" Aku terima nikahnya , Nurul Anizira Hafsah binti Mohamad Kamal dengan emas kahwinnya bernilai 2000 ringgit tunai. "
Ucap Qhadif melafazkan akad nikah dengan tenang meski jantungnya terasa bagai ingin meletup.
" Sah ? "
" Sah ! "
" alhamdulillah. "
Lalu tangan seluruh tetamu ditadahkan sebagai tanda syukur dan mendoakan kebahagiaan buat mereka berdua yang baru sahaja melangkah ke alam perkahwinan.
Sedar tidak sedar , sebulan pun berlalu dengan pantas. Kini , tibalah giliran Qashaf dan Felisha untuk disatukan.
* Majlis Malam berinai Felisha dan Qashaf. *
Jam dididing menunjukkan sudah tepat pukil 10 malam. Para tetamu yang hadir pun mula pulang ke rumah dan bersedia untuk esok harinya.
Setelah semua tetamu pulang , kini tinggal ahli keluarga Qashaf dan Felisha yang duduk berkumpul diruang tamu.
Dihadapan kedua-dua ahli keluarga mereka , Qashaf memandang Felisha yang berada dihadapannya itu sambil tersenyum lebar.
Perasaan bahagia jelas terpancar diwajahnya. Senyuman diwajah Qashaf , dibalas dengan senyuman manis Felisha.
Tanpa sebarang kata , dua hati ini seolah-olah sedang meluahkan rasa bahagia yang ada didada mereka.
Sedang keluarga mereka berdua rancak berborak , Felisha dan Qashaf saling berbalas pandangan dan senyuman.
Bahagia ? Teruja ? Entah bagaimana hendak diungkapkan rasanya. Yang pasti , perasaan syukur tidak terhingga.
Sedang Felisha memandang wajah Qashaf itu , perlahan-lahan tangan kanan Qashaf menghulurkan sepucuk sampul surat berwarna putih.
Dengan perasaan ingin tahu yang memuncak , sampul surat tersebut segera dicapai oleh Felisha dengan wajah yang berkerut.
Sejurus melihat tulisan yang tertera pada sampul surat itu , Felisha menguntum segaris senyuman manis diwajahnya.
" Surat buat bakal isteri Qashaf Alfian. "
Itulah tulisan yang tertera pada sampul surat yang dihulurkan oleh Qashaf sebentar tadi.
" Baca esok okay ? Sebelum akad nikah. "
Ujar Qashaf dengan perlahan dan lembut kepada Felisha bersama wajah yang berhias senyuman.
" alaaa malam ni tak boleh ? "
Rungut Felisha dengan manja sambil mencebik. Felisha , benar-benar ingin tahu apakah isi kandungan surat tersebut.
" esok okay ? "
Kata Qashaf dengan lembut yang memujuk Felisha untuk bersabar dan membaca surat itu pada keesokan harinya.
" Hm.. okay.. "
Jawab Felisha sambil mengeluh dengan nada sedih.
" good girl "
Ucap Qashaf dengan lembut sambil tersengih memandang wajah Felisha.
Tepat jam 11 malam , keluarga Qashaf pun pulang ke rumah yang disewa setelah segala perancangan pada keesokan harinya diyakini akan berjalan lancar.
Diatas katil bersaiz Queen , bersuasana bilik yang sudah siap sedia terhias , Felisha menghamparkan dirinya untuk mendapatkan tidur.
Sedang mata Felisha menatap siling biliknya yang kosong itu , kedua-dua tangan Felisha diangkat ke atas.
Kedua-dua tangannya yang sudah berinai merah itu , direnung oleh Felisha. Segaris senyuman , jelas kelihatan.
" Esok .., yang tinggal adalah kita. "
Lafaz Felisha dengan lembut sambil tersengih panjang.
Pada keesokan harinya , seawal jam 11.40 pagi Felisha yang sudah bersiap sedia memakai gaun pengantin berwarna putih itu tersenyum sendiri melihat cincin tunangnya yang masih dijari itu.
" Tenung apa tuuu "
Tegur Anizira dengan mesra kepada Felisha.
" dah boleh buka kot cincin tunang tuuu "
Celah Raidhatul yang turut mengusik Felisha.
" itulah .., dah nak upgrade cincin kahwin dah pun hahaha "
Balas Anizira yang menyokong kata-kata Raidhatul sebentar tadi.
" Itulah tuuu "
Kata Raidhatul sambil tersenyum memandang Felisha yang hanya mampu menguntumkan senyuman indah diwajahnya.
" Eh , surat ! "
Jerit hati Felisha yang baru teringat akan sepucuk surat yang diberikan oleh Qashaf sebelum pulang semalam.
Tanpa berlengah , Felisha segera berdiri dan melangkah menuju ke kabinet disebelah katilnya itu. Perlahan-lahan paci kabinet itu dibuka dan sepucuk surat diambil.
Diatas katil Felisha melabuhkan dirinya. Dengan berhati-hati samlul surat itu dibuka dan dibaca.
" Assalamualaikum ! Kehadapan , Felisha Aireena binti Samad. Cik Tunang yang amat saya sayangi , dan bakal isteri saya pukul 1 petang nanti ! "
Meski baru perenggan pertama yang dibaca , sudah berjaya membuatkan Felisha tersenyum sendiri.
" Felisha Aireena , gadis pertama dan inshaa Allah yang terakhir bertakhta dihati saya. Sha , terima kasih sebab sudi terima Qash sebagai suami awak. "
" terima kasih , sebab awak setia tunggu Qash. Inshaa Allah , dengan adanya ikatan yang halal nanti .. kasih dan cinta kita akan bertambah utuh. "
" Qash tak berani untuk janjikan bulan dan bintang untuk Sha. Tapi , selagi Qash mampu untuk bahagiakan Sha .. Qash janji. Qash akan cuba sedaya upaya Qash. "
" cause your happiness , is my happiness. "
" Qash tahu , sepanjang kita kenal.. Qash banyak lukakan hati Sha. Maafkan Qash.. Sha pun tahu kan kenapa Qash buat semua tu ? "
" Qash tak nak kita nikmati cinta yang haram. Sebab , pasangan yang menikmati cinta yang haram akan diharamkan dari merasa manisnya cinta yang halal. Qash sayang awak. Qash nak jaga awak sampai bila-bila. Tapi , dengan restu keluarga dan redha Allah. "
" sekejap je lagi , kita akan bersatu. Melayari bahtera alam perkahwinan bersama. "
" rasa macam mimpi kan ? Qash tak sangka , Sha adalah jodoh Qash. Alhamdulillah. Doa kita dimakbulkan Allah. "
" Just know that .., I love you , I'll take care of you. And.. I'll protect you , My one and only Fishcake ! "
" Qashaf Alfian , sayangkan Felisha Aireena setulus hati.
" Sincerely , Your Future Husband "
" Qashaf Alfian "
Selesai membaca surat yang ditulis oleh Qashaf itu , kedua-dua kelopak mata Felisha lantas dipejamkan. Lalu turunlah air mata dengan lembut memabasahi pipinya.
Setelah beberapa saat matanya terpejam , kedua-dua matanya kembali dibuka. Segaris senyuman bahagia jelas terpapar diwajahnya hingga menampakkan barisan giginya yang cantik tersusun.
" love you too , my one and only Fishball. "
Ucap Felisha dengan lembut dan perlahan.
Anizira dan Raidhatul yang dari tadi berada disamping Felisha dan turut membaca surat yang dituliskan oleh Qashaf buat Felisha segera memeluk erat tubuh Felisha.
" aaaa jangan nangis ...! "
Pujuk Anizira yang cuba untuk menghentikan air mata Felisha kerana wajahnya sudah disolek.
" kitorang bangga dengan kau Sha. "
" aku doakan kau dengan Qash bahagia okay ? "
Bisik Raidhatul dicuping telinga Felisha dengan lembut.
" now , you can be happy. With him. "
" the future is waiting Sha. "
" kitorang , sentiasa doakan kebahagiaan kau okay ? "
Ucap Anizira pula dicuping telinga Felisha dengan lembut yang meluahkan rasa gembir dihatinya itu.
" Dah .., jangan nangis. Nanti makeup rosak. dah tak cantik.. "
Ujar Raidhatul bersama segaris senyuman diwajahnya sejurus pelukan antara nereka bertiga terlerai.
" Dah , masing-masing simpan air mata. Kejap lagi nak nangis lagii ..! aku penat laaa "
Rungut Anizira sedang tangannya mengusap lembut air mata dihujung matanya itu.
Felisha dan Raidhatul yang mendengarkan rungutan Anizira itu lantas tertawa kecil.
Tepat jam 12.45 tengah hari , Felisha dan ahli keluarganya pun tiba di Masjid berdekatan rumah Felisha.
Dengan sopan dan ayu Felisha duduk , menanti kehadiran Qashaf dan keluarganya dengan penuh sabar sedang hatinya sedaya upaya cuba untuk bertenang.
Gementar , bahagia , segala rasa bercampur aduk dan tidak dapat ditafsirkan bagaimana.
" Ya Allah .., permudahkanlah segelanya buat kami. "
Dengan penuh sifat kehambaan , hati Felisha memohon kepada Allah yang maha Esa agar segala urusannya dan Qashaf dipermudahkan.
Share this novel