Setelah beberapa saat Felisha mengambil masa untuk menenangkan hatinya yang terlalu bahagia itu , Felisha pun membalas pesanan ringkas tersebut.
" Eh "
" Hyeeee "
Mesej yang dihantarkan oleh Felisha lantas dibaca oleh Qashaf. Paparan skrin kedua-dua mereka terpapar ruang mesej antara mereka berdua.
" Qash outing ni "
Balas Qashaf kepada Felisha yang memberitahu bahawa dia sedang berada diluar tanpa ditanya oleh Felisha.
" Ke mana tuuuuu "
Balas Felisha yang tertanya-tanya mengenai keberadaan Qashaf diketika itu.
" Tanjung Malim "
Jawab Qashaf secara ringkas.
" Amboiii "
" Keluar dengan siapa tu ? "
" Ke sorang-sorang ni ? "
" hahahaha "
Balas Felisha kepada Qashaf secara bertubi-tubi.
" Mama "
Jawab Qashaf secara ringkas dan padat.
" ouhh I see "
" Have fun dengan mama ! "
Balas Felisha kepada Qashaf.
" Tq "
Jawab Qashaf menggunakan short form yang sangat ringkas.
Lalu mesej itu terhenti disitu. Kedua-dua mereka kembali menjalankan rutin harian mereka seperti sedia kala.
Meski sebentar dan ringkas pesanan yang diterima oleh satu sama lain , namun senyuman dan perasaan yang bahagia itu tetap kekal.
Ibu Qashaf , Puan Zaireen yang berada disamping Qashaf lantas menyakat Qashaf setelah melihat anak lelakinya itu sedang tersengih panjang melihat telefon.
" Ha ! Mesej girlfriend ke tuu ! "
Kata ibu Qashaf sambil menjeling melihat paparan skrin telefon milik Qashaf.
Qashaf yang terkejut dengan pantas menutup paparan skrin telefonnya dan mengangkat wajahnya memandang wajah ibunya sambil tersengih.
" Haah mesej girlfriend orang. Rindu la kat dia Maa "
Jawab Qashaf yang mengiyakan saja kata-kata ibunya sebentar tadi. Lalu meletuslah ketawa dua beranak tersebut.
Selesai melawat Encik Zharif iaitu adik bongsu ibu Felisha , mereka sekeluarga bergegas pulang ke rumah datuknya.
Matahari berganti bulan , hari sudah pun malam. Felisha yang sedang duduk diatas lantai leka menekap gambarnya dan Qashaf untuk dijadikan lukisan sketch. Tiba-tiba ditegur oleh datuknya , iaitu Encik Malik.
" Haa cucu atuk buat ape tu ? "
"Tersengih-sengih dari tadiii "
Usik Encik Malik setelah lama memerhati cucunya yang seorang itu tersenyum lama melihat paparan telefon.
Diataa sofa berhadapan Felisha datuknya melabuhkan tubuh bersama wajah yang berukir senyuman.
Dengan wajah yang masih tersengih Felisha memandang datuknya itu dan berkata dengan nada perlahan
" Eh atok.. Sha takde buat ape pun. Tengah melukis je. "
" Ouhh lukis ape ? Meh atok nak tengok. "
Kata Encik Malik kepada cucunya itu sambil tersenyum.
" Eh t-tak cantik la tok. "
Jawab Felisha dengan tergagap-gagap.
" aduh kantoi la macam niii "
Desis hati Felisha yang sudah cuak apabila mendengarkan bahawa datuknya mahu melihat lukisannya.
" Tak ape , atok nak tengok je. Cucu atok kan pandai melukis. Meh la atok nak tengok. "
Kata Encik Malik yang tetap menyatakan bahawa beliau ingin melihat karya seni cucunya yang seorang itu.
" T-tapi tok.. "
Belum sempat Felisha memujuk datuknya untuk tidak melihat lukisan tersebut tiba-tiba ....
Dengan wajah yang tersengih perlahan-lahan telefon pintar milik Felisha ditarik dan dilihat paparan skrin tersebut.
Selepas melihat paparan skrin telefon Felisha yang terpapar gambar kartun susuk tubuh seorang gadis berkaca mata dan seorang lelaki itu lantas membuatkan Encik Malik tersenyum lebar.
Lalu pandangan Encik Malik yang tadinya tertumpu pada paparan skrin tersebut dialihkan kepada Felisha.
" Shaaaa ! "
Encik Malik bersuara dengan nada lembut sambil memandang tepat ke arah cucunya yang berada didepan matanya itu.
" Yaaa heheh "
Jawab Felisha sambil tersenyum pahit melihat datuknya yang sedang duduk diatas sofa itu.
" Ouhh patutlah tak nak bagi. "
Kata Encik Malik sambil menghulurkan telefon pintar milik Felisha kepada Felisha.
" Atok , diam-diam tauuu ! Mama Papa tak tahu ..Kalau Mama Papa tahu.. Habis la Sha nanti.. "
Kata Felisha yang meminta agar datuknya tidak menceritakan hal tersebut kepada kedua ibu bapanya.
" Ya boleh. Tapi Sha kena cerita dulu pasal budak lelaki ni dekat atok. Meh nak tengok muka dia. "
Lalu Felisha pun berdiri dan mengatur langkahnya mendekati datuknya. Diatas sofa bersebelahan tempat datuknya duduk , Felisha melabuhkan tubuhnya.
" Okay , promise. "
Ujar Felisha sambil tangannya menunjukkan simbol " janji " pada datuknya.
Datuknya yang melihat ragam cucunya itu hanya tersenyum dan melakukan simbol " janji " itu lalu berkata
" Iya atok janji. "
Nafas ditarik oleh Felisha sedalam-dalamnya lalu dihela perlahan-lahan untuk menenangkan dirinya.
" Okay ni muka dia... "
Ujar Felisha sambil menunjukkan gambar Qashaf bersama dengannya yang pertama.
Encik Malik yang melihat gambar itu lantas tersenyum dan berkata
" Ouhh segak orangnya... "
Lalu telefon Felisha ditutup paparan skrinnya. Dengan tenang Felisha mula bercerita mengenai Qashaf kepada datuknya.
" Okay , dia macam ni.. Haritu masa awal tahun kot. Sha ada wakil sekolah untuk wakil deklamasi sajak. Sha jumpa la dia nii. Nama dia , Qashaf Alfian. "
" Masa tu dia deklamasi sajak jugak. Felisha suka rentak dia baca sajak. Best je dengar. Tapi , masa tu je la. Sha cair dekat dia. Tapi habis je pertandingan tu Sha balik terus tak ingat dah dekat dia ni. Suka masa tu je. "
Dengan panjang lebar Felisha menceritakan perkara tersebut.
Kemudian Encik Malik bersuara menunjukkan perasaan ingin tahu mengenai cerita cinta cucunya ini.
" Lepastu macam mana boleh ada gambar berdua tu ? "
Mendengarkan persoalan itu lantas membuatkan Felisha tertawa kecil.
" Ya tok. Kejap.. Nak cerita la nii. Hahahah "
Lalu Felisha pun menyambung semula ceritanya itu.
" Ha benda tu kan jadi awal tahun. Sha memang tak ingat pun dekat dia. Tapi baru-baru ni bulan 11. Sha ada pergi satu kem untuk Pembimbing Rakan Sebaya. "
" Masa awal-awal tu Sha tak nampak pun dia. Sampai la waktu solat maghrib. Masa tu baru lepas solat maghrib jemaah dekat surau. Ada tazkirah. Tengok-tengok , dia yang jadi imam solat maghrib tadi. Dia jugaklah yang bagi tazkirah. "
Cerita Felisha terhenti seketika. Lalu Felisha tersenyum tersipu malu.
" Amboii cucu atok ni ! "
Usik Encik Malik secara spontan.
" ha merah dah pipi tu. Hahaha "
Sekali lagi Encik Malik mengusik cucunya itu.
" Ish atok ni ! "
Jerit Felisha bernada perlahan dengan manja sedang tangannya memegang kedua-dua belah pipinya yang terasa agak panas itu.
" Hahaha iya. Atok tak kacau dah. Ha cerita lah. "
Kata Encik Malik yang cuba memujuk cucunya untuk menyambung ceritanya semula.
Nafas ditarik oleh Felisha sedalam yang mungkin beberapa kali hingga dia bertenang.
" Okay. Lepastu Felisha cair la.. Felisha pun terkejut. Yela susah tau nak jumpa orang yang sama buat kali kedua tanpa dirancang ni. Alah macam uish jodoh ! hahahah "
Sambungan cerita Felisha kali ini berjaya meletuskan ketawa datuknya. Lalu Felisha sambung bercerita.
" Tapi sampai situ jela. Takdelah minat lagi dekat dia ni. Habis solat Isyak , peserta semua kena berkumpul ikut kumpulan. Tiba-tiba... "
Sekali lagi Felisha tersenyum tersipu malu.
Share this novel