Bab 58

Drama Completed 10189

" Ya Allah , mudahkanlah urusan ku. Berikan yang terbaik buat kami.. "

" Sesungguhnya hanya padaMu , aku
berserah. "

" Amin.. Amin .. Ya Rabb. "

Doa dipinta oleh Qashaf dengan penuh rasa kehambaan. Dengan lembut Qashaf menekupkan kedua-dua telapak tangannya meraup wajah.

Cincin pemberian Felisha dijari manis kanan itu ditenung lama oleh Qashaf. Segaris senyuman jelas terpapar diwajahnya.

" One , step closer. "

Ujar Qashaf bernada rendah dan serak.

( RingRing )

Nada dering telefon pintar Encik Samad jelas kedengaran memecahkan keheningan pagi.

" Assalamualaikum , Pak cik. "

Sejurus panggilan itu diangkat suara Qashaf jelas kedengaran dicorong talian.

" Waalaikumsalam. Ya , siapa ni ? "

Salam dijawab lalu soalan dilontarkan oleb Encik Samad kerana nombor tersebut nombor yang tidak dikenali.

" Pak cik , ni Qash. Kawan Sha.. "

Jawab Qashaf dengan mesra.

" Ouhh.. Lah.. Qash rupanya ! Lama betul pak cik tak dengar khabar. Kamu sihat ? "

Balas Encik Samad yang berasa agak teruja setelah sekian lama tidak mendengar khabae dari Qashaf.

" Sihat Alhamdulillah. Pak cik sihat ? "

Jawapan diberi oleh Qashaf lalu soalan kembali dibalas soalan.

" Pak cik macam ni lah. Dah tua .., biasalah Qash. "

Kata Encik Samad kepada Qashaf dengan mesra.

" Alhamdulillah. "

Ujar Qashaf sambil menghembus nafas lega apabila mendengarkan bahawa Encik Samad dalam keadaan sihat sahaja.

" Qash nak jumpa pak cik boleh ? Mak cik sekali.. "

" ..ada benda penting .., Qash nak cakap..  "

Lafaz Qashaf dengan tenang yang ingin berjumpa Encik Samad terlebih dahulu.

" boleh je. Bila tu ? "

Jawab Encik Samad yang langsung bersetuju untuk bertemu Qashaf.

" Petang esok ? Pukul 6 macam tu ? Qash datang rumah pak cik lepas kerja ya ? "

Ujar Qashaf dengan mesra kepada Encik Samad.

Sejurus mendengar khbar Qashaf yang agak mendadak itu , apa yang dikatakan Qashaf sebentar tadi benar-benar menimbulkan tanda tanya pada kotak fikiran Encik Samad. Dengan pantas , Encik Samad bertanya.

" Eh , lepas balik kerja ? Penting betul bunyinya nii  "

Qashaf yang mendegarkan itu lantas menjawab

" Adalah.. Rahsia ..! hahaha "

Jawab Qashaf bernada nakal sambil tertawa kecil.

" Macam-macam lah kamu ni. Ha , iyee datang lahh "

Balas Encik Samad dengan ringkas yang hanya menurut akan rancangan Qashaf.

" Okay , terima kasih pak cik. Assalamualaikum. "

Dengan sopan Qashaf menamatkan panggilan antara mereka berdua.

Segaris senyuman lantas terukir hingga terlihat barisan gigi yang tersusun cantik diwajahnya.

" Alhamdulillah. "

Rasa syukur dihati Qashaf dizahirkan.

Usai itu , tepat jam 5 petang Qashaf tiba dihadapan rumah Felisha. Dihadapan pintu pagar rumah Felisha , Qashaf menempatkan kereta Honda Civic berwarna putih yang dipandunya.

Langkah pertama diambil oleh Qashaf. Dihadapan pintu pagar Qashaf memberikan salam dengan lantang.

" Assalamualaikum ..! "

" Pak cik Samad ..? "

" Assalamualaikum  ..! "

Setelah beberapa kali salam diberikan , Encik Samad akhirnya keluar. Segaris senyuman manis jelas terpapar diwajahnya.

" Waalaikumsalam ..! Qashaf ..! "

Laung Encik Samad menjawab salam Qashaf serta memanggil nama qashaf dengan mesra akibat teruja melihat Qashaf setelah 5 tahun berlalu.

Perlahan-lahan pintu pagar dibuka dengan berhati-hati. Tangan Qashaf dengan pantas dihulur untuk bersalaman.

Huluran tangan Qashaf disambut dengan mesra. Lalu tubuh Qashaf ditarik ke dalam pelukan Encik Samad.

" Lamanya tak jumpa kamu .. "

Dengan nada rendah Encik Samad mengatakan itu dicuping telinga Qashaf. Sedang tangan kanannya menggosok lembut bahu Qashaf.

Setelah hanpir tiga minit pelukan itu pun dileraikan. Berukir senyuman Qashaf memandang kedalam anak mata Encik Samad.

" Kamu apa khabar ? "

Tanya Encik Samad berukir segaris senyuman.

" Sihat , alhamdulillah.. "

Jawab Qashaf sambil mengherotkan pipinya mengukir senyuman lebar.

" Alhamdulillah. Marilah , masuk. "

Ujar Encik Samad yang mempelawa Qashaf memasuki rumahnya.

Perlahan-lahan langkah memasuki ruang tamu rumah Encik Samad diambil oleh Qashaf.

" Yang , Qash dah sampai ni.. Buatkan air ... "

Laung Encik Samad bernada mesra kepada isterinya , Puan Siti Zubaidah yang memberitahu akan ketibaan Qashaf dirumah mereka.

Tidak lama selepas itu , bersama sedulang air Puan Siti Zubaidah berjalan menghampiri ruang tamu dengan wajah tersenyum.

Dengan penuh berhati-hati air dituangkan kedalam cawan oleh Puan Siti Zubaidah.

" Minum Qash. "

Pelawa Puan Siti Zubaidah dengan lembut sambil tersenyum memandang Qashaf.

Lalu disamping Encik Samad , Puan Siti Zubaidah melabuhkan tubuhnya. Qashaf yang berada dihadapannya direnung lama.

" Qash sihat ? "

" Lama mak cik tak dengar khabar kamu "

" Sha pun tak ada pula cakap apa-apa pasal kamu "

Puan Siti Zubaidah mula bersuara.

" Sihat , alhamdulillah. Mak cik sihat ? "

Bersama segaris senyuman nipis Qashaf menjawab persoalan ibu Felisha itu.

" Sihat juga , alhamdulillah. "

Jawab Puan Siti Zubaidah sambil tersenyum.

" Ha , ada apa hajat kamu ke sini Qash ? "

" Penting sangat bunyinya semalam.. "

Tanpa berlengah Encik Samad lantas menyoal Qashaf dengan perasaan penuh ingin tahu.

" Haah.. kenapa kamu nak jumpa pak cik dengan mak cik ni ..? "

Tambah Puan Siti Zubaidah yang turut tertanya-tanya akan kehadiran Qashaf secara mendadak itu.

Berukir senyuman tangan kanan Qashaf lantas diselupkan kedalam poket kanan seluarnya itu. Sekotak cincin berbentuk permata jelas kelihatan didalam genggaman tangan kanannya.

Tanpa sebarang kata Qashaf membuka dan meletakkan kotak cincin tersebut diatas meja dihadapannya.

" Saya .., nak minta restu pak cik dan mak cik... "

" ..saya nak memperisterikan Felisha. "

" Kalau mak cik dan pak cik sudi terima saya sebagai menantu .. "

" hujung minggu ni , hari lahir Sha. Family saya akan datang bawa rombongan meminang. "

Ujar Qashaf dengan lembut dan sopan memberitahu hajatnya itu.

" Kamu betul-betul sayangkan anak pak cik ?"

Suara Encik Samad jelas kedengaran serius.

" Saya ikhlas sayangkan Sha , pak cik. "

Jawab Qashaf dengan jujur.

" Kamu yakin boleh jaga Sha macam mana kami jaga dia ? "

Tanya Encik Samad sekali lagi kepada Qashaf.

" Saya .., tak berani untuk berjanji apa-apa pada pak cik.. "

" .. sebab saya takut kalau saya tak mampu nak tepati janji tu.. "

" tapi pak cik .., selagi saya mampu saya akan cuba berikan yang terbaik untuk Sha. "

Balas Qashaf dengan sopan dan jujur kepada Encik Samad.

" Sha tahu tak pasal ni ? "

Kini tiba giliran Puan Siti Zubaidah bersuara. Dengan lembut Puan Siti Zubaidah menyoalkan itu.

" Sha tak tahu apa-apa lagi.. "

" saya sengaja rahsiakan perjumpaan ni dari Sha. "

" sebab .., saya tak mahu pak cik dan mak cik terima saya semata-mata kerana Sha memilih saya sebagai teman hidupnya. "

" Saya tahu , setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anaknya. "

" saya tak mahu lamar Sha selagi belum teirma persetujuan pak cik dan mak cik. "

" Saya takut , kalau saya bukanlah menantu pilihan pak cik dan mak cik. "

" saya tak nak lukakan hati Sha lagi. "

" Saya terima.. kalau pak cik dan mak cik sudah ada pilihan lain.. "

" .. dan saya percaya , pilihan pak cik dan mak cik .. adalah yang terbaik buat Felisha. "

Jelas Qashaf dengan panjang lebar bernada perlahan dan sopan kepada persoalan Puan Siti Zubaidah sebentar tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience