" boleh. "
" tapi ingat. ni last chance kau. "
" sekali lagi kau sakitkan hati Felisha , kau tengoklah apa aku buat nanti "
Jawan Raidhatul yang memberikan amaran kepada Qashaf agar tidak menyakiti perasaan Felisha lagi.
Qashaf yang mendengarkan itu hanya mengangguk perlahan.
" tolong jaga hati Felisha elok-elok. "
" Cukup-cukuplah korang berdua sama-sama tanggung sakit. "
" Selesaikan elok-elok. Jangan jadi pengecut. Jangan jadi budak-budak. "
" Faham ? "
Nasihat demi nasihat dilontarkan oleh Anizira kepada Qashaf.
" Ada apa-apa hal contact aku. "
Ujar Qhadif yang memberitahu Qashaf untuk menghubungi dirinya sekiranya terdapat apa-apa kejadian yang tak disangka berlaku.
Qashaf yang mendengarkan jawapan mereka bertiga itu kini tersenyum nipis. Perlahan-lahan air mata yang masih bersisa dipipinya diseka oleh Qashaf.
" Thanks. "
Kata Qashaf dengan nada perlahan dan suara yang serak.
Meski Raidhatul , Anizira dan Qhadif tidak merancang untuk memberikan peluang kedua kepada Qashaf , namun luahan hati Qashaf telah berjaya melembutkan hati mereka bertiga.
Setelah selesai , Raidhatul , Anizira , Qhadif dan juga Qashaf kini membawa haluan masing-masing.
Dalam perjalanan menuju ke rumah Raidhatul , mereka bertiga kembali membincangkan hal Qashaf.
" Aku tak rancang pun nak bagi dia peluang kedua tho. "
Kata Raidhatul secara tiba-tiba yang menyatakan perasaannya disaat itu.
" Tulah.. aku pun sama. "
Sokong Anizira yang menyatakan bahawa dirinya juga merasakan hal yang sama.
" Dah lah tu.. Bagi aku , semua ni dah tertulis."
" lagi pun , kesian juga dekat Qashaf. Betul , bukan Felisha sorang je yang sakit. Dia pun sakit juga. "
" semua manusia pernah buat silap. Kita doa je yang terbaik untuk diorang berdua okay ? "
Ujar Qhadif dengan nada yang begitu tenang mennyuarakan pendapatnya berkenaan cerita cinta Qashaf dan Felisha itu.
Walaubagaimanapun , Anizira dan Raidhatul yang mendengarkan itu turut bersetuju dengan apa yang diperkatakan Qhadif.
" betul.. Aku harap lepas ni , diorang berdua dah tak perlu lalui benda-benda macam ni lagi. "
Sahut Raidhatul yang berharap agar Felisha dan Qashaf dapat mengecapi bahagia bersama setelah apa yang telah mereka berdua lalui selama ini.
" Inshaa Allah , diorang akan bahagia bersama. "
Tambah Anizira yang turut mendoakan agar Felisha dan Qashaf dapat meneruskan kisah cinta mereka dengan gembira.
Genap sebulan , Qashaf kini bersedia memulakan langkah pertamanya menuju ke arah Felisha sekali lagi.
Bertanggalkan 20 April 2021 , tepat jam 9 malam Qashaf mengumpul keberaniannya dan mula menghantarkan sebuah pesanan ringkas kepada Felisha.
Seperti yang dirancang , Qashaf mahu menjelaskan segalanya kepada Felisha sebelum dia melanjutkan pelajarannya di Mesir pada minggu hadapan.
" Assalamualaikum , Felisha Aireena binti Samad. "
Paparan mesej antara dirinya dan Felisha lantas dibuka , lalu jari jemari Qashaf ligat menari diatas skrin telefon pintarnya itu menaip sebuah pesanan buat Felisha.
Felisha yang tadinya ralit mengarang novel di aplikasi lantas terkedu setelah melihat notifikasi yang masuk itu.
" Q-qashaf ? "
Ujar Felisha menyebut nama Qashaf dengan tergagap-gagap sejurus melihat notifikasi WhatsApp itu masuk.
Selama seminit , Felisha terdiam. Kedua-dua tangan Felisha terasa dingin dan menggigil. Felisha benar-benar terkejut akan apa yang telah dilihat oleh kedua bebola matanya itu.
" a-aku mimpi ke ni ? Ya Allah.. b-betul ke ni Q-qashaf ? "
Kata-kata itu terbit dari bibir Felisha. Walaubagaimanapun , Felisha meraskan baahwa apa yang sedang berlaku itu seakan mimpi.
Lantas nafas ditarik oleh Felisha sedalam-dalamnya lalu dihembus dengan perlahan sebanyak tiga kali.
Setelah Felisha berasa agak tenang , notifikasi mesej dari Qashaf itu ditekan lalu paparan mesej dirinya dan Qashaf jelas terpapar.
Dengan tangan yang menggigil Felisha menaip pesanan ringkas sebagai balasan kepada pesanan Qashaf.
" waalaikumsalam. "
Sejurus Qashaf menerima pesanan tersebut , segaris senyuman indah terukir dengan sendirinya diwajah Qashaf.
" Em.. Sha buat apa tu ? "
Soal Qashaf kepada Felisha yang mencuba untuk berbual dengan Felisha sebelum berterus terang.
" nothing. wait. is this really you , Qashaf ? "
Balas Felisha yang seakan tidak percaya bahawa yang sedang berbalas pesanan dengannya itu adalah Qashaf.
Qashaf yang menerima pesanan mesej tersebut dengan pantas menaip pesanan lalu dihantarkan kepada Felisha.
" Yes. It's me. Qashaf Alfian. "
" why ? "
Soal Qashaf yang ingin tahu mengapa Felisha seakan tidak percaya dengan tidakannya yang memulakan perbualan mesej antara mereka berdua.
" No.. it's just.. "
Belum sempat Felisha menghabiskan ayatnya itu , Qashaf lantas membuat keputusan untuk menghubungi Felisha tanpa berfikir panjang.
Nombor Felisha didail oleh Qashaf lalu ditelefon. Felisha yang melihat paparan telefon pintarnya yang menunjukkan nama Qashaf sedang menghubunginya itu terdiam seketika.
Setelah beberapa saat telefon pintarnya berdering , Felisha menarik nafasnya sedalam mungkin lalu menghembuskan nafasnya perlahan. Lalu Felisha pun mengangkat panggilan Qashaf itu.
" H-hello ? Assalamualaikum , Felisha Aireena. "
Suara Qashaf yang lembut jelas kedengaran dicuping telinga kiri Felisha.
Ya , suara Qashaf yang lembut dan perlahan itu. Sama seperti mana suaranya dahulu , disaat mereka berdua bercinta.
" Felisha.. are you there..? "
Sekali lagi suara Qashaf yang lembut dan perlahan itu diperdengarkan oleh Felisha.
" Ye-yeah. I'm here. "
Jawab Felisha yang sedikit tergagap oleh kerana terkejut.
" Okay , good. Sebenarnya... Qash.. "
Qashaf cuba untuk memulakan bicaranya dengan Felisha berkaitan kisah cinta mereka itu.
Walaubagaimanapun , lidah Qashaf tiba-tiba sahaja kelu. Qashaf kini kehilangan kata-kata.
" Qash nak apa ? Can you just straight forward ? "
Tanya Felisha dengan nada lembut , meskipun kata-kata Felisha agak pedas terasa pada Qashaf.
Qashaf yang mendengarkan itu lantas terkedu. Nafas ditarik oleh Qashaf sedalam-dalamnya.
" Sha.. Sha dah berubah... dan dia berubah , sebab aku..."
Desis hati Qashaf yang menafsirkan sikap Felisha yang dingin terhadapnya disaat ini.
Dengan kasar tangan kiri Qashaf meraup wajahnya itu.
" hello ? Nak cakap ke tak ni ? "
Tanya Felisha dengan tegas setelah Qashaf berdiam agak lama.
" Huh. "
Keluhan Qashaf jelas kedengaran. Kedua-dua bebola mata Qashaf dipejamkan sebentar. Lalu kedua-dua bebola mata Qashaf dibuka semula. Dengan dahi yang berkerut , Qashaf mula berbicara.
" okay , I know that.. I've done a lot of mistakes towards you. "
" Qash tahu , Qash punca Felisha berubah sampai macam ni. "
" Qash nak fix semuanya tentang kita. "
" I , really want to fix it. "
" But we can't discuss about this on the phone. "
" I need to see you. "
Ujar Qashaf dengan tenang.
" w-wait. w-what ? "
Kata Felisha yang agak terkejut dengan apa yang telah diperdengarkannya sebentar tadi.
" Esok , pukul 10 pagi. Qash datang ambik Sha dekat rumah okay ? We need to talk. Face to face. "
Lafaz Qashaf dengan tegas kepada Felisha.
" What ?! Who do you think you are ?! "
" Senang-senang biarkan Sha macam tu dulu"
" senang-senang juga nak paksa Sha keluar dengan Qash ? "
" Qash ingat Sha ni apa ?! "
" Mainan ?! "
Kata Felisha yang berang selepas Qashaf seolah-olah mengatur jadualnya untuk keluar bersamanya.
Suara Felisha yang bernada agak tinggi dan bergetar itu jelas didengari dicuping telinga kanan Qashaf.
Mata Felisha kini berkaca.
" Jawab Qashaf ! "
" Jawab ! "
Tengking Felisha dengan suara yang bergetar. Takungan air mata Felisha kini pecah. Berjuaraian air mata Felisha mengalir membasahi wajahnya.
Esakan Felisha kian kedengaran. Qashaf yang mendengarkan itu hanya berdiam diri. Air mata Qashaf juga mengalir lembut membasahi pipi kusamnya itu.
Qashaf sedar , terlalu banyak luka yang telah dia tinggalkan diruang hati Felisha itu sehingga Felisha menjadi sebegini rupa.
Kedua-dua mata Qashaf kini dipejamkan. Dengan penuh rendah diri , dan rasa kehambaan , Qashaf hanya mampu memohon pertolongan dari Allah.
" Ya Allah , kuatkan aku.. "
Desis hati Qashaf yang merayu pada Sang Pencipta agar diberikan kekuatan disaat itu.
Share this novel