Bab 51

Drama Completed 10189

Hari demi hari berlalu seperti kebiasaannya. Setelah hampir seminggu akaun instagram itu disekat , kini satu lagi akaun menghantar pesanan kepada Felisha.

Tetapi akaun Instagram yang menghantarkan pesanan ringkas dikali ini bukanlah akaun palsu.

" Kau tak layak untuk dia "

" Jangan terlalu pentingkan diri Felisha "

" Lepaskan dia ! "

" Dia berhak dapat wanita yang lebih sempurna. "

Bertubi-tubi mesej itu diterima oleh Felisha dari akaun Instagram yang bernama Reensyah.

Felisha yang tidak mahu bertindak melulu lantas menarik nafasnya sedalam mungkin dan menghela dengan perlahan berulang kali sehingga ketenangan dicapai.

Setelah Felisha sudah agak bertenang , jari jemarinya dengan pantas membuka peti mesej tersebut. Satu persatu pesanan yang diterima dibaca dengan teliti.

" Ya Allah. Siapa ni ? "

Desis hati Felisha yang tertanya-tanya siapakah gerangan pemilik akaun Instagram itu.

Tanpa berfikir panjang profil Instagram itu ditekan oleh Felisha. Rupa-rupanya , akaun Instagram tersebut adalah milik Nur Qhaireena Aisyah atau dikenali sebagai Reen.

Qhaireena adalah seorang pelajar yang menduduki kelas yang sama dengan Qashaf , Luq dan Am selama tiga tahun berturut-turut.

Disebabkan mereka berempat telah menjadi rakan sekelas dalam tempoh masa yang agak lama , Qhaireena menjadi salah seorang teman rapat mereka.

Qashaf selalu ada untuknya disaat segalanya kelihatan tak kena. Lama kelamaan , layanan baik Qashaf terhadap Qhaireena itu telah disalah tafsir.

Qhaireena mula menyimpan perasaan terhadap Qashaf sejak ditingkatan tiga lagi. Sehinggalah ketika mereka ditingkatan 5 , hati Qhaireena hancur apabila mengetahui bahawa hati Qashaf sudah ada yang pegang kuncinya.

Namun begitu , Qhaireena tetap nekad mahukan Qashaf menjadi miliknya. Malah , Qhaireena sanggup meninggalkan keluarganya dan menyambung pelajaran di Mesir bersama Qashaf.

Felisha yang tidak mengenali gadis itu terdiam seketika. Foto-foto yang telah dimuat naik di akaun Instagram milik Qhaireena itu satu persatu dilihat oleh  Felisha.

" Cantik orangnya. "

Ujar Felisha sambil menggariskan senyuman nipis diwajahnya.

Lalu foto Qhaireena bersama Qashaf , Luq dan Am itu ditekan dilihat dengan penuh teliti oleh Felisha.

" Qash.. are you happy with her ..? "

Tambah Felisha drngan nada perlahan. Senyuman Felisha kian pudar. Air matanya mulai bertakung.

Pandangan mata Felisha tetap tertumpu pada wajah Qashaf yang tersenyum lebar difoto itu. Jari jemari Felisha mengusap lembut skrin telefonnya dibahagiaan wajah Qashaf.

" I think .., you're happier when you were with her. "

" Am I right ?

Kata Felisha sambil mengherotkan pipinya hingga terukirnya segaris senyuman nipis. Kedua-dua bebola mata Felisha lantas dipejamkan. Lalu tumpahlah air mata dari tubir mata Felisha.

" Ya Allah.. Berikan yang terbaik buat kami. "

" Tunjukkan jalan yang benar Ya Allah .. "

" Sesungguhnya.. "

Suara Felisha kian serak dan tenggelam akibat kesedihan didada.

" ...aku redha dengan setiap takdir-Mu Ya Allah.. "

Sambung Felisha sambil menundukkan wajahnya menhadap permukaan meja belajarnya itu. Esakan Felisha kian jelas kedengaran.

Begitu berat sekali untuk Felisha mengatakan itu. Namun apakan daya ? Felisha harus yakin dengan setiap ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah.

Meski hatinya sudah retak dimamah rasa , Felisha tetap saja bersangka baik terhadap Allah. Kerana dia tahu , bahawa Allah tidak akan pernah menguji hambanya jika hambanya tidak mampu menggalas ujian tersebut.

Jam sudah pun menunjukkan pukul 3.20 pagi. Felisha yang tadinya menangis hingga tertidur meja belajarnya itu lantas menganggkat wajahnya.

Air mata yang bersisa diseka lembut. Tanpa membuang masa , Felisha berdiri dan mengatur langkahnya ke bilik mandi.

Dihadapan cermin Felisha berdiri merenung pantulan wajahnya dicermin itu. Matanya , sudah bengkak akibat menangis terlalu lama.

" It's okay Sha. Kau boleh. "

Kata Felisha dengan suara yang serak dan nada perlahan sambil menggariskan senyuman nipis diwajahnya yang pucat itu.

Tanpa membuang masa Felisha pun mula mengambil wudhu' dan mendirikan solat tahajjud dan solat istikharah.

Kali ini , Felisha benar-benar nekad untuk menyerahkan segala urusannya termasuk jodoh kepada Allah. Tiada lagi harapan yang tinggi , cukup sekadar kepercayaan kepada takdir Allah.

Diatas bentangan sejadah itu Felisha menadahkan kedua-dua tangannnya dan berdoa seikhlas hatinya.

" Ya Allah. Aku redha dengan segala ketentuan yang telah engkau takdirkan buat ku.. "

" Ya Allah , Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang..  Aku tahu engkau tahu apa yang aku tidak tahu.. "

Tubir mata Felisha kian terasa panas. Matanya kini bergenang. Dengan nada yang sebak Felisha menyambung semula doanya.

" ..dan aku tahu , engkau tahu apa yang terbaik buat hamba-Mu.. "

" aku terima setiap satu perkara yang telah kau tetapkan buat aku Ya Allah. Berikanlah yang terbaik buat kami. "

Perlahan-lahan kedua-dua kelopak mata Felisha ditutup rapat. Lalu pecahlah genangan air matanya jatuh membasahi pipi kusam itu.

Setelah beberapa detik , kelopak mata Felisha kembali dibuka dan kembali bergenang. Nafas Felisha kian pendek. Esakannya semakin jelas kedengaran.

Setelah sedikit tenang , Felisha kembali sambung berdoa meminta pada Yang Maha Kuasa.

" Aku redha .., jika cerita cinta aku dan dia terhenti disini. Jodohkanlah dia dengan wanita yang solehah. "

" Jagakan dia untuk ku Ya Allah. Kerna sesungguhnya aku menyanyaginya.. "

" Angkatlah kesedihannya ..., dan gantikanlah dengan kebahagiaan. "

" Sesungguhnya , hanya pada-Mu aku bermohon dan aku berserah.. Berikanlah yang terbaik buat kami Ya Allah.. Amin ya Rabb "

Setelah mengatakan itu , kedua-dua tangan Felisha yang menadahkan doa diraup kasar kewajahnya.

Wajah Felisha hanya menunduk memandang corak pada bebtangan sejadah itu sedang bibirnya ligat beristighfar dan cuba untuk bertenang.

Air mata yang masih mengalir lembut menuruni pipinya itu dibiar kering sendiri. Setelah hampi 15 minit Felisha duduk termenung diatas bentangan sejadah sambil beristighfar itu , Felisha akhirnya membuka ikatan pada telekungnya.

Dengan perlahan dan lesu telekungnya dibuka dan dilipat dengan rapi. Lalu diikuti dengan bentangan sejadah. Setelah selesai dilipat rapi telekung dan sejadah diletakkan diatas kabinet.

Fikiran Felisha kini kosong sekosong-kosongnya. Air matanya juga telah berhenti dari terus mengalir. Kali ini , Felisha benar-benar menyerahkan segalanya pada Yang Maha Esa.

Tiada lagi pengharapan yang tinggi buat masa depan mereka berdua. Tiada lagi gambaran indah antara dirinya dan Qashaf. Felisha , sudah benar-benar lelah dengan mainan perasaan.

Kini hanya pada Allah , Felisha berserah. Felisha percaya , jika sudah tertulis bahawa Qashaf adalah yang terbaik buatnya mama tiada apa yang mampu pisahkan mereka berdua.

Hari demi hari berlalu tanpa henti. Sedar tidak sedar , 5 tahun sudah berlalu. Qhaireena masih saja tidak berhenti dari menghantar pesanan-pesanan berbaur ugutan kepada Felisha. Namun Felisha tetap kekal tenang dan tidak mengambil peduli.

Felisha Aireena kini telah berjaya menempah nama dan menjadi seorang penulis buku yang terkenal.

" Memandangkan saya sendiri peminat novel " Takdir " ni saya nak bertanyalah.. "

Suara Puan Hanisah Sudin , pengacara rancangan " Selamat Pagi Malaysia " jelas kedengaran ingin menyuarakan soalannya kepada Felisha.

Dengan wajah yang tersenyum Puan Hanisah Sudin mula bertanya.

" dari mana , Felisha dapat idea untuk menulis novel yang bagi saya , sangat-sangat berbeza dengan novel cinta yang selalu saya baca. "

" sebab saya selalu juga meramal apa yang akan berlaku dari satu bab ke bab yang lain. "

" tapi tekaan saya semuanya salah ya. hahaha "

Ujar Puan Hanisah Sudin sambil tertawa kecil.

" terlalu banyak plot twist ya dari mana Felisha dapat idea tu ? "

Tambah Puan Hanisah Sudin.

Dengan wajah yang tersenyum lebar Felisha memandang Puan Hanis Sudin dan mula menjawab persoalan tersebut.

" Sebenarnya.. novel " Takdir " ini adalah .. "

Kata-kata Felisha tergantung seketika.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience