Usai membasuh pinggan , anak-anak tangga didak oleh Felisha. Tiba sahaja dibiliknya , tombol pintu lantas dibuka. Dihadapan almari Felisha berdiri. Sehelai baju kurung bermanik berwarna kuning cair jelas kelihatan.
" Cantiknya ..! "
Jerit Felisha dengan teruja setelah melihat baju kurung yang tergantug di almarinya itu.
" eh , tapi ada apa ha ? Kenapa Pak Long semua nak datang ni ? "
" Dah macam ada kenduri penting je. "
" Last Pak Long datang sini pun abang kahwin haritu. "
Bebel Felisha yang masih tidak mampu mentafsirkan apa yang sedang berlaku.
" jangan jangan .. "
Kata-kata Felisha terhenti seketika.
" HAH ! "
Jerit Felisha sambil menekupkan kedua-dua tangannya ke bahagian bibir.
" Takkan ada orang nak meminang aku kot ?"
Teka Felisha secara spontan.
" Noooo ! Tak nakkkk ! "
Jerit Felisha dengan agak kuat.
Tanpa membuang masa , Felisha mengatur langkah kakinya menuju ke bilik abangnya.
Pintu bilik diketuk perlahan oleh Felisha. Selang beberapa saat , pintu dibuka. Wajah Hanis jelas terpapar disebalik pintu tersebut.
" Akakk , akak tau tak kenapa Pak Long semua nak datang kejap lagi ? "
Tanpa sempat Hanis bersuara , Felisha lantas melontarkan persoalannya kepada Hanis.
" Lah , kau tak tau ke dik ? "
Celah Ziyad yang kini sudah berdiri disamping isterinya itu.
" Tau apaaa ..? "
Tanya Felisha dengan mata yang membulat menginginkan jawapan yang pasti.
Hanis yang mendengarkan itu lantas mencubit manja bahagian perut suaminya itu dan berkata kepada Felisha.
" Kakak dengan abang pun tak tau apa-apa la Sha.. "
" Mama dengan Papa tak bagitau apa-apa pun.. "
Jawab Hanis yang mencuba sedaya upaya untuk mengelakkan perasaan curiga dihati Felisha.
" Haa .. haah. Abang pun tak tau .. "
" ingatkan adik tauu "
Tambah Ziyad sambil tangan kanannya mengusap bahagian belakang tengkuknya itu.
" ish betul-betul laaa "
" Abang dengan kakak pun tak tau ? "
Tanya Felisha yang masih mencuba untuk mencari jawapan dari Ziyad dan Hanis.
" Sha pergi siap sekarang. Pergi mandi , tukar baju.. nanti akak datang bilik Sha , kita make up sesama okay ? "
Arah Hanis yang cuba mengalihkan perhatian Felisha daripada hal tersebut.
" hmm. okay.. "
Jawab Felisha dengan kecewa.
Setelah siap menukar baju , diatas tilam Felisha melabuhkan dirinya. Telefon pintar ditangan direnung lama. Gambar Qashaf dan dirinya jelas terpapar.
" Qash .. "
" Hmm.. "
Keluh Felisha dengan perlahan yang tidak tahu bagaimana hendak menggambarkan perasaanya disaat itu.
Entah mengapa , hatinya kuat mengatakan bagawa sesuatu yang bakal memberi impak besar akan berlaku. Resah , gelisah , segalanya dicampur aduk.
" Sha.. ? "
Suara lembut Hanis jelas kedengaran dihadapan pintu bilik Felisha itu telah berjaya menyedarkan Felisha dari renungannya tadi.
Perlahan-lahan Hanis mengatur langkahnya menuju ke katil Felisha. Dihadapan Felisha , Hanis melabuhkan dirinya.
" Kenapa monyok nii ? "
Soal Hanis yang melihat wajah Felisha yang terpapar kesedihan itu.
" Sha takut kak. Macam mana kalau sebenarnya harini ada orang nak masuk meminang Sha. "
" Sha... tak nak.. tapi.. "
" Sebab family kita biasa berkumpul dekat kampung. "
" Ni , tiba-tiba semua dekat kampung , yang dekat Singapore nak balik kenapa ? "
" benda ni jadi bila ada majlis penting je tau.."
Luah Felisha melepaskan satu persatu kegusaran yang bersarang dihatinya itu.
" Hmmm. "
Keluh Felisha jelas kedengaran sambil menundukkan wajahnya.
" Sha.. Tengok muka akak. "
Arah Hanis dengan lembut.
Felisha yang mendengarkan itu perlahan-lahan mengangkat wajahnya memandang Hanis.
" If , harini betul-betul ada orang meminang Sha. Maksudnya , itu adalah jodoh terbaik Sha. Jawpan kepada doa Sha , istikharah Sha selama ni. "
" Tapi , harini kan birthday Sha. Mana tauu Pak Long , Mak Lang , Pak su , Atok semua nak celebrate sekali tahun ni.. "
" Atok pun baru balik umrah kan. Alang-alang dah ada dekat KL .. "
" Dah .. jangan fikir sangat. Jom kita make up. Bagi manis sikit muka tuu. Jangan la monyok sangat. Senyum sikit akak nak tengokkk "
Dengan panjang lebar , Hanis cuba untuk memujuk hati adik iparnya yang seorang itu.
Tanpa sebarang balasan kata , Felisha pun mengukir segaris senyuman diwajahnya.
Sedang Hanis dan Felisha bersolek sambil berbual berkaitan novel yang baru dibaca itu , Puan Siti Zubaidah pun memasuki bilik Felisha.
" Amboiii rancaknya berbual "
" Mama nak join bolehhh ? "
Sapa Puan Siti Zubaidah sambil tersengih panjang.
" Bolehhh. Jom laaa Ma. Nis dengan Sha tengah sembang pasal novel yang kita baru beli hari tuuu "
Jawab Hanis dengan mesra.
Disamping Felisha dan Hanis , Puan Siti Zubaidah duduk. Lalu bersama-sama mereka bertiga berbual dan bersolek.
Setelah selesai bersolek , mereka bertiga pun turun ke ruang tamu dan bersapa dengan ahli keluarga besar yang baru tiba.
Tepat jam 11.30 pagi , sebuah kereta Alphard berwarna putih , dua buah kereta Honda Civic berwarna hitam dan
kelabu , juga dua buah kereta Mercedes Benz berwarna putih jelas kelihatan.
" Eh , ada yang baru sampai ke ? Bukan semua dah sampai ke ? "
Bersama wajah yang berkerut Felisha berdiri dihadapan pintu utama rumahnya dan melihat kereta-kereta itu menempatkan kereta mereka.
Hanis yang melihat adik iparnya seakan kebingungan itu lantas mengatur langkahnya menghampiri Felisha.
" Tengok apa tu Sha ? "
Soal Hanis kepada Felisha.
" Tu. Banyak betul kereta. Ada lagi ke yang tak sampai ? Semua dah sampai kan Kak ? "
Soalan , berbalas soalan. Tanpa membuang masa Hanis lantas mengalihkan pandangannya memandang kearah luar halam rumah. Dengan pantas Hanis menarik tangan Felisha menaiki anak-anak tangga dan menuju ke bilik Felisha.
" ehhh nak pergi mana ni kakk ? "
Tanya Felisha yang semakin bertambah bingung melihat gelagat kakak iparnya itu.
" touch up make up. Blusher Sha dah hilang laaa. "
Jelas Hanis yang memberikan alasan.
" Relax bro. "
Kata Adam , sepupu kepada Qashaf sambil menepuk lembut bahu kiri Qashaf setelah melihat Qashaf yang agak gementar itu.
Qashaf yang duduk disamping Adam itu lantas mengukirkan segaris semyuman nipis.
" aku tau kau nervous. Nah gula-gula. Jangan risau. Dia mesti terima kau. Hari ni jugak kau jadi tunang orang tauuu "
Kata Adam yang cuba menenangkan jati Qashaf sambil menghulurkan sebungkus gula-gula.
" Huh. Thanks bro teman aku dalam kereta ni hahaha "
Balas Qashaf sambil tertawa kecil mencapai bungkusan gula-gula huluran Adam itu.
" Hahaha no hal lah "
Ujar Adam yang juga tertawa kecil.
" Eee kak. Ada apa dekat bawah tuu ? Jom la turun tengokkk "
Rengek Felisha kepada Hanis yang berasa tidak senang duduk dibiliknya itu.
" Tunggu kejap. Nanti Mama panggil turun okay ? "
Jawab Hanis dengan tenang kepada Felisha.
" haih.. Hm okay... "
Balas Felisha bernada kecewa.
Hanis yang melihat adik iparnya yang sudah begitu memuncak perasaan ingin tahu lantas membuka cerita dan memberitahj perkara sebenar oleh kerana berasa kasihan.
" Sha.. sebenarnya .., harini memamg ada orang datang meminang Sha. "
" Mama dengan Papa dah bagitau abang dengan kakak haritu. Sebab tu semua family kita berkumpul harini. "
Kata Hanis yang memulakan bicarannya.
" Haa ? K-kenapa.... "
Balas Felisha yang tergagap akibat terkejut.
" Sorry Mama dengan Papa cakap mama dengan papa dah janji dengan orang tu untuk rahsiakan. "
" Sha.. apa pun jadi , akak nak Sha terima dengan hati terbuka okay ? Siapa pun orangnya , percayalah. Dia adalah yang terbaik untuk Sha. "
" Sebab dia adalah jawapan kepada istikharah dan doa Sha selama ni. Sha pun selalu cerita dekat akak kan .. Sha selalu doa dapat jodoh baik-baik.. "
" So , Sha kena terima dengan hati terbuka okay ? "
Nasihat Hanis kepada Felisha yang sengaja ingin memberikan suspen kepada adik iparnya sedang dirinya sudah tahu siapakah jejaka tersebut.
" hmm.. "
Keluh Felisha sambil menundukkan wajahnya. Felisha kini kehilangan kata-kata. Nafas ditarik dalam dan dihembus perlahan berulang kali dengan harapan ketenangan hati dicapai.
Share this novel