Bab 62

Drama Completed 10189

Bulan berganti matahari tanpa hentinya. Sedar tidak sedar , sudah seminggu Qashaf dan Felisha bergelar tunangan.

Sedang Felisha berehat sebentar dari penulisan novelnya , cincin di jari manis ditenung lama.

" Sha , nantii kita dah kahwin... Qash bawak Sha pergi sini okay ? "

Suara Qashaf yang lembut jelas kedengaran dicorong talian. Paparan mesej antara Felisha dan Qashaf jelas terpapar. Sebuah rakaman yang dihantar oleh Qashaf segera dibuka.

Sebuah rakaman panorama keindahan negara Turkey jelas terpapar.

" Cantiknyaaaa ..! Dekat mana nii ? "

Kata Felisha bernada teruja selepas melihat keindahan panorama didalam rakaman yang dihantar oleh Qashaf itu.

" dekat Turkey la fishcake ! Tu pun tak tauuu hahahah "

Jawab Qashaf sekaligus dengan sengaja mengusik Felisha dan tertawa.

" Eeee mana la orang tauuu , fishball ni ! "

Balas Felisha kepada Qashaf sambil mencebik.

Negara Turkey adalah antara negara yang telah berjaya menarik hati Qashaf untuk bercuti disana.

" Sha , tengok chat "

Kata Qashaf secara tiba-tiba yang menyuruh Felisha untuk membuka pesanan mesej yang baru dihantar olehnya.

" Hm ? jap. "

Jawab Felisha dengan ringkas. Lantas itu , paparan Instagram ditutup dan paparan mesej dirinya dan Qashaf dibuka di aplikasi WhatsApp.

" sevgili bal?k köftesi "

" seni seviyorum "

Pesanan Qashaf segera dibaca oleh Felisha. Sejurus dibaca pesanan tersebut , dahi Felisha mula berkerut.

" Qash. Apa niii ? Tak faham laaa "

Rungut Felisha kepasa Qashaf dengan manja.

" Cuba search dekat google. "

" Pergi dekat Google translate. Then ambik bahasa Turkey. "

Arah Qashaf dengan lembut kepada Felisha.

Tanpa sebarang persoalan , Felisha akur dan segera membuka aplikasi Chrome. Dengan pantas Felisha membuka halaman google translate seperti yang Qashaf arahkan.

Pesanan pertama dan kedua ditekan dan diterjemah.

" dear Fishcake "

" I love you "

Sejurus melihat ayat tersebt diterjemah , Felisha tersenyum sendiri.

" Ha , tengah sengih sorang-sorang ke tuuu "

" Hahahaha "

Tegur Qashaf sambil tertawa.

" Alololo love you too , Fishball "

Jawab Felisha bernada manja.

" Aaa ? Apa dia ? Ulang balik please ..! "

Kata Qashaf yang sengaja ingin menyakat Felisha.

" Taknokkkk sekali jeeee hahahaha "

Jawab Felisha sambil tertawa kecil.

" Alooo takpelah. Qash muted la kalau macam ni.. hm... "

Balas Qashaf bernada kecewa. Lalu Qashaf pun menutup mikrofonnya.

" ishhh Qash niii. "

Rungut Felisha kepada Qashaf.

" cakap cepat ! "

Pesanan mesej diterima oleh Felisha. Oleh kerana mikrofonnya telah ditutup , Qashaf kini menaip pesanan ringkas kepada Qashaf sebagai responnya kepada kata-kata Felisha.

" Eeeeee ye ...! Love you tooo ! "

Balas Felisha secara terpaksa. Usai itu mikrofon Qashaf kembali dibuka dan Qashaf pun bersuara.

" Haaa macam tu laa good girl ! hahahaha "

Kata Qashaf sambil tertawa

( Tok Tok )

Ketukan pintu bilik telah berjaya menyedarkan Felisha dari lamunan memori disaat Qashaf dan Felisha bercinta dahulu.

" Sha.. kau dah tidur kee ? "

Suara Raidhatul yang lembut jelas kedengaran.

" Yaa , kejap ..! "

Laung Felisha dengan lembut sambil mengahampiri pintu biliknya itu. Perlahan-lahan tombol pintu bilik dipulas dan ditolak.

Sejurus pintu dibuka , wajah Raidatul dan Anizira jelas kelihatan.

" Jomm , tengok movie dengan kitorang ? "

" Jom la Shaaa "

Ajak Anizira dan Raidhatul dengan teruja.

" Hmmm 5 minit. Aku nak fikir japp "

Kata Felisha kepada mereka berdua.

Anizira dan Raidhatul yang melihat Felisha seakan-akan sengaja melengahkan masa itu lantas menarik tangan Felisha hingga ke ruang tamu.

Felisha yang ditarik oleh dua orang sahabatnya itu hanya mampu tertawa melihat gelagat Anizira dan Raidhatul.

" Duduk sini "

Arah Raidhatuk sambil menolak perlahan tubuh Felisha hingga terduduk diatas sofa diruang tamu rumah sewa mereka.

" Nak tengok movie apa ni ? Korean ? English ? "

Soal Anizira kepada Felisha dan Raidhatul.

" Korean jom. Dah lama aku tak layan drama korea. "

Jawab Raidhatul kepada persoalan Anizira.

" Kau , Sha ? "

Soal Anizira kepada Felisha.

" Mana-mana je "

Balas Felisha yang hanya akur akan keputusan dua sahabatnya itu.

" Okay nice , kita tengok cerita ni "

Ujar Anizira yang sudah menemui cerita korea yang menarik minatnya untuk menonton.

Jam sudah menunjukkan pukil 12.30 tengah malam. Disudut ruang tamu , terduduknya tiga sahabat iaitu Raidhatul , Anizira dan Felisha yang setiap seorangnya memeluk bantal dan mengusap air mata dipipi.

" Kenapaaaaaaaaa ..? "

Soal Felisha kepada cerita tersebut kerana telah begitu menghayati perjalanan ceritanya.

" apasal diorang pisahkan dia dengan anak diaaaaaa "

Tanya Anizira pula yang bertanta mengapa banduan dan anaknya yang baru berusia dua tahun itu perlu dipisahkan.

" apehal bapak dia jahat sangat niii kesian dia weyhhhhhhhh "

Kini tiba giliran Raidhatul pula menyuarakan persoalannya.

Begitulah keadaan mereka bertiga apabila menontom drama atau cerita bersama-sama. Mereka bertiga , adalah insan yang begitu menghayati watak dan jalan penceritaan.

Usai menonton cerita , Felisha , Raidhatul dan Anizira pun mula bercerita mengenai diri masing-masing kepada satu sama lain.

Seperti apa yang telah berlaku kepada hidup mereka selama seminggu berlalu kerana kekangan masa yang membuatkan mereka ketinggalan akan apa yang berlaku pada satu sama lain.

Begitulah corak kehidupan tiga sahabat baik ini setelah masing-masing sibuk membina kerjaya dalam bidang yang mereka ceburi.

" Em , guys. Korang tau kan .., aku dengan Diff dah bertunang lama jugaklah.. nak dekat setahun dah pun.. "

Kata Anizira yang mula membuka cerita mengenai dirinya.

" Tau "

Jawab Raidhatul dan Felisha secara serentak.

" hmm.. "

Keluhan Anizira jelas kedengaran.

" kenapa ni ? "

Tanya Felisha dengan lembut kepada Anizira setelah melihat riak wajah Anizira yang agak sedih.

" Aku dengan Diff ..., "

" Kitorang... "

Ayat Anizira terputus seketika.

" Korang apaaa ?! "

Jerkah Raidhatul kepada Anizira kerana tidak tahan dakam menunggu ayat yang terbit dari bibir Anizira secara terputus itu.

" Kitorang nak kahwin minggu depan ! "

Jawab Anizira bernada separuh menjerit akibat terkejut dijerkah Raidhatul.

" Oppps. "

Kata Anizira bernada perlahan sambil tangan kanannya menutup bibirnya.

" M-minggu depan ?! "

Ujar Felisha dan Raidhatul bernada separuh tinggi secara serentak akibat terkejut akan apa yang terbit dari bibir Anizira sebentar tadi.

Anizira yang melihat wajah kedua-dua sahabatnya itu berkerut hanya mampu tersengih panjang.

" serius lah Ziraaaa "

Kata Felisha yang masih lagi tidak mampu mempercayai apa yang didengarinya tadi.

" Serius ..! Nah ! "

Jawab Anizira dengan mesra sambil menghulurkan dua keping kad kahwinnya dan Qhadif kepada Raidhatul dan Felisha.

Raidhatul dan Felisha yang melihat huluran kad kahwin ditangan Anizira itu lantas dicapai.

" haih , tak dapat jugak aku nak kahwin duluuuu "

Keluh Felisha sedang tangannya sibuk membuka kad kahwin Anizira.

" Hehehe takpe , kau pun bulan depan je kannnn "

Balas Anizira sambil tersengih.

" Ah sudah la korang berdua memang tak sayang akuuuuu "

Celah Raidhatul dengan penuh emosi.

" Minggu lepas Sha tiba-tiba bertunang. Minggu depan kau kahwin. Bulan depan pulak Sha kahwin. "

" Korang memang tak sayang aku kannnnnn ! "

Tambah Raidhatul lagi bernada sedih.

" Kau laaa lambattt "

" bukan salah kitorangggg "

Jawab Anizira yang juga dramatik.

" Harith yang lambatttt. Kau nak aku buat apaaaaaa "

Balas Raidhatul yang masih bernada sedih.

" susah-susah , kau je ajak dia kahwinnnn HAHAHAHAAH "

Usik Felisha kepada Raidhatul sambil tertawa.

Raidhatul dan Anizira yang sedang berdama juga turut meletus ketawanya apabila mendengarkan apa yang terbit dari bibir Felisha.

" Hahahaha aku setujuuuuu "

" Eee gempak tho kau propose dia Rai ! "

Sokong Anizira kepada cadangan Felisha sebentar tadi.

" Kannn ! Korang pun dah crush to each other dari form 5 kan. "

" dah lama dah tuuuu "

" Hahahaha "

Usik Felisha sekali lagi sambil tertawa.

" Eeee korang niiiiii "

Rungut Raidhatul sambil mencebik melihat dua sahabat baiknya itu sedang sakan membahan dirinya.

" Yelahhh nanti aku try "

" Hahahahahaha "

Tambah Raidhatul yang ikut menganggap perbualan itu sebagai bahan jenaka sambil tertawa.

Begitulah corak persahabatan antara Anizira , Raidhatul dan juga Felisha. Sebuah persahabatan yang akrab dan dipenuhi ketawa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience