Bab 10

Drama Completed 10189

Selesai saja mengemas barang-barang peribadi yang ingin dibawa ke dalam beg , kedua ibu bapa Felisha tiba di rumah mereka.

Pintu utama rumahnya dibuka lalu dilangkahkan kakinya memasuki ruangan rumah itu.

Felisha yang mendengar pintu itu dibuka dengan pantas berlari anak menuruni tangga itu dan menedekati ibu bapanya.

Wajah Puan Siti Zubaidah , ibu Felisha yang sedang menangis itu dilihat oleh Felisha. Bapanya , Encik Samad yang melihat anaknya kebingungan dengan apa yang terjadi lantas bersuara.

" Felisha , dah siap kemas ? Kita duduk dekat kampung dalam seminggu tau. "

Kata Encik Samad pada anak perempuannya itu.

" Dah.. Tapi Pa... Apa yang jadi ni ? Kenapa tiba-tiba je ? Kenapa Mama nangis ? "

Soalan demi soalan diajukan oleh Felisha kepada bapanya.

" Paksu , accident..and.. dia koma sekarang. "

Jawab Encik Samad secara ringkas dan padat kepada persoalan-persoalan Felisha tadi.

Felisha yang mendengarkan itu lantas mengangguk perlahan tanda memahami mengapa mereka harus pulang ke kampung segera dan mengapa ibunya menangis.

" Okaylah.. Papa nak pergi tengok Mama kejap. Felisha nanti call Abang. Cakap pasal ni ye. "

Ujar Encik Samad yang meminta anak perempuannya itu menelefon anak sulungnya untuk memaklumkan perkara tersebut.

" Ouh. Okay Pa. "

Jawab Felisha dengan begitu ringkas.

Dengan pantas anak-anak tangga itu didaki oleh Encik Samad. Tibanya dihadapan pintu bilik mereka berdua , nafas ditarik sedalam-dalamnya oleh Encik Samad. Lalu dihembuskan perlahan-lahan.

" Bismillah. "

Bismillah dilafazkan dari bibir Encik Samad bernada perlahan. Tombol pintu bilik digenggam lalu pintu itu dibuka olehnya.

Sejurus pintu itu dibuka , susuk tubuh isterinya yang sedang menangis jelas  kelihatan. Bernada romantik , Encik Samad mulai bersuara.

" Zu... "

Nama manja isterinya disebut secara perlahan.

Lalu Encik Samad mula mengorak langkahnya mendekati isterinya yang sedang duduk diatas katil bersaiz King itu.

Perlahan-lahan Encik Samad berlabuh diatas katil itu bersebelahan isterinya.

" Dah. Jangan menangis lagi. Kemas barang cepat. Nanti cepat sikit kita gerak. Cepat sikit sampai. "

Kata Encik Samad pada isterinya. Namun begitu , kata-kata Encik Samad hanya didengarkan oleh isterinya dan dibiarkan tanpa sebarang tindak balas.

" Zu. Awak tak boleh macam ni. "

Sekali lagi Encik Samad bersuara mencuba untuk memujuk isterinya agar berhenti menangis.

Perlahan-lahan Encik Samad mendekatkan bahunya kepada isterinya lalu ditarik perlahan wajah isterinya untuk bersandar pada bahunya itu.

" Tak apa. Abang ada. "

Ujar Encik Samad sekali lagi cuba untuk menenangkan Puan Siti Zubaidah.

" Dah , kemas-kemas cepat. Kita gerak lepas maghrib ya ? "

Kata Encik Samad sekali lagi.

Selesai solat maghrib berjemaah , ahli keluarga Felisha bersiap-siap untuk memulakan perjalanan ke kampung mereka iaitu di negeri Kelantan.

Seawal jam 7.50 malam , Encik Samad dan anak lelakinya Ziyad Fedli mula memasukkan beg-beg pakaian ke dalam bonet kereta.

Tepat jam 8 malam , Encik Samad dan keluarga memulakan perjalan mereka menuju ke kampung halaman.

Perjalan yang memakan masa hampir 12 jam perjalanan itu akhirnya sampai ke destinasi yang dituju.

Setelah penat berada didalam kereta selama 12 jam bersama kesesakan lalu lintas yang teruk itu , seawal jam 7 pagi keluarga Felisha tiba di Kota Bharu , Kelantan.

Sampai sahaja disana , kampung halaman dituju oleh mereka. Perjalanan ke kampung halaman mengambil masa sekitar 40 minit.

Tepat jam 7.45 minit pagi , Felisha dan keluarga selamat tiba di perkarangan kampung halaman ibunya itu.

Ahli keluarga dan saudara mara yang ada turun menyambut mereka sekeluarga yang baru tiba. Salam disambut senyuman nipis dihiasi diwajah.

Usai sesi bersalaman , keluarga Felisha dihidangkan sarapan pagi. Selesai bersarapan mereka sekeluarga membersihkan diri dan mendapatkan masa untuk berehat seketika.

Disiang hari pula , mereka sekeluarga bersama ahli keluarga yang lain bersama-sama menuju ke hospital dimana Encik Zharif iaitu adik bongsu Puan Siti Zubaidah ditempatkan.

Dalam perjalanan menuju ke hospital , Felisha melihat paparan skrin telefonnya. Masih tiada notifikasi dari insan yang dirindu.

" Hmmm "

Keluh Felisha apabila sebarang mesej dari Qashaf belum diterima.

" It's okay. Dia busy. Tak apa Felisha. Nanti kau mesej dia. "

Bisik hati Felisha yang cuba memujuk dirinya agar tidak terlalu kecewa dengan perkara tersebut.

Seperti Felisha , begitu juga Qashaf yang sedang merenung paparan skrin telefon pintarnya dan menanti notifikasi dari Felisha.

" Patut ke aku chat dia ? "

Desis hati Qashaf yang berasa ragu-ragu untuk memulakan perbualan bersama Felisha meski sekadar pesanan ringkas.

" Patut ke ? "

" Patut keeeee aaaaaa "

Hati Qahsaf yang seakan mendesak dirinya untuk memulakan perbualan dahulu namun begitu minda Qashaf seoalah-olah menahan dirinya dari melakukan tersebut.

" Macam mana kalau dia seen je ? "

" Kalau dia busy ? "

" Nanti dia tak reply ? "

" Aaaa should I ? "

" Dia okay ke nanti ? "

" Entah-entah dia dah move on ? "

" aaaaa Felisha Aireena , I miss you ! "

" Ya Allah aku nak buat ape ni ? "

Bertubi-tubi pertanyaan hadir memenuhi segenap ruang minda Qashaf.

" Huh ! "

Nafas dihela oleh Qashaf dengan kuat cuba untuk bertenang.

" Okay , sekarang baru pukul 12.30 tengah hari. Its okay. Nanti aku chat dia. "

" Relax Qashaf. Relax. Chill. "

Qashaf bersuara secara perlahan cuba untuk menenangkan dirinya yang sudah keliru dan ragu-ragu disebabkan perkara itu.

Tepat jam 1 petang , Qashaf yang sudah bersedia untuk memulakan perbualan itu perlahan-lahan membuka aplikasi WhatsApp.

" Okay , Qashaf. Kau boleh. Dia reply ke tak , itu belakang cerita. "

Setelah aplikasi WhatsApp itu dibuka , status kenalannya dibuka lalu nama Felisha jelas kelihatan diatas sekali.

" Eh , Felisha post status ? Baik aku tengok dulu "

Bisik hati Qashaf yang mengambil keputusan untuk melihat gambar yang dipost oleh Felisha terlebih dahulu.

Sejurus melihat status milik Felisha , segaris senyuman dipipi Qashaf lantas terukir lebar.

" tiada gerak hati
  tanpa gerak kaki
  tak sedar sampai ke rumah kenangan ku ,
  biar doa menolak kita
  paling tidak , kita jatuh ke ruang rindu. "

Sebuah teks yang kelihatan biasa namun punya mesej tersendiri buat orang tertentu yang sengaja dipost oleh Felisha itu telah dibaca oleh orang yang tepat diwaktu yang tepat.

Tanpa berfikir panjang , Qashaf dengan pantas jarinya ligat menaip balasan dari status tersebut.

" Hyeeeee "

Lalu pesanan ringkas itu pun dihantar pada Felisha.

Kurang daripada seminit , pesanan itu dibuka dan dibaca oleh Felisha. Melihat sahaja paparan skrin telefon itu , segaris senyuman lebar juga terukir dipipi Felisha.

" Aaaaaa dia replyyyyyy ! OMG ! Ya Allah dia reply ! Aaaaaaaa "

Jerit hati Felisha bernada riang yang berasa begitu gembira menerima mesej dari Qashaf itu.

Pipi Felisha yang merah dipegang oleh tangan kirinya dengan lembut. Pipinya yang gebu itu sudah terasa bahang panasnya.

" Huh. Okay Felisha. Relax. Relax. Inhale , exhale. Relax ! "

Desisi hati Felisha yang mencuba untuk menenangkan dirinya yang sudah tidak keruan itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience