Bab 19

Drama Completed 10189

Sedang Felisha terdiam dan ditaburi kata-kata tahniah , hati Felisha rancak berbicara.

" Qashafff ! Ya Allah. Awak.. Saya happy sangat ! Kalau lah Sha mula awal sikit.. Kalau lah Sha terus start buat lepas Qash nasihat Sha haritu... "

Bisik hati Felisha yang meluahkan rasa gembiranya juga rasa kesalnya kerana tidak mengambil tindakan sedikit awal.

Pulang saja dari sekolah , Felisha melabuhkan dirinya diatas katil bersaiz Queen dibiliknya itu.

Telefon ditangannya dibuka dan paparan mesej WhatsApp miliknya dan Qashaf dibuka. Dengan jari yang menggigil dan dingin itu Felisha menaipkan pesanan buat Qashaf.

" assalamualaikum Qash ! Sha happy sangat hariniii ! Video Sha dah capai 100 views ! "

Usai menaip , pesanan yang masih belum dihantar itu ditenung lama oleh Felisha. Hati Felisha masih ragu-ragu.

" Hm. Patut ke aku mesej dia ? "

" tak nampak macam aku ni over ke ? "

" would he reply ? "

Disebabkan oleh situasi Qashaf dan Felisha yang sudah saling diam membisu tanpa khabar berita selama 2 bulan itu membuatkan Felisha semakin ragu-ragu untuk memulakan perbualan bersama Qashaf.

Bertubi-tubi soalan menerpa masuk ke ruang minda Felisha. Pelbagai jenis kemungkinan terbayang oleh Felisha.

Sedang Felisha ralit merenung paparan mesejnya itu , tiba-tiba status WhatsApp milik Qashaf kembali online.

Akibat terkejut , mesej yang ditaip oleh Felisha tadi tanpa sengaja dihantar kepada Qashaf. Selang beberapa saat mesej itu dibaca.

Lalu Qashaf pun membalas.

" Waalaikumsalam. Alhamdulillah. I'm happy for you ! "

" Congratulations sayang ! "

Oleh kerana perasaan gembira yang tidak dapat dikawal , tanpa sedar Qashaf menghantarkan itu. Felisha yang sudah sememangnya membuka paparan mesej mereka berdua lantas terkejut.

" Damn it ! Ya Allah ! Ape aku cakap ni ! Deleteeee "

Desis hati Qashaf yang juga terkejut dengan apa yang telah dihantarkannya kepada Felisha itu.

Selang beberapa saat mesej itu dipadam. Dengan pantas Qashaf menggantikan mesej tersebut dengan berkata

" Congratulations Felisha Aireena binti Samad ! I'm proud of you ! "

Felisha yang masih terkejut akan mesej Qashaf sebentar tadi hanya terdiam. Tangannya yang menggeletar tidak mampu menaip dengan laju. Disaat ini  , Felisha hanya mampu duduk berdiam sambil tersenyum lebar.

Setelah beberapa minit Felisha mencuba untuk bertenang dengan menarik dan menghembuskan nafas perlahan-lahan itu akhirnya membuahkan hasil.

Dengan tenang Felisha menjawab.

" Awhh so sweet of you ! Thank you Qashaf Alfian Bin Murad ! "

Jawab Felisha yang sedaya upaya mencuba untuk berlagak seperti biasa dan berpura-pura seakan tidak melihat akan mesej yang telah dipadam oleh Qashaf sebentar tadi.

Usai itu Felisha dan Qashaf hanya tersenyum sendiri. Meski sebentar dan begitu ringkas , kemanisannya tetap saja dirasa. Sekurang-kurangnya , terubat juga rindu dihati mereka berdua.

Usai itu ucapan tahniah diterima oleh Felisha dari 3 orang sahabat baiknya iaitu Raidhatul , Anizira dan Qhadif.

" Shaaaa ! "

Jeritan Raidhatul dan Anizira jelas kedengaran diatas talian.

" Yeeee hahaha Ya Allah kuatnya jeritt ! "

Jawab Felisha dengan ringkas. Buat Felisha mendengar jeritan Raidhatul dan Anizira itu adalah perkara biasa.

" Congratulations Shaaa ! "

Ucap Raidhatul dengan riang.

" Tahniah Shaa ! "

Lalu Anizira pun mengucapkan tahniah kepada Felisha.

" Congrates tho. Aku bangga dengan kau. "

Kata Qhadif kepada Felisha.

" Finally tho ! "

Ujar Raidhatul.

" Ye weyh ! Hard work paid off ! "

Sambung Anizira berkenaan kerja keras Felisha dalam pembikinan video.

" Kitorang bangga dengan kau weyh ! "

Tambah Qhadif yang turut menzahirkan rasa bangganya kepada kejayaan Felisha.

Meski kejayaan yang baru dicapai Felisha hanyalah kecil dimata orang , namun buat mereka bertiga yang melihat setiap kerja keras Felisha yang mencari masa untuk membuat video dan mengerah idea untuk mencipta puisi itu benar-benar perlu dihargai.

Usai itu Felisha meluahkan rasa terharunya kepada 3 orang sahabat baiknya itu dengan nada sebak oleh kerana air mata bahagia terus mengalir jatuh membasahi pipinya.

" Aaaaaaa thank youu korangggg "

" Terima kasih jugak sebab selalu support puisi aku. "

" everytime aku nak putus asa.. Korang selalu motivates aku.. "

" Kalau bukan sebab korang.. Mungkin aku tak sampai ke tahap ni.. "

" Saya , Felisha Aireena binti Samad , mengakui bahawa sesungguhnya ... "

" Aku sayang korang ! "

Kata Felisha yang meluahkan segala perasaannya disaat itu kepada Anizira , Qhadif dan Raidhatul.

" aaaa Sayang kau jugakkk ! "

Balas mereka bertiga dicorong talian telefon itu.

Beberapa minggu pun berlalu , minggu peperiksaan kini menjelma.

Jam sudah menunjukkan pukul 12 pagi. Namun begitu Felisha , Raidhatul dan Anizira masih saja berjaga dan berkomunikasi menerusi WhatsApp.

Memandangkan keesokkan harinya merupakan ujian Bahasa Melayu dan Matematik jadi Felisha , Raidhatul dan Anizira mengambil keputusan untuk membuat panggilan video.

" Korang macam mane nak buat gubahan ni ? aaaaaaa "

Soal Raidhatul sambil merungut.

" Ni ! Ouh macam ni la Rai "

Jawab Anizira dengan ringkas. Lalu diterangkanlah jalan pengiraan itu kepada Raidhatul.

Selesai mengulang kaji subjek Matematik , subjek Bahasa Melayu pula diberi tumpuan.

" Rambut sama hitam , hati masing-masing berlainan "

Ujar Raidhatul yang membacakan peribahasa.

" Setiap orang ada pendapat masing-masing. Betul tak ? "

Jawab Felisha secara spontan yang memberikan maksud kepada peribahasa tersebut.

" Betul ! "

Jerit Raidhatul dengan penuh semangat.

" alaaaa aku baru nak jawab tu tadiii "

Rungut Felisha dengan manja kerana sedikit terlewat untuk menjawab maksud peribahasa itu.

Setelah selesai mengulang kaji , panggilan ditamatkan. Tepat jam 2.30 pagi , Felisha , Anizira dan Raidhatul lantas melabuhkan diri diatas katil dan tidur dengan lena.

Begitulah hari-hari yang dilalui oleh Felisha dan dua orang sahabat baiknya itu di minggu peperiksaan. Tidak kiralah sesibuk mana pun mereka bertiga , tetap saja mereka akan mencari masa untuk meluangkan masa bersama.

Berjaya , gagal , susah dan senang biarlah bersama. Itulah yang sering diucapkan dibibir mereka bertiga yang membuatkan tali persahabatan antara mereka bertiga semakin kukuh.

Selesai menjawab Ujian Bahasa Melayu , loceng yang menandakan waktu rehat bagi para pelajar tingkatan 5 dan tingkatan 4 pun berbunyi.

Seperti kebiasaannya Felisha akan menunggu Raidhatul kerana kelas mereka adalah ditingkat yang sama iaitu tingkat 2.

Setelah beberapa minit menunggu , Raidhatul pun tiba. Lalu bersama-samalah mereka berdua menuruni anak-anak tangga dan menuju ke arah kantin sekolah mereka itu.

Tiba di kantin , makanan dibeli dan dengan pantas langkah menuju ke arah Anizira yang sedang makan itu diambil.

" Ha ! Macam mana exam ? "

Jerkah Felisha yang sengaja hendak menyakat Anizira.

Anizira yang sedang ralit makan , akhirnya terkejut apabila disergah oleh Felisha. Lantas itu jelingan manja diberikan kepada Felisha.

Felisha yang melihat tindak balas Anizria itu lantas tertawa kecil. Raidhatul yang melihat sikap kedua sahabat baiknya itu juga turut tertawa.

" Ish kau ni ! Kalau aku tercekik tadi macam mana ? "

Kata Anizira bernada sedikit marah kepada Felisha.

" Alololo sorry laaaa ! Jangan la marah ... "

Balas Felisha yang segera mencuba untuk memujuk Anizira yang sedang marah itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience