" Qash ? "
Panggil Felisha sambil mengusap kasar air mata dipipinya akibat terkejut melihat Qashaf yang tiba-tiba hilang dari pandangannya.
" Qash ? Qashaf..?! "
Jerit Felisha memanggil Qashaf sedang matanya melilau mencari jasad Qashaf disekitarnya.
Setelah beberapa saat berlalu , Felisha pun tersedar dari tidurnya yang panjang dalam keadaan teresak-esak.
Perlahan-lahan Felisha duduk bersandar pada diding sambil menarik nafas panjang. Bantal yang basah ditenung lama oleh Felisha. Tangan kananya dengan lembut mengusap air mata dipipinya.
Setelah Felisha berasa agak tenang , Felisha melihat paparan skrin telefonnya. Jam sudah pun menunjukkan pukul 6.15 pagi.
Dengan pantas Felisha bergegas ke bilik mandi untuk membersihkan diri dan menunaikan solat Subuh.
Selesai mendirikan solat Subuh , diatas bentangan sejadah itu Felisha termenung sedang bibirnya beristighfar.
Setelah beberapa minit berlalu , tangan pula ditadahkan oleh Felisha untuk memohon doa kepada Sang Pencipta.
Al-Fatihah , Ayatul Kursi dan doa untuk mendapat jodoh yang baik-baik dibacakan oleh Felisha.
Lalu dengan bersungguh-sungguh Felisha berdoa kepada Yang Maha Esa.
" Ya Allah. Jujur , aku keliru Ya Allah. Ya Allah Ya Tuhanku , sesungguhnya aku sayang kan dia Ya Allah.. "
" Namun , jika sayang ini melampaui batas , andai dia bukanlah jodoh terbaikku .. "
" Kau buanglah perasaan sayang masih bersisa ini Ya Allah.. Kau hantarkanlah jodoh yang baik-baik untuknya Ya Allah. "
" Namun jika benar dia jodoh terbaikku , kau pertemukanlah kami diwaktu yang tepat.. "
" ... dan bantulah aku untuk mengawal perasaan cinta ini agar ia kekal sederhana untuknya.. "
Lalu nafas yang panjang ditarik oleh Felisha.
" Bantulah aku untuk merasa manisnya cinta yang halal Ya Allah.. "
Dengan perlahan kedua-dua tangan yang menadahkan doa tadi diusapkan ke wajah Felisha dengan lembut sebagai tanda mengaminkan doa-doanya tadi.
Selesai solat Subuh , diatas katil biliknya Qashaf menghamparkan tubuhnya. Telefon pintarnya dicapai lalu dilihat paparan skrin itu. Media sosial Instagram akaun miliknya dibuka.
Lalu nama akaun Instagram Felisha dicari lalu ditekan. Gambar-gambar Felisha ditenung lama oleh Qashaf.
" I miss you. "
Lafaz dari bibir Qashaf yang meluahkan rasa rindunya terhadap Felisha dengan nada yang perlahan.
Usai itu telefon pintarnya diletakkan berahmpirannya. Jari manis ditangan kanannya diangkat lalu ditenung.
Cincin yang berada dijari manis kanan Qashaf itu digosok perlahan oleh tangan kiri Qashaf.
" Sha. "
Qashaf menyebut nama panggilan Felisha.
Setelah beberapa detik berlalu , Qashaf pun menghempaskan kedua-dua tangannya diatas tilam itu sambil mengeluh sekuat hati.
" Huhhhh ! "
Lalu kedua-dua bebola mata Qashaf dipejamkan serapat-rapatnya.
" Kenapa jadi macam ni.. "
Keluh Qashaf jauh didasar hatinya.
Jam sudah menunjukkan tepat 9 malam. Setelah selesai menunaikan solat Isyak , seperti biasa rutin hujung minggu antara Anizira dan Qhadif adalah menelefon satu sama lain dan menghabiskan waktu berdua hingga jam 10 malam.
" You , Sha kenapa tho ? "
Suara Qhadif yang agak serak itu jelas kedengaran dicuping telinga Anizira. Sejurus mendengarkan pertanyaan Qhadif tadi , dahi Anizira mula berkerut.
" Ha ? Maksud you ? "
Tanya Anizira yang masih tidak faham apa yang ditanyakan oleh Qhadif.
" Yela. Sha tu. Kenapa dia post broken-broken dekat status semua ? "
Kata Qhadif yang menerangkan persoalannya mengenai Felisha itu.
" Ouh.. Macam biasa la. Ada masanya dia okay. Ada masanya dia rindu dekat Qashaf. "
Jawab Anizira yang memberitahu mengapa Felisha bertindak sebegitu rupa.
" I dengan Rai pun sedih tengok Sha macam tu.. Yela , siapa je tak sedih tengok member macam tu kan ? "
" Tapi.. nak buat macam mana. Kita boleh nasihat dia je. Tapi untuk move on semua tu.. Pilihan dia.. "
Tambah Anizira yang meluahkan keresahan didadanya tentang Felisha.
" Ouh.. Em.. Betullah tu. Dia kena tolong diri dia sendiri.. sebab ini soal hati dan hidup dia.."
Balas Qashaf yang menyokong kenyataan Anizira sebentar tadi.
" It's okay. I percaya. Sha akan okay. Kita bagi dia masa okay , sayang ? Kita pun kenal kan Sha macam mana ? Kita doakan dia. Okay ? "
Ujar Qhadif yang cuba untuk mengurangkan keresahan dihati Anizira berkenaan Felisha itu.
Tali persahabatan yang terikat antara mereka berempat itu , bukan lagi seperti persahabatan yang sama seperti remaja seusia mereka.
Buat mereka berempat , mereka adalah sahabat hingga ke akhirat yang tiada gantinya. Jatuhnya salah seorang antara mereka , pasti yang berbaki lagi tiga akan menghulurkan tangan untuk membantu.
Sedang Anizira dan Qhadif hanya mendiamkan kegundahan dihati mereka mengenai Felisha , Raidhatul pula tetap setia disisi Felisha untuk mendengar segala duka.
Bukan Felisha tidak sudi bercerita pada Qhadif dan Anizira. Cuma , Felisha cuba untuk menghormati privasi antara Anizira dan Qhadif.
Raidhatul lah yang sering menadahkan telinganya dan menemani Felisha disaat Felisha buntu tidak tahu hendak meluahkan pada siapa.
" Tadi.. aku mimpi aku jumpa Qashaf.. "
Kata Felisha yang memulakan cerita kepada Raidhatul. Lalu Felisha pun bercerita tentang mimpinya itu secara terperinci kepada Raidhatul.
Setelah selesai mendengarkan Felisha bercerita mengenai mimpinya itu , Raidhatul pun berkata.
" Dah.. Jangan fikir sangat. Nanti kau sedih lagi. Kita nak main gane tau kejap lagi. "
Kata Raidhatul yang menyuruh Felisha agar tidak terlalu memikirkan perkata tersebut kerana Raidhatul tahu , jika terus difikirkan pasti Felisha akan menangis lagi.
" Em. Ye , aku tak fikir sangat pun.. Cuma.. "
Belum sempat Felisha menghabiskan ayatnya , Raidhatul memotong percakapan Felisha.
" Takde cuma-cuma. Dah-dah. Jangan fikir pasal dia. "
Tegas Raidhatul yang tetap menasihat Felisha supaya tidak memikirkan Qashaf.
Waktu pun berlalu , sedar tak sedar jam sudah pun menunjukkan pukul 10 malam.
Tepat jam 10 malam , Felisha , Raidhatul , Anizira dan Qhadif menelefon diatas talian menggunakan aplikasi WhatsApp untuk bermain permainan video diatas talian bersama-sama.
Apabila mereka berempat , segala kesedihan entah bagaimana ditolak ketepi dengan sendirinya.
Felisha yang tadinya agak sedih kini mampu tertawa besar bersama tiga orang sahabatnya itu.
Segala cerita dan gossip dikongsi bersama sambil mereka bermain permainan video itu.
Hari Rabu pun tiba. Seperti kebiasaannya , Felisha , Raidhatul dan Anizira akan duduk disebuah kerusi panjang dibulatan pokok berhadapan bilik guru diwaktu rehat.
Sedang mereka bertiga sedang tertawa , Raidhatul menukar topik dan bercerita mengenai peristiwa dimana Raidhatul sering diusik oleh seorang remaja lelaki yang wajahnya iras dengan muka Qashaf.
Oleh kerana Raidhatul sering tertawa kecil bersama Felisha ketika terserempak dengan remaja lelaki tersebut dan mereka telah berjumpa beberapa kali.
Oleh sebab yang demikian , remaja lelaki tersebut atau nama gelarannya yang diberi oleh Felisha dan dua orang sahabatnya itu " budak muka Qash " telah berprasangka bahawa Raidhatul mempunyai perasaan terhadapnya.
" Dia pandang aku. Lepastu member dia cakap dengan dia. Then dorang semua pandang aku sambil sengih-sengih. Eee aku tak suka betulll "
Ujar Raidhatul yang memulakan ceritanya mengenai peristwa pada hari Selasa iaitu semalam dimana Raidhatul ditinggal sendirian ketika menunggu van sekolahnya datang menjemput.
Share this novel