" Kan ! Itu la hahaha "
Sekali lagi Qashaf mendengar suara itu dengan jelas.
Mata Qashaf dengan pantas melihat disekitarnya. Melilau mmatanyamencari pemilik suara itu. Hinggalah mata Qashaf tertumpu disebuah meja yang diduduki oleh empat orang pelanggan dimana tiga orang perempuan dan seorang lelaki.
Qashaf yang tadinya duduk lantas berdiri dan menghampiri meja tersebut selangkah demi selangkah.
" Oi , kau nak pergi mana tu Qash ? "
Soal Luq setelah melihat Qashaf berdiri. Namun , pertanyaan Luq tidak diendahkan oleh Qashaf. Mata dan telinga Qashaf hanya tertumpu kepada suara dan pelanggan yang memakai baju sekolah dimeja tersebut.
Qashaf kini berdiri benar-benar dibelakang gadis berkaca mata itu. Dengan suara yang perlahan dan wajah yang berkerut Qashaf bersuara.
" Felisha ? "
Qashaf memanggil nama Felisha sambil memandang pelanggan perempuan yang memakai baju sekolah itu. Lalu pelanggan perempuan itu pun mengangkat wajahnya melihat kearah Qashaf dengan dahi yang berkerut.
Sejurus melihat wajah pelanggan perempuan itu , Qashaf lantas meinta maaf.
" Ouh.. s-sorry. Saya ingat kawan saya. Maaf."
Lalu Qashaf pun kembali ketempat duduknya dengan riak wajah yang kecewa.
" Sha. I miss you.. "
Bisik hati Qashaf sambil menunduk merenung kearah meja makan yang kosong itu.
" Qash. Kau okay tak ni ? "
Tanya Am kepada Qashaf setelah melihat wajah Qashaf yang begitu kecewa itu.
" Qashaf ..? "
Panggil Luq dengan nada yang perlahan.
" ha ? ah.. aku.. okay je. "
Jawab Qashaf yang baru tersedar dari menungannya sambil tersenyum nipis melihat Luq dan Am yang sudah bimbang akan keadaannya.
" Haaaah sedap betul makanan dekat D'Cafe tu. "
Ujar Raidhatul dengan ceria.
" So , nak pergi mana pulak ni ? "
Tanya Qhadif kepada Anizira , Felisha dan Raidhatul.
" Balik la. Aku aku nak tido. Esok kita keluar la lagi. Pergi OU ( One Utama ) ke ? Okay ? "
Jawab Raidhatul sambil mencadangkan untuk keluar pada esok hari.
" Ha okay. Kalau macam tu , Sekarang ni kita tukar penumpang. "
Balas Felisha yang mencadangkan untuk Raidhatul dan Anizira menukar kereta kerana rumah Raidhatul dan Qhadif lebih dekat. Rumah Felisha dan Anizira juga tidakpah begitu jauh jika hendak dibandingkan dengan Raidhatul.
" Okay "
Jawab Raidhatul dan Anizira secara serentak sebagai tanda bersetuju dengan cadangan Felisha itu.
" Okay... "
Jawab Qhadif dengan riak wajah yang sedih.
" Bye youuu "
Kata Qhadif yang mengucapkan selamat tinggal kepada buah hatinya itu sambil melambai tangan.
" Byeeee "
Balas Anizira kepada Qhadif sambil tersenyum dan melambai tangan.
Mereka berempat pun menuju ke rumah masing-masing dan menunjukkan keputusan sijil SPM mereka kepada keluarga.
" Assalamualaikum ! Maaa , Paaa ? "
Salam diberi lalu Puan Siti Zubaidah dan Encik Samad dicari oleh Felisha.
" Yee mama dengan papa dekat dapur niii "
Sahut Puan Siti Zubaidah kepada panggilan Felisha tadi.
Dengan pantas lamgkah menuju ke dapur diambil oleh Felisha dengan wajah yang tersenyum lebar.
Tiba sahaja didapur , Felisha mendekati Puan siti Zubaidah dan Encik Samad. Lalu dipeluknya kedua ibu bapanya itu dari bahagian belakang.
" Eh , kenapa ni sayang ? "
Tanya Puan Siti Zubaidah dengan nada yang lemah lembut sambil memegang lengan Felisha yang memeluk erat dirinya itu.
" Ta-Da ! "
Jerit Felisha dengan riang sambil meletakkan keputusan sijil SPM miliknya diatas meja makan dihadapan ibu dan bapanya itu.
Sejurus melihat keputusan itu , air mata kebahagiaan mula membasahi wajah Puan Siti Zubaidah.
" Ya Allah Felishaaaa ! "
Jerit Puan Siti Zubaidah dengan nada gembira. Lalu Puan Siti Zubaidah pun berdiri dan memeluk erat tubuh anaknya itu dengan penuh kasih sayang.
" Mama bangga dengan Felisha. Tahniah sayang "
Bisik Puan Siti Zubaidah dicuping telinga kiri Felisha dengan nada suara yang lemah lembut dan sebak.
Lalu Encik Samad juga berdiri dan memeluk erat isteri dan anaknya itu.
" Papa bangga dengan Sha "
Bisik Encik Samad dicuping telinga kanan Felisha dengan nada yang sebak.
" Sha , sayang mama dengan papa "
Ujar Felisha dengan nada suara yang sebak. Perlahan-lahan pelukan antara ibu bapa dan anak itu dileraikan. Air mata yang mengalir diwajah kedua ibu bapa Felisha itu diusap lembut oleh tangan Felisha.
Kebahagiaan itu , benar-benar dirasakan oleh seisi keluarga mereka. Seperti Felisha , tiga orang sahabatnya yang lain juga menerima layanan yang sama. Keluarga mereka , benar-benar bangga akan kejayaan yang dibawa pulang itu.
" Assalamualaikum warahmatullah "
" Assalamualaikum warahmatullah "
Selesai memberikan salam , tangan Felisha meraup kasar wajahnya itu. Lalu tangannya menadahkan tangan memohon doa dari Yang Maha Esa.
" Ya Allah , terima kasih atas segala rezeki yamg telah kau berikan kepada kami. Terima kasih atas segala nikmat yang telah kau berikan kepada kami Ya Allah... "
" Ya Allah , kau bukakanlah pintu-pintu rezeko dan kejayaan buat kami. Bukakanlah pintu kejayaan ku dalam bidang penulisan ku Ya Allah. Sempatkanlah kami untuk bertaubat , matikanlah kami dalam iman dan jadikanlah kami antara penghuni syurga-Mu.. "
" Jagalah mereka yang aku sayangi. Lindungilah kami dari perkara-perkara yang tidak baik. Jodohkanlah aku dengan insan yang baik-baik. Insan yang soleh dan mampu menerima aku seadanya. "
" Kau jagakanlah Qashaf Alfian bin Murad untukku. Pertemukanlah kami diwaktu yang tepat. Berikanlah dia jodoh yang baik-baik. Meski .. aku bukan orangnya.. Padamlah rasa cinta dihati ini untuknya Ya Allah.. "
" Sesungguhnya , hanya pada-Mu aku meminta dan pada-Mu jua aku serahkan segala urusan hidup ku.. Maka berikanlah yang terbaik buat kami semua Ya Allah. Amin.. "
Dengan panjang lebar Felisha meminta kepada Sang Pencipta. Perlahan-lahan kedua-dua tangannya diusapkan ke wajahbya sebagai tanda mengaminkan doa-doanya tadi.
Lalu dengan lemah lembut Felisha berdiri dan membuka telekungnya lalu dilipat bersama sejadah itu dengan rapi dan diletakkan diatas kabinet.
Seperti biasa , Felisha menghampiri katilnya dan menghamparkan tubuhnya diatas katil itu. Kedua-dua mata Felisha kini tertumpu kearah siling yang serba putih itu.
" Qashaf.. "
" Is that you Qash ? "
" huh. Ke.. aku je yang rindu dia sangat sampai ternampak dia la , terdengar suara dia la. "
" Sha , sha. Teruknya lahai rindu kau ni. "
Keluh Felisha dengan nada perlahan apabila teringat akan kejadian yang berlaku di D'Cafe sebentar tadi.
Felisha yakin bahawa pelanggan lelaki yang dia lihat itu adalah Qashaf. Namun , entah bagaimana Raidhatul dan Anizira dengan mudahnya menidakkan perkara tersebut.
" Aku berangan ke ? "
" Tapi .. suara tu.. "
Tanya Felisha kepada dirinya sendiri kerana dia yakin bahawa suara yang didengarinya itu adalah suara milik Qashaf. Suara yang paling dirinduinya. Mana mungkin Felisha boleh terlupa ?
" Haih. Takpela Sha. Masa yang tepat akan datang. "
Dalam mengeluh , Felisha cuba untuk positifkan fikirannya supaya tidak pernah salah sangka akan setiap ketentuan yang telah ditetapkan oleh Tuhan.
" It's okay. It's okay. Allah tahu ape yang tetbaik untuk kau. It's okay Sha.. "
Ujar Felisha yang cuba untuk positifkan dirinya dengan memejamkan matanya serapat-rapatnya sedang tangan kanannya mengusap lembut dadanya yang dilanda kegelisahan dan kekeliruan itu.
Share this novel