Bab 17

Drama Completed 10189

" huh. "

Keluh Qashaf dengan kuat setelah melihat paparan skrin telefonnya yang memaparkan status WhatsApp milik Felisha yang berkata

" I miss you. A lot. "

" where did I do wrong ? "

" Tell me.. so I could fix it.. "

Qashaf yang membacakan setiap bait kata di status Felisha itu agak terkesan. Namun hanya keluhan panjang yang dapat dilakukan oleh Qashaf.

Lantas itu diatas katil bersaiz Single itu Qashaf mencampakkan perlahan telefon pintarnya dan dihamparkan tubuhnya bersama fikiran yang agak serabut.

Seperti Felisha , siling yang putih bersih itu ditenung lama oleh Qashaf. Tanpa disedari , air mata Qashaf mengalir perlahan-lahan dan Qashaf pun berkata.

" no.. you didn't do anything wrong. "

" It's just me. It's my fault sayang. "

Kata Qashaf dengan suara yang agak serak dan perlahan.

" I'm sorry.. "

Tambahnya lagi sambil menutupkan kedua-dua kelopak matanya hingga air matanya mengalir dengan deras membasahi pipinya.

Perlahan-lahan kedua-dua mata Qashaf kembali dibuka. Tangannya yang kasar menyeka air matanya lalu mencapai telefon pintarnya tadi.

Paparan skrin lantas dilihat oleh Qashaf. Jam sudah pun menunjukkan jam 2 petang. Dengan pantas Qashaf berdiri dan bergegas ke surau untuk menunaikan solat fardhu Zohor.

Seperti kebiasaanya , hanya doa harapan terakhir buat Qashaf. Diatas sejadah panjang yang terbentang , Qashaf berdoa meminta pada Allah agar Felisha dan hati Felisha sentiasa dijaga untuknya.

Selesai saja berdoa , dengan pantas Qashaf berdiri dan mengatur langkahnya kembali ke dorm untuk berehat seketika.

" Qashaf Alfian, you know what ? Sha rindu sangat dekat Qash tau. Qash dah makan ? Buat ape tu ? Dah tidur ? Sihat ke tu ? Qash.. Sha rindu. Jujur Sha rindu sangat. Tapi.. Sha takut nak mulakan chat dengan Qash. Sebab.. Dah dua kali Sha kena bluetick... Sha takut kalau Sha mengganggu. Sha tak nak Qash rimas. Hm.. Qash , jaga diri okay ? Goodnight. Love and miss you so much. "

Dengan panjang lebar jari jemari Felisha rancak menari diatas buku diari miliknya itu meluahkan segala rasa yang terbuku. Begitulah rutin harian Felisha.

Meski Qashaf dan Felisha tidak lagi saling berhubung , namun Felisha tetap setia menulis diari.

Buat Felisha , setiap isi hati yang diluahkan adalah surat cintanya buat Qashaf. Walaupun Qashaf tidak tahu akan kewujudan surat-surat itu. Felisha tetap saja menulis dan terus menulis.

Rindu yang tak mampu berjumpa ini , tiadak siapa akan faham bagaimana rasanya. Hingga mereka menghadapi situasi itu sendiri.

Selesai saja menulis , paparan ditelefon pintarnya dilihat. Jam sudah menunjukkan 12.05 minit pagi. Dengan pantas Felisha menyusun jadualnya dan bersedia untuk tidur.

Dengan hati yang retak juga minda yang berserabut , diatas katil bersaiz Queen itu dihamparkan tubuh Felisha. Mata dipejam rapat oleh Felisha. Lalu hatinya pun berkata.

" It's okay. It's okay. Good things take times. It's okay Felisha. "

" You'll be fine. Everything will be okay. "

Sedang hati Felisha sedaya upaya memberi semangat kepada dirinya sendiri , air matanya mengalir membasahi pipi kusamnya itu.

Bertemankan air mata yang berjuraian , tidurlah Felisha.

" Qashaf , tunggu ! Qashaf , sekejap la ! "

Jerit Qhaireena yang menyuruh Qashaf untuk berhenti dari terus berjalan.

Qashaf yang sedang berjalan bersama fikiran yang jauh terbang melayang itu , hanya terus melanjutkan perjalanannya tanpa mendengarkan suara disekitarnya.

" Qashaf ! "

Jerita Qhaireena bertambah kuat memanggil Qashaf.

Qhaireena yang semakin panas hati apabila melihat Qashaf itu terus mengabaikan panggilannya dengan pantas berlari anak mengejar Qashaf.

Tiba saja dibelakang Qashaf , Qhaireena lantas menarik beg yang digalas oleh Qashaf dengan perlahan lalu menyebut nama Qashaf dengan nada manja.

" Qashaf ...! "

Qahsaf yang tadinya separuh sedar kini sedar sepenuhnya. Dengan pantas Qashaf menoleh dan wajah Qhaireena jelas terpampang.

" Kau pehal ?! "

Tengking Qashaf kepada Qhaireena. Manakan tidak ? Qashaf yang sudah begitu pening memikirkan soal dia dan Felisha tiba-tiba saja Qhaireena mengganggu.

Qhaireena yang melihat Qashaf marah sebegitu rupa buat pertama kalinya terdiam sendiri.

Qashaf yang Qhaireena kenal bukanlah seorang pemarah. Namun Qashaf yang berdiri dihadapannya kini , adalah Qashaf yang pemarah.

" K-kau .. okay ke ? "

Soal Qhaireena yang tergagap-gagap itu ditujukan kepada Qashaf.

Qashaf yang masih membara amarahnya lantas menjeling Qhaireena dan berkata dengan nada mendatar.

" aku okay. "

Lalu Qhaireena pun membalas.

" Tipu. Aku tau kau .. kau tak okay. "

Qashaf yang mendengarkan itu sekali lagi menjeling.

" Ish. Aku kata aku okay , aku okay la. Kau tak payah nak berlagak tau boleh tak ?! "

Tengking Qashaf kepada Qhaireena. Kali ini nada suaranya ditinggikan sedikit menandakan api amarahnya semakin marak.

" A-aku.."

Belum sempat Qhaireena menghabiskan ayatnya , Qashaf lantas berlalu pergi meninggalkan Qhaireena sendirian dibelakang.

" Serabut betul ! Urgh "

Bisik hati Qashaf yang meluahkan rasa rimasnya dengan apa yang sedang dilalui olehnya itu.

Disaat ini , Qashaf benar-benar merasakan tekanan yang dilaluinya. Tekanan di sekolah , kurangnya rehat , Felisha lagi. Mana tidak meletus gunung berapi ?

Keesokan harinya , Luq berjalan menuju ke kantin bersama Qashaf dan Am , Luq tersedar bahawa dompet miliknya tertinggal di dalam kelas.

Sambil meraba-raba poket seluarnya itu , Luq berkata kepada Qashaf dan Am.

" Weyh. Jap. Aku punya purse dalam kelas tho. "

Lalu Am pun bersuara dengan wajah yang berkerut.

" Kau ni. Benda tu pun lupa. "

Qashaf yang tidak mahu Am dan Luq bergaduh lantas menyuarakan cadangannya dengan berkata

" Alah , benda kecik je korang ni. Takpe Luq. pakai duit aku dulu la. "

Luq dengan pantas membalas.

" eh tak boleh. Dalam purse tu ade duit kelas. Takpelah korang pergi dulu. Nanti aku datang. "

Tanpa melengahkan masa Luq berlari anak menuju ke bilik darjah untuk mengambil dompetnya itu.

Tibanya di bilik darjah itu , Luq terlihat Qhaireena yang sedang duduk tertunduk di tempatnya itu direnung lama oleh Luq.

Perlahan-lahan langkah mendekati Qhaireena diambil oleh Luq.

" Reen. Asal tak turun rehat lagi ni ? "

Qhaireena yang terkejut apabila mendengar suara Luq itu lantas menyeka air matanya dan mengangkat wajahnya memandang Luq yang kini benar-benar berada dihadapannya.

" Aku nak siapkan homework. "

Jawab Qhaireena dengan ringkas dan padat.

" asal mata kau merah ? "

Soal Luq yang terasa seakan ada sesuatu yang tak kena pada Qhaireena.

" Kau menangis ke ? "

Soal Luq secara tiba-tiba itu berjaya membuatkan Qhaireena terkedu.

" M-mana ad-da."

Jawab Qhaireena dengan tergagap-gagap apabila menerima soalan sebegitu rupa.

" Tu ? "

Ujar Luq sambil memuncungkan bibirnya menunjukkan ke arah tudung Qhaireena yang sudah basah itu.

" A-aku .. aku cuci muka tadi. "

Balas Qhaireena secara spontan yang tidak mahu Luq tahu bahawa dia sedang menangis meratapi kesedihan oleh kerana Qashaf.

" uhm. Okay la. Aku gerak dulu. "

Kata Luq tanpa berfikir panjang. Meskipun Qhaireena sedaya upaya menyorokkan perkara sebenar , Luq seakan tahu bahawa Qhaireena sememangnya sedang menangis tadi.

Dengan pantas , Luq mengatur langkahnya bergegas turun semula ke kantin untuk makan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience