Bab 4

Drama Completed 10189

Hari berganti bulan , Felisha dan Qashaf kini seakan sudah mampu menerima ketentuan Tuhan.

Hati mereka tidak lagi terlalu kecewa dengan apa yang terjadi. Tidak lagi begitu mengingati satu sama lain. Namun cinta yang dirasa tetap sama.

Nama penuh tetap saja diingat dan dilafazkan disetiap sujud terakhir dan doa mereka berdua.

Benarlah kata orang , apabila kau redha menerima ketentuan Tuhan.. Inshaa Allah kau akan merasa lebih bahagia dari dahulunya.

Begitulah apa yang dirasa oleh Qashaf dan Felisha yang semakin rasa bahagia. Manisnya rasa mendoakan satu sama lain dalam diam.

Hari demi hari terus berlalu pergi. Tidak terasa pantasnya waktu berlalu. Kerinduan dihati Qashaf seakan tidak mampu ditahan.

Dengan pantas tindakan diambil oleh Qashaf. Melihat Felisha yang tidak berada diatas talian berjaya mengukirkan senyuman Qashaf.

" Okay , this is my chance. "

Lantas jarinya menaip sebuah pesanan mesej lalu dihantar pada Felisha.

" Felisha , I miss you. "

" I miss you a lot. "

" And , here I am. "

" Still loving you , sayang. "

Pesanan itu dihantarkan pada Felisha secara bertubi-tubi. Senyuman diwajah Qashaf semakin melebar.

Sedang Felisha menaip sebuah novel dilaman miliknya , mesej Qashaf mula masuk. Dilihatnya notifikasi itu , dengan pantas Felisha tertawa kecil. Selang beberapa saat selepas itu mesej-mesej tersebut dipadam oleh Qashaf.

Felisha yang tersenyum lebar sekali lagi tertawa kecil melihat mesej dari Qashaf dipadam satu persatu.

" Rindu awak jugak ! "

Bisik hati Felisha dengan riang. Senyuman Felisha yang masih memekar diwajahnya itu terus melebar hingga menampakkan barisan giginya yang tersusun cantik.

Felisha yang teruja sedaya upaya cuba bertenang. Nafas ditarik lalu dihembus perlahan.

Dengan pantas jari Felisha menaip pesanan pada Qashaf.

" Kenapa ni ? "

Balas Felisha yang berpura-pura tidak tahu pesanan apakah yang telah dipadam oleh Qashaf sebentar tadi.

Qashaf yang menerima pesanan dari Felisha lantas terkedu. Qashaf terdiam beberapa detik sambil merenung mesej dari Felisha yang terpapar di skrin telefon itu.

" F-felisha sempat baca ke ? Ya Allah. "

Desis hati Qashaf yang tergagap-gagap akibat terkedu. Qashaf meraup kasar wajahnya itu. Qashaf khuatir andai Felisha sudah terbaca mesejnya itu.

" Okay Qashaf relax. Felisha tak sempat baca. Dia tak tahu. It's okay. "

Ujar Qashaf yang cuba meyakinkan dirinya bahawa Felisha tidak sempat membaca mesejnya tadi. Matanya dipejamkan lalu nafas yang panjang ditarik dan dihembus.

Lalu matanya dibuka. Jari jemari Qashaf dengan pantas menaip sebuah pesanan untuk membalas mesej Felisha itu.

" Ehhh ? Tak tidur lagi ? "

Qashaf cuba bertindak biasa dan mengalihkan perhatian Felisha. Namun begitu , usahanya tidak berjaya. Felisha lantas membalas mesejnya itu bertanya mengenai apa yang dipadam olehnya sebentar tadi.

" Why did you delete it ? "

Felisha yang berpura-pura tidak tahu itu tertawa kecil melihat Qashaf yang mencuba sedaya upaya untuk menarik perhatiannya kepada topik lain.

" No , salah send tadi. I'm sorry "

Balas Qashaf yang berpegang tetap pada pendiriannya untuk mendiamkan apa yang telah dihantar sebentar tadi. Sebolehnya , dia tidak mahu Felisha mengetahui apa yang telah dihantar olehnya tadi.

Hal ini kerana Qashaf tidak mahu Felisha berfikir yang bukan-bukan mengenainya. Sudahlah Qashaf yang memutuskan hubungan mereka. Malah mereka berdua disaat ini hanya sekadar sahabat.

Namun kini ? Qashaf meluahkan rasa rindu ? Bagaimanakah pandangan Felisha nanti ? Akal Qashaf ligat berfikir mengenai itu.

Felisha yang masih terasa bahagia lantas membalas dengan ringkas.

" Ouh.. okay then.. "

Usai itu , Qashaf dengan pantas cuba mengalihkan tumpuan Felisha. Jari Qashaf , pantas menari diatas skrin telefon menaip mesej buat Felisha.

" Sha buat apa ? "
" Kenapa tak tidur lagi ? "
" It's already 1 a.m tho. "

Bertubi-tubi persoalan itu dilayangkan pada Felisha. Sejurus dibaca mesej Qashaf itu , Felisha menjawab dengan tenang.

" Ouh , Sha baru je habis tulis novel. "
" Nak tidur la ni.. huhu "
" What about you ? Why Qash tak tidur lagi ?"

Setelah membaca pesanan Felisha , lantas Qashaf pipinya diherotkan sehingga mengukir segaris senyuman indah diwajahnya yang kacak itu.

" I see , Qash tak ada buat apa-apa pun "
" Qash tak boleh tidur. "
" But I'm sleepy. "

Felisha yang telah membaca mesejh itu lalu menjawab.

" Ouh.. Then , pergilah tidur. "
" Before sleep , baca doa okay ? "
" Tutup je mata tu. Nanti tertidurlah. "
" Goodnight , Qashaf Alfian bin Murad "

Ketiga-tiga mesej itu dihantar dengan pantas. Namun mesej keempat yang sudah ditaip dipadam semula oleh Felisha.

" I miss you too. And I love you. "

Benar. Jika diikutkan hati mahu saja Felisha menghantarkan pesanan tersebut kepada Qashaf. Agar Qashaf juga tahu bahawa Felisha juga sedang merinduinya.

Namun , tidak semua rindu itu perlu diberitahu. Terkadangnya , cukup hanya Tuhan yang tahu betapa rindunya kamu pada dia.

Mungkin rindu itu tidak mampu diungkapkan. Tapi , doa itu mendekatkan. Bukankah itu lebih indah ? Itulah fahaman Qashaf dan Felisha mengenai rindu.

Qashaf yang membaca pesanan Felisha itu semakin melebar senyumannya itu.

" Felisha , aaa...! Thank you. I really missed your good night wishes ! "

Desis hati Qashaf yang merindui ucapan selamat malam dari Felisha. Meski dulu ucapan itu didengari dan kini hanya mampu dibaca.. Itu sudah cukup membahagiakan Qashaf.

Dengan pantas jari Qashaf menaip.

" Alright. "
" Goodnight too ! Sweet dreams Felisha Aireena binti Samad. "
"Jangan masuk dalam mimpi Qash okay ? "

Balas Qashaf. Sempat lagi Qashaf bergurau dengan Felisha mengenai mimpi. Felisha yang membaca itu lantas tertawa kecil dan membalas.

" Eee buat apa mimpi Qash ? "
" HAHAHA "
" okay bye ! "

Gurauan Qashaf berbalas gurauan Felisha. Lalu terhentilah sesi berbalas mesej disitu. Kedua-dua remaja yang masih terasa bahagia lantas menutup telefonnya dan mencuba untuk tidur.

Berpanorama siling yang putih semuanya , dua jasad itu merenung siling dengan senyuman yang mekar diwajah mereka.

" Alhamdulillah."

Alhamdulillah disebut oleh Qashaf dan Felisha secara serentak sebagai tanda syukur mereka berdua pada sang Pencipta.

" Terima kasih Ya Allah. "

Kata-kata itu dilafazkan oleh Qashaf bernada lembut.

" Terima kasih. "
" Kerana telah mengubati rindu dihati ku. "

Lafaz Felisha yang masih terasa bahagia.

" Meski sebentar , aku bahagia. "

Lafaz Qashaf dan Felisha secara serentak sambil tersenyum melihat siling kosong yang berwarna putih itu.

Lalu dibaca doa dan tidurlah kedua-dua jasad itu dengan perasaan yang gembira. Dengan wajah yang tersenyum kedua-dua mata mereka ditutup.

Mungkin , rindu itu menyakitkan. Malah menyesakkan juga. Namun , apabila rindu itu diluahkan pada Sang Pencipta itu lebih mendamaikan. Agar kita sebagai manusia ini , tidak tersilap langkah lagi.

Mendoakan dia yang kau rindu dan sayangi dalam diam itu lebih manis. Berbanding meluahkan rasa rindu dan cinta yang terlarang itu secara terus kepadanya. Kerana kita tidak tahu. Apakah kita mampu mengawal diri kita ?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience