jawapan , Qashaf pun bersedia untuk menghidupkan enjin keretanya. Tiba-tiba , tangan kiri Felisha menarik hujung baju kemeja dibahagian lengan Qashaf itu dan berkata.
" Qash.. tolong.. call Zira.. "
" cakap.. yang Sha okay... "
Disebabkan sakit kepala yang semakin kuat , Felisha meminta Qashaf untuk menelefon sahabatnya dan memberitahu bahawa dirinya baik-baik sahaja disaat itu kerana Felisha tahu , pasti sahabat-sahabtnya begitu khuatir akan dirinya.
" Okay , dah.. sekarang Sha tido okay ? Nanti dah sampai.. Qash kejut. "
Jawab Qashaf kepada Felisha dengan nada suara yang lembut.
" thanks.. "
Balas Felisha yang mengucapkan terima kasih sambil tersenyum nipis memandang Qashaf dengan mata yang separuh terbuka.
Lalu dengan pantas Qashaf mengeluarkan telefon pintar dari poket seluarnya. Nama Anizira ditaip dan nombornya didail oleh Qashaf.
" Helo ? "
Suara Anizira yang cemas itu lantas kedengaran dicorong talian itu sejurus panggilan Qashaf dijawab.
" Helo Zira. Ni aku ni Qashaf. "
Sapa Qashaf yang memperkenalkan dirinya kepada Anizira kerana khuatir Anizira sudah tidak lagi menyimpan nombor telefonnya.
" Ha , ade ape ? Aku nak cepat ni "
Desak Anizira yang menyuruh Qashaf untuk memberitahu perkara itu dengan cepat kerana dia sedang sibuk mencari Felisha diketika itu.
" Aku nak bagitau , Sha ade dengan aku sekarang ni. Kau dengan yang lain jangan risau eh. "
Ucap Qashaf sambil mengangkat wajahnya memandang Felisha disebelahnya itu.
" Ha ?! Sha ade dengan kau ?! Macam mane dia boleh ade dengan kau ? "
Bertubi-tubi soalan Anizira dilontarkan kepada Qashaf oleh kerana dirinya terlalu bimbang akan keadaan Felisha.
" Nanti aku cerita. Dia suruh aku bagitau korang dia okay. Ni aku nak hantar dia balik ni. Assalamualaikum "
Kata Qashaf yang tidak mahu melengahkan masa lagi. Belum sempat Anizira menjawab apa-apa , panggilan antara mereka berdua dimatikan oleh Qashaf.
Lalu enjin kereta dihidupkan oleh Qashaf. Dengan penuh berhati-hati Qashaf memandu menuju ke rumah Felisha.
Anizira yang berasa marah dan terkejut dengan apa yang berlaku itu lantas menelefon keempat-empat orang iaitu Firash , Harith , Qhadif dan Raidhatul itu dan memberitahu perkara tersebut.
Mereka berlima pun berkumpul semula di pintu utama pasaraya itu.
" Zira , ape jadi ni ? "
Dengan dahi yang berkerut Raidhatul yang masih tidak faham bagaimana Felisha dan Qashaf boleh berjumpa menyoal kepada Anizira.
" Aku pun tak tauuu. Aku pun terkejut weyhh"
Jawab Anizira kepada persoalan Raidhatul itu.
Firash yang nendengarkan itu semakin membuak-buak api kemarahannya. Lalu tanpa berkata apa-apa dengan wajah yang ketat Firash menuju ke arah kereta Proton Satria berwarna hitam miliknya itu.
" Dah dah.. Sha okay tu. Kita pun tau Qashaf macam mane kan ? Sekarang ni , jom kita balik. "
Ujar Qhadif yang cuba untuk memujuk Raidhatul dan Anizira agar tidak terlalu khuatir tentang Felisha lagi. Kerana mereka bertiga sendiri tahu bahawa Qashaf pasti tidak akan melakukan perkara yang buruk ke atas Felisha.
Anizira dan Raidhatul yang mendengarkan kata-kata Qhadif itu tadi pun lantas mengangguk perlahan dan akur.
Lalu mereka berempat pun pulang bersama-sama. Raidhatul dihantar pulang oleh Harith. Manakala Anizira pula dihantar pulang oleh Qhadif.
Setelah hampir satu jam menempuh kesesakan lalu lintas yang agak teruk itu , Felisha dan Qashaf akhirnya selamat sampai dihadapan rumah Felisha.
Felisha yang masih tidur itu direnung lama oleh Qashaf. Dengan wajah yang tersenyum nipis , Qashaf memandang Felisha dan berkata.
Lalu Qashaf pun keluar dari keretanya dan membuak pintu kereta dibahagian Felisha. Disebelah Felisha , Qashaf melutut dan cuba mengejutkan Felisha.
" Sha.. Felisha Aireena.. "
Panggil Qashaf yang cuba untuk mengejutkan Felisha dari tidur itu dengan nada suara yang begitu perlahan dan lembut.
" Felisha sayang ? Bangun.. "
Tanpa sedar , Qashaf telah memanggil Felisha dengan gelaran " sayang "
" Shaa. Bangun Shaa.. "
Sekali lagu Qashaf cuba untuk mengejutkan Felisha dengan nada suara yang perlahan dan lembut.
Setelah beberapa kali dikejutkan , akhirnya Felisha tersedar dari tidurnya. Namun kesakitan dikepalanya semakin kuat berdenyut.
" Dah sampai ni.. Jom turun. "
Ajak Qashaf setelah melihat Felisha sedar dari tidurnya itu.
Felisha yang masih terasa begitu sakit kepala cuba untuk berdiri sendiri. Namun tetap tak berjaya. Lalu , Qashaf pun membuat keputusan untuk membantu Felisha dengan memapah Felisha hingga kehadapan pintu rumah Felisha itu.
Felisha yang masih separuh sedar hanya akur.
" Assalamualaikum "
Dengan suara yang garau ddandalam Qashaf memberi salam dengan kuat.
Setelah mendengarkan salam itu , Ziyad Fedli pun membuka pintu rumahnya dan melihat siapakah gerangan pemilik suara itu.
" Waalaikumsa.. Shaaa "
Belum sempat salam dijawab abang Felisha itu lantas terkejut melihat Felisha yang dipapah oleh Qashaf itu.
Berlari anak Ziyad membuka pintu pagar rumahnya dan mengangkat adik perempuan kesayangannya itu memasuki rumah mereka.
Qashaf juga dipelawa masuk oleh Ziyad.
" Ha , masuklah duluuu "
Qashaf yang mendengar itu hanya akur dan mengorak langkahnya memasuki ruang rumah Felisha dengan menunduk.
Puan Siti Zubaidah dan Encik Samad yang melihat anak sulungnya mendukung Felisha memasuki rumah itu lantas terkejut.
" Yad ? Kenapa dengan Sha ? "
Tanya Puan Siti Zubaidah dengan wajah yang bimbang. Lalu Puan Siti Zubaidah pun mengikuti Ziyad ke bilik Felisha.
Dengan penuh berhati-hati Ziyad nenghamparkan tubuh Felisha diatas katil bersaiz Queen itu.
Kasut dan stokin yang dipakai oleh Felisha dengan lembut dibuka oleh Ziyad. Manakala tudungnya pula dibuka oleh Puan Siti Zubaidah dengan penuh berhati-hati.
Solekan Felisha dibasuh dengan sebersihnya oleh ibunya itu. Setelah selesai , tubuh Felisha diselimutkan dengan rapi.
Ziyad dan ibunya pun kembali turun ke ruang tamu. Encik Samad dan Qashaf jelas kelihatan sedang berbual.
" Nama ape ? "
Tanya Encik Samad kepada Qashaf kerana tidak pernah melihat Qashaf sebelum ini.
" Nama saya Qashaf Alfian. Orang panggil Qashaf je pakcik. "
Jawab Qashaf sambil tersenyum nipis.
Share this novel